* Entry yang lama terperap dalam draf baru nak post.
4 Sept 2014
Hari baru kami bermula seawal jam 1.00 pagi. Bangun, bersiap sedia dengan pakaian selengkapnya untuk menempuhi perjalanan mendaki ke puncak Kinaballu. Untuk pakaian, saya pakai 2 helai baju, dan paling luar sweater kalis sejuk dan angin. Seluar pulak yang tahan sejuk - beli kat Korea khas untuk winter. Sangat membantu! Oh ya, jangan lupa bawa sarung tangan sebab pagi ini kami dikhabarkan suhu sangat sejuk. Selepas bersiap, kami sarapan ala kadar. Roti, kaya dan air disediakan oleh pihak penganjur. Air panaspun ada. Saya bancuh oat dan susu yang dibawa, makan roti dan kurma untuk alas perut. Nak makan beria tengah pagi buta memang tekak tak mampu nak telah.
Pukul 2.00 pagi kami semua dah siap menunggu di ruang menunggu. Guide kami pun dah siap sedia. Dah siap semua kamipun bergerak. Kiranya kumpulan kami antara kumpulan terawal yang bergerak naik. Pintu pagar pun tak buka lagi. Tapi guide kata tak apa, jalan saja sebab dia ada kunci. Tujuan kami bergerak awal sebab tak nak tersesak-sesak dalam perjalanan naik nanti.
Keadaan sangat gelap dan sejuk. Jalan kami hanya berberkalkan headlamp sahaja. Mula-mula mendaki dah jumpa tangga. Hampir 1 jam mendaki tangga akhirnya kami sampai di Sayat-sayat (KM 7). Alhamdulillah! Orangpun tak ramai lagi jadi kami ambil masa agak lama untuk berehat di situ sebelum teruskan pendakian naik. Kat sini kena daftar kat pondok pengawal. Lebih kurang 1/2 jam rest, barulah kami teruskan pendakian. Kali ini jalan lebih mencabar. Trek yang dilalui berbukit dan licin. Ada sesetengah trek mendaki kena guna tali untuk memanjat. Memang kena berhati-hati. Terlepas tali, gaung yang menanti. Penglihatan memang sangat terbatas. Masa ni tak boleh memandai-mandai, ikut saja apa yang guide suruh buat.
Di pendakian KM 7.5 - 8 trek berbukit tapi mendatar. Saya rasakan ini antara trek yang paling mencabar. Oksigen kurang, suhu sejuk dan kadang-kadang berangin. Jalanpun sekadar ikut rentak kaki melangkah. Semua bergantung pada kekuatan mental. Serius masa ni, nak give up pun ada. Jalan punya jalan, akhirnya pada jam 5.30 pagi kami sampai di puncak Kinaballu! Alhamdulillah. yeah! Masa sampai tu beria nak panjat sampat ke low peak! Kekonon nak abadikan potret kat situ. Tapi masa tu gelap bebenor. Huahua. Ambil gambarpun tak lawo. Hahaha.
Ok, layan ajelah gambar di puncak Kinaballu!
|
Sunrise - matahari malu-malu nak tunjukkan diri. Ini saja hasil matahari terbit yang dapat dinikmati. |
|
Lagi matahari malu-malu nak tunjukkan diri |
|
KM 8.0 - gambar yang ada kat note RM1 lama dan RM100 |
|
Selfoot - nak bergambar kat low peak ramai sangat orang, jadi cukuplah bergambar kat sini |
|
Sama tak? |
|
Dah makin cerah. Sayang tak dapat nikmati matahari terbit dari puncak. Kabus tebal dan sejuk |
|
Kolam air di puncak Kinaballu - boleh berwudhuk di sini |
Agak lama saya melepak di puncak, bila dah cerah barulah kami beransur-ansur turun. Tak tahan sejuk melampau. Makin cerah, anginpun makin kuat bertiup. Walaupun tak dapat layan sunrise dari puncak, sampai ke puncakpun dah kira satu pencapaian terbaik dah. Kan?
|
Pemandangan di puncak dan perjalanan turun ke Laban Rata |
|
Tadi masa panjat gelap tak tahupun keadaan trek macam ni. Bila dah cerah baru tahu macamana keadaannya. Bagi yang gayat boleh kecut perut jugak. Tapi yang pasti pemandangan sekeliling sangat cantik! |
|
Sayat-sayat dan trek yang terpaksa kami tempuhi untuk turun |
|
Lagi trek turun, semua kena guna tali. |
|
Lagi pemandangan sekitar perjalanan turun ke Laban Rata |
|
Antara trek yang mencabar. Yang pakai baju merah itulah guide kami |
Hampir 3 jam menuruni trek, akhirnya sampai ke Laban Rata. Kami terus kemas beg dan turun bersarapan. Sarapan dengan santai sebab masih awal. Dalam pukul 11.00 pagi barulah kami bergerak turun. Kali ni saya turun berdua. Jadi kami turun secara santai sambil bercerita. Bila penat, rehat kejap. Lagipun tak ada apa yang hendak dikejar di bawah sana. Tambah pulak, kaki dah penat sangat. Lenguh mendaki dan turun dari puncak pagi tadipun tak hilang lagi.
|
Laban Rata - Alhamdulillah, berpeluang juga jejak kaki ke gunung tertinggi di Asia Tenggara |
|
Selepas 5 jam akhirnya sampai ke Timpohon. Kali ini saya turun berdua, seorang dah selamat dan kawan-kawan yang lain masih dalam perjalanan. |
Sampai Timpohon, kami berdua lapor diri kat pondok pengawal dan tunggu van untuk membawa kami ke Kinaballu Park.
Malam itu kami diraikan. Maklumlah dapat menteri orang Sabah. hiks. Selepas diraikan barulah kami bertolak balik ke bandar Kinaballu. Kami bermalam di Marina Apartment sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur esok harinya.
5 Sept 2014
Hari ini bertolak balik ke KL dan kemudian petang terus ambil fight ke KT. Masih ada setengah hari untuk jalan-jalan di sekitar bandar KK. Selepas sarapan, kami terus berjalan kaki ke Philippine Market. Sempatlah membeli apa-apa yang patut untuk famili.
Trip kali ni memang betul-betul untuk memanjat Kinaballu. Trip tersepak. Tapi best! Sebab dapat geng mendaki yang sporting. Walaupun ada yang baru kenal. Tapi semuanya baik-baik. Kalau ada peluang, diberi kesihatan tubuh badan, nak panjat lagi Kinaballu sebab frust tak ada gambar melompat di puncak Kinaballu. Woha!
Tahniah PM. Kena naik lagi sekali ni untuk melompat lebih tinggi
ReplyDeleteThanks AjlaA. Nampak gayanya kena repeat jugak ni kalau nak melompat kat puncak
Deletesama lah...untung dpt tgk depan mata apa yg kat duit tu.. =)
ReplyDeleteCik viva, macam tak percaya boleh tengok depan mata sendiri. :)
Delete