Followers

Monday, November 29, 2010

KL and Kuala Selangor Tour

27 November 2010
Putrajaya - KL - Kuala Selangor - Putrajaya


Hola! Kali jalan punye kerja! Dalam kepala duk asyik nak berjalan jauh-jauh je. Padahal KL pun belum habis tawaf lagi. Kan? Jadi plan punye plan, akhirnya! Dengan budget RM60/person mulakan perjalanan. Bertolak dalam pukul 8.30am dari LEP, singgah makan dulu. Jalan, jalan jugak perut kena penuh.

Dalam 10.30am, terus ke KL. Jalan ok, agak jammed tapi masih bergerak. Lokasi pertama : Menara Kuala Lumpur. Sekadar melawat, tak berkesempatan naik ke atas menara. Almaklum la, berjalan budget la katakan. Fees masuk RM38.00 (dewasa), RM28.00 (kanak-kanak). Takpe, at least pernah jugak ke situ w/lpun tak dapat naik ke atas menara. hiks (ayat sedapkan hati sendiri).


~ us ~
~ Menara Kuala Lumpur ~


'Kite nok g mane plok?' tanya nill.

Memorial P. Ramlee.

'Mane aaa???'

'Hahaha... dok au gok'

'Kita singgah Tourism Malaysia dulu' Ira selaku cikgu iringan dan penyelamat keadaan.

Tu la padahnya tak buat persediaan. Mentang-mentang nak berjalan kat KL je, masing-masing tak buat persediaan langsung. Aku pulak, dah siap tulis alamat lokasi, sekali tertinggal pulak kertas tu kat opis. Cuai betul!

Jadi singgah sebentar di Tourism Malaysia. Siapa sangka kan? Hanya kami orang Malaysia yang singgah di situ pada hari tu. Selebihnya semua pelancong! hiks. Cantik tempat ni. Suram dan damai je.
Lepas tanya info dari petugas kat toursm Malaysia, teruskan perjalanan.

Info : Kalau nak ke Memorial P.Ramlee dari KL, pastikan anda tahu di mana letaknya bulatan Pahang, amik pukul 3 (ke arah Setapak). Selepas courts mammoth (di sebelah kanan) masuk ke simpang kiri >> Jalan Dedap, Taman P. Ramlee.

Kagum, terharu, sedih, marah tu perasaan aku selepas melawat Memorial P.Ramlee.

Kagum : kehebatan Tan Sri P.Ramlee menghasilkan karya-karya hebat

Terharu : sihat penyayang & pemurah beliau sewaktu hidupnya

Sedih : mengenangkan nasib beliau yang tidak terbela sehingga hari ini...

Marah : dengan mereka yang tanpa silu mencedok titik peluh beliau tanpa rasa bersalah sedikitpun!

Al-Fatihah buat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee & Allahyarhamah Pn. Sri Saloma yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh mereka di tempatkan di tempat-tempat orang yang dirahmati-Nya... Amin...

Jam sudah menunjukkan ke angka 1 p.m. Perut sudah berkerongcong. Sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor, kami singgah makan dulu. Kebetulan masa sesat nak mencari Memorial P.Ramlee tadi kami terpandang satu restoran di tepi jalan. Restoran Asam Pedas. Sedap & pedas masakan kat sini. Semuanya asam pedas. Jenis ikan je berbeza. Harga ikut set, semua set harga sama RM7.00 [ nasi putih, ulam & asam pedas ] Berbaloi, murah & sedap!
~ asam pedas ikan pari ~
~ watermelon juice with lychee ~

Habis makan, singgah solat zohor dulu sebelum teruskan perjalanan ke Kuala Selangor. Perjalanan ke Kuala Selangor ambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Cuaca redup & hujan renyai. Tapi tetap gigih ni.

'Kita nak tengok kelip-kelip terus ke?'

Hahahaha... motip ada orang tak tau kelip-kelip keluar waktu malam?

Kami menuju ke Bukit Malawati. Parking kereta terus ke kaunter. Beli tiket : RM5.00/person. Ada kenderaan disediakan. Ntah tak tau nama ape. huhu. Kat atas Bukit Malawati ada rumah api, ada muzium sejarah Kuala Selangor & banyak lagi tempat-tempat peninggalan sejarah kat situ. Macam-macam cerita. Dan yang paling mengejutkan kat situ banyak monyet. Monyet yang bermuka kecik macam lotong. Jinak. Tak usik orang. Siap ada orang jual kacang panjang & pisang kalau kita nak bagi monyet-monyet tu makan.

~ SB jumpa kawan lama ~

~ meriam Bukit Malawati ~

~ survivor : monyet ni hanya berkaki 3 ~

~ ibu dan anak : sama tapi tak serupa ~

~ selat melaka dari kejauhan ~

~ muzium sejarah Kuala Selangor ~

~ rumah api Bukit Malawati ~



Turun bawah dengan kenderaan tu lagi, terus di bawa ke Taman Alam Kuala Selangor. Kat bawah Bukit Malawati je. Tapi tak singgah pun, just lalu je. Sebab masing-masing dah kepenatan. Singgah solat asar dulu sebab lepas ni kami nak g makan seafood plak. hehehe!

Perjalanan diteruskan ke Pasir Penambang. Rupa-rupanya Pasir Penambang adalah perkampungan nelayan yang didiami oleh penduduk cina. Tu laaa... kekononnya pandai, tapi sebenarnya tak berapa nak bijak pun. haha! Patah balik, singgah btanya orang.

Info : Pasir Penambang merupakan perkampungan nelayan yang didiami olrh penduduk cina. Kawasan ini terkenal dengan hasil perikanan dan perusahaan bahan kering daripada sumber perikanan. Di sini juga terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan laut yang sesuai untuk orang cina sahaja.

Lepas singgah bertanya orang barulah kami tahu... kalau hendak mencari ikan bakar atau makanan laut boleh pergi ke Pantai Remis, Jeram. Singgah di Aroma Ikan Bakar. Kami makan ikan siakap masak merah, ikan gerut-gerut bakar, ketam goreng kunyit, mentaram goreng bercili dan kailan ikan masin. Total 5 orang makan : RM90.00. Verdict? ok la. Cuma ikan bakar dia kurang masak dan agak hanyir. Yang lain semua licin kena sapu!
~ Aroma ikan bakar ~

~ adik ini leka mencari kepah ~

~ air baru pasang ~
~ matahari malu-malu terbenam ; cuaca agak redup dan hujan ~
Lepas singgah solat maghrib & isyak, destinasi terakhir Kelip-kelip Kg. Kuantan. Tiket adalah RM40/boat. Sebuah bot boleh menampung seramai 4 orang. Since kami berlima, kami just beli tiket untuk 1 bot saja, tiket untuk seorang lagi bayar kat boatman. Malam tu nasib memang baik. Cuaca suram tapi tak hujan. Agak gelap tapi tak terlalu sejuk. Bot pun tradisional. Tak pakai enjin. Natural! Suasana sunyi je.. tak lama lepas tu... tara!!!!! nampak kelip-kelip!!! Mula-mula sikit, lepas tu makin banyak dan makin terang. Cantik!!! Hanya tuhan yang tahu. Kuasa Allah! Kalau nak tengok kena datang sendiri sebab pemandangan ni tak mampu dirakam dengan kamera!
Info : Waktu yang sesuai untuk melihat kelip-kelip adalah selepas 15 haribulan bulan Islam @ lepas bulan mengambang. Sebab masa tu cahaya bulan dah makin kurang jadi dapat lihat cahaya kelip-kelip dengan terang.
Pukul 10.00 pm bertolak balik ke Putrajaya. Kali ni ambil Guthrie terus ke Puchong. Dah tak larat drive jalan dalam. Gelap pulak tu. Sampai rumah dalam pukul 11.30 pm. Penat tapi seronok!!
28 November 2010
Skybridge Visit Petronas Twin Tour
Hanya ber-3. Lawatan ke jejantas udara Menara Berkembar Petronas. Sekian lama menetap di KL tapi tak pernah berkesempatan ke sini. Akhirnya sampai jugak. Tiket kami pukul 5.00 pm. Tapi pukul 5.30 pm baru menapak di KLCC. Ingatkan dah xde peluang nak naik sebab terlambat. Tapi nasib baik dapat naik jugak. Cantik, kagum dan bangga!
Info : 3 kategori tiket disediakan iaitu RM3.00 (tour only), RM20.00 (tour & deck) dan RM200.00 (tour & deck & meal )

~ dari tingkat 53 ~
PM : saya bangga jadi anak Malaysia! woha!

2 comments:

  1. beh nya cuti2 dlm mesia.. x ajk ketua gbs.... huhu... menara kl pun aku x penah sampai jgk lagi.. sibuk nk g jalan tpt org.. hehe

    ReplyDelete
  2. yong, nanti mu mari KL, aku bawak mu g KL tour eh ^_^

    ReplyDelete