Followers

Wednesday, March 05, 2014

Lata Kinjang, Tapah Perak

Lata Kinjang terletak kira-kira 18km dari Tapah, Perak. Kalau dari KL untuk ke sini perlu keluar melalui susur tol Tapah menuju ke pekan Cenderiang. Kalau ada yang perasan semasa melalui Lebuhraya Utara-Selatan kita boleh nampak air terjun ni dari lebuhraya.

Ini kali ketiga saya ke sini. Tapi semuanya tak merasa nak mandi dan berendam lama-lama. Sebabnya semuanya pergi atas urusan kerja. Jaga projek komuniti memang macam ni - masuk hutan, masuk kampung orang asli, pergi air terjunpun adalah bukan perkara luar biasa bagi kami. Cumanya penatnya berganda la sikit kalau nak dibandingkan duduk di pejabat. Apapun saya ok je dengan kerja macam ni sebab sekali sekala boleh release stress dari kerja biasa di pejabat. Eh, tiba-tiba lari cerita pulak. 

Mungkin ramai tak tahu di Lata Kinjang ni selain boleh berkelah dan mandi manda, kita boleh lakukan aktiviti lain seperti jungle trekking, camping, abselling etc. Kalau nak tahu apa yang aktiviti dan pakej yang disediakan di sini boleh lawat ke web bkecotour 

Kawasan ini di bawah kelolaan Perhilitan. Jadi kalau siapa yang nak trekking kena laporkan diri di pejabat dulu. Tak silap saya ada bayaran permit dikenakan untuk trekking sampai ke atas. Khidmat guide juga boleh diperolehi di kaunter.

Layan gambar tak seberapa. Saya pergi hari kerja, jadi tempat ini tak ada orangpun. Kalaulah boleh mandi memang bestkan? Tapi hujung minggu tempat ni memang penuh dengan pengunjung - kata pekerja Perhilitan yang sudi bawa kami jalan-jalan di sekitar tempat ini. 

Air terjun paling bawah - ada kolam yang agak dalam di sini
Trekking naik ke atas lebih kurang 2 km dari bawah untuk sampai ke jambatan gantung. 

Pemandangan dari jambatan gantung - pemandangan atas dan bawah. Kata staff Perhilitan, sekarang musim panas, jadi air tak banyak. Kalau musim hujan, airnya banyak dan pemandangan lagi lawa sebab air kelihatan memutih turun dari atas.

Zoom air terjun dari puncak
Geram je tengok air yang melimpah-limpah dari atas tu.

Apapun pada saya air terjun ni memang memukau. Ketinggian air terjun yang mencecah hingga 850 meter dan mengalir ke bawah sangat sejuk mata memandang. Dan di sini juga boleh jumpa rama-rama sp. Rajah Broke. Lawa! Warna hijau dan sangat besar. 

Selamat berkunjung ke Lata Kinjang!

13 comments:

  1. Waaa.... best ni kata nyer boleh camping sekali... insyallah memang nak mai sini ni huhuhuu :D
    Thansk sahring this good info :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat camping memang disediakan, cuma tak ramai org buat mungkin sbb yang datang sini penduduk berdekatan je. Jadi lepas ni boleh la datang sini bercamping ye :)

      Delete
  2. Ye betul...boleh nampak dari jauh air terjun tu tapi belum pernah jejak kaki ke sana...rupa2 nya byk aktiviti yg boleh buat di lata kinjang ni...aduhai..kalua lah JM ada rakan bujang yg suka buat aktiviti begini dh lama kami plan...ni kan..kwn seangkatan semua dh kawin..kalau ada buah hati boleh hajak ke sini huhuh

    ReplyDelete
  3. best tu.... da buat kaa...klo belum terjun nak ikut boleh.. ni sebahagian dari aktiviti kegemaran...dapatlah hilngkan stress

    ReplyDelete
  4. Mcm mana dari segi keselamatan semasa bercamping

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah la tempat aq ta jauh sgt dr tempat ni

    ReplyDelete
  6. Laluan nak ke sana ok x? Dengan hanya menaiki kereta biasa je?

    ReplyDelete
  7. Camping overnight kat sini ok x?selamat x kawasan ni?

    ReplyDelete
  8. Camping overnight kat sini ok x?selamat x kawasan ni?

    ReplyDelete
  9. Ada x tempat kalo bawak org tua ke lata kinjang?mksdnye yg x larat nk pnjat ke tgkat2 aras air terjun tu..

    ReplyDelete