Followers

Thursday, October 03, 2013

Trip Surabaya - Bandung (2) : Road to Bromo

Mount Bromo adalah salah tarikan kalau ke Surabaya. Bak kata orang kalau ke Surabaya tak pergi Bromo kira macam tak lengkaplah itinerary tu. (itu ayat saya je. haha). Tapi perjalanan untuk sampai ke sini ya ampun... mampu buat montot separa kematu! Ada pelbagai cara untuk sampai ke sini, samada pergi sendiri naik kenderaan awam - kosnya sudah tentu murah, sewa mobil dan supir, minyak/tol/etc bayar sendiri - kos sederhana atau ambil terus travel agent - pastinya ini kos yang paling lumayan! Jadi pilihan terletak atas poket masing-masing. Tepuk poket tanya kemampuan! hiks.

Kalau nak pergi sendiri route dia macam ni : 

Airport - terminal Bungurasih (naik bas) - Probolinggo (naik bason/ ojek) - Cemara Luwang Cemoro Lawang (hasil dari pembacaan, kalau salah tolong betulkan ye)

Sebelum tu saya nak syorkan kepada sesiapa yang nak datang ke Surabaya supaya cuba Bakso Jagalan. Sedap!!! Tq mr. Wong bawa kami singgah merasa bakso di sini! Info ketik SINI.

Ini portion paling besor - satu mangkuk kami kongsi 3 orang. Kuahnya sangat sedap, bebola dagingnya pula lembut dan terasa dagingnya. Walaupun gambar tak berapa nak lawa, tapi rasanya sedap tau. Tak percaya pergi Surabaya carilah gerai bakso ni :)


Trip hari tu, kami guna method yang berkos sederhana. Jadinya untuk jimatkan kos-kos lain kami bertolak dari Surabaya seawal tengah malam. Jadi jimatlah duit kami untuk penginapan malam itu sebab masa malam dihabiskan dengan tido dalam perjalanan. Ada orang tanya, selesa ke tido dalam kereta? Boleh lena ke? Agak-agak apa kesimpulan korang kalau sepanjang perjalanan tu ada bunyi dengkuran? Apa jawapannya? hehe. Walaupun Pak Baktiar bawak Kijang Avanza macam pelesit, kami yang dibelakang ni mantain tido! Perjalanan dari Surabaya mengambil masa lebih kurang 4 jam dan sampai cun-cun aje masanya. Bangun tido, gosok-gosok mata (selekehnya kan?), terus naik jeep ke Mt. Penanjakan. Sebelum tu kami singgah pekena pop mee dan secawan teh panas sebelum mulakan pendakian ke penanjakan. Sempatlah jugak singgah di beberapa spot utama...

Bromo - Mt Penanjakan 1

Ada 2 tempat spot untuk layan view dan sunrise iaitu di Penanjakan 1 dan 2. Tapi spot yang paling best mestilah yang paling tinggikan? Disebabkan kami akan mendaki seawal pagi dan suhu di sini tersangat sejuk jadi, kenalah pakai baju yang sesuai untuk elakkan kesejukan. Tapi rasanya sejuk di Bromo tak boleh lawan sejuk di Ijen kot. Macam separuh mati kami dibuatnya tau. Jadi saya kongsikan antara barang-barang/ keperluan yang patut di bawa.

1. Jaket / Windbreaker + sweater / baju hujan plastik pakai buang
2. Sarung tangan plastik /wool 3. Tutup muka dan kepala
4. Topi
5. Sunblock 6. Kasut sukan
7. Seluar yang selesa -
jeans/slack
8. Pashmina
9. Lampu Suluh (Penanjakan 1 dan 2)
10. Wang kecil dalam pecahan Rp 1,000 dan Rp 2,000 untuk ke toilet

Nota :
  • Musholla disediakan untuk kemudahan pendaki di kawasan rehat - sebelum mendaki ke puncak 
  • Kat atas (penanjakan 1) tak ada tandas, jadi kalau nak ke tandas, di kedai-kedai makan ada sediakan tandas. Jangan lupa sediakan wang kecil kerana di sini tiada yang GRATIS!
  • Toilet di area kawah Bromo sangat bersih dan ajaibnya masuk adalah PERCUMA sebenarnya kena masukkan duit rp2,000 dalam tabung yang disediakan!!

They were my buddies for this trip. Tak pasti apalah gambor yang kawan saya tu nak ambik, padahal matahari kat belakang diaorang. hehe
Matahari dah muncul, tapi sayangnya kami terlepas moment matahari puncul 'seketul' di depan mata sebab terpegun tengok lukisan alam depan mata!
Makin cerah - perkampungan nampak kecik aje dari pandangan 'negara awan'
Semeru 'terbatuk-batuk' mengeluarkan asal. 
Tunggu ye kawah Bromo, kejap lagi saya datang jumpa awak. hiks
6.43 am : kabus dah makin menghilang, alam pun dah makin cerah
6.47 am 
Ok, dah makin panas, itu tandanya masa untuk bergerak ke spot lain pulak


Kawah Bromo dan Gunung Batok


Next!! Masa untuk ke melihat Mt. Bromo dengan lebih dekat. Dari penanjakan 1, naik jeep meredah lautan pasir, ambil masa lebih kurang 30 minit sampailah. 

* Kat parking inilah ada tandas yang bersih dan percuma tu. hiks Tiada yang gratis di sini. huhu

Jalan bersimpang siur di sini adalah perkara biasa. Apapun nikmati aje pemandangan sekeliling sementara ada peluang!
Tu dia, macam kat padang pasir!
Jeep diparkir di sini dan kami kena berjalan kaki untuk ke kawah bromo. Kalau rasa tak larat nak berjalan kaki boleh naik kuda, tak mahal cuma rp100,000/return. Harga pulak boleh dirunding ikut jarak. Jadi, pepandailah nego ye :)
Mt. Batok
Aksi wajib! 

Kami pilih untuk berjalan kaki, trilled sikit kan?
Tapi kalau korang tak larat boleh naik kuda
Sekarang musim kemarau, jadinya keadaan di sini sangat berdebu. Jangan lupa bawak mask, sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan debu masuk secara terus ke dalam hidung dan paru-paru.
Kalau penat berjalan, boleh singgah rehat dulu. Siap ada gerai-gerai kecil yang menjual air dan makanan ringan. 
Boleh tahan semput nak menapak naik ke atas ni. Nampak macam tak berapa tinggi, tapi ada lebih 200 anak tangga tau untuk sampai ke atas tu.
View dari atas lepas berjaya membilang anak tangga.
Kawah bromo yang masih aktif. 
Lawa betul langit hari tu!
Last but not least, proud to be Malaysian! - bila tengok orang dah tak ramai cepat-cepat kami kibarkan bendera Malaysia kat sini. hiks

Ini adalah pemandangan biasa di sini, sekali tengok macam kat gurun pulak. Semua sudut lawa!

Savannah

walaupun kering tapi tetap lawo
Di mana-mana saja ada kuda. Saya bayangkan kalau kuda tu tak dipakai pedati, mesti gambar nampak lagi natural - kira macam amik gambar kuda liar gitu. hiks
Kering... cuma bukit saja yang hijau
Pasir Berbisik

Spot terakhir yang kami singgah. Lawa tempat ni, sayup mata memandang
Kalau panjang umur nak repeat sekali lagi ke sini, lepas tu baru boleh tutup buku Tanah Jawa. hehe

Lepas singgah di Pasir Berbisik, kami naik jeep dan balik. Sebelum tu kami singgah makan pagi dulu di Bromo 1 hotel? (alamak lupa nama, ni antara hotel.guesthouse yang paling laris di sini sebab dekat dengan Penanjakan 1. Lepas tu baru bergerak balik dan kami singgah mandi manda di waterfall. Airnya sejuk sampai ke tulang!!

Pemandangan biasa sepanjang jalan balik

Friday, September 27, 2013

Menjadi Diriku

Dalam perjalanan ke opis, terdengar alunan lagu ini dari corong radio. Sedap saja pada pendengaran telinga. Lirik bersahaja tapi maknanya cukup mendalam. Moral, cukuplah kita menjadi diri sendiri, kekurangan dan kelebihan yang ada adalah pelengkap diri kita. Apa yang pasti segala ciptaan dan takdir Allah adalah yang terbaik buat kita, cuma terpulang pada diri sejauh mana kita mahu memastikan ia adalah yang terbaik untuk diri kita. Layan...


*Insaf sekejap

Thursday, September 26, 2013

Trip Surabaya - Bandung (1) : Ada apa di Surabaya?

Ada beberapa tempat menarik di sekitar Surabaya yang boleh dilawati seperti :
  1. Tugu Pahlawan
  2. Muzium 10 November
  3. Muzium Kesehatan
  4. Pelabuhan Tradisional Kalimas
  5. House of Sampeorna
  6. Monumen Kapal Selam
  7. Masjid Al-Akbar
  8. Masjid Sunan Ampel
  9. Kebun Binatang Surabaya (Zoo)
  10. Jembatan Merah
  11. Lumpur Lapindo

Dan beberapa tempat 'membuang duit' seperti :
  1. UKM Jatim - pusat pengumpulan hasil-hasil tangan
  2. Tanggulangin - jual barang kulit
  3. Jembatan Merah Plaza
  4. Kedai Souvenir Mirota
  5. Pusat Grosir Surabaya
* tempat 'membuang duit' di sini tak berapa inzal sebab semua barang harga tetap, jadi tak berapa sesuai untuk orang berpoket nipis seperti kami. Kat Surabaya saya tak beli apapun, cuma beli beberapa keping tempelan kulkas aka FM saja.

Malas nak cerita panjang, kita serahkan pada gambar untuk bercerita pulak.

Masjid Al-Akbar : masjid terbesar di Surabaya. Besor sunggoh masjid ni, masuk kat dalam sayup mata memandang. Kat masjid ni ada menara tinjau, boleh lihat pemandangan satu bandar Surabaya. Entrance fee :  rp20,000/person, tapi kami tak naik pun.
Masjid Sunan Ampel : Salah satu masjid lama. Di sini terdapat makan Sunan Ampel yang sehingga hari ini dianggap keramat oleh penduduk tempatan. Kalau masuk ke perkarangan masjid, untuk tandas/ tempat wudhu' kita akan melalui kawasan perkuburan keramat. Jangan hairan kalau tengok penduduk-penduduk yang taksub seperti menyembah kubur dan di satu sudut di luar kawasan makan ada disediakan tempayan yang berisi air khas untuk minuman sesiapa sahaja. Kelihatannya agak janggal, tapi itulah budaya mereka. Menariknya tempat ini ialah, di kiri kanan lorong menuju ke masjid ini dipenuhi dengan kedai yang menjual pakaian, makanan dan paling banyak ialah barang keperluan haji seperti baju, kurma, tasbih dan air zam zam. Macam berada kat Arab pulak. Info : ketik SINI
Sekitar tugu pahlawan : Tugu-tugu seperti ini banyak terdapat di sekitar padang merdeka ni. Dan tiang ini ialah antara tiang asal bangunan penjajah tempat utama pemberontakan penduduk memperjuangjan kemerdekaan dulu.

Muzim 10 November : Masa kami pergi muzium ni tengah dibaikpulih. Ramai budak sekolah yang datang ke sini sambil kumpul maklumat sejarah untuk kerja sekolah diaorg, sampaikan kami sekali pun disangka pelajar.
Entrance fee : rp5,000/person (kalau bawa kad pelajar masuk adalah PERCUMA)

Gigih tak sampai Muzium Kesihatanpun kami terjah. Seronok juga baca sejarah berkaitan perubatan ni. Nak jadi doktor perubatan tak mampu kan, jadi apa salahnya kita baca info berkaitan perubatan. Entrance fee : rp2,000/person
House of Sampeorna : Di tingkat bawah ialah muzium, boleh ambil gambar tapi bila naik ke tingkat tak boleh ambil gambar sebab bahagian atas berhubung terus dengan kilang penghasilan rokok. Laju gila tengok pekerja siapkan rokok. Sekali pandang dah macam robot pun ada. Kagum! Entrance fee : FOC
Monumen kapal selam : Ini adalah kapal selam original yang dipamerkan di sini. Saya tanya pada pekerja yang bertugas samada kapal selam ni masih berfungsi atau tidak? Jawapanya YA. Lepas masuk dalam kapal selam ada tayangan video kat bangunan sebelah. Tapi disebabkan tayangan ikut masa yang ditetapkan, kami skip sebab malas nak tunggu. Entrance fee : rp5,000/person

Tragedi Lumpur Lapindo

Juga dikenali sebagai Sidoarjo Mud, ia merupakan satu tragedi banjir lumpur yang terjadi pada 29 Mei 2006 telah menenggelamkan beberapa kawasan perkampungan, rumah, kawasan pertanian yang mengorbankan ramai penduduk sini. Sehingga hari ini lumpur tersebut masih keluar. 

Info baca di SINI

Singgah di sini, memanjat tangga melepasi tembok-tembok batu, saya lihat satu kawasan lapang seperti padang jarak padang terkukur. Kosong! Tak ada tumbuhan atau rumah yang terbina. Yang ada hanya lalang-lalang layu di tepi kawasan yang ditimbusi lumpur. 

Siapa sangka di sebalik timbunan lumpur tersebut terkuburnya beberapa kampung, rumah serta nyawa-nyawa yang tidak bersalah

Kami didatangi beberapa orang lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk kampung. Ada yang menawarkan perkhidmatan ojek untuk pusing-pusing seluruh kawasan ini dan tak kurang juga ada yang menjual VCD / DVD tentang bencana lumpur lapindo. Kata mereka, sejak peristiwa ini terjadi, tidak ada bantuan atau inisiatif daripada kerajaan untuk memulihkan atau membina semula perkampungan yang terlah ditimbusi oleh lumpur ini.

"kami protes dikatakan kami pemberontak. Sudah kami semua dimasukkan ke lokap"

Kesian melihat keadaan ini, tapi apa yang kami mampu buat? Saya cuba bertanya, mereka menyediakan tabung derma atau tidak? Tapi jawapan yang diberikan oleh mereka agak memusykilkan saya. 

"ngak usah tabung derma mbak, bagi aje pada kami"

Nampak atap je : rumah yang telah ditenggelami oleh lumpur sedalam lebih kurang 7 kaki

Lumpur yang masih mengalir mengandungi minyak mentah dan keadaan lumpur yang merekah/ kontang disebabkan musim kemarau.

Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk memberi sedikit sumbangan. Musykil tu kita tolak tepi, yang penting niat kita ada untuk bersedekah. Samada sedekah itu sampai atau tidak pada pihak yang sepatutnya, biarlah Allah yang tentukan. Sebenarnya jumlah sumbangan kami taklah seberapa kalau nak dibandingkan dengan derita dan kesusahan mereka, tapi harap-harapnya dengan sedikit sumbangan dapatlah mengurangkan sedikit beban yang ditanggung. 

Kebun Binatang Surabaya (Zoo)

Zoo Surabaya tak ada dalam list sebenarnya. Kebetulan ada masa lagi, saya minta Pak Baktiar membawa kami singgah di sini. (macam kat Malaya tak ada zoo kan?). Sebelum ke sini, saya ada terbaca di internet khabar tidak enak tentang zoo ini. Khabarnya binatang di sini tak cukup makan, ada yang mati akibat makan plastik dan macam-macam lagi. Jadi alang-alang dah sampai sini, jom kita tengok sendiri adakah benar khabar itu atau sekadar omogan kosong. Entrance fee : rp16,000/person.

Beberapa cerita tak enak dibaca/didengar tentang zoo ini seperti
  • Ini kisah Melani harimau Sumatera yang tak cukup makan
  • Ini pulak kisah Kliwon Zirafah yang mati akhibat memakan plastik - dalam perutnya terdapat lebih kurang 18kg plastik yang tak hadam. 
  • Dan ini pulak kisah tentang Zoo Surabaya yang tak terjaga
Tapi itu cerita sekitar 2012 dulu, sekarang kerajaan sudah mengambil alih pengurusan zoo ini. Dari pandangan mata saya keadaan sudah semakin baik. Alhamdulillah.... Harapnya keadaan semakin baik. Kesian mereka, sudahlah dikurung untuk tatapan umum, kebebasan mereka juga dirampas, tapi kebajikan mereka tidak dijaga dengan sebaiknya - tak ke kejam namanya tu? Tengok saja wajah-wajah hewan di sini..

Saya tak boleh tengok monyet ni lama-lama. Naik sayu pulak dibuatnya. huhu
Komodo juga tak terlepas dari kontroversi - kehilangan 3 ekor komodo dari sangkarnya menjadi tanda tanya siapakah datang yang terlibat dengan mencuri haiwan ini. 
Buayapun nampak sihat kan?
Anak rusa yang baru lahir. Sangat comel! Tapi beberapa ekor rusa dewasa yang kami lihat, keadaannya agak menyedihkan. Ada yang luka-luka, ada juga yang seperti dijangkiti penyakit kulit. Kesian...
Puas kami pusing satu zoo semata-mata nak tengok sendiri keadaan terkini si belang ni. Adakah Melani dalam gambar ni? Kami sendiripun tak pasti. Tapi yang pastinya harimau-harimau di sini sihat. Satu ketika, masa kami duk sibuk layan aksi si belang ni terdengar ngauman si belang dari sangkar hujung. Cepat-cepat kami ke sangkar hujung, tapi tak jumpapun. Tunggu punya tunggu sampai sudah si belang tak muncul. Misteri sungguh!
Baik punya post dari raja hutan ni. 

Friday, September 20, 2013

Catatan Ekspress : Surabaya - Bandung

Kali ini untuk catatan ke bumi Indonesia nun dari Jawa Timur hingga ke Jawa Barat, saya tak berniat untuk manulis seperti catatan yang sebelum ini. Ke mana kami pergi, pukul berapa bangun, makan apa, berapa bayaran dan semuanya. Saya hanya akan highlight beberapa tempat saja, mungkin boleh jadikan panduan pada yang ingin ke sana nanti dan juga untuk diri sendiri - manalah tahu nak repeat Bromo dan Ijen sekali lagi kan? 

Perjalanan bermula dari Surabaya ke Bromo, dan kemudian Ijen, langsung ke Jamber mengukur pantai-pantai di sana, kemudian ke Malang kononnya berangan nak memetik apel Jawa, tapi akhirnya angan-anagan memang tinggal angan-angan saja (nampaknya kena jejak Eropah jugak baru dapat petik Epal kot) dan akhirnya meneruskan perjalanan menaiki keretapi selama 13 jam untuk sampai ke Bandung. 

1. Surabaya

Secara kasarnya tiada yang istimewanya tentang Surabaya - dari segi tarikan pelancong bandar ini biasa saja. Tapi ramai yang tidak tahu, tempat ini melahirkan ramai pejuang-pejuang kemerdekaan yang memperjuangkan kemerdekaan bumi Indonesia dari penjajah. Peristiwa besar seperti pengisytiharan kemerdekaan dan pemberontakan pejuang yang memperjuangkan pembebasan Indonesia berlaku di sini. Walaupun hampir 68 tahun kemerdekaan Indonesia, kesan dan tinggalan sejarah masih lagi utuh. 

Tak susah mencari makanan halal di sini kerana hampir 100% penduduk di sini adalah Islam. Tapi awas, jika tidak yakin jangan dicuba-cuba makan di tempat sebarangan kerana menurut seorang kawan yang lama menetap di sini, definisi halal bagi mereka ialah 'makanan itu tak ada babi'. Mereka tidak kisah tentang soal bagaimana makanan itu diuruskan. Contohnya ayam atau lembu,ia sememangnya halal, tapi adakah penyembelihan yang dilakukan mengikut syariah Islam? Erm.. tepuk dada tanyalah iman.

Satu perkara yang saya kagum tentang Surabaya ialah di sini banyak sekali masjid. Berjalan tak sampai 1km, jumpa masjid. Dan saya bagi 5 bintang untuk tandas di sini. Tak kira di mana-mana : stesen minyak, tandas awam, masjid, musholla, semua tandasnya bersih! Walaupun tempat lain kotor, tapi dari segi kebersihan untuk ibadah memang patut diberi pujian. 

Suasana sekitar lorong menuju Masjid Sunan Ampel - Di satu lorong di sini semua kedai menjual barang-barang keperluan haji, kurma, air zam zam dan disambut oleh bau minyak attar yang menusuk hidung. Macam seperti berjalan di sekitar lorong-lorong kecil di Makkah pulak. 

2. Mount Bromo

Kami bergerak pada jam 12.00 tengah malam dari Surabaya menuju ke Bromo dan sampai di sana sekitar jam 3.00am. Selepas naik jip untuk ke Penanjakan 1 hampir pukul 4.30am kami sampai dan sementara menunggu masa untuk ke puncak sempat singgah layan Pop Mie dan teh panas. Sampai di puncak, bersesak-sesak dengan untuk mencari port menanti matahari terbit. Kiranya waktu kami sampai adalah waktu paling cun, tunggu beberapa minit saja untuk matahari muncul. Tapi disebabkan terlalu ghairah nak merakam gambar gunung-gunung yang terbentang di depan mata, kami terlupa pada matahari yang baru hendak muncul. Hasilnya... Ini saja yang kami dapat. haha - padahal camera tak berapa canggih nak amik view matahari. hoho!

Matahari bintang 6
Subhanallah... macam lukisan
Kawah Bromo dari kejauhan

Dari post penanjakan 1 kami bergerak ke kawah Bromo. Sampai sini semangat kena kental sikit. Nak menapak 'padang pasir' yang berdebu hitam menuju ke anak tangga berjumlah lebih 200 anak tangga bukan satu kerja yang mudah. Silap haribulan tewas dengan pelawaan 'lelaki berkuda' yang menawarkan perkhidmatan pergi dan balik. Harga yang ditawarkan bermula dari rp100 dan akan menurun mengikut jarak perjalanan. Walau apapun ia merupakan pengalaman yang sangat menarik. 

Sayup mata memandang
Tapi hasilnya tidak mengecewakan. Puff!! puff!! bunyi asap dari kawah seiring dengan bau belerang yang menusuk hidung
Langit biru mengiringi kepulangan kami

Dari kawah Bromo kami bergerak ke Savanah. Sekarang musim kemarau, jadinya tiada rumput-rumput yang menghijau di sini. Semuanya kekeringan dan kecoklatan. Tapi tetap pemandangan tetap memukau. Akhirnya perjalanan kami berakhir di Pasir Berbisik. Terasa macam berada di tengah gurun pulak. Sekali angin bertiup, berkepol-kepol debu hitam menusuk hidung. Tapi kami tak pedulipun. Indah sungguh alam ciptaan Allah. Syukur masih diberi peluang menikmati keindahan ini...

Kontang : Savanah yang kekeringan dek kerana musim kemarau
Awan bergerak menutupi Pasir Berbisik. Sesekali angin kedengaran bunyi 'ssstt... sstt' dan kelihatan pasir berkilauan. 

3. Kawah Ijen

Kami sampai di Banyuwangi seawal jam 10.30pm dan perjalanan menuju ke tempat pendakian mengambil masa hampir 1 jam setengah dan sebelum tengahmalam kami sudah mula mendaki. Dengan berbekal lampu picit dan cahaya bulan yang terang, kami bergerak perlahan. Mula-mula jalannya mendatar, kemudian semakin mendaki membuatkan pendakian kami menjadi perlahan. Sesekali kami disapa penambang sulfur yang berjalan laju seolah-olah berjalan di jalan yang rata. Hebat sungguh mereka! Kerja mereka membuatkan mereka jadi sekuat itu. Demi sesuap nasi inilah kerja harian mereka yang dilakukan saban hari. 3jam mendaki akhirnya sampai juga kami ke puncak. 

Kawah Ijen
Dari jauh kelihatan pekerja yang sedang bekerja mengumpul sulfur dan diangkut naik ke atas - satu kerja yang sangat sukar pada pandangan mata saya.
Dari puncak menanti matahari terbit. Kecik je saiz orang-orang kat bawah tu kan?

4. Jamber

Salah satu kelebihan Jamber ialah pantai-pantainya. Dari Ijen, perjalanan mengambil masa lebih 3 jam untuk sampai ke sini. Sempat juga singgah di Papuma, Watu Ulo dan melayan sunset di Payangan.

Tanjung Papuma : kepala ular muncul di tengah laut. 
Nak memburu sunset la kononnya, berjalan hingga ke hujung tanjung!
Inilah hasilnya... bolehlah. Kalau nak lagi lawa kena tengok sendiri dengan mata kasar, barulah puas hati. hiks

5. Malang / Batu

Niat hati nak memetik apel, tapi angan-angan tak kesampaian. Jadi kami masuk JATIM park 2. Hampir seharian di sini, tempatnya besar ya ampun!!! Tapi hewan di sini sihat-sihat belaka.

Harimau putih antara hewan tarikan di sini
Cuba cari hewan tersembunyi
Asyik sungguh monyet ni duk cari kutu sampai kami yang jadi tukang tengokpun ralit sama. Monyet ini bukan terdapat di JATIM park 2, tapi di Zoo Surabaya - zoo yag pernah menjadi kontroversi sekitar tahun 2011-2012 tu

6. Bandung

Mendapat jolokan Paris of Java, Bandung sudah tentu syurga shopping bagi kaki shopping. Tapi bukan untuk saya kot. Cumanya di sini untuk ke mana-mana sangat mudah. Naik angkutan kota saja kita boleh sampai di Pasar Baru, Cihampelas, Factory Outlet dan lain-lain tempat yang menjadi tarikan di sekitar bandar Bandung ini. Sangat mudah! Tapi dalam mudah-mudahpun, sempat jugak kami merasa 'makan langsat' naik angkutan kota. Haha

7. Kawah Putih

3 jam perjalanan dari bandar Bandung untuk sampai ke sini. Hasilnya, lawa juga tempat ini. Walaupun kata sesetengah orang tempat ini sudah dikomersil menjadi wisata, tapi pada pendapat saya apa salahnya singgah di sini, tempatnya tak kurang cantiknya kan?

Kawah belerang
Tak ada tumbuhan yang hidup sekitar tasik ini, semuanya mati

8. Tangkuban Parahu

Dari utara, kami terus ke selatan menuju ke satu lagi kawah gunung berapi di Bandung. Perjalanan dekat sikit je dari Kawah Putih. Pemandangan biasa saja, tapi tetap ada keistimewaan tersendiri. Kiranya ia trip ulangan buat saya, dan pertama kali buat teman-teman saya. Walaupun tak ada perkataan 'wow' untuk tempat ini, tapi cukuplah orang kata 'sudah sampai di sini'. 

Kunjungan kedua : kawahnya tak banyak berubah, cuma kedai-kedainya saja yang makin bertambah. hiks
Masih ada letupan di sebalik celah-celah asap yang berkepol itu

Trip kali ini walaupun dalam jemaah yang kecil, hanya ber'3 banyak perkara yang kami lalui bersama. Bila terkenang pasti kami tertawa. Sempat merasa tidur di dalam kereta 3 malam berurut-turut, tidur dalam keretapi dengan 13jam perjalanan, menaiki perbagai kenderaan, dari Kijang, Grand Lavina, Avanza, angkutan kota, ontang-anting dll, merasa pelbagai makanan tempatan dan melihat sendiri kehidupan masyarat tempatan yang majoriti mempunyai kehidupan yang susah menyebabkan kami berfikir dan bersyukur dengan kehidupan yang kami ada. Walaupun serba sederhana, sekurang-kurangnya kami tidaklah sampai meminta-minta demi meneruskan kelangsungan hidup.

Thursday, September 19, 2013

Menjejak kawah gunung berapi dari Surabaya hingga ke Bandung


Selamat sampai di negara bertuah tanah tumpah darahku setelah hampir 8 hari berkelana di negara asing. Beberapa kawah gunung berapi berjaya di jejak. Hasilnya? Awesome! Setiap kawah yang dijejah pastinya ada cerita, sejarah dan tarikan tersendiri. Penatnya ya ampun!! Tapi semua lelah hilang bila mampu sampai ke puncak! Cerita penuh InsyaAllah akan menyusul bila 'rajin' itu datang ^_^

Pic : Bromo, Surabaya 13 September 2013.