Followers

Monday, September 03, 2012

Batu Cave

Saya dah lama simpan hasrat nak panjat 273 anak tangga Batu Cave. Ajak GBS, tapi tak dapat sambutan. Bukan apa, saya ni, nama aje rakyat Malaya, tapi tangga Batu Cavepun tak pernah panjat kan? Jadi saya kena sahut cabaran Malaysia Boleh tu! (errr.. macam tak ada kena mengena je... huhu). Kata orang, once in the life time. Dapat panjat sekalipun jadilah! Lastly, entah macam mana bila saya suarakan hasrat saya, ajakan saya disambut baik oleh dua kawan. 

Apa lagi... pagi-pagi seusai subuh kami bertolak dari SK menuju ke Batu Cave melalui MRR2. Sampai di sana, keadaan masih sunyi dan tak ramai orang. Yang ada kebanyakan ber-trek suit dan berkasut sukan seperti kami juga. Mereka juga mungkin mempunyai tujuan yang sama seperti kami. Hehehe. Dari kejauhan kelihatan anak-anak tangga yang bila tengok lama-lama tu naik gerun jugak la... 

Sedikit info yang boleh saya kongsikan tentang Batu Cave ialah, ia merupakan gua batu kapur semulajadi yang digunakan sebagai kuil Hindu bagi penganut Hindu. Biasanya tempat ini menjadi sesak semasa perayaan Thaipusam. Orang ramai yang terdiri daripada penganut Hindu mahupun pelancong asing akan datang ke sini untuk melihat acara ini. Dan ia saya kira sudah menjadi tarikan pelancong asing bila tibanya perayaan Thaipusam.

Agak-agak korang mampu tak nak panjat anak tangga sampai atas?
 gerun je tengok tangga yang curam tu

mula mendaki... tengok, pagi-pagi dah ramai pelancong dan orang panjat tangga Batu Cave
Bukit / gua batu kapur : di sekitar sini ada 3 gua iaitu Gua Tokong, Gua Kelam dan Gua Seni.
Gua Tokong merupakan gua terbesar. Di dalamnya terdapat syiling setinggi hampir 100 meter dan terdapat peninggakan berkenaan agama Hindu. Di bawah Gua Tokong terdapat Gua Kelam. Gua ni telah dibangunkan oleh Persatuan Semulajadi Malaysia untuk aktiviti eksplorasi gua sambil belajar. Kami tak masukpun, sebab masa tu gua ni ditutup untuk penyelenggaraan. Lagipun kalau nak masuk ke bayar tau! Saya dah lupa bayaran yang dikenakan berapa RM. Daripada pembacaan saya, batu-batan yang terdapat di Gua Kelam sangat unik dan tidak dapat di cari di tempat lain :

" Stalaktit yang menganjur dari siling gua dan stalagmit yang terbit dari tanahnya membentuk pembentukan majmuk sepeti tirai gua, batu aliran, dan mutiara gua yang mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Satu lagi gua utama adalah Gua Seni (Art Gallery Cave) yang terletak di kaki anak tangga. Patung diperbuat daripada kayu-kayan dan lukisan dinding menggambarkan tuhan-tuhan Hindu dan dogengnya dipamerkan di sini. Perjalanan ke kemasukan adalah suatu pengalaman yang menyenangkan melalui tasik dan kolam-kolam yang dipenuhi dengan ikan-ikan yang berwarna-warni. "  - wikipedia

30 minit selepas memanjat anak tangga secara santai akhirnya kami berjaya sampai di pintu Gua Tokong iaitu gua yang paling besar dan tnggi di Batu Cave. Di dalamnya terdapat 2 buah kuil dan kawasan di sekitar itu dijaga rapi oleh pihak kuil.
Gua Tokong, iaitu gua utama yang paling besar di sini. Di dalam ni siap di bina kuil di bawahnya dan kena panjat tangga lagi untuk sampai ke kuil yang satu lagi.
Upacara sembahyang : ramai penganut hindu dan pelancong yang tengok upacara ni. Siap ada CCTV dan LCD lagi. Canggih woo...
Saya naik lagi anak tangga yang ada di dalam gua untuk melihat keadaan di atas. Keadaannya seperti dataran yang dijaga rapi dan bersih dan terdapat kuil kecil di situ. Paling menarik, keadaan di sini terang benderang dengan pancaran matahari yang menembusi lubang gua batu kapur seperti gambar di atas.

Hampir 30 minit berlegar-legar dalam gua, kami decide untuk turun. Perut dah berkerongcong minta diisi, anak tangga sebanyak 273 masih menanti untuk dituruni... Pandang anak tangga, bergegar lutut! Tapi bila terkenang nasi dagang Ulek Mayang masing-masing terus bersemangat! Woha! 

agak-agak ada berapa kepala dalam gambar ni? hehe
Selepas 15 minit menuruni anak tangga yang curam secara marathon (marathon cara kami yang amatur), kami selamat sampai ke bawah! Yeay! Kami masih berlegar-legar di sekitar dataran Batu Cave tu. Cuba tengok patung salah satu dewa Hindu (maaf, saya x pasti apa nama dewa tu )... disalut emas tu!!! Kami sempat joint orang-orang bagi burung merpati makan. (buat-buat muka tak malu mintak makanan burung dari sorang pakcik kat situ. hehe)

'mereka' bergambar kenangan sebagai BUKTI dah sampai sini :)
Jinak-jinak merpati... bila kita dekat terus dia 'blah!'

Kalau ada sesiapa yang berminat nak ke sini, saya rasa, waktu pagi merupakan waktu yang terbaik kerana orang tak ramai. Yang ada kebanyakan pelancong atau orang tempatan yang bukan penganut hindu. Biasanya di awal pagi, aktiviti keagamaan belum dimulakan, jadi bagi mereka yang alah dengan bau colok ia merupakan masa yang terbaik! Dan secara tak langsung kita dapat elakkan diri daripada 'mengganggu' penganut Hindu yang datang ke sini untuk 'beribadat'. 

Hampir 9.00 pagi, kami meninggalkan Batu Cave dan singgah brekfast di Restoran Ulek Mayang. Katanya restoran ini terkenal dengan nasi dagang Terengganu. Betul atau tak kesedapannya sayapun tak boleh komen lebih sebab saya makan nasi dagang. Kami semua pilih nasi kerabu sebab nampak sedap je. Tapi xdelah sedap manapun...

Perut dah kenyang, masa masih awal... kami terus ubah plan untuk tak terus balik... Tengok poket, duit masih berbaki, ok.. jom kita ke sana!

* bersambung

6 comments:

  1. Woohooo... gigih korang yer... kitorang dah berkambung kat Batu caves for more than 12 years, skali habuk pun tak penah sampai situ.. hahahaha...

    ReplyDelete
  2. haha... sekali seumur hidup azra.. :)

    ReplyDelete
  3. Gak sanggup naik. Dah gemetaran kaki . Panas dan laper

    ReplyDelete
  4. Gak sanggup naik. Dah gemetaran kaki . Panas dan laper

    ReplyDelete