Hari ke-5
Sedar tak sedar dah masuk 5 hari kami di Guilin/Yangshuo. Pagi tu masing-masing bangun awal. Maklumlah subuh kat sinipun awal kan? Kesian amoi dari Beijing yang jadi dorm mate kami. Pagi-pagi buta tidor dia dah terganggu dengan kami. Jadi dengan dia sekali joint bangun awal. Lagipun memang kami semua dah nak check out pagi ni.
Selepas bersiap, turun check out dan dapat balik refund 20yuan untuk kunci bilik kami pun berjalan ke st bus untuk ambil bas ke Guilin. Jarak dari hostel ke st bus tak jauh mana. Dari simpang hostel - lintas jalan - belok kanan dan jalan terus sampai jumpa taman rekreasi dan depan tu adalah st. bus. Sampai st. bus, bus dah sedia menunggu. Tak tunggu panjang kami terus naik bus, tambang bus Yangshuo - Guilin = 18yuan.
Jalan menyusuri jalan sampai kat signboad biru (celah-celah pokok tu) dan di situlah stesen bus Yangshuo. Sekali pandang st. bus tu tak serupa stesen bus. Daif bebenor. |
Nampak bus biru tu tak? Kat situlah stesen bus. Seberang jalan tu ada taman rekreasi - Yangshuo Park |
Inilah rupa stesen bus Yangshuo |
Perjalanan Yangshuo - Guilin mengambil masa lebih kurang 1jam setengah. Naik bas je terus masing-masing membuta tak ingat dunia. Haha. Bila dah agak-agak nak masuk ke bandar Guilin barulah kami ready untuk turun, landmark kami ialah stesen keretapi. Kebetulan bas, berhenti sebelah Bank of Guilin, tak jauh mana dari st. keretapi dan hostel yang pernah kami duduk sebelum ni. Niat hatinya nak ke hostel, mungkin boleh sewa bilik untuk sehari ke. Boleh rest, mandi dan solat sementara nak naik train malam ni. Tapi malangnya semua bilik penuh. Tapi kami bernasib baik sebab boleh simpan beg dalam dalam bilik bagasi. Nasib baik hostel ni dekat dengan st. keretapi. Kira memudahkan kami semua.
jalan dari stesen bas ke hostel - masa lalu sini terpandang ada sebuah restoran halal. Tapi kami tak singgahpun... |
Cik bunga kasi cincin wayar satu sorang hasil 'tuaian' beliau di West Street malam tadi. Yang bestnya cincin ni boleh laras ikut saiz jari pemakai. hiks |
Beg dah simpan, kami keluar ke balik. Hari terakhirkan... Yuanpun masih banyak, jadi bolehlah shopping! Nak shopping di mana? Jom kita ke Little Hong Kong.
Keluar dari lorong hostel, kekonon nak rasa naik 'tut-tut' ni, tapi disebabkan miss communication sebab pakcik ni tak faham dan tak pandai english... lastly terpaksalah lupakan hasrat tu.
Last-last ini jugak pengangkutan yang paling sesuai untuk dinaiki. |
Little Hong Kong小香港商业城
Address : Zhongshang Zhong Lu Square Underground, Guilin / 地址:桂林市中山中路中心广场地下
Opening hour s: 09:00-21:00
Getting there : take bus routes 3, 10, 11, 99, 100 to Zhongshan Zhong Lu Square
Opening hour s: 09:00-21:00
Getting there : take bus routes 3, 10, 11, 99, 100 to Zhongshan Zhong Lu Square
Antara kedai-kedai yang ada di Little Hong Kong.
Puas hati dengan hasil masing-masing, kami ambil keputusan untuk gerak ke Endian Restorant. Dah janji dengan Joh nak jumpa dan makan-makan sebelum kami balik malam ni. Sebelum tu singgah dulu di moma cake cafe. Pekena kopi. Diorang kata kopi kat sini sedap (err.. saya tak minum kopi). Cafe ni kami dah pernah singgah tahun lepas, kali ni datang sini singgah lagi - maknanya kopi kat sini memang sedaplah kan? hehe.
Diorang kata kopi kat sini sedap. |
Kopi dah dapat, kami terus jalan ke restoran. Jalan kaki je. Jalan sambil minum kopi dan hujan memang best. hiks. Sampai di restoran, Joh dah ada menunggu. Ambil order, dan sementara tunggu order siap, kami ke masjid dulu. Senang makan kat sini sebab restoran betul-betul di sebelah masjid, nak solat pun mudah. Saje je masing-masing berlama-lama, makan dengan santai sambil tunggu maghrib dan solat terus kat masjid.
gambar kenangan dengan Joh - mana tau lepas ni nak repeat Guilin lagi boleh jumpa Joh lagi kan? |
Lebih kurang pukul 8.00pm, kami bergerak meninggalkan restoran. Seperti biasa melalui tapak pasar malam untuk menunggu bas balik ke hostel. Kami janji akan jumpa Joh di stesen keretapi. Gigih dia ni nak jugak hantar kitaorg. Tapi disebabkan masih awal dia cakap nak g shopping dulu dan kitaorg akan jumpa di stese nkeretapi je.
Sementara tunggu bas no.11, dari jauh kami nampak macam kenal je minah cina yang tengah nak melintas jalan. Rupa-rupanya Joh. Bila tegur, rupa-rupanya kunci rumah dan motor terjatuh dalam tempat letak helmet masa dia nak ambil helmet. Semua purse dan kunci tertinggal dalam tu. Jadi dia tak boleh nak ke mana-mana dan terpaksa pinjam duit untuk balik ke rumah dan ambil kunci spare. Joh... Joh... tak sangka cuai jugak dia. Patutlah boleh jadi geng. Haha.
Lepas Joh naik bas, bas no. 11 pun sampai - balik hostel, kemas barang kemudian gerak ke stesen keretapi.
~ bersambung
Sementara tunggu bas no.11, dari jauh kami nampak macam kenal je minah cina yang tengah nak melintas jalan. Rupa-rupanya Joh. Bila tegur, rupa-rupanya kunci rumah dan motor terjatuh dalam tempat letak helmet masa dia nak ambil helmet. Semua purse dan kunci tertinggal dalam tu. Jadi dia tak boleh nak ke mana-mana dan terpaksa pinjam duit untuk balik ke rumah dan ambil kunci spare. Joh... Joh... tak sangka cuai jugak dia. Patutlah boleh jadi geng. Haha.
Lepas Joh naik bas, bas no. 11 pun sampai - balik hostel, kemas barang kemudian gerak ke stesen keretapi.
~ bersambung
bye-bye Guilin..bye Yanghou :-)
ReplyDeleteCantiklah cincin yang warna merah tu..jarinya cantik...siapakah gerangan orang nya tue heeee
bye bye GUiling welcome nanning. hehehe
Deletecincin merah, jari cantik, orangnyapun lawa JM, yang pasti dia bukan saya. hoho!