Followers

Wednesday, March 14, 2012

Beautiful Guilin - Day 5 & 6

Aktiviti hari ke-5 ialah sightseeing around Guilin Town. Memandangkan banyak lagi tempat-tempat yang menarik di sekitar bandar Guilin, Jah membawa kami jalan-jalan sekitar bandar ni. Seperti biasa selepas isi perut di restoran kebiasaan, perjalanan kami bermula. Agak nyaman berjalan dengan suhu dan cuaca yang redup dan sejuk. Maklumlah hari masih awal...


pemandangan biasa bandar Guilin di waktu pagi

Tempat pertama yang kami singgah ialah Banyan & Fir Lake. Sepanjang berjalan sempat juga menjenguk kanak-kanak yang di sekolah yang berhampiran. Seronok tengok cara dan budaya mereka. Cuma, orang China ni diorg punya pesyen lain sikit... cara diorg pandang kita tu lain macam sikit. Pelik sangat agaknya tengok orang asing berjalan di tempat mereka. Tapi kami layan je... jalan tanpa pedulikan pandangan asing mereka....

mula-mula jalan... semangat lagi...


Banyan Lake (Rong Hu) dan Fir Lake (Shan Hu) merupakan dua buah tasik yang terletak ditengah-tengah bandar Guilin yang dijadikan taman rekreasi oleh penduduk tempatan. Tasik Banyak ni dinamakan sempena nama sejenis pokok iaitu pokok banyan terletak di sebelah barat jalan Zhongshan. Manakala Tasik Fir pula terletak di sebelah timur. Senang je kalau kita nak ke kedua-dua tasik ni sebab lokasi tasik-tasik ini adalah di antara jalan Zhongshan Bei, Ronghu Bei dan Shanhu Bei... jadi kalau kita berada di bandar ni memang boleh

nampak tasik-tasik ni.

Jom layan gambar...


Banyan & Fir Lake







bangunan berwarna kuning adalah Kota Purba (Gu Nanmen) yang berusia hampir 100 tahun



menyusuri terowong menghubungkan Tasik Fir dan Tasik Banyan



di kiri dan kanan dinding diukir kebudayan penduduk tempatan

Berjalan keluar dari terowong penjalan kaki, kami masih berjalan menyusuri Tasik Banyan dan dari jauh kelihatan 2 pagoda iaitu Sun & Moon Pagoda. Yang tinggi tu Sun pagoda, 9 tingkat dan Moon pagoda pulak 7 tingkat. Kata Jah, kalau kita tengok pemandangan waktu malam lagi cantik sebab pagoda ini akan dipasang lampu yang berwarna-warni. Memang betul kata Jah, sebab kalau malam-malam kami jalan melalui jambatan untuk ke hotel, sepanjang Tasik Banyan & Fir memang sangat happening. Lampu berkelip-kelip. Lawa....



Sun & Moon Pagoda at Banyan Lake


bukti dah sampai!

Selepas puas keliling tasik, kami berjalan menuju ke Zhengyang Pedestrian Street. Kawasan ini merupakan salah satu 'landmark' baru Guilin yang digelar "the first commercial shopping street in western China". Jalan sepanjang hampir 666 meter ini dikelilingi oleh pusat membeli belah, restoran dan kedai-kedai yang menjual bermacam-macam benda. Selain kedai komersil ada jugak gerai-gerai di tepi jalan yang kita boleh singgah untuk beli cederamata. Sayangnya t-shirt Guilin tetap jugak kami tak jumpa di sini.

Berada kat sini baru nampak cara hidup penduduk Guilin dari sudut yang lain > lebih moden. Tak sangka sebenarnya, sebab mula-mula saya sangkakan bandar Guilin hanya bandar kecik, tapi rupa-rupanya di sebalik bangunan-bangunan lama yang dipelihara oleh mereka, terdapat satu kawasan yang sedang pesat maju. Sekali pandang, rasa macam duk kat Seoul pun ada.

Dari Tasik Banyan dan melintas jalan untuk ke Zhengyang Street

the street


Puas berjalan-jalan di sekitar Zhengyang Street, kami jalan lagi menuju ke satu lagi tempat tarikan pelancong di bandar Guilin iaitu Prince's City and Solitary Beuty Peak. Daripada cerita Jah, dalam ini terletaknya Istana JingJiang yang merupakan salah satu istana raja pada zaman Dinasti Ming. Di dalamnya terdapat istana dan taman di raja purba yang berkeluasan hampir 6,100 meter persegi. Yang menariknya istana dibina di puncak bukit dan dikelilingi oleh gunung sebagai dinding keselamatan. Tapi kami tak masukpun.


Jah duk sibuk bercerita tentang sejarah terowong ni.. saya pun dah terlupa apa sejarahnya. Tak silap berkaitan dengan tembok untuk pertahanan masa dulu yang menghubungkan dengan penjara.

Prince's City and Solitary Beuty Peak


nampak JingJiang Castle yang terletak di atas bukit

Lepas tu jalan lagi menuju ke Little Hong Kong. Saje jamu mata untuk kali terakhir sebelum balik. Berlegar-legar hampir satu jam kami ambil keputusan untuk balik ke restoran sebab Jah dah menunggu di sana. Sebelum tu berhenti solat di masjid dan kemudian terus langsung ke restoran kebiasaan di sebelah masjid. Memandangkan hari ini hari terakhir kami di sini, jadi pemilik restoran dah siap-siap masak masakan istimewa untuk kami. Best masakan dia... memang puas hati!


dataran city square: di bawahnya terdapat Little Hong Kong


bandar Guilin


penat jalan... masa untuk isi perut

Agak lama kami makan, berlama-lama sebelum balik hotel. Keluar dari restoran kat luar dah hampir gelap. Biasalah musim sejuk, waktu siang bagak pendek. Lepas makan berjalan balik dan sebelum tu kami dah request dengan Jah supaya bawak kami ke pasar. Pasar ni dekat je dengan hotel kami. Saje nak tengok keaadan pasar kat sana, nampak menarik sebab pasar ni macam pasar tani dan yang paling tertarik di sini banyak sangat dijual buah-buahan tempatan. Sempat jugak masing-masing beli buah-buahan untuk dibawa pulang.

Lepas tu Jah hantar kami balik hotel. Tapi kami tak terus balik hotel... malam terakhir di bandar Guilin kami isi dengan meronda-ronda di pasar malam. Seperti biasa Jah dah pesan supaya kami balik awal... kalau boleh sebelum pukul 11.00 malam. Dah puas hati meronda di pasar malam, kami balik hotel. Masa untuk mandi, solat, kemas beg dan rest. Esok dah nak balik ke Tanah Malaya.

gerai buah-buahan

limau ni boleh makan sekali dengan kulit. Manis!


buah pear!

Hari ke-6, bangun awal pagi. Jam 7.30 pagi masing-masing dah ready di lobi. Bas datang dan terus ke airport yang mengambil masa 1 jam untuk sampai. Flight kami pukul 11.20 pagi dan akan sampai pada pukul 5.20 petang.

Guilin... satu kawasan yang cantik. Berkali-kali saya ceritakan betapa cantiknya bandar Guilin kepada Pn. Fatimah... "Mak, jom kita g Guilin nak? K.nur nak ajak mak naik basikal keliling bandar Yangshou". Geleng kepala Pn. Fatimah... alahai....

PM : ada rezeki saya mahu ke sini lagi... InsyaAllah

1 comment:

  1. assalamualaikum, boleh saya tau mcmana nak dptkan tour guide ya.

    ReplyDelete