Followers

Monday, May 13, 2013

Paragliding - that day the sky is mine!

Tajuk memang tak boleh KALAH kan? Haha. Selepas sekian lama menunggu, semalam sampailah masanya kami terbang! 
`
Seperti biasa, semua berkumpul di SK, sebelum gerak ke Banting. Gerak lebih kurang pukul 9.00am, dan terus ke pejabat PLUM iaitu Zon Khatulistiwa di Banting - selepas jambatan Banting, belok kiri berhampiran McD (sebelum melalui bandar Banting).

Sampai sana, kami disambut oleh K.orkid dan Capt. Ikhwan. Dengar taklimat - cara guna/pasang alat dan langkah-langkah keselamatan dan lepas tu terus bergerak ke bukit Jugra. Kali ni hanya Capt. Ikhwan saja yang ada, jadi semua 8 orang akan dibawa oleh capt je. Disebabkan angin agak kuat, dan tak konsisten, Capt. Ikhwan, kata kali ni kita bagi peluang kat orang ringan yang terbang dulu. Jadi merasalah jadi orang pertama! hoho. 

Sebenarnya untuk sukan ni, kelebihan kepada orang yang lebih berat, sebab berat badan yang lebih akan membantu seseorang gliders stabil di atas udara. Jadi... kalau sesiapa yang selalu menjadikan berat badan sebagai satu 'halangan' untuk tidak mahu mencuba sesuatu aktiviti - jangan rasa rendah diri, meh cuba paragliding, mesti korang akan rasa bangga dengan berat badan korang (ayat ni ditujukan pada GBS yang selalu perasan diorg ni terlebih berat).

Erm.. sama jugak macam scuba diving. Saya dulu selalu bermasalah bila nak diving sebab bila masuk dalam air susah nak tenggelam - sebabnya tak cukup berat. Adeh... Punyalah payah nak tenggelam sampaikan penuh pemberat kat belt barulah boleh tenggelam. Sama jugak macam sukan paragliding ni, bila angin terlalu kuat, orang yang tak cukup berat tu kena sabarlah ye, tunggu angin reda barulah boleh terbang. Tapi, ia tak akan mendatangkan masalah kepada orang yang mempunyai berat badan yang ideal atau terlebih. 

Oh ya... bayaran biasa yang dikenakan ialah RM200/person. Kalau 6-10 orang ke atas dapat diskaun, RM180/person termasuk sijil, gambar dan video siap dengan makan dan minum skali angkut atas Bukit Jugra tu (air asam boi k.orked memang terbaiklah!) Dan aktiviti ini dinamakan tandem paragliding. Nak tau info pasal paragliding ketik SINI.

Panjang pulak mukadimah, jom layan gambar

Kali ni ber'8 - dalam banyak-banyak 'kumbang' ada sekuntum 'bunga', tapi 'bunga' tak masuk gambar pulak. hehe
Ready to fly - ada 2 perasaan bila jadi orang pertama, excited dan nerbes.... Bila Capt. Ikhwan suruh lari, tak sempat nak lari kaki dah tak jejak bumi. Terus terbang dengan jayanya! Perasaan?? Best gila!!!
Yey! dah terbang!
Capten naik tinggi lagi!! haha 
Makin tinggi dan tinggi!
Jom layan gambar dari procam. Saje je nak tayang gambar-gambar dari udara. Tunjuk gambar je la, video untuk koleksi peribadi. hihi


Ada beza tak gambar dari udara dengan atas bumi? heee
Gliders yang handal yang buat terbang solo. Kami mampu tandem je.... Mana tau satu hari nanti boleh cuba terbang solo pulak kan? Siapa tahu kan? hehe
i love Malaysia!

Ada sesiapa yang berminat?

Boleh hubungi :

Zon Khatulistiwa Ent. 
Capt. Ikhwan Azilah 014-718 7826 atau K.orked 012-281 8032
email : plummalaysia@yahoo.com
fb : Persatuan Luncur Udara Malaysia
website : www.mpha.com.my

18 comments:

  1. hallemekkkkk.... best siot! agak2 aku ni mampu terbang tak? berat la katakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HF, memang best gile! lagi berat lagi BAGUS! lagi sorok nak terbang tau...

      Delete
  2. wahh..best jugak kalau buat aktviti mcm ni eh..perlu cari ramai sikit baru leh dpt discount eh..

    Cayalah...the sky is mine katanya heeeeeeeee..good info..manalah tahu satu hari nanti leh try..tapi tak gayat ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. the sky is mine la sangat kan JM, wlpun 10 minit je kan? hehehe

      cuba lah JM memang best, cuba lagi ramai lagi bagus, dapat diskaun.

      kita x gayat sebab tu sangat teruja bila dapat try. tapi untuk org yg gayatpun bagus jugak sebenarnya sbb bolehlah tambah keberanian dalam diri. gittew

      Delete
  3. dah lama tak terbang.. winduu..
    yup, kalau kurus sangat kena letak ballast, teringat masa buat flying dulu2, time kurus.. instructor selalu bising suruh put on some weight.. tapi skrg dah terlebih berat plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kan anne, masalah jugak bila under weight ni. haha

      err.. skrg dah terlebih berat ke? nmpak steady je anne... :)

      Delete
    2. kalau dulu ibarat jari kelingking, sekarang dah jadi ibu jari.. jauh beza tu, hahaha

      Delete
    3. hahaha. anne... takpelah ibu jari pun ibu jarilah. janji comel tu mantain lagi. hehe

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. bestnya lau dapat buat aktiviti macam ni..tapi gayat kot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik viva, orang gayat lah yang patut try xtvt ni. mana tau lepas try dah tak gayat lagi kan? :)

      Delete