Followers

Thursday, February 09, 2012

Pavlova

homemade pavlova. Superb!!

Ini adalah rentetan dari entry balik kampung sebelum ni yang mana banyak acara makan, makan dan makan sahaja. Berkobar-kobar balik kampung konon-kononnya nak tunjuk skill kat pn Fatimah nak buat pavlova. Hehe. Menjadi jugak pavlova saya walaupun naiknya tak seberapa. Ahaks.

Kisahnya bermula bila cik bunga duk war-warkan, dia makan pavlova homemade. Apa lagi, alang-alang balik kampung GBS request dengan kakak dia. Yang terharunya, nak pulak kakak cik bunga melayan permintaan kitaorg ni. Padahal cik bunga bukannya balik kampung, kitaorg ni sesuka hati je pergi terjah rumah dia. Tu semua kerana pavlova. Biasanya kalau bab-bab makan cik bunga memang terror. Mula-mula dia makan, pastu dia hasut kitaorg, dan lepas tu dengan dia skali kena heret makan.

Lepas makan, saya cuba-cuba buat. Saya cilok resepi yanmionline :

Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 1/2 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tips : Untuk elakkan meringue yang dihasilkan berair, boleh gunakan serbuk vanila bagi menggantikan esen vanila.

Untuk resepi penuh dan cara membuatnya boleh rujuk SINI. Saya malas nak copy paste.

dan kami pergi layan pavlova di Masjid Kristal. hehe

4 comments: