Followers

Monday, January 25, 2010

Sabah : antara Kenangan, Pengalaman, Persahabatan & Pengajaran

Beberapa hari lepas, berpeluang bercuti bersama teman di K.K. Saya kira ia pengalaman indah walaupun ia hanya percutian gamble dan gila-gila. Bercuti tanpa merencana percutian. Dalam kepala hanya merangcang untuk ke pulau samada Manukan @ Sapi @ pulau-pulau dalam lingkungan Taman Laut Tunku Abbul Rahman. Ya! KPI tercapai!
Hari ke-2. Jom ke Kundasang! Menjejaki kaki Gunung Kinabalu. Mahu ke puncak bukan daya kami, jadi cukup la sekadar singgah di kaki gunung. Cukup memuaskan! Alang-alang sudah sampai di Kundasang, singgah sebentar di pekan Kundasang dan langsung ke Ranau. Di Ranau, Hot Spring Poring, Teh Sabah, Urut kaki ikan, sudah sedia menanti.

Malangnya, percutian berdua bukan satu percutian budget yang menjimatkan. Hampir-hampir tertipu dengan prebet sapu untuk ke destinasi tujuan. Kami akhirya membuat keputusan untuk mengambil perjalanan sehala dan bermalam di Kundasang. Padahal kami berdua sebenarnya masih buntu tempat mana harus ditujui. Perjalanan K.K-Kundasang-Ranau sangat lama, hampir 3 jam dan jalannya berliku macam ular dipalu. Tapi pemandangan di sekeliling sedikit mengubat hati. Kagum dengan ciptaan Tuhan dengan keindahan alam. Sepanjang perjalanan masing-masing berdoa semoga kembara kami dipermudahkan-Nya.


Dengan kepayahan akhirnya selamat sampai. Manisnya di sini satu tali persahabatan terjadi. Dipertemukan dengan sepasang suami isteri. Dari Terengganu juga, tapi berjodohan di Sabah. Itu juga satu takdir. Kata si isteri, muka saya familiar. Di sapa seperti telah lama kenal. Owh... klise! Ke mana-mana saja saya pergi, pasti ditegur org yang tidak dikenali. Kata mereka, muka saya mirip seseorang yang mereka kenali. Walhal sepanjang bernyawa saya tidak pernah bertemu dengan orang yang seiras dengan saya. Takdir tuhan....
Meneruskan perjalanan dari Got Spring Poring ke Urut kaki ikan di Ranau. Kali ini bukan berdua, tapi sudah berempat. Pasangan suami isteri tadi sudah menjadi sahabat kami. Seronok, berloghat Terengganu di tanah Borneo. hahahaha.... Saya kira, doa kami didengari oleh-Nya. Dalam kepayahan mencari kenderaan, diutus-Nya seseorang menghulur bantuan. Terima kasih Tuhan.
Baru bersahabat. Tapi akrab seolah-olah sudah lama berkenalan. Mereka, pasangan suami isteri telah lama berkahwin tapi lagaknya seperti baru berbulan madu. Mesra dan akrab. Kami, dua sahabat mengembara mencari pengalaman di tempat orang. Mereka, pasangan yang lengkap, kaya & baik hati tapi masih belum dikurnia cahaya mata walaupun sudah 15 thn berkahwin. Kami, bekerjaya, stabil w.lpun tidak kaya tapi masing-masing masih sendiri walhal umur semakin meningkat. Antara kami, masing-masing ada cerita & pengalaman untuk dikongsi. Ada kisah gembira & sedih. Cuma Tuhan yang tahu isi hati masing-masing. Tapi tujuan kami berempat tetap sama.. Mahu nikmati kehidupan dengan penuh kebahagiaan.... Banyak yang kami kongsi. Pada saya ia satu pengalaman yang sukar dibeli walau dengan RM1 juta sekalipun.

Perjalanan ke Kundasang-Ranau panjang. Niat hati bermalam di Kundasang terkubur. Malam baru sampai ke K.K. Sebagai tanda perpisahan, kami menjamu ikan bakar di Pasar Filipina. Malam itu yang terakhir di Sabah, harap-harapnya akan bertemu lagi di Semenanjung.
Hari ke-3. Berura-ura ke Labuan. Tapi silap percaturan! hahaha. Kalau mahu pergi day trip, kena amik bot awl pagi ke Labuan dan balik semula ke K.K tengahari. Tapi, pukul 10pg baru bergerak ke jeti untuk ke Labuan. Jadi hari terakhir hanya jalan-jalan di bandar K.K. Menarik juga. Ke pasar basah, pasar kering, pasar Philipine, semua pasar kami jelajah. Terakhir di airport. Bertemu semula dengan pasangan suami isteri semalam. Takdir lagi. Saya percaya semuanya telah diatur-Nya dengan hikmah yang tersendiri. Sebenarnya banyak mahu diceritakan, tapi rasanya saya bukan pencerita yang bagus. Jadi... saya mahu simpan semua ceritera itu untuk diri sendiri saja... Sabah : antara kenangan, pengalaman, persahabatan dan pengajaran yang tidak dapat dilupakan!
PM : tiba-tiba rindukan pelukan ibu....

6 comments:

  1. gambo ikan tu dalam air ke ape?
    uolss sgt tantik ok pic iteww
    i jeles

    uolss mmg hebat la kalau acik tatau la mampu ke idak nak mendaki jalan dalam hutan itu

    ReplyDelete
  2. gambar ikan tu dalam air.
    jgn x percaya, ikan2 tu utk spa kaki okeh! besar2 ikannye. merah2 tgn aku kena gigit dek ikan2 tu. hahaha

    hehehe.. xde mendaki pun, jalan sikit je, tp semput jugak nak sampai ke dlm hutan tu. hehehe

    ReplyDelete
  3. gambo kategori kamera compact mmg mu menang ah..aku xleh bayang kalo pakai DSLR..adakah ckucin akan dikalahkann???

    ReplyDelete
  4. muhahahaha... nilly... mu saje je membangkitkan semangat aku utk pakai DSLR. tapi aku miskin tegar... how???

    ReplyDelete
  5. sabah memang best.. aku hari tu dapat pegi labuan. tapi balik kena naik kapal terbang ke KK. Bot dah takde..

    ReplyDelete
  6. amboi ko nill.. jadi batu api laks kat situ..

    ReplyDelete