Followers

Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Friday, May 16, 2014

Madrasati jannati

Sekolahku syurgaku.

Tak dinafikan pendidikan awal bermula dari rumah - daripada ibubapa. Baik didikan ibubapa, InsyaAllah akan baiklah anak-anaknya.

Tetapi sejauhmana ibu bapa mampu memastikan didikan pada anak-anak sentiasa sempurna bila anak-anak sudah menjejak kaki ke alam persekolahan? Tugas itu pastinya akan dipikul oleh sekolah dan guru-guru di sekolah. 

Seperti saya sendiri, alam pesekolahan bermula seawal umur 6 tahun. Sehingga meningkat ke umur 12 tahun ketika itu masih di bawah pengawasan ibu dan ayah. Tetapi bila sudah masuk ke sekolah menengah, ianya berubah sama sekali. Ketika di zaman saya, usia 13 tahun 'hingus' baru nak kering dah dihantar ke asrama. Oh ya, jangan bandingkan anak-anak dulu dengan anak-anak sekarang ya. Rasanya anak-anak sekarang seperti 'tua sebelum usianya'. 

Betul seperti dikata - sekolah adalah institusi utama yang membentuk akhlak pelajar, jika cemerlang sekolah itu, biasannya akan terkena pada pelajar-pelajarnya juga. 5 tahun berpeluang bersekolah di sekolah yang cemerlang, sekarang baru saya sedar kesannya. Sungguh! It's a wonderful school. Sekolah yang banyak mengajar tentang erti kehidupan dan dalam masa yang sama tidak sedikitpun mengabaikan ilmu akhirat. Jika direnung dan difikir balik, rasa bersyukur menjadi sebahagian daripada bekas pelajar di situ.

Walaupun saya bukanlah pelajar cemerlang, dan kini sekadar mencapai tahap kejayaan yang biasa-biasa saja, tapi sangat bersyukur. Walaupun tak mampu berdiri setanding dengan pelajar-pelajar yang lain, Alhamdulillah sebab ajaran gurulah yang menjadikan saya yang sekarang ini - mampu berdiri di atas kaki sendiri. Dan saya yakin semua ini berkat didikan semasa di sekolah - dari sekolah rendah hingga ke universiti semuanya memberi pelajaran dan bimbingan yang berbeza. Dan pastinya ia berpunca didikan terawal dari rumah oleh ibu dan ayah saya sendiri!

Terima kasih buat guru-guru dan pensyarah yang tak putus-putus memberi ilmu kepada kami semua. Sesungguhnya jasa kalian tak ternilai dan sampai bila-bila tak mampu dibalas oleh kami. Without you we're nothing! Selamat hari guru cikgu!

Dedikasi buat - semua guru-guru SKBP dan SMKATJ serta semua pensyarah saya di UPMT, UKM dan UPM, semoga kalian semua bahagia dan dilindungi olehNya dan buat mereka yang telah meninggal dunia, Al-Fatihah... moga tenang di sana hendaknya. 

Sweet seventeen : dalam kelas kami saja, hampir 3/4 daripada kami adalah pendidik! Salutelah mereka-mereka yang jadi cikgu-cikgi tu...

Friday, February 07, 2014

Melihat Putrajaya dari sisi lain


Ramai orang tahu Putrajaya terkenal dengan taman-taman yang berbagai variasi dan pattern. Saya yang bertahun-tahun bermastautin di Putrajayapun tak mampu nak terjah semua tempat-tempat ni. Bila berjinak-jinak dengan basikal, baru tahu rupa-rupanya banyak sisi lain Putrajaya yang belum tengok lagi. 

Di Putrajaya, terdapat sebuah trek yang dibina khas untuk berbasikal atau berjoging. Trek bermula dari Masjid Putra (di bawah jambatan) mengelilingi tasik Putrajaya hingga ke Monumen Alaf Baru berpanjang 15km menyediakan pemandangan yang memukau pandangan. 

Menyusuri sepanjang tasik, melalui Taman Warisan hingga ke Kementerian Luar Negeri dan kemudian memasuki perumahan elit memang wow! Susunan rumah dengan "design English style" sangat lawa - (nak beli tak mampu, dapat tengok sambil beranganpun jadi la kan?). Trek basikal ini dibina hingga ke PICC dan melalui tepi tasik hingga ke Masjid Besi. Saya boleh katakan ia trek yang selamat sebab ramai orang beriadah.

Laluan berakhir di Monumen Alaf Baru dan kami berpatah balik ke parcel C untuk menyimpan basikal di Kementerian. Total kilometer yang berjaya kami lalui lebih kurang 15 kilometer dan berjaya membakar kalori sebanyak 437 kcal. Yeah!!!


Wednesday, September 04, 2013

Pictures of HIM

Saja nak letak gambar-gambar 'budak ini' kat sini, nanti bila dah berjauhan kalau rindu boleh terus tengok kat blog aje. hiks



Dah abis...

Moga membesar jadi anak yang soleh ye Muhammad Aidil...

Monday, July 15, 2013

Souvenir dari sifu

Tadi baru balik jumpa sifu di UKM dan dalam yang sama menuntut FM darinya. Agak-agak ada tak 'anak murid' muka tak malu macam saya mintak FM dengan lecturer? Haha. Kisahnya saya terbaca status beliau di FB, "awaiting JAL Flight to OKINAWA at HANEDA Airport" dan saya dengan muka tak malu balas "prof, jangan lupa FM untuk saya se'!" Tak disangka-sangka lepas seminggu sifu saya tu call suruh datang ambil FM. Thanks prof!! - senyum sampai ke telinga!!! FM dah dapat... lepas ni nak kompol duitlah pergi ke negara matahari terbit pulak. hehe.

* se' = satu (bahasa Ganu)

Monday, July 01, 2013

Perkara yang buat kita tersenyum

Red velvet, puding roti dan nasi goreng ikan bilish (ejaan ikut sebutan Raisa) yang disediakan oleh 'mama' dengan penuh kasih ketika 'ayoh' jauh di pelantar khas untuk GBS. Siapa tak terharu, walaupun datang dengan perut kenyang lepas makan nasi beriani kenduri, kami tetap disambut dengan hidangan yang penuh di atas meja. Dah la kami berkampung sampai ke malam, bila nak balik siap tapau tu! BTW, terima kasih daun keladi 'mama'!

Macam-macam perkara yang mampu buat kita tersenyum kan?

Salah satunya... bila tengok makanan yang buat liur kita meleleh macam ni. Tambah pulak bila ia disediakan oleh kawan-kawan yang kita sayang. Lagi meleret senyum tu - sampai ke telinga!

Dah menjadi 'tradisi' kot, bila dah lama tak dengar khabar dari GBS, mulalah 'mama' di Kota Kemuning bising, rindulah, lama tak gosip-gosip la dan semua ini akan 'mengheret' kami semua ke sana. Sekarang ni susah benor GBS nak berkumpul macam dulu. Tambah pulak bila ada 'budak-budak sekolah' yang sibuk memanjang dengan presentation, kuiz, test, kelas lagilah payah tak bertemu mata. Jadi sekali dapat jumpa, memang kecoh! Macam-macam cerita keluar. Suatu hari nanti kalau ditakdirkan terpisah jauh, saya pasti akan rindukan moment ini!

Saya yakin antara kita semua mesti ada perkara yang akan buat kita semua tesenyum kan?

Wednesday, June 19, 2013

I'm blessed

Sebenarnya saya masih dalam mode terumbang-ambing untuk misi 'jihad' yang harapnya akan tercapai sedikit masa lagi. Dalam keyakinan yang hanya ditahap 50% saya cuba juga kuatkan diri - masih berkeyakinan dengan janji Allah siapa yang berusaha dia yang akan berjaya dan siapa yang berdoa lambat atau cepat pasti Dia akan kaburkan. 100% saya yakin dengan janji Allah itu walaupun usaha saya hanyalah 60% sahaja. Haha. Lagipun misi 'jihad' ini termasuk dalam salah satu doa saya semasa di Arafah, semasa haji lepas. Nah! tak sampai beberapa bulan sedikit demi sedikit doa saya didengari oleh-Nya walaupun jalan yang saya ambil masih berliku-liku - i'm blessed!

Tapi tanpa insan-insan hebat disekeliling saya, mana mungkin misi 'jihad' ini dapat saya lakukan sendirian. Bertemu mereka beberapa bulan yang lepas - selepas 10 tahun tak bersua muka, mereka masih mengenali saya! Haishh... Padahal saya ni bukanlah pelajar bijak pun, cemerlang jauh sekali. Tapi tetap saya dikenali sebagai salah seorang anak murid mereka. Kagum sungguh saya. Agaknya inilah salah satu etika yang saya pelajari dalam kursus di IKIM baru-baru ini - etika seorang pengajar dan penyelidik : sentiasa bersifat terbuka, membantu pelajar dan tidak lokek dengan ilmu yang mereka ada. (kalaulah semua pensyarah di universiti seperti mereka, mesti ramai student yang seronok nak datang kelas kan?) Dari sinilah saya meminjam 'semangat' mereka. Walaupun mereka tahu kemampuan saya ditahap mana - tetap mereka memberi galakan pada saya - again, i'm blessed!

Thanks prof and doc, i owe both of you a lot!

p/s : tak mengapa jika hidup kita tak sebahagia dan selengkap hidup teman-teman yang lain, asalkan hidup kita mampu membahagiakan orang-orang dikeliling kita.

Note :

Ada sesiapa/ adik-adik lepasan matrik/diploma (kalaulah mereka terbaca entry ini) - jika berminat dengan bidang Sains Marin (Biologi Marin/ Oseanografi), UKM merupakan salah sebuah universiti tempatan terbaik yang  menawarkan pengajian dalam bidang ini (hanya beberapa universiti tempatan yang menawarkan pengajian ini, etc UMS, UMT, UM dan USM). Tenaga pengajar yang sangat supportive, suasana dalam kelas/lab/field trip yang seronok (seperti sebuah keluarga besar) dan saya yakin anda semua tak akan menyesal menjadi pelajar mereka!

Monday, March 11, 2013

Kim Tak Gu wannabe

Siapa pernah tengok drama korea Bread, Love and Dreams yang pernah ditayangkan di channel 391?  Kisah seorang lelaki bernama Kim Tak Gu yang suka buat roti dan sangat gigih dengan cita-citanya untuk jadi pembuat roti. Tu rumusan drama tu aje, kalau nak tau cerita penuh kena tengok sendirilah ye drama tu. 
Ok, kisahnya hujung minggu lepas, kebetulan takde buat apa kat rumah, jadi saya ambil kesempatan 'masa percuma di hujung minggu' ke kelas membuat roti. Haha. Kelas separuh hari aja. 9am - 2pm, bayar RM20 dapat belajar 3 jenis roti. Memang berbaloi-baloi. Lagi puas hati bila tengok roti yang dibuat sendiri menjadi. Lepas ni bolehlah buat roti sendiri kat rumah. Haha. Kepada sesiapa yang ada kelapangan masa, terutamanya kepada suri rumah tangga yang nak isi masa lapang nak isi masa terluang bolehlah riki-riki kelas separuh masa yang ditawarkan di mana-mana Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Isi aje borang online, nanti sehari sebelum kelas bermula kita akan dimaklumkan menerusi SMS. 

Monday, February 25, 2013

Ni hao ma?


Kata orang, kalau kita sukakan sesebuah negara/tempat, sedikit sebanyak kita mesti akan berusaha untuk mengetahui budaya, adat dan bahasa sesebuah negara yang kita sukai kan? Contohnya fenomena K-pop yang hangat melanda negara kita ni. Saya yakin tentu ramai rakyat Malaysia yang sudah mampu berbahasa Korea dek kerana badai oppa gangnam style yang telah merebak di negara kita. Kalau orang lain taksub dengan Korea, saya pula sebaliknya. Beberapa kali berpeluang menjejak kaki ke China, menyebabkan saya sangat sukakan negara tersebut. Pada saya terlalu banyak tempat-tempat menarik dan unik di sana yang ingin saya jejaki (InsyaAllah, suatu hari nanti!).

Jadi, sebagai 'bekalan' untuk ke negara China lagi nanti, sekarang saya sedang gigih belajar Mandarin. Walaupun masih di level 1, tak apalah... 2 kali seminggu, lepas office hour terus shot ke KL di IDFR. Walaupun terpaksa berkejar-kejar, tapi puas hati. Dan yang penting dapat blessing dari boss! Lepas ni bolehlah saya cakap mandarin dengan boss. ehehe  

p/s : kalau ada kawan-kawan yang berminat nak belajar bahasa asing, termasuk Mandarin bolehlah cuba tengok di IDFRMana tau jumpa course yang berkenan di hati. err... tapi untuk penjawat awam aje ye ^_^

Wednesday, January 02, 2013

Hello 2013!


Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat semua. Moga 2012 akan meninggalkan kenangan terindah dan 2013 ini akan memberi lebih kebahagian buat semua. 

2012... 

Banyak meninggalkan kenangan buat saya. Semua ada. Manis, pahit, masam, masin, semua diadun sempurna dan sudah tentu akan disimpan rapi. Kesihatan juga semakin baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Beberapa hutang sudah berjaya dilangsaikan. Alhamdulillah. Itukah sebabnya, langkah kaki semakin jauh! Ingat nak berjalan aje! 

Antara kenangan termanis sudah tentulah ketika menjadi tetamu Allah, menunaikan Rukun Islam ke-5. Alhamdulillah, Allah menyemput saya di usia muda menjadi tetamunya. Seronok sebenarnya diberi peluang melakukan ibadat ketika kudrat masih kuat. Sehingga hari inipun rasanya masih belum luput perkataan 'syukur' pada-Nya bila mengenangkan kenangan bertamu di Tanah Haram. Walaupun kalau dibandingkan dengan orang lain, kehidupan saya ini belum cukup sempurna, tapi syukur kerana Allah sentiasa memberi semangat untuk meneruskan hidup dengan hati yang tenang dan bahagia. Alhamdulillah... Jadi, kepada sesiapa yang berniat untuk ke sana, teruskan niat kalian... yang penting usaha untuk ke arah itu :) InsyaAllah, Allah pasti tahu niat kalian itu :)

2013...

Moga tahun ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya... Amin.

Travel? erm, terlalu banyak tempat yang ingin saya pergi. Terlalu banyak angan-angan yang dipasang untuk sampai ke situ dan ke sini. Moga saya dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan diberi kelapangan oleh-Nya. Dan saya akan me'repeat' kembali percutian 2012! Err... istimewa sangat ke tempat tu sampai nak repeat lagi? Kalau ditanya pada saya, sudah tentu jawapannya YA! hiks. Tunggu ajelah apa GBS akan buat kali ni. Haha. 

Wishlist lain tu kita sendiri simpan ye ^_^

Apa-apapun selamat tahun baru 2013 semua!

Friday, July 20, 2012

Kisah 4 hari


4 hari saya tak masuk pejabat dan dalam tempoh 4 hari tu jugak beratus-ratus KM saya berjalan. Dari kota batu ke tasik yang mendamaikan dan kemudian bersesak-sesak di kotaraya metropolitan Kuala Lumpur dan akhirnya terperangkap di pusat antarabangsa memerah otak yang tak berapa nak cerdik ni sebenarnya agak memenatkan.

Tapi... bila belek kamera, tengok gambar bunga teratai ni, hati tiba-tiba jadi tenang. Nanti-nanti *kalau rajin* saya ceritakan di mana tumbuhnya teratai yang cantik ni eh.

PM : salam Ramadhan buat semua...

Selepas 4 hari


Ini baru lepas 4 hari tak masuk opis. Saya terfikir bagaimana rupa meja saya kalau selepas 40 hari eh? *pengsan*

PM : mood kerja ke laut!!!

Monday, June 25, 2012

Doktor kata saya sihat walafiat :D


Tadi pagi ada medical check up di Klinik Kesihatan Putrajaya. Doktor check tekanan darah, ambil darah, kolestrol dan gula dalam darah. Diikuti sesi kaunseling bersama doktor. Alhamdulillah... doktor kata saya sihat... yeay! Fasa ke-2 dah selesai! Tinggal tunggu surat tarikh pergi-balik dan serahkan passport je.

PM : semoga dipermudahkan semua urusan...

Monday, June 18, 2012

Kita tak pernah rasa penat bila melakukan perkara yang kita suka!


Misi menjahit telekung berjaya selepas beberapa kali menjahit dan kemudian tetas balik jahitan. Maklumlah amatur... Saya jahit hanya berpandukan telekung yang telah siap dijahit saja. Nak mintak 'tok guru' ajarkan, tok guru nun jauh di Terengganu. Walaupun tak secantik telekung yang dibeli, tapi bila pakai telekung yang kita jahit sendiri ni 'perasaannya lain macam' tau. Excited! 

PM : menjahit antara terapi paling berkesan selain daripada 'aktiviti merayap'.

Friday, April 27, 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012

sumber
PM : dah siap senarai buku yang nak dibeli!

Monday, July 04, 2011

Tabah la wahai hati....

Tuesday, June 07, 2011

Jamuan teh Diraja

Sabtu lepas, 3 Jun, 4 manusia lengkap berpakaian kebangsaan gigih menapak ke Istana Negara semata-mata nak minum teh dengan agong! woha!

Thursday, May 19, 2011

Tok'ki

Wajah tua berkedut seribu masih terbayang di mata saya
Entah...
Beberapa malam saya asyik mimpikan tok'ki
Alhamdulillah... mimpi yang baik-baik belaka

Tok'ki saya.. sekarang sudah menjangkau ke angka 107 usianya
tapi masih kuat
dia masih mampu mengayuh basikal usangnya ke masjid saban waktu
dia masih kuat menghayun cangkul bercucuk tanam di halaman rumah

cuma...
matanya sudah kabur, pendengarannya juga kurang baik
kadang-kadang tutur katanya juga agak pelat, sukar difaham
tapi... dialah satu-satunya atuk yang saya ada
tempat menumpang kasih sejak dari kecil lagi

Tok'ki saya....
tutur katanya tidak banyak
tapi sekali dia bersuara... seperti azimat berharga
kalau diam, selalu mulutnya terkumat-kamit membaca Kalam Allah..
dialah guru Al-quran saya
yang mengajar dari alif, ba, ta...
sehingga mampu mengenal ayat-ayat suci
beserta sebutan dan makhraj
paling penting dialah guru sampingan saya
mengajar tentang ilmu alam dan dunia

Dulu sewaktu kecil
bila tok'ki datang menjenguk cucunya
mengayuh basikal tua
saya tidak pernah tidak akan mengikutnya sekali
membonceng tok'ki naik basikal tua menjenguk tok'
kadang-kadang kami singgah di kedai ayoh de'
membeli aiskrim 'itik'
sedap! makan sambil bonceng basikal dengan tok'ki
kadang-kadang tok'ki singgah bertegur sapa dengan orang kampung
"ni cucu saya yg duk je'ram, anok sulong timah"
tersengih-sengih muka tok'ki sambil gosok belakang saya

bila mula sekolah...
sebelum pandai bawak basikal ke sekolah
pagi ke sekolah, ayah hantarkan
tapi waktu paling saya suka bila balik dari sekolah
sebab tok'ki yang datang jemput
naik basikal tua dengan tok'ki
tok'ki akan bawak kain pelikat usangnya buat lapik duduk saya
katanya takut nanti baju putih saya kotor

sepupu-sepupu saya kata...
saya cucu kesayangan tok'ki
mana saya tau?
masa tu saya kecik lagi
yang saya tahu, saya memang suka ikut tok'ki ke mana-mana
bila tok'ki pergi potong rumput untuk bagi makan lembu, saya mesti ikut
bila tok'ki bawak rumput untuk lembu saya pun ikut bagi makan
bila tok'ki perah susu lembu, saya mesti bertinggung sebelah tok'ki
bila tok'ki mandi kat telaga, saya pun mandi jugak..
bila tok'ki hampar sejadah nak solat zohor, saya pun ikut sekali berjemaah di belakang tok'ki
cuma satu saja yang saya culas
bila tok'ki panggil mengaji saya mesti lambat-lambat
mengaji pun suara perlahan-lahan
takut.... tok'ki garang kalau saya baca tak betul
takut kena rotan kalau sebutan salah

tapi tok'ki baik
kalau musim berangin mesti tok'ki buatkan saya wau
kami buat sama-sama
pergi cari buluh, potong buluh, raut buluh dan susun buat rangka
bila dah siap, tok'ki suruh saya pegang wau tinggi-tinggi
bila wau naik saya mesti bersorak riang!

sekarang tok'ki saya dah semakin berusia
tok' pun dah tak ada
tinggallah tok'ki sorang-sorang
hari-hari lepas asar tok'ki mesti ke belakang rumah ke kubur tok
tok'ki bawak senaskah yassin dan sekendi air
lama tok'ki duduk kat kubur tok
saya tau... tok'ki mesti rindukan tok'

dulu masa tok terlantar sakit, lebih 10 tahun
tok'ki tak pernah tinggalkan tok'
kalau mak bawak tok' ke rumah kami
tok'ki mesti ikut walaupun sebenarnya dia lebih suka tinggal di rumahnya
tok'ki akan suapkan tok' makan
tok'ki akan sapu bedak ke muka tok' bila lepas mandi
semuanya dengan tok'
kuat cinta tok'ki dan tok'
cinta sampai akhir hayat

semalam sebelum balik ke Kuala Lumpur
seperti biasa saya akan jumpa tok'ki
hari itu mak bekalkan bubur jagung untuk tok'ki
mak kata tok'ki suka bubur jagung
tapi bila sampai rumah tok'ki, mak ni saya kata tok'ki dah ke masjid
"aik... baru pukul 3.30 petang dah ke masjid ke?"
mak ni kata jam dinding rumah dah rosak
jadi tok'ki confuse! sebab tu dia pergi awal! hahahaha
tok'ki... tok'ki...
mak ni kata kalau nak jumpa tok'ki pergilah ke masjid
mesti jumpa tok'ki kat lambur masjid
betul kata mak ni...
bila saya sampai saya nampak tok'ki di lambur masjid
bila saya panggil, mula-mula tok'ki pelik
lepas tu baru dia perasan itu adalah saya
saya jumpa tok'ki
cakap kuat-kuat sebab telinga tok'ki dah kurang dengar
saya cium tangan, cium pipi tok'ki puas-puas
rindu macam lama tak jumpa tok'ki
dalam hati saya doa semoga saya masih berpeluang jumpa tok'ki lagi

PM : "tok'ki... kalau K.Nur nak bawa tok'ki ke Baitullah... tok'ki sudi tak ikut?"

'Dedikasi buat atuknda saya Haji Abdullah bin Haji Abu Bakar, moga tok'ki sihat-sihat selalu dan Al-Fatihah buat nenda saya Hajah Esah yang telah kembali ke rahmatullah pada 19 April 2010'

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka...
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa...
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis, baca..

(Allahyarham Usman Awang)

Ya Allah, muliakanlah guru-guruku, ampunilah mereka, balaskanlah mereka dengan syurgaMu.. Amin...

PM : Buat semua guru-guruku, Selamat Hari Guru. Terima kasih kerana sudi menjadi guru saya.

Saturday, May 14, 2011

Kelana anak kampung

Saya buka tingkap luas-luas. Angin pagi menerpa ke muka

"Nyaman..." hati bebisik

Di depan mata luas terbentang deretan pohon tebu yang diusahakan oleh salah seorang penduduk kampung di atas tanah terbiar di kampung.

"tak lama lagi kutip hasil la orang ni" itulah berkat berbakti pada tanah.

tadi pagi ketika sampai di halaman rumah, alam masih kelam. Kepala mendongak ke langit. Bintang-bintang bertaburan. Indah! Seperti permata! Itulah antara yang saya rindu bila jauh dari kampung halaman. Rindu menatap kilauan bintang bertaburan di langit. Mana mungkin di kota dapat melihat bintang sebegini! Semuanya sudah kelam dek kabus pembangunan.

Sekarang saya di kampung tercinta.
Walaupun hanya di rumah papan, tapi di hati saya ia penuh dengan kasih sayang
Suara mak memecah ruang rumah, memanggil nama kami semua bila masing-masing terleka dengan hal masing-masing
Merekalah permata hati saya.
Paling bernilai.
Tiada galang gantinya.

Kata makcik, antara anak buahnya yang merantau sayalah yang paling kerap pulang ke kampung.

"Kerap balik kampung Nur. Tak habis duit ke selalu balik kampung ni?"

Kadang-kadang saya hanya tersenyum.
Saya tahu, kata-kata itu lebih kepada sindiran.

Kadang-kadang bila hati sedikit panas, saya menjawab juga.

"mak ayah ada lagi... mestilah balik kampung"

Pernah makcik saya yang juga perantau seperti saya berpesan...

"Nur, lain kali kalau balik kampung tu, sampai-sampai je terus jumpa tok'. "

Astaghfirullah... Saya hanya cucu. Kenapa dia sebagai anak tak pulang sendiri menjenguk ibunya di kampung? Sibuk sangatkah urusan kerja sampaikan mahu pulang ke kampung pun sudah tiada masa? Entahlah...

Biarlah mereka.
Pada saya, ke mana saja saya pergi, sampai-sampai bilapun kampung halaman tetap di hati.
Di sinilah orang-orang kesayangan saya tinggal
Ada yang telah pergi... ada yang makin di mamah usia.
Sungguh... saya cintakan mereka!

----------------------------------------------------

Dulu-dulu waktu kecil
Berbaju kurung bunga-bunga
Berselendang di kepala menjinjing beg
Beriringan dengan nenek menuju ke surau
Solat berjemaah maghrib dan isya'

Bila nenek tak upaya berjalan ke masjid lagi
Saya mula menjadi pengikut setia ayah
Membonceng motorsikal ke masjid di kampung
Solat berjemaah walaupun sekadar ikutan
Antara maghrib dan isya' selalu menjadi penghibur makcik-makcik di masjid
"Nur... bacakan kami rukun islam, rukun iman"
"Nur... nabi kita yang wajib diketahui ada berapa orang?"
Sehinggalah satu peristiwa berlaku
Semasa imam membaca Al-Fatihah saya bersaing membaca dengannya.
Lantang sekali, sehingga menganggu makcik-makcik
Akhirnya malam itu seluruh jemaah perempuan terbatal solat mereka kerana saya
Dan sejak itu, ayah tidak membawa saya ke masjid lagi.
Oh... itu kenangan.

Kalau petang-petang lepas balik dari sekolah
Pokok buah-buahan di belakang rumah tok' pasti menjadi mangsa
Mangga, manggis, jambu batu, jambu air semuanya dipanjat
Sekali pandang persis seperti monyet di atas pokok! hahaha.
Bila jam berganjak ke pukul 2 petang barulah terkocoh-kocoh
Masa itulah hendak mandi, solat, makan dan mengaji Quran
Dan berkejar ke sekolah agama petang pula.
Tapi rasanya tidak pernah lelah

Kalau tidak bersekolah agama mulalah langkah saya panjang
bermain dengan sepupu yang semunya lelaki
main tol nusup di halaman rumah nenek
Kadang-kadang menangguk udang di tali air
Main geng, polis entry, galah panjang, zero tarzan
dan kadang-kadang masuk ke kebun getah mencari buah getah
main laga buah getah siapa paling kuat

Kalau musim padi menguning
kami semua buat wau, wau lidi, wau bulan
bila semua sepupu lelaki tak mahu layan kerenah saya
Tok'ki yang selalu buatkan wau
Maka bertinggung lah saya mengadap tok'ki menyiapkan wau
Sambil menggulung rokok nipah buat tok'ki
Bila siap wau, kami naikkan wau
Bila wau dah naik tinggi kami ikatkan tali pada tin
Duduk atas tanah dan lihat wau yang naik tinggi dan makin tinggi
Seronok!

Belum lagi cerita tentang tunggu mempelam luruh
Sepohon mempelam besar dan teguh di hadapan rumah nenek
Bila angin kuat semua siap sedia tunggu mempelam luruh
Bila gugur sebiji yang berebut ada 10 orang
Dan biasanya saya hanya mampu menelan liur melihat sepupu menggonggong mempelam manis
Ah! kenangan lagi.

Sungguh kecintaan pada kampung halaman menjadi Sunnah nabi SAW, maksudnya

"Ya Allah, cintakanlah kami pada Madinah ini sebagaimana cintanya kami kepada Makkah ataupun melebihi dari itu" - Hadis Bukhari dan Muslim

------------------------------------------------

Ya Allah,
Peliharakanlah orang-orang tua kami yang mulia
Berkatilah umur mereka
Kurniakanlah kesihatan dan ketenangan buat mereka
Agar kami dapat pulang lagi
Mencari kekuatan, pada ajaran dan wasiat mereka
Yang semuanya datang dari kalam-Mu serta RasulMu
amin....

PM : saya bangga mempunyai kampung halaman