Sebelum mulakan penceritaan, terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih pada travel partners saya yang sama-sama meredah jalan, naik turun subway/metro/MTR, ikat perut, kena tengking, kena maki dan banyak lagi peristiwa manis dan pahit selama kembara 7 hari kita di bumi apek. Tempat yang kami pergi ni bukanlah tempat asing bagi rakyat Malaysia, sebab kalau ditanya pada pakcik Google, mesti berderet-deret cerita yang keluar.
Secara tak langsung terima kasih juga atas info travel dari travel's blog yang lain seperti john, abg mie, chawanna, shah_rule etc yang banyak bagi info berguna melalui blog mereka. Walaupun diorg tak baca blog saya dan saya curi-curi celok info dari blog diorg... saya tetap mahu ucapkan terima kasih. Info2 tu sangat berguna sebagai panduan kami! haha. *tetiba intro macam tulis wasiat pulak.
3 April 2012, Flight AK 1086 dari LCCT ke Shenzen berlepas pada pukul 6.35 am dan dijangka sampai pada pukul 10.30 am. Semua urusan menyimpan luggage dan imigresen berjalan lancar.
Bagi penerbangan ke lokasi-lokasi seperti Shenzen, Singapura, Phuket dan beberapa destinasi di Thailand, pintu masuk berbeza dengan pintu masuk penerbangan antarabangsa yang biasa. Pintu masuknya sebelah aje dengan pintu masuk penerbangan domestik. Tapi apa yang mengecewakan, xde tandas dan surau disediakan bila kita dah masuk ke imigresen dan ruang menunggu! Saya pun pelik, nama aje negara islam, tapi kemudahan asas yang sepatutnya negara islam sediakan tak disediakan. Kami masuk awal di ruang berlepas. Ruang menunggupun kecik je. Pilih tempat yang agak tersorok, bila masuk waktu subuh terus solat. Lepas tu tunggu je flight kami.
Tapi dalam duk menunggu tu boleh pulak masing-masing tak perasan penerbangan kami dah dipanggil sebenarnya. Pelik jugak, dah pukul 6.30 am tak panggil-pangil lagi. Nasib baik saya ringan mulut tanya kat petugas AA pasal flight kami, kalau tak ada jugak yang kena tinggal dengan flight!
Mulalah masing-masing gelabah!
Terlari-lari semua!
Jauh giler pilot tu park kapal terbang!
Masing-masing lari macam kena kejar anjing!
Tengok belakang, rupa-rupanya ada jugak yang senasib dengan kami. Kesian tengok lelaki tu, merah muka padam dia kejar kami. Dahla badan montel, kena tarik beg dan lari pulak tu. Kesian....
Fuh... lega... Akhirnya selamat masuk dan duduk dalam flight. Dapat seat je, masing-masing terus tertido. Ngantuk! Malam tadi tak tido duk mengemas beg. Semuanya last minute.
Saya terjaga bila stewardess mintak boarding pass untuk bagi makanan. Makan leih kurang, ingat nak layan mata balik, tapi dah tak boleh nak terlelap dah. Tak lama lepas tu pengumuman dibuat dan flight nak landing.
Fuh.... sampai jugak selepas 4 jam dalam flight.
Tandoori Chicken for breakfast & Chicken Biryani for our lunch. |
Masuk balai ketibaan, kami antara yang terakhir ke kaunter imigresen. Semua urusan berjalan lancar. Amik begpun takde masalah. Tapi bila nak keluar, salah seorang daripada kami ditahan pegawai kastam. Siap kena buka beg dan keluarkan barang-barang. Layankan ajelah, namapun kat tempat orang kan? Kalau tak salah buat apa nak takut. Kan?
Keluar terus cari tiolet.
Terminal antarabangsa kecik je. Tapi terminal domestik di bangunan sebelah memang besar. Keluar dari terminal, kami terus jalan cari bas. Senang je nak cari sebab kaunter jualan tiket bas terletak betul-betul di depan terminal domestik. Naik bas 330 untuk ke Luo Hu, dengan tambang 20 yuan (RM10).
Direction to Bus & intercity Express & Taxi |
Bus's tickets counter |
Ikut je direction 'Luohu Customs' tu |
My travels mate |
Jalan je ikut sign board 'To Hong Kong' |
Mulberry - sempat beli kat Luo Hu. Sangat murah dan rasanya MANIS! |
Urusan imigresen di boarder berjalan lancar. Agak santai sebab orang tak ramaipun. Kemudian kami terus ke MRT stesen Lo Wu untuk HK. Stesen Lo Wu merupakan stesen utama yang menghubungkan Shenzen ke HK. Sebelum tu beli octopus kad dulu memandangkan MRT/bas adalah pengangkutan utama kami sepanjang kami di HK nanti. Kos octopus kad ialah HKD 150 (deposit HKD 50 & stored value HKD 100).
* Deposit akan dipulangkan selepas kita pulangkan semula kad octopus.
* Jangan lupa amik MTR system map di kaunter jualan. Ia sangat membantu!
Kaunter belian octopus card |
Di HK kami menginap di hostel di area Mong Kok. Mula-mula terfikir nak duk area Tsim Sha Tsui (TST), tapi bila diriki-riki, dipilih-pilih, kami sepakat duk kat Mong Kok. Lagipun tak jauhpun Mong Kok dengan TST tu.
Dari St. Lo Wu amik MTR line biru dan pertukaran line hijau di St. Kowloon Tong untuk ke St. Mong Kok. Sampai keluar exit D2 untuk ke HK Dragon Hostel. Sampai hostel, selesaikan semua urusan dan dapat bilik. Bilik oklah, comel je untuk kami ber'4. Padanlah dengan harga kan? Seperti kata shah_rule yang pernah menginap kat sini, "bilik air hanya muat berdiri di satu tempat je". Hehe... dah dapat tempat berteduhpun dah kira bersyukur.
Kami rest dulu, solat dan isi perut. Sempat lagi masing-masing layan mimpi tu!
Mong Kok |
Petang tu, seperti dirancang kami nak ke Avenue of Stars. Tapi sebelum tu kami kena ke St. Hung Hom dulu sebab kami nak beli tiket HK - Guangzhou bagi perjalanan hari ke-4. Semak schedule di sini.
Dari st. Mong Kok, pertukaran di St. Kowloon Tong dan terus ke St. Hung Hom. Secara kasar saya boleh katakan St. Hung Hom ni macam KL sentral. Sebelah stesen ada terminal bus dan berhubung dengan beberapa shopping complex yang besar.
Kami ke kaunter tiket dan plan untuk beli tiket bagi perjalanan pukul 8.35 am. Walaupun tiket agak mahal, HKD 190, tapi bila difikir faktor masa dan masa perjalanan singkat iaitu 1 jam 45 minit dari HK - Guanzhou, kami memilih untuk naik bullet train dari HK.
Malangnya, tiket yang kami pilih tu dah habis! Yang ada hanya pukul 4.38 pm. Frust! Silap kami jugak, tak beli online awal-awal, sebab masing-masing assume tiket mesti ADA! Tukar... plan B! Buka itinerary, bincang pro and cons, lastly kami sepakat beli jugak tiket pada pukul 4.38 pm. Maknanya tempoh kami di Guangzhou dah jadi makin pendek. huhu...
Selesai urusan membeli tiket, keluar dari St. Hung Hom, tak tau nak ke mana. Nampak terminal bus, terus berjalan ke sana dan kami naik bus ke TST.
Lets layan Symphony of Lights!
Symphony of Lights |
Dia bawak berjalan ke Temple Street. Tunjukkan kami Masjid Kowloon dan siap belanja air tebu!
Night at HK |
Temple Street |
Air tebu kat kedai apek ni TERBAIK! |
Lepas jelajah Temple Street, pakcik Rahim bawak kami ke satu lagi pasar malam yang terletak di St. Sham Shui Po. Malangnya pasar malam ni tutup awal. Pukul 9.30 pm masa sampai tu, dah tutup. Lepas tu kami singgah Ladies Market di Mong Kok. Pasar malam ni pun tutup awal sebab masa kami pergi tu dah gerai dah siap-siap nak kemas dan tutup. Takpe Ladies Market tiap-tiap malam boleh pergi sebab ia betul-betul depan hostel kami.
Hampir 10.30 mlm, lepas ke Ladies Market kami balik hostel. Kami berpisah dengan pakcik Rahim di Mong Kok. Pakcik tu siap ajak joint dia ke Ocean Park lagi esoknya tu, tapi kami terpaksa tolak dengan baik sbb kami dah ada plan lain.
with pakcik Rahim |
kechewa pkcik tu...baru je ye ingat nk feeling2 jadi tour guide kita..huhu
ReplyDeletewah dah selamat pulang~ sorry lama tak baca blog sbb bnyak bende laen nak bace.. hehe
ReplyDeletetragis nye tmpat departure untuk flight ke hong kong.. xtau plak sampai camtuh.
Korang pun stay kat Dragon Hostel ek~ rasanya situ je rate paling murah. tapi orang hostel tuh banyak membantu. stanley kan name die..
nasib baik korang dapat tourist guide, selalu orang singapore ni kekwat sikit, haha berubah persepsi skang..
salam dik, nak tanya..kalau utk akak yg bawak famili ( 2 boys, 3 thn , 5 thn) sesuai tak stay kat Dragon hostel tu? akak plan nak book situ masa 1st and 2nd day aje.pas tu nak pindah Disney hollywood hotel pulak...thanks
ReplyDelete