Followers

Wednesday, July 07, 2010

Lunch @ Saba' Restaurant

Setelah 2 kali hampa makan di sini bila restoran tutup, semalam cubaan ke-3 berjaya. Nasib baik kali ni buka. Kalau tak aku banned terus restoran ni. Hahaha.. Tu pun plan tanpa dirancang. Lepas baiki kereta, ringan je kaki tekan pedal minyak terus meluncur ke Cyberjaya. Sedar tak sedar, taraa.... dah sampai depan restoran! hiks.

Saba' Restaurant : sebuah restoran arab Yaman, terletak di Cyberjaya. menyediakan hidangan nasi arab yang amat menyerupai nasi beryani, cuma perbezaanya ialah nasi arab ini tersangat sedap dan dihidangmengikut resipi dan citarasa arab.
Tak dinafikan, memang sedap seperti yang di war -arkan.. nasi yang sedap dan lembut chicken roasted yg secukup rasa empuk, lembut dan enak. Hidangan nasi simple, nasi bersama ayam & sos arab sahaja. Tak ada kuah macam yang kedai mamak tuang dalam nasi kita tu, tiada kuah kurma atau dalca. Tapi.. memang membuka selera lah! S.E.D.A.P!
~ pilihan kami roasted chicken (L) ~

~ jus buah-buahan pun sedap & pekat! ~

So, sesape agak-agak nak merasa masakan Arab, silalah ke sini. Anda tak akan menyesal. heeee
PM : burp... Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment