* entry berkurun peram baru nak post
Kalau ke Kuala Terengganu, Pasar Besar Kedai Payang semestinya menjadi salah satu tempat WAJIB SINGGAH. Maklumlah di sini boleh dikatakan semua benda yang kita mahu ada - makanan tradisional Terengganu, batik, sutera, songket dan banyak lagi. Selain pasar payang, ada satu lagi tempat tarikan iaitu Lorong Penyu yang terletak di Kampung China, berhampiran pasar payang. Jadi, kalau ke K.T, sambil-sambil bershopping, bolehlah singgah di sini ye.
Lorong penyu, ia adalah lorong yang terdapat di antara bangunan-bangunan lama di sekitar Kampung China yang terdapat pelbagai informasi tentang penyu-penyu di Malaysia terutamanya penyu belimbing yang hanya terdapat/ mendarat di perairan Terengganu.
Jom layan gambar yang tak seberapa...
Lorong Penyu - memasuki lorong ini kita akan disambut oleh seekor penyu!
 |
| Cerita tentang Maya bertemu penyu - lawa betul lukisan ni |
 |
| Cerita Maya dalam 3 bahasa - Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin |
 |
| Maya bercerita tentang penyu pada kawan-kawan di sekolahnya. Dalam setiap gambar, terdapat seekor penyu yang tersembunyi. Cuba cari di mana penyu tu... |
 |
| Penyu Belimbing - ia hanya naik dan bertelur di perairan Terengganu, tapi sekarang dah makin pupus |
 |
| Salah satu cara untuk elakkan kepupusan penyu ialah jangan kutip telur penyu dan jangan makan telur penyu |
 |
| Mahu info? Silalah ke laman sesawang dan fb tersebut |
 |
| Last but not least, please love our turtles :) |