Followers

Monday, July 05, 2010

Penang

Lokasi : Penang
Tarikh : 3 & 4 Julai 2010
Aktiviti : Pre-HCM project

Hoyeh! GBS bercuti lagi! Kali ni kami pakat pi Penang plak! Sebenarnya dah lama kami merangcang nak ke Penang, pospone punya postpone, lastly sampai jugak kat sana! Seperti biasa, motto utama adalah JJSCM (jalan-jalan sambil cari makan). heee...

Kali ni pergi ber-5, dan cik ummi setia menanti ketibaan kami di Pulau Mutiara. Budget RM100 sorang. So, percutian kami kali ni adalah bernilai RM500 termasuk makan, minum, minyak kereta & tol etc.

*macam pre-HCM pulak rasanya! cuma tertinggal ketua GBS je kar Ganu kite. hiks

Jumaat malam, masing-masing dah bersiap. Tunggu nilli & dayah sampai. Ding dong ding dong, dalam pukul 11pm baru semua bersiap & bertolak. Singgah petronas dulu, isi minyak, isi angin, check air... agak-agak semua dah O.K, kami pun teruskan perjalanan.

Nilli, aku & dayah amik post belakang. Ita drive, ira co-driver. Belum pape, dah dgr dengkuran nilli... ayyooo... minah ni... tido x ingat dunia. Dah la post post ayu peluk bantal strawberry dia tu!

Teruskan perjalanan. Hujan renyai-renyai. Berhati-hati. Pemanduan ok. Kejap nyanyi, pastu borak-borak, kejap tukar station radio, sambil-sambil makan 'bunga durian'. TAPI... nilli tetap mantain dgn dengkuran berirama dia tu... oppsss..

Lebih kurang 2am, dah selamat masuk Penang. Makan langsat sikit lepas tu... Taraaaa.... kami sudah menapak di depan rumah cik Ummi! Sesi beramas mesra serba sedikit, masing-masing amik port! TIDO!!!
Esok, awal-awal pagi cik Ummi dah keletang keletung kat dapur. Gigih memasak mee gorang & roti hotdog. Sedap uolls! Kalah mee goreng mamak.

*kredit untuk cik ummi yang pandai memasak itu!
~ mee goreng ini 1000x lebih sedap daripada mee mamak! ~

~ roti hotdog celup telur ~

Lepas semua sarap, misi GBS bermula! yehaaa!!!
Lokasi pertama, hajat hati hendak ke Penang Hill, tapi apakan daya... station cabel car sedang dalam pembaikan. Jadi kami terus ke Kebun Bunga a.k.a Taman Botani. Tenang kat sana. Udara nyaman. Singgah kejap je, then teruskan lagi perjalanan.
~ Taman Botani a.k.a Kebun Bunga, Penang ~
Misi seterusnya : DURIAN BALIK PULAU! yeahh!!! Sangat sedap. Walaupun harganya mahal sebab harga dah kira timbang kilo ; 1 kg = RM14, tapi kira berbaloi la. Yang penting dapat jugak kami merasa durian Balik Pulau. Tapi, kesian cik Ira, makan jeruk je sbb tak makan durian. Lagi kesian sbb terpaksa pekup hidung bila ada org sendawa bau durian. owhh...
~ Pemandangan bandaraya P.Pinang dari bukit Relau ~

Perut kekenyangan makan durian, tapi lokasi Laksa Janggus tetap dijejak. Tempat ni terletak dekat area Balik Pulau jugak. Lokasi, Pulau Betong, Balik Pulau. *details location sila tanya pokcik google ^_^.
~ harga laksa special ini hanya RM3.00 & portionnya sangat besar! ~

~ ABC + aiskrim ini hanya RM2.00. best!!! ~
~ Rojak buah ni, sedap & pedas! hargapun murah je ~
Sebelum balik, sempat lagi tapau goreng pisang & goreng ubi, buat bekal dalam perjalanan. Ada hati nak makan lagi ni, walhal perut dah macam ikan buntal! hahahaha.. wajib la cuba kan? Mereka kata pisang & ubi goreng pun sedap! Murah pulak tu. Beli RM2.00, dpt selonggok pisang goreng. Fuhhh...
Sebelum teruskan perjalanan, singgah masjid dulu. Sempat lagi terlelap satu laps! *enak!
Perut dah kenyang, teruskan perjalanan. Kami nak ke Pantai Batu Feringgi pulak. yeah!!! Tapi dalam perjalanan tu sempat singgah lagi. Singgah kejap kat Empangan Teluk Bahang. Kata cik ummi, empangan ni membekalkan sumber air kepada seluruh penduduk Pulau Mutiara. Agak besar & view pun cantik. Tapi Tasik Kenyir lagi cantik.
*sempat lagi puji negeri sendiri. hiks
Lepas tu singgah lagi kat Taman rama-rama. Sayang... dah tutup. Kami hanya terlewat 30 minit. Takpe... janji dah singgah tempat ni. Tak dapat masuk, dapat bergambar kat depan pun jadi la. Kan?
~ Perhatian : mereka adalah model tetap GBS ~
Lepas tu singgah lagi kat jeti ke Pantai Kerachut. Info : Pantai Kerachut merupakan pantai yang terletak di Teluk Bahang. Merupakan kawasan yang dijadikan tempat penetasan dan pemeliharaan penyu-penyu laut di bawah kelolaan Jabatan Perikanan serta Kerajaan Pulau Pinang. *mode : skema.
Kalau korang nak ke Pantai Kerachut ada 2 jalan.
1. Jalan darat : Tracking melalui laluan yang disediakan Taman Negara Pulau Pinang *kena daftar dulu ** yuran masuk : RM5.00 (dewasa) & RM3.00 (kanak-kanak).
2. Jalan air : Naik bot. Kadar tambang bergantung pada jenis bot yang digunakan.



Next! Pantai Batu Feringgi! Niat di hati mahu melihat matahari terbenam, tapi apakan daya, hujan menangis di petang hari. Nasib baik masa dah sampai tu, hujan dan berhenti. Mendung je langit. Sampai-sampai je, jamu pisang & ubi goreng dulu. Sedap!

*Ada orang tu kata : "perut dah kenyang pun ada hati nak beli pisang goreng lagi..." Hah! sape tu???

*Makan pisang & ubi goreng di tepi pantai disulami angin sepoi-sepi bahasa adalah sangat A.S.Y.I.K!!!


~ I LOVE?? ~

Hampir maghrib, semua naik. Kami ke masjid. Solat jamak. Lepas ni nak ronda-ronda tengok night market kat area Batu Feringgi ni pulak. Night market kat sini kiranya macam Petaling Street la. Ada jual macam-macam barang branded cilop. Tapi harga... MAHAL ok! Sebab sini area tourism. So, agak-agak nak membeli, kena pandai tawar menawar. Paling kurang kena tawar separuh daripada harga yang diorg letak. Baru berbaloi!

Makan ape malam ni? Nasi kandar lah! Masing-masing memang tak pernah makan nasi kandar. Jadi nak lah merasa camne rasa nasi kandar Penang yang orang duk kata sedap sangat tu kan? Jadi kami pilih, Nasi Kandar Beratur. Lokasi : Jalan Kapitan Keling, Georgetown. Puas jugak la cik ummi ronda-ronda baru jumpa. Sampai dalam pukul 11pm. Orang beratur tak payah cakap lah. Panjang uols!!!
~ kredit utk cik Dayah bagi gambar ini ~
Gigih masing-masing beratur. TAPI kan... standard la, mamak. Bab-bab kebersihan selalu diragui! hahaha... *terbayang muka mamak berperut boroi, berpeluh dan.... ayyoo...
Aku agak tu antara resepi kelazatan nasi kandar Penang. Hahaha... xpe... bukan selalu makan. Masing-masing nak cuba, so cuba la kan? Memang tak diragui kesedapan nasi kandar beratur ni. Memang sedap! Compare dgn Nasi Kandar Line Clear, sini lagi sedap. Dan lebih bersih juga. owh...

Beratur lebih kurang 1 jam lebih. Kami tapau makan kat rumah. Sampai rumah, mandi & makan. Sempat lagi sesi mencerca, bergalak-galak sebelum tido. Pukul 2am... time to zzzzz....


2'nd day.

Hari ni kami tak sempat breakfast. Plan konon-kononnya nak makan roti canai, tapi semua bangun lambat, pukul 10am lebih baru keluar rumah jadi masing-masing decide utk bruch terus.
Pilihan kami, Restoran Pokok Pisang. Lokasi : HHA Selera Muhibah, Bayan Baru. Kalau nak cari senang je, dekat dengan area Hotel Sri Malaysia, tepi jalan bawah pokok. Kat sini macam-macam menu ada. Menu lebih kepada masakan kampung. Cthnya ada ikan bakar, gulai kepala ikan, sup tulang, ulam-ulaman dan macam-macam lagi masakan ada. Yang terujanya, kawah & periuk gulai & sup diorg besar! Semua layan diri. Terpulang kat uols nak amik lauk sendiri terus masuk pinggan atau nak makan berhidang.


~ Lesung letak sambal belacan yang sangat besar! ~

~ ikan bakar pembuka selera ~


Since kami ramai, ber-6 kaedahnya, selera masing-masing berbeza, jadi kami makan berhidang. Pilih lauk kegemaran & lauk ape nak makan, pastu makan ramai-ramai! Hargapun berpatutan. Total makan untuk 6 orang hanya RM64.00 sahaja!



~ muka mereka yang kekenyangan ~

Dah kenyang, terus ke Akuarium IPP, Pulau Pinang. Tempat kerja cik ummi. Kalau dah namapun akuarium mestilah ada ikan kan? Ada penyu, buaya yang dibela dalam sangkar. Seronok pulak tengok ikan-ikan berenang. Terapi gitu.




~ ikan kerapu ni berat melebihi 100kg. Besar giler!! ~
Kata cik ummi, kalau ke Batu Maung, WAJIB melawat Muzium Perang. Info : muzium ini terletak di Bukit Batu Maung. Ia merupakan kubu pertahanan asal pihak British sewaktu Perang Dunia Kedua. Mengambil masa selama 9 tahun untuk dibina oleh British yang hanya mengambil masa selama 6 bulan untuk ditawan oleh pihak Jepun. More info HERE.

Sebenarnya agak seram masuk tempat ni. Awalnya masing-masing cam teruja nak masuk, masih bergelak tawa. Sebab masing-masing tak sangka muzium tu sebenarnya tapak asal kubu British di mana tempat ni banyak menyimpan kisah yang tersendiri. Hishhh... seram-seram!!


~ dalam terowong yang hanya sangat kecil! ~


O.K! Kita lupakan kisah seram. Lepas turun Bukit Batu Maung, masing-masing duk dup dap dup dap lagi, so, bagi menyejukkan badan kite pekena air nyiur dulu. Singgah tepi Pantai Seagate. Minum air kelapa muda sambil makan kopok, pisang & ubi goreng! Nyaman!! Kena plak mengadap laut! Perghhh!!!

Lepas tu, atas permintaan ramai, kami ke Muzium Toy pulak. Lokasi : Tanjung Bungah. Info : muzium ini merupakan muzium toy terbesar di dunia. Tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai muzium permainan pertama dan terbesar dalam negara kita. Ianya mengandungi lebih dari 100,000 toys dalam berbagai jenis.

Tapi... so so je... indah khabar dari rupa. Sebab semua toys, duduk dalam kotak. Tak bleh pegang. Pastu cara susunan carca marba. Ada ke patut, patung barbie duduk atas riba superman? hahaha... kelakar je. Tapi ok la, layan je.


~ ada "meh" la... hihi ~

Lokasi lawatan terakhir : Rumah P.Ramlee. Lokasi : Jalan P.Ramlee, Penang. Rumah adalah rumah asal peninggalan arwah P.Ramlee, tempat kelahiran dan tinggal serta membesar P.Ramlee sebelum menjadi anak seni. Semua barang-barang yang dipamerkan adalah kenangan peribadi beliau. Al-Fatihah untuk arwah Tan sri P.Ramlee.

Sebelum pulang WAJIB makan char kuey teow. Owh... lupa la nama warung tu. Yang pasti char kuey teownya sangat sedap! Banyak udang & kerang. Dan banyak taugeh juga.... owh!
Lepas makan, sebelum pulang ke Putrajaya niat nak beli jeruk. Melilau-lilau mencari Jeruk Madu Pak Ali. Lokasi : Sungai Nibong. Aku tau pasal jeruk ni masa buat pemantauan projek kat Penang dulu. Kira ini antara perusahaan jeruk yang diusahakan oleh orang Melayu & kualitinya dijamin halal berbanding perusahaan jeruk oleh orang Cina. Rasa pun sedap & makan tak sakit tekak. Tapi sayang 1000 kali sayang, kedai Pak Ali tutup pada hari Ahad. Hampa....

Lepas tu balik rumah, mandi & bersiap-siap. Cik ummi siap bekalkan kami meehun goreng lagi. Bekal dalam kereta katanya. Pukul 9pm lebih bertolak balik ke KL. Bye.. bye.. Penang! Sampai rumah dalam pukul 2am. Huh! Penat!
p/s : Penang... best!

Tuesday, May 25, 2010

Let's run!

Date : 23 May 2010 (Sunday)
Vanue : Sunway Lagoon
Event : Chicken Run'10

Orang kata "takde keja carik keja". Haaa... kali ni kekonon ada orang berangan nak bercuti-cuti free kat Tioman kalau menang Chicken Run. Hakikatnya nan ado! hahaha... Ok, back to the topics. Ahad lepas, seperti biasa GBS dgn xtvt berlari-lari dgn tagline "lepas lari kita terjun" sertai larian amal Kenny Roger's. Ok la, daftar RM48.00 dapat T-shirt + goodies bag + tiket masuk Sunway Lagoon + voucher makan kat Kenny Rogers. Kredit utk cik nilli yang gigih ke Times Square semata-mata nak amik t-shirt + goodies. Hahaha... Sangat gigih ok!

Pagi-pagi dah menapak kat Sunway Lagoon. Lepas dah daftar semua, siap sedia utk berlari. 5KM tu! Giler ah!!! Sangat penat! Kaki sakit tak yah cakap ah. BUT, the most important are, we enjoy the moment together! Kelakarnye jalan sambil bawak telur dalam kon aiskrim. hehehe...
Lepas lari, masing-masing dah kelaparan. Carik makan dulu. Ye la, sampai ada orang separa pitam sebab berlari dengan perut kosong. Anak sape tu?

Lepas tu, semua duk ingat nak masuk Sunway Lagoon je. Macam hari merah sedunia jadinye. Nasib baik kat Malaysia, kalau kat Thailand dah lama kena tembak! hoho!
[ permainan pertama : merasa kena pusing 360 darjah sampai ada orang muntah jelohok! huhu]

[xtvt ni paling best! terjun]

[acara wajib! aksi melompat]

Sampai ke petang jugak kat dalam SL tu. Terakhir masuk rumah hantu! Seram... tapi tak takut mana. Sebelum balik rumah, isi perut dulu. Papepun, we enjoyed ourself!


[muka org penat main air]
PM : sakit kaki...

Thursday, May 20, 2010

Natrah : Cinta, rusuhan dan air mata

Buku ni dah lama baca. Cuma baru tergerak hati nak review tentang buku ni. Dah lama berhajat nak miliki buku Natrah air tangan Datin Fatini Yaacob oleh Penerbit UTM. Gigih melilau lilau dari gerai ke gerai masa Pesta Buku Antarabangsa 2010 hari tu. [kredit buat Cik Nilly & Cik Princess sudi jadi peneman yang setia]. Teruja sangat tengok ketebalan buku ni yang pasti penuh dengan fakta untuk dijiwai.

Kisah Natrah/Nadra pernah di pentaskan di Istana Budaya pada 2009. Dan rasa-rasanya Finas juga pernah filemkan kisah Natrah ni. Mungkin juga filem Natrah sudah terkubur. Kisah bermula bila nenek dan ibu Natrah menyerahkan hak penjagaan Natrah kepada Che Aminah. Che Aminah - bukan sebarangan wanita kerana pada waktu itu (1940-an). Beliau jauh berbeza dengan kebanyakan wanita melayu sezaman itu yang rata-rata masih buta huruf. Sedangkan beliau telah menguasai beberapa bahasa dengan fasih. Dan kata-kata menyatakan Che Aminah adalah orang gaji keluarga tersebut adalah FITNAH semata-mata! Umum tahu kisah Natrah bukan sekadar perebutan hak penjagaan gadis remaja namun telah menjadi isu agama dan dunia (dunia Islam bersatu dari Tanah Melayu hingga Timur Tengah.. hebatkan!!).
Bermula dari helah Locke yang telah menyebabkan Che Aminah membawa Natrah ke Singapura kerana jika Che Aminah tetap di Kemaman, mereka tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan Terengganu bukan tanah jajahan British. Che Aminah sangkakan kedatangan beliau dan Natrah ke Singapura dapat menjernih keadaan dan dapat beliau pergi ke Belanda untuk bertemu keluarga Natrah. Namun sebaliknya berlaku bila Natrah dipaksa berpisah dengan Che Aminah sehingga mereka sanggup menawarkan sejumlah wang supaya Che Aminah “give up Natrah”. Sebelum kes mahkamah yang pertama, isu ini dilihat lebih kepada isu kekeluargaan di mana kemenangan berpihak pada Che Aminah.

Namun setelah Natrah dikahwinkan dengan Mansor Adabi, isu ini berubah menjadi lebih dasyat hingga penghinaan demi penghinaan di buat oleh pihak Belanda (orang kulit putih kononnya lebih mulia dari orang kulit berwarna), pihak British juga menggubal undang-undang had umur kahwin bagi gadis adalah 16 tahun keatas, fitnah terhadap mereka yang berjuang dalam isu ini hebat dipropagandakan oleh media pro penjajah. Malahan mana-mana orang Belanda yang bersimpati dengan Natrah dan Che Aminah telah dibunuh.

Difaham emak kandung Natrah tidaklah terlalu ingin Natrah kembali ke Belanda kerana bagi dia Che Aminah telah menjaga Natrah dengan baik. Tapi dia sifatkan apa yang dia buat ini adalah arahan. Mungkin sebab tu dia sanggup mengeluarkan penyataan yang bercanggah dengan Che Aminah.. kesian Che Aminah.. kesian juga dengan Natrah yang jadi mangsa pihak Belanda yang ingin menjaga air muka setelah dikalahkan oleh Indonesia setelah 300 tahun menjajah!! Jadi mungkin sekurang-kurang isu Natrah ni dapat menaikkan sedikit maruah mereka selaku orang kulit putih yang kononnya mereka anggap lebih bertamadun dari orang kulit berwarna yang disifatkan masih dalam hutan.

Tak perlu lah aku tulis panjang-panjang kisah Natrah ni kerana kita semua sudah tahu akhirnya Natrah dipisahkan juga dari suaminya dan Che AminaH. Daripada buku ni boleh dizahirkan Natrah derita sebahagian besar dari hidupnya (berkahwin di Belanda, bercerai, hijrah ke Amerika dan lain-lain) dan Natrah ingat banyak peristiwa-peristiwa semasa dia bersama Che Aminah. Dia gambarkan sebagai saat sukacita dia, walau dah berusia dia masih ingat dengan terperinci saat-saat itu.

Iktibar dari kisah Natrah ni kita perlu bersatu dalam menjaga maruah kita dan perlu bijak bermain taktik. Mungkin waktu tu keadaan sukar kerana dijajah, jadi sentimen anti penjajah amat kuat hingga mereka boleh bersatu dalam isu bangsa dan agama. Hingga ada yang sanggup berkorban demi menegakkan kebenaran. Hebat perjuangan itu! Kalau sekarang ada juga kes anak di bawa lari oleh bekas suami dan dikhuatiri akan terpesong akidah, namun kita pandang sepi sebab anggap ini isu peribadi bukan isu agama. Mungkin (mesti) sudah sampai masa kita berubah.

Natrah - menderita hingga ke hujung nyawa. Semoga Allah melindunginya. Soal agamanya bagaimana? Pegangan hidupnya bagaimana? Rasa-rasanya usahlah kita pertikaikan. Kerana apa yang dialami olehnya bukan kehendaknya. Dia tersepit antara kemahuan dan kehendak. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihi....

PM : hati sayu membaca kisah duka seorang gadis bernama Natrah