Followers

Friday, February 10, 2012

Orange Panna Cotta

Baru-baru ni saya cuba buat panna cotta. Alhamdulillah menjadi dan rasanya sangat sedap. Tambah pulak sekarang musim panas ni, memang sedap la makan. Saya amik resepi dari blog K.nor@SecubitGaram. Sebenarnya resepi K.Nor tu kiwi panna cotta. Tapi memandangkan masa saya singgah kat supermarket nak cari buah kiwi tapi tak ada, jadi saya ubah resepi menggunakan buah oren. Maka terjadilah orange panna cotta.

hasil selepas 6 jam disejukkan!

Nak cuba? Boleh rujuk resepi yang saya amik dari resepi k.nor.

Bahan-bahan :

9 gm gentian (lebih kurang 1 sudu besar dan dilebihkan sikit)
4 sudu besar air
2 1/2 cawan susu segar
1/4 cawan gula 1 sudu teh vanila
1 sudu teh esen orange (saya suka-suki tambahan sendiri nak bagi rasa oren)
2 biji buah oren ~ blend untuk dijadikan puri + 5 sudu besar gula
1 biji buah oren ~ dibuang kulit dan hiris. Ambil isi saja untuk letak dalam adunan ( ni pun saya suka-suki tambah sendiri. heee)

Cara-cara

1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam bekas atau gelas yg sesuai. Masukkan sedikit potong buah oren ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri oren ke atasnya dan bolehlah dihidangkan.

* Boleh tambah lebih banyak gelatin kalau nak dapatkan hasil panna cotta yang lebih pejal.

* Sukatan gula (1/4 cawan) menghasilkan panna cotta yang tak terlalu manis. Tapi disebabkan puri oren sudah manis, jadi rasanya seimbang dan sangat sedap. Jadi kalau ada sesiapa yang cuba, dan rasa panna cotta tak manis jangan risau, sebab pada saya sukatan gula tu dah cun-cun dah tu!


PM : SELAMAT MENCUBA!

2 comments:

  1. macam puding. tapi teksture dia lagi lembut.

    yg buat rasa dia best bila kita letak puri buah tu kat atas

    ReplyDelete