Tarikh : 13 Mac 2010, Sabtu
Aktiviti : Daki bukit
Lagi aktiviti bersama GBS (kali ni terkurang lagi 2 org GBS dan seperti biasa tanpa ketua GBS yang berada nun jauh di Tanah Mat Said. Manakala, juga tanpa kehadiran cik Nilly yang dikhabarkan masih mandom tanpa batasan), opismate & kawan-kawan yang lain. Thanks to Ira, Ita, Zaidi, Farid, Azan, khairul, Anip, Naz, Din, Chen, Fairuz & Lily yang menjayakan pendakian ke Bukit Tabur. Seperti biasa, pukul 5 a.m bertolak dari rumah, terus ke Taman Melawati. Subuh di sana & seawal jam 7 a.m mula mendaki. Wah.... penat dowh! Separuh jalan tak lepas lagi tapi rasa cam nak semput pun ada.
Mendaki lebih kurang 30 minit, sampai ke puncak pertama yang agak berbatu. Cabaran bermula! Start mendaki bukit yang berbatu. Memang agak mencabar la. Kena hati-hati sebab tersilap langkah, masuk gaung la jawabnya. Masa tu matahari dah muncul. Malu-malu kucing. Cuaca pun baik. Cerah tapi tak terlalu terik. Masa tu kagum kejap tengok ciptaan Tuhan. Memaang cantik. Syukur sebab masih berpeluang menikmati keindahan secantik ni walaupun bukan senang nak sampai ke situ.
Dari puncak, boleh nampak pemandangan satu bandar Kuala Lumpur. Nampak Empangan Klang Gate dari kejauhan. Memang cantik! So, sesape yang suka tracking @ hiking boleh lah cuba daki Bukit Tabur. Korang tak akan rasa menyesal! Percayalah! hahaha...
p/s : terima kasih sebab tolong selamatkan saya. Pertolongan tuan tak mampu saya balas.
sape yang selamatkan ko?
ReplyDeleteensem tak org itu?
=P
manusia la..
ReplyDeletetak bape nak hensem. hahahaha *nanges