Followers

Tuesday, July 19, 2011

Horas! Horas! Horas!

Baru balik bercuti. Penat pun tak hilang lagi. Kali ni ber'3 je. Plan asal ber'6 tapi nak buat camne perancangan Allah mengatasi perancangan manusia kan... Jadi walaupun ber'3 kami R.E.D.A.H je! Mula-mula nak pegi dgn xnak pegi = 50:50. Tapi bila fikir-fikir balik xkan kerana orang lain kita pulak tak pergi, rasa macam sangat rugi, jadi teruskan plan tu.

Day 1 : 16 Julai 2011 : Sabtu

Bangun pagi sebab amik flight paling awal. Walaupun baru malam tadi berkemas, masing-masing tetap teruja jugak. hiks. *namapun nak bercuti kan? hoho! Kebetulan sampai awal, so kami isi perut dulu di Old Town Cafe dulu. Peneka roti dan kopi memang best. Then masuk, Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar.

~ isi pass imigresen ~

Cepat giler flight. Rasanya tak sampai 30 minit pun naik flight dah sampai Medan! Balik kg pun lama lagi. Sampai-sampai je settlekan urusan imigresen, keluar airport taraaaa.... we're in MEDAN! Airport Medan ni tersangatlah kecik. Jalan 2 3 langkah dah sampai ke pintu luar. Sampai kat luar, tourist guide kami dah menunggu, Pak Anton namanya. Memandangkan kami hanya ber'3 dan lokasi yang kami nak tuju adalah sangat jauh, jadi menggunakan khidmat tourist guide adalah jalan terbaik. Lagipun bayaran pakej berpatutan.

Pak Anton tak banyak bicara, terus bawak kami naik Kijang a.k.a Unser terus ke Parapat. Punya besar Kijang tu kami 4 orang je yang naik. Memang best! Teruskan perjalanan ke Parapat nak ke Samosir Island di Danau Toba. Perjalanan memang jauh nak MAMPUS! Hampir 5 jam! Jalan... Ya Allah, macam ular kena palu. Nasib baik Pak Anton cekap. Nak sampai ke Parapat tu rasanya berkali-kali jugak la tido-mimpi-tido-mimpi. huhuhu

Kata Pak Anton "Jalannya memang jauh, tapi sampai nanti semua penat hilang"

~Kota Medan yang mancit!~

Memang betul kata Pak Anton, sampai Parapat tu dari kejauhan dan nampak Danau Toba. Memang cantik giler! Tak mampu nak bayangkan dengan cerita. Kalau nak tau camne cantiknya view kat sana kena pergi sendiri. Sepanjang jalan nak sampai ke jeti Parapat tu penuh dengan pokok pine. Suhu, sejuk! Udara nyaman!

Sampai cun-cun je tengahari. Feri bertolak pukul 2.30 petang ke Samosir Island. Perjalanan lebih kurang 45 minit. Masa tu perasaan memang teruja. Rasa berbaloi-baloi datang walaupun asalnya banyak betul halangan dengan trip ni. Tapi, Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar.

~ di jeti Parapat : hendak menuju ke Samosir Island ~



~ anak-anak orang Batak memang terror berenang! ~
~ Danau Toba ~

~ at Samosir Island : view dari bilik sangat cantik! ~


Malam pertama menginap di Samosir Villas Resort. Verdict? Bilik memang terbaik! Balkoni bilik mengadap tasik. Sangat cantik! Sekeliling resort tu siap ada kolam renang, ada ruang bersantai dengan keluarga dan yang paling best siap ada PC untuk bertenet!

p/s : Kalau ada yang nak ke Danau Toba, silalah menginap di Samosir Villas Resort! Anda tak akan menyesal!

Lepas check in, masing-masing tak nak bazirkan masa, terus keluar sewa motor. Kami nak round pulau naik motor. Sewa motor pun berpatutan, rp30 000/ hour, lbh kurang RM10/jam. Teruja je nak naik motor ni. hahaha. Dah lama tak bawak motor, so ape lagi, petang tu masing-masing merempit keliling pulau. Saya jatuh cinta dengan Danau Toba! hoho!









~ sun set in Danau Toba ~

~ sun rise in Danau Toba ~




Day 2 : 17 Julai 2011 : Ahad

Seperti biasa, bangun seawal pagi. Pukul 7.00 pagi dah check out. Macam sayang nak tinggalkan resort tu. Tak puas lagi duk situ untuk satu malam. Lain kali kena duduk 2 malam, baru puas hati. hoho!

Dah siap sarapan semua, terus ke jeti. Feri kami pukul 10.30 pagi. Sebelum tu singgah dulu di Ambarita Village. Ni perkampungan orang Batak. Kalau ikut sejarah dulu-dulu orang Batak ni karnivor a.k.a makan orang. Tapi tu cerita dulu, sekarang diorg dah maju.

Lepas ke Ambarita Village terus ke Simanindo Harbour untuk naik feri. Kat situ ada pekan kecil, Tomok. Banyak kraftangan tempatan dijual kat situ. Sempat singgah kat makam raja Batak. Lepas tu teruskan perjalanan ke Berastagi. Makan masa 2 jam jugak nak sampai Berastagi. Dalam perjalanan singgah di rumah panjang yang berusia lebih kurang 200 tahun. Singgah di air terjun si Piso-Piso. View tak payah cakap memang sangat cantik.


~ jumpa pelancong Holland ~

~ superb view of Danau Toba ~



~ saya rasa mereka confuse samada mereka di Medan atau di Switzerland... ~



~ air terjun si piso-piso ~

Dah lawat semua singgah di pekan Berastagi. Ape lagi, program menjamu mata la pulak. hiks Dah lewat petang, terus check in ke hotel. Part hotel memang sangat puas hati. Masing-masing cas-cas jadi orang kaya dapat duk hotel 4 bintang. Almaklumlah kat Malaysia mampu duk hotel Mansur je, semua hotel xde bintang, skali g luar negara tak sangka pulak dapat duk hotel semewah ni. hehehe.

~ pekan Berastagi ~

~ anggur Medan : rasanya masam-masam manis ~



~ Grand mutiara hotel ~

~ bilik terbaik! ~

Day 3 : 18 Julai 2011 : Isnin

Hari terakhir, lepas breakfast dan check out hotel, teruskan perjalanan ke kota Medan. Perjalanan lama makan masa dalam 2 jam setengah. Jalan bersimpang-siur macam ular kena palu. Nasib baik view sepanjang perjalanan cantik. Kira terubat jugak la.

Sampai kota Medan dalam pukul 10.00 pagi. Terus ke istana Mammonth. Lepas tu program jalan-jalan cuci mata. Singgah pasar ikan, factory outlet, Medan Mall, Sun shine Mall, entah ape lagi tempat yang semuanya menggugat iman. Dah la masing-masing poket kering. Jadi telan liur je la. Nak buat camne, nafsu besor... tapi poket kecik, so faham-faham je la.

Dalam pukul 7.oo petang Pak Anton hantar airport. Flight kami paling last dalam pukul 10.45 malam. So, merasalah 3 manusia menyapu lantai airport Medan yang kecik tuek tu.

Sampai LCCT dah hampir 12.00 tgh malam. Balik ke SK.

-TAMAT-

4 comments:

  1. OMG, cantik gile eh tempat tu.
    aritu ade ckp kat kawan incik kodok dia ckp mau pegi jua.

    heheheheh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete