Followers

Thursday, May 20, 2010

Natrah : Cinta, rusuhan dan air mata

Buku ni dah lama baca. Cuma baru tergerak hati nak review tentang buku ni. Dah lama berhajat nak miliki buku Natrah air tangan Datin Fatini Yaacob oleh Penerbit UTM. Gigih melilau lilau dari gerai ke gerai masa Pesta Buku Antarabangsa 2010 hari tu. [kredit buat Cik Nilly & Cik Princess sudi jadi peneman yang setia]. Teruja sangat tengok ketebalan buku ni yang pasti penuh dengan fakta untuk dijiwai.

Kisah Natrah/Nadra pernah di pentaskan di Istana Budaya pada 2009. Dan rasa-rasanya Finas juga pernah filemkan kisah Natrah ni. Mungkin juga filem Natrah sudah terkubur. Kisah bermula bila nenek dan ibu Natrah menyerahkan hak penjagaan Natrah kepada Che Aminah. Che Aminah - bukan sebarangan wanita kerana pada waktu itu (1940-an). Beliau jauh berbeza dengan kebanyakan wanita melayu sezaman itu yang rata-rata masih buta huruf. Sedangkan beliau telah menguasai beberapa bahasa dengan fasih. Dan kata-kata menyatakan Che Aminah adalah orang gaji keluarga tersebut adalah FITNAH semata-mata! Umum tahu kisah Natrah bukan sekadar perebutan hak penjagaan gadis remaja namun telah menjadi isu agama dan dunia (dunia Islam bersatu dari Tanah Melayu hingga Timur Tengah.. hebatkan!!).
Bermula dari helah Locke yang telah menyebabkan Che Aminah membawa Natrah ke Singapura kerana jika Che Aminah tetap di Kemaman, mereka tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan Terengganu bukan tanah jajahan British. Che Aminah sangkakan kedatangan beliau dan Natrah ke Singapura dapat menjernih keadaan dan dapat beliau pergi ke Belanda untuk bertemu keluarga Natrah. Namun sebaliknya berlaku bila Natrah dipaksa berpisah dengan Che Aminah sehingga mereka sanggup menawarkan sejumlah wang supaya Che Aminah “give up Natrah”. Sebelum kes mahkamah yang pertama, isu ini dilihat lebih kepada isu kekeluargaan di mana kemenangan berpihak pada Che Aminah.

Namun setelah Natrah dikahwinkan dengan Mansor Adabi, isu ini berubah menjadi lebih dasyat hingga penghinaan demi penghinaan di buat oleh pihak Belanda (orang kulit putih kononnya lebih mulia dari orang kulit berwarna), pihak British juga menggubal undang-undang had umur kahwin bagi gadis adalah 16 tahun keatas, fitnah terhadap mereka yang berjuang dalam isu ini hebat dipropagandakan oleh media pro penjajah. Malahan mana-mana orang Belanda yang bersimpati dengan Natrah dan Che Aminah telah dibunuh.

Difaham emak kandung Natrah tidaklah terlalu ingin Natrah kembali ke Belanda kerana bagi dia Che Aminah telah menjaga Natrah dengan baik. Tapi dia sifatkan apa yang dia buat ini adalah arahan. Mungkin sebab tu dia sanggup mengeluarkan penyataan yang bercanggah dengan Che Aminah.. kesian Che Aminah.. kesian juga dengan Natrah yang jadi mangsa pihak Belanda yang ingin menjaga air muka setelah dikalahkan oleh Indonesia setelah 300 tahun menjajah!! Jadi mungkin sekurang-kurang isu Natrah ni dapat menaikkan sedikit maruah mereka selaku orang kulit putih yang kononnya mereka anggap lebih bertamadun dari orang kulit berwarna yang disifatkan masih dalam hutan.

Tak perlu lah aku tulis panjang-panjang kisah Natrah ni kerana kita semua sudah tahu akhirnya Natrah dipisahkan juga dari suaminya dan Che AminaH. Daripada buku ni boleh dizahirkan Natrah derita sebahagian besar dari hidupnya (berkahwin di Belanda, bercerai, hijrah ke Amerika dan lain-lain) dan Natrah ingat banyak peristiwa-peristiwa semasa dia bersama Che Aminah. Dia gambarkan sebagai saat sukacita dia, walau dah berusia dia masih ingat dengan terperinci saat-saat itu.

Iktibar dari kisah Natrah ni kita perlu bersatu dalam menjaga maruah kita dan perlu bijak bermain taktik. Mungkin waktu tu keadaan sukar kerana dijajah, jadi sentimen anti penjajah amat kuat hingga mereka boleh bersatu dalam isu bangsa dan agama. Hingga ada yang sanggup berkorban demi menegakkan kebenaran. Hebat perjuangan itu! Kalau sekarang ada juga kes anak di bawa lari oleh bekas suami dan dikhuatiri akan terpesong akidah, namun kita pandang sepi sebab anggap ini isu peribadi bukan isu agama. Mungkin (mesti) sudah sampai masa kita berubah.

Natrah - menderita hingga ke hujung nyawa. Semoga Allah melindunginya. Soal agamanya bagaimana? Pegangan hidupnya bagaimana? Rasa-rasanya usahlah kita pertikaikan. Kerana apa yang dialami olehnya bukan kehendaknya. Dia tersepit antara kemahuan dan kehendak. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihi....

PM : hati sayu membaca kisah duka seorang gadis bernama Natrah

4 comments:

  1. ko ada buku ni.. adus akak pun cari buku ni punya lama.. pernah baca sekali kat library.. boleh pinjam ka??

    ReplyDelete
  2. ada! boleh2. beli masa pesta buku. hehehe

    sangat best buku ni :)

    ReplyDelete
  3. lama dh ak x buka blong mg.. Hr tu ak nk msk kena paka pwd, ak ingat mg x mboh bg dh ak buka blog mg.. Huhu, byk entry mg pasal kisah sedey2 je lately ni, ak ada comment entry mg tajuk ...

    ReplyDelete
  4. yong,

    mu tetap diinvite utk baca blog aku sampai bila2... :)

    ReplyDelete