Adik ini bila ditanya 'buat apa'? Katanya dia sedang buat kuih untuk berbuka puasa. hehehe. |
Dah menjadi tradisi GBS, setiap kali Ramadhan mesti kami akan berbuka sama-sama walaupun sekali. Uniknya kami bukan berbuka di hotel/restoran atau makan buffet seperti iftar yang kita selalu buat. Tapi kami pilih pantai sebagai port berbuka kami. Maklumlah, Terengganu kan kaya dengan pelbagai pantai, pilih saja nak ke pantai mana. Seperti biasa Pantai Batu Buruk menjadi lokasi pilihan. Kami singgah di bazar Ramadhan yang kebetulan memang ada di tepi pantai, beli makanan berbuka dan kami terus ke pantai. Ala-ala berkelah. - hari itu 1'st time saya singgah bazar sepanjang Ramadhan ini. Sebenarnya berbuka di tepi pantai bukanlah perkara asing bagi kami di sini. Memang ramai yang tak lepaskan peluang berbuka dalam suasana begini. Semakin hampir waktu berbuka, kawasan pantai makin di penuhi orang. Masing-masing ada yang siap membawa tikar untuk dibentang di pantai, tak kurang yang datang berkeluarga semuanya mahu menikmati bayu sepoi-sepoi bahasa Laut China Selatan. Semakin gelap, lampu/sportlight siap akn dinyalakan untuk kemudahan orang ramai. Dan yang paling best, bila masuk waktu berbuka, terdengar sayup-sayup bunyi meriam berbuka dari Bukit Kecil diikuti suara azan bilal dari masjid berdekatan.
AHaaa...kawasan Iftar yang ada kelainan..sambil berbuka menikmati keindahan malam dan sambil bersyukur dengan ciptaan tuhan :-)
ReplyDeletewah mesti best berbuka kat tepi pantai..belum pernah cuba, almaklumlah ddk jauh dari pantai, lagi pun pantai kat kg tak cantik!
ReplyDelete