Followers

Thursday, July 05, 2012

Sepetang di Pantai Bagan Lalang

Ni kira entry mengimbau kenangan... Sebab dah lama gile gambar terperap dalam folder. Hari ni baru tergerak hati nak tulis entry.

Kalau x silap ni kali kedua saya ke Pantai Bagan Lalang. Kali pertama pergi waktu malam makan seafood kat kedai-kedai yang banyak dibina di tepi pantai. Tapi saya rasa seafood kat sini so so je. Nak kata murah, xdelah murah mana, nak kata segar... rasanya kalau ke pasar borong ikan, ketam, udang, sotong lepas tu bawak balik rumah dan masak sendiri lagi segar dan sedap!

Tapi kali ni kami datang siang hari. Hajat nak berkelah dan berBBQ. 

Lepas zohor kami bergerak dari rumah. Semua persiapan berkelah, ayam/daging untuk BBQ, meehun goreng, keropok, air dan lain-lain Perjalanan dari SK ke pantai melalui jalan Puchong-KLIA/LCCT mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Sampai di pantai, kami cari port untuk berkelah. Pilih port bawah pokok mengadap ke laut. Bentang tikar dan nyalakan api untuk BBQ. Orangpun tak ramai lagi. Tengok air laut geram je. Haha..

Cuaca yang sangat sesuai untuk berkelah!!!
Hotel 5 bintang - Golden Palm Tree Resort, Sepang
Gigih mereka buat photoshot tengah panas buta. Bukan dekat diorg jalan atas batu tu.

Ada sukaneka, family day kot. Happening betul suasana kat pantai petang-petang camni...
Tergelap plak gambar mereka - tengah BBQ
Dah nak masak dah BBQ kami
Sementara tunggu BBQ masak sempat lagi kami main layang-layang.
Tengah main layang-layang sempat lagi diorg melompat...
Hampir petang... orang semakin ramai datang mandi manda di pantai ni walaupun air di sini tidaklah sebersih mana
Terang mahatari hari ni..
matahari makin terbenam
Sempat tunggu sampai matahari betul-betul terbenam...
Kami berada di sana sampai gelap. Masa tu sayup-sayup kedengaran azan maghrib di surau berhampiran. Masing-masing berkemas barang untuk balik. Sebelum balik singgah surau solat maghrib dulu.

Seronok jugak dapat berkelah macamni. Walaupun pantai di sini tak secantik pantai-pantai di Terengganu, tapi kira oklah sebagai pengubat rindu pada kampung halaman kan? :D

PM : rindunya nak balik kampung...

4 comments:

  1. Assalamualaikum;

    Saya suka tengok gambar2 PM di Pantai Bagan Lalang. Di antara semua gambar di atas, ada gambar yang mencuit hati saya - gambar pengantin berdiri di atas batu. Tanpa disedari oleh pengantin, sebenarnya mereka sedang diphotoshot oleh dua jurukamera. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam wbt

      Terima kasih cik misstree :)

      gigih sungguh pengantin tu berjalan atas batu sampai ke hujung tanjung dengan berkaki ayam semata-mata nak amik gambar. Tengah panas terik pulak tu. kami yg jd tukang tengok duk ketawa je tengok gelagat diorg tu. hehehe

      Delete
  2. Tinggi giler lompatan bintang tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah nil... expert tu kang. hehe

      Delete