Followers

Saturday, June 09, 2012

Discovery Miri : Day 2 - Brunei

sambung dari ENTRY LEPAS.

12 Mei 2012 - Sabtu.

Selepas bangun solat subuh pukul 5.00 pagi tadi masing-masing tarik selimut sambung tido. Maklumlah  malam tadi tak dapat tido lena sebab bunyi dum dam dum dam kat luar g/house kami agak menganggu. Untuk pengetahuan,  g/house kami terletak betul-betul di hadapan 2 pub yang boleh dikatakan happening kat bandar Miri ni. Tambah malam tadi malam minggu, jadi memang agak bising suasana kat luar sana. Tapi, walaupun kat luar suasana huru-hara macam kena serang garuda, tapi keadaan dalam  g/house tetap aman macam biasa. Tak ada orang-orang mabuk @ menakutkan @ mencurigakan menyebabkan kami rasa selamat berada di  g/house ni. 

Pukul 7.00 pagi semua oarang bangun, mandi dan bersiap untuk teruskan perjalanan yang panjang. Kami nak ke Brunei. Sebelum makan, sempat lagi hantar kain untuk di dobi kat kedai dobi dan pekena roti yang disediakan oleh  g/house. Tapi memandangkan kami nak berjalan jauh hari ni, kami breakfast nasi lemak kat Restora Selera. Tak jauhpun dari g/house, masuk lorong belakang, restoran tu terletak di hujung jalan.

Lepas makan, set GPS dan bersedia untuk bergerak ke Sg. Tujuh iaitu sempadan Brunei Darussalam.

Ok... kita biarkan gambar bercerita...

jalan ke Sg. 7 lengang je
melalui Jambatan Asean di Sg. Baram, lepas jambatan kena bayar tol RM10.00
dah sampai ke check point Sg. 7 (kastam Malaysia-Brunei)
kenderaan beratur agak panjang sebab hanya 1 kaunter dibuka pada pagi tu. Masam 'cattung' muka en. kastam. huhu
Urusan di kastam cepat w/lpun terpaksa beratur panjang. Untuk yang bawak kereta  sendiri /sewa jangan lupa tunjukkan dokumen ketika melalui kastam. It's just a simple procedur. Semudah 1, 2, 3!
 selepas tu melalui Tol Jambatan Rasau, tol yang dikenakan sebanyak BDN3 
Long journey! 126km to Bandar Seri Begawan. Tapi kami singgah di Seria dulu.
Lokasi pertama yang kami tujui ialah Oil and Gas Discovery Centre (OGDC), yang terletak di Seria iaitu lebih kurang 30 km dari Kuala Belait (sempadan Brunei - Miri). Masuk ke sini macam masuk dalam Petrosains, KLCC atau Pusat Sians Negara (PSN) tapi lebih happening kalau nak dibandingkan dengan kedua-dua tempat ni. Lepas ni bolehlah saya bagi cadangan kat pengarah PSN mintak improvekan aktiviti-aktiviti kat PSN biar setanding dengan OGDC jugak. Hiks.  


The gallery
Memandangkan hari tu hari minggu, dan orang tak ramaipun kat OGDC, jadi kami ber-4 je yang jadi pelawat  waktu tu. Dalam OGDC ni ada da dibahagikan mengikut segmen masing-masing. Bermula dari sejarah kejadian minyak hingga ke proses minyak di ambil dan kemudian diproses menjadi minyak dan gas asli semuanya dipamerkan secara teratur. Kemudian diikuti dengan bahagian lain-lain yang pada pandangan saya lebih sesuai untuk kanak-kanak. Tapi kami yang cas-cas macam kanak-kanak ni, semua permainan kami try. Tak sedar diri betul!

Tak sedar hampir 2 jam kami habiskan masa di OGDC kami teruskan perjalanan ke Bandar Seri Begawan. Dah tengahari, perutpun dah laparkan? Kami terus ke Kiulap untuk cari Restoran Aminah Ariff. Tapi pusing punya pusing nan ado jumpa restoran ni. Dah berenti tanya orangpun tetap tak jumpa. Jadi, tanak buang masa, kami berenti je kat mana-mana kedai makan / foodcourt untuk makan tengahari. 

sampai round bout, ternampak masjid ni. 

Lepas makan, alang-alang dah masuk waktu zohor, kami terus cari Masjid Asr Hassanil Bolkiah. Saje je GPS ni nak bawak kami jalan jauh-jauh, padahal masjid ni depan mata je. Adeh.... masing-masing duk menyumpah kat GPS je. Astaghfirulah.... 

Bersolat dulu kat sini. Kagum tengok kubah yang diperbuat daripada emas tu. Agak-agak kalau kat Malaya, selamat tak kubah emas tu eh?


mula-mula cuaca gelap... macam nak hujan
tak lama lepas tu... langit kembali cerah. CUN!
~ bersambung

6 comments:

  1. insyaallah suatu hari nanti mau jejeki brunei juga...mau intai2 tempat datangnya kad raya yang cik bunga dapat tiap2 tahun tu..hiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe... k.intan, ada 1 hari pun dah cukup untuk cover satu brunei...

      Delete
  2. Sesungguhnye, sepanjang 2 thn aku keje sane, tak penah lagik aku sampai Kiulap ... huuhuhu...

    ReplyDelete
  3. salam...saya akan ke Brunei melalui Miri
    cuma nak tahu, kalau bawa kereta sewa (drive sendiri)
    dokumen apa yang perlu ditunjukkan di kastam.
    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      Dokumen yang perlu dibawa ialah geran kereta. Untuk kereta sewa kalau boleh maklumkan awal2 pada syarikat sewa kereta supaya diorg boleh sediakan geran kereta semasa kita ambil kereta nanti. Hanya untuk geran kereta yg disediakan syarikat sewa kereta dan juga passport masing2 di kastam nanti. ada borang yg perlu isi masa di sana nanti.

      Delete