Followers

Tuesday, July 31, 2012

Masihkah ada Ramadhan?

Malam Sabtu lepas, saya 'terlayan' satu cerita di astro Prima. Biasalah astro ni... masuk bulan Ramadhan macam-macam rancangan yang ditayangkan tak kiralah dimana-mana channelpun. Tengok cerita ni, terus saya jatuh hati. Kenapa? Sebabnya boleh dikatakan 90% dialog drama ini menggunakan dialek Terengganu. Nok sukke wasse bila dengor orang blakong dalam tv cakap bahase ibunde kite! hehe. 




Memandangkan drama ni baru masuk episod ke-2, saya tak boleh komen lebih-lebih lagi. Tapi sepanjang 2 episod drama yang dah ditayangkan ni memang saya suka. Kadang-kadang bila dengar dialog pelakon tu buat saya tergelak sendiri. Sebab dialog dan dialek yang pelakon-pelakon sampaikan 'kena' je pada halwa telinga saya. Nampak 'real' bahasa Ganu yang mereka sebut tu. 

Drama ni sama macam drama Melayu lain, kisah tipikal, kisah kekeluargaan. Kisah Pak Man dan Mak Minah yang telah bertahun-tahun menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal bersendiri tanpa kehadiran anak-anak. Mereka ada 4 orang anak, 3 lelaki, 1 perempuan. Empat-empat anak ada kerenah masing-masing. Sorang sibuk carik 'pitis' sampai lupakan nak beramal, sorang pulak sibuk duk nak kejar amal akhirat sampai mengabaikan anak-anak dan isteri dan anak perempuan pulak, asyik bergaduh aje dengan suami. Dan paling menyedihkan Mak Minah bila anak bongsu mereka, Zali, yang diharapkan menjadi pengubat kedukaan mereka, walaupun telah 2 tahun tamat belajar di UK masih juga tidak pulang-pulang menjenguk mereka. Jadi kalau nak tahu penghujung cerita kena tengokla cerita ni.

Saya suka suasana dan lokasi penggambaran drama ini. Rasanya kalau tak salah saya lokasi penggambaran di sekitar Marang / Dungun. Semua tepi pantai! Lawo sunggoh!! Dengan suasana rumah perkampungan nelayan, pokok kelapa yang meliuk lintuk dan warna biru air Laut China Selatan betul-betul buat saya rindukan kampung halaman. Saya sukakan suasana begitu walaupun hakikatnya kampung saya bukan sebegitu. Sebab kampung saya tak ada pantai/laut. Yang ada hanya sawah padi dan pokok-pokok buah-buahan di sekeliling rumah. Tapi walaupun begitu, drama ini membuatkan saya rindu pada kampung!

Bagi penonton yang tak faham dialek Terengganu, korang jangan risau sebab ada subtittle dalam Bahasa Melayu. Jadi kepada yang teringin nak tonton drama ni, jangan lupa setiap hari Isnin, 10.00 - 12.00 malam di Astro Prima dan tayangan ulangan pula pada hari Sabtu pukul 11.00 - 1.00 pagi. Pada yang tak ada astro kat rumah pulak, boleh layan cerita kat SINI. Ini baru episod 1, episod 2 dan seterusnya belum ada lagi. 

PM : wase nok balik jupe mok wehhh...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya drama Masihkah ada Ramadan? yang ditayangkan do astro Prima selamat ditayangkan 4 minggu berturut-turut Isnin lepas. Tapi rasa macam tak puas lagi tengok cerita ni. Pada saya, kalau watak Zali tu dipanjangkan sedikit (meninggal selepas semua anak-anak Pok Man dan Mok Nah bersatu) lagi best. Jadi, sempatlah Zali tengok mok dan ayoh dia bahagia dulu sebelum dia meninggal dunia kan?

Tapi nak buat camne, dah memang itu kesudahan yang pengarah tentukan.... abang-abang dan kakak Zali menyesal selepas kematian Zali. Walau apapun kita patut bagi pujian kepada pengarah dan pelakon-pelakon yang terlibat. Macam kata kawan saya... gagoh-gagoh blake pelakong cite ni! ( gagoh tu bukanlah maksudnya gagah perkasa, tapi hebat!). Ramai kawan-kawan yang hairan kenapa saya taksub sangan dengan cerita ini. Ya lah... bukan sebab nak mengarah cerita/drama yang hampir 100% dilakonkan menggunakan dialeg Terengganu ni. Dan bukan senang nak pilih pelakon yang mampu bertutur dalam dialeg Terengganu dengan sebutan yang sempurna terutamanya pada halwa telinga penonton anak jati Terengganu. Jadi sebagai anak jati Terengganu, sedikit sebanyak tercalit sedikit perasaan bangga di situ! eheh!

Pada saya, kisah yang dipaparkan dalam drama ini adalah fenomena biasa hari ini. Boleh dikira dengan jari berapa ramai anak-anak yang sanggup mengabaikan ibu bapa. Tanda-tanda dah hampir akhir zaman.... perkara begini bukan satu perkara yang pelik. jadi cerita ini sedikit sebanyak memberi pengajaran dan sekaligus sebagai peringatan kepada kita supaya tidak mengabaikan ibu dan ayah sementara mereka masih ada. Jadi, tak kira siapapun kita, setinggi manapun pangkat kita, jangan kita lupakan mak dan ayah di kampung selagi mereka masih di dunia ini....

Macam kata Brahim...

Orang ternung ni pe'el macang penyu...
Ye naik telor kat Rantau Abang,
netah di Rantau Abang...
kemudian ye berenang ke lauk balik
Ye gi berenang duane pung beratuh ribu sekalipung
Sampai masa ye balik smula ke Rantau Abang
Telor dan netah balik kat Rantau Abang

Jadi, kalau ada sape2 yang termiss cerita ni, astro ada buat tayangan ulangan mulai selasa - jumaat untuk 4 episod berturut-turut pada pukul 5.30 - 7.30 pm.

Kalau tak sempat tengok jugak atau bagi yang tak ada astro, saya kongsikan link, boleh layan kat youtube (terima kasih pada yang tolong upload cerita ni kat youtube).

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Episod 4

atau boleh tengok di SINI

PM : sukalah kata-kata mok noh pasal orang puang teranung tu... :)

35 comments:

  1. Assalamualaikum;

    Saya pun tengok juga drama Masihkah Ada Ramadhan. Pengarah drama pandai pilih pelakon. Saya fikir ramai pelakon anak jati Terengganu seperti Wan Su Hanafi dan Eman Manan. Ada berapa kerat saja yang bukan anak jati Terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam

      kena bagi pujian kepada pengarah yang berjaya menampilkan pelakon2 yang hebat seperti mereka :)

      Delete
    2. memang doh ,kena je, care ye ca'kap,tganu,emang manang orang atah tol,mat over org kole berang,wan hanapi org besut..tempat ye belakong ..pung molek gak ,kg.jambu bokok,marang ngn rantau abang.,dungun.

      Delete
    3. sedap cerita ni.. tgk separuh jalan je hari tu, bila google, jumpa dalam blog ni.. thank you

      family..
      glasgow

      Delete
  2. seronok citer ni.
    kalau nak klakar tgk citer keluarga iskandar.
    lepas tarawikh layan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik... citer keluarga iskandar pun kelakar jugak. hehehe

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ambe baru je lepah tengok episod 3, sedih rase, neleh air mate.. banyok pengajaran crite nie.. teringat kat mok ayoh kat kampong.. kpd yang terlepas episod 1 dan 2. boleh tengok kat link nie..
    MASIHKAH ADA RAMADAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoo.. episod 2 memang sedih sampai mampu buat air mata neleh. ambe rasa kagum dengan zali walaupun dia anok bongsu... tapi cara dia cakap ngan abang2 ye sangat berdiplomasi dan mampu buat abang2 ye nengung panjang... nok2 abang brahim.

      btw, terima kasih wi link. :)

      Delete
  5. Replies
    1. bereh boh,,ramai awok2 tganu layang cite ni..hok duk kolupo..
      sapa saing ambe..hok rock kapak duk wakah rambut pjg ngn dok mayang bang,bleh lyang cite ni ,,smpai nangih,,huhu..insah nk mayang apah..

      susah etek lening nk cari pengarah filem buat dialog tganu 100% ca'kap ganu ngn pelakong2 skali ..

      p/s:- kalu dia amik zizan raja lawak belakong serius watak zali..waseang lg meletup..sbb gayah(leez AF org sabah tu..tu kan bekas GF zizan sebelum ni,real story)

      Delete
    2. ambe ada mikir gok kalu zizan blakong watak zali mesti beh. tapi zizan tu muka nakal... dok brape nok zuhud macam watok zali tu.

      tapi kalu zizan cuba watak gini apa salohnya kang?? mesti ada kelainan sket.

      tapi watak gayah yang leez bawak tu paling ambe kagum sebab leez ckp ganu macam org ganu doh bunyi. w/lpun ada gok sikit2 bunyi lain... tapi kira hebak doh tu. ambe pun kadang2 pengong bila pelakon duk ckp pekat2 ngat. hahaha.

      Delete
  6. Tahniah ar kat orang yang buat cite ni dan semua hok jayakan drama ni, hamba dok penoh tengok agi drama pior cakap ganu lagu ni, rasenya tadok agi drama hok baguh gini semua skali nampok ori, tp jalan cite dia mudoh agat, cite dok abis agi ending ia kite doh buleh agok doh sbb bila tgk cite ni rase macam baca novel dan cerpen sastera pulok ingat balik cite yang seangkatan dgnnya jalan cite lebih kurang same je, lebih kurang filem Abang jugok hok hero dia Rahim Razali tu walau mcmana pun drama ni memg best hamba enjoy tgk cite ni. Hok penting skali ngajoran hok kite dapat, hok molek wak teladang hok dok molek kena buang. Memg bekah ar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dok sabor nok tengok episod seterusnya malam ni :)

      Delete
  7. siapa kah zali,pelakon muda berbakat tu?pekat dia cakap ganu.

    mat over :- filem petama mat over x penah senyum(pelawak kang)..bawak watak org teganu garang@be'keng je...syabas

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pekat molek zali tu blakon. tengok muka tahu doh orang ganu. hehe

      Delete
    2. hok jd zali tu mmg bdk ganu~ dia senior sye time sklh, tk sangka jd pelakon lening :D

      Delete
    3. Wah.kre first timela die blakon.die mmg pndai blakon la.umur die bpe yerk?

      Delete
  8. siapa nama 'zali' terik ni glamour pelik lening.,,biar dlm cite tu dia yg pegi dulu,
    ramai awek2 luar sana kt FB,cari siapa zali(amirul mazlan) yg ada irah2 anuar zain masa muda2..dulu..huhuhu..lepah ni bahang seng ahh zali,produser cari wak belakong filem lain pulok..hahaha

    p/s:- ending semalam mmg terbaik,kata org tganu..mmg syahdu..pelik..sampai ke perut pedaa..nok2 bab brahim sembang ngn jaapor..antara bait2 dia yg best:-

    jaapor :- ambe dok panda supe abg, bejaye..mok ayoh syg,

    brahim:- heee,cedik ,bodo dok le ukur nge sijil,aku mcm mung gok dok ngaji tiggi.


    brahim:- aku syg adik2 aku,tp aku dok tahu nok tunjuk/bagitau yg aku syg pada mereka belake seme..

    brahim:- ce mung tgk ayoh ,penoh ye kabor ke mung ,ye syg anok2 dia..aku gitu gok.


    syabas pengarah mmg terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha..aku pulok suke bait2 ning:-..


      masa zali baru balik dari obesea,turung dari teksi episod 1:-

      pok leh:-..emm,,mung zali..pok leh lngat sape,tp kalu pok leh jupe mung tgh jalang dok kena starang barohhh..

      dgr flash back( zali buat pelita raya episod 4):-



      zali kecik:- ayoh wak mende ooouhhh

      pok mang(ayoh zali):- ning ahh ayoh wak pelita buloh,mari nok ajor.

      zali kecik: ayoh kalu raye gok,wak pelita buloh okmo,bdk lain beli pelita baru belake ooowhh ,kekgi ye wak ngaying(action) ke kita paka pelita buluh.


      pok mang(ayoh zali):- ye wak ngnying sbb ye dok pada buat..tu le ye beli..

      huhuhu......best..

      Delete
    2. part dialog zali (masa kecik) tgh wat pelita dgn pok mang tu memang terbaik la...

      ambe paling suka flash back zali dgn brahim (episod 1)

      zali kecik : abang... abang dok pose eh?

      brahim : abang penak aa tulung ayoh. adik dakpe aaa

      Zali kecik : kalu ayoh tahu abang dok pose mesti ayoh sedih..

      watak zali kecik tu kena je... suka sokmo kalu tgk flash back zali masa kecik2 dulu

      episod last bila pok leh jadi penglipur lara tu paling best!!!!

      Delete
  9. Zali kelass mung aku wahi unngguh pun sama hok lain ngok mcm mang manang,nafi su mat over serta garapan cite sesungguhnya kelas boh. BANGGA NYER BOH pemandangan mcm kg ambe lok di rendang marang kt mejid hj adi awang ingat kgg je kt raya2 .h

    ReplyDelete
  10. salam semua, dah boleh tengok semua episod online dah.. boleh lawat link nie..MASIHKAH ADA RAMADAN EPISOD 1-4

    ReplyDelete
  11. huhu,,thank u very much yg letak link nie,,so pakat sedut ramai2..

    lening dh jadi pedebatan hangat kt FB pasal cite ni,masihkah ada ramadhan,majoriti org pata timor hok duk luor ganu..pakat2 comment..beh lok dgr ayat2 pekat ganu,,

    sampai ada org nk g tgk tempat zali & kru2 belakon nung kt pata rantau abang,,hahaha..


    terbaik lahh pengarah,

    ,sampai facebook astro prima bertimbung2 comment suh ulang balik cite tu..

    so dgn bangganya astro prima ,announce utk bersiaran balik cite ni..start maring ( selasa smpai jumaat,tiap2 dari dari kul 5.30 ptg -7.30 mlm)..mendapat rating tertinggi di astro prima...



    bait2 brahim ye kata ke zali:-..

    mung aku tgk supe penyu..netah sining,pahtu g belayor jauh2,last2 nk telor ,tempat ni gok mung cari...

    p/s:- buat anak2 Tganu diperantau ,jauh2 mana pung kite duduk,tempat asal gok kita balik..tulah Anok Tganu..selamat ari raya.2012..smuaa...........

    ReplyDelete
  12. Seriously.wlupown sye bkn org tganu.sye bgitu kagum dgn drama nih.boleh buat kte lbh sdar bape tinggi nilai sbuah kluarga.watak sye pling suke dlm drama ni zali.pndai tol amirul mazlan nih blakon.ade jugak cube search pasal die.xde pown.

    Hope,amirul bole blakon lg.betol2 minat tgk dieg

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, embe ni mmg org ganu. Mmg sangat2terujer tgk cite ni, sdp sungguh dan menyentuh hati. Tp macam hak rama2kata tu la jalan citer die tu ringkas sgt sapa dok dang puas tgk agi, tibe2 sapa episod akhir doh. Tapi amber nak sangat cd hak asli citer ni blh dok tlg amber nk dptkan kat mane? (Macam zali kate tu, tulooonglah ke abg brahim dier maser suruh jager mok die.) amber ada doh download dr intenet tp dok leh nak buke dok tahu la, lg pun ambe bukang pakor sgt nk g mtk tlg orang malu. Tlg la ambe ni kalu blh lg mane nk wak.

    ReplyDelete
  14. Salam. Sekadar ingin berkongsi.

    Amirul Mazlan baru sahaja dijemputi ilahi kerana terlibat dengan kemalangan. Dia merupakan pelajar jurusan teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA.

    Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  15. inaalilah..mmg betul cakap yg diatas tu..dia( amirul mazlan)xcident motor kat KL( tempat yg sama pada ari tu dua org xcident dan meninggal),,rumah dia kat umah ambe..tmn kaktus,kg .baru kerteh,terengganu(blkg shell minyak),hari ni tahlil arwah ramai2 kt masjid sultan mizan,kerteh,bdk2 muda ramai dtg.mlwat.menurut abg belia cite..2,3 malam dh dia wase x sdp ati..tp amirul dang pesan ke adik2,abg2 dan mak ayoh dia.tp abg dia dok cite plok psl pe..( tp dgr2 cite dr jiran2 dkt,mmg amirul tu ada sakit cronik betul2)..Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. jugak..aminnnn

    ReplyDelete
  16. Pelakon drama maut nahas ( surat khabar harian metro hari ini.)


    KUALA LUMPUR: Dua penunggang motosikal terbunuh dalam kemalangan berasingan di lokasi sama di Kilometer (KM) 5.7, Lebuhraya Persekutuan, berhampiran bangunan Angkasapuri, semalam.
    Dalam kejadian jam 7 dan 9 pagi itu, S Nathanraj, 19, dan Muhammad Amirul Mazlan, 19, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

    Dalam kejadian pertama, Nathanraj yang menunggang Honda Wave dari arah Petaling Jaya menghala ke ibu kota dikatakan dilanggar sebuah kenderaan yang melarikan diri sebelum sebuah kereta melanggarnya.
    Jurucakap polis berkata, dalam satu lagi kejadian, Amirul yang juga seorang pelakon drama, menunggang Modenas Elite maut pada jam 9 pagi apabila dipercayai hilang kawalan sebelum motosikalnya merempuh pembahagi jalan.

    ReplyDelete
  17. innalillahiwainnailaihirojiun... alfatihah...

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Salam kenal dari indonesia. Saye dh layan semue episod drama tu. Yg sangat lekat dihati saye tu mase zali jumpe abg brahim nak main catur mcm dulu. Mengalir air mate saye time nengok bahagian tu. Al fatihah utk pemegang watak zali

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete