Followers

Wednesday, November 28, 2012

Selamat kembali ke Tanahair

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, saya selamat sampai di bumi bertuah, Terengganu pada Jumaat lepas, 23 November 2012 menaiki penerbangan MAS dari Jeddah terus ke Terengganu. Satu perjalanan yang panjang dan memenatkan, 8 jam menaiki bas dari Madinah - Jeddah, bermalam satu malam di Madinatul Hujjah, Jeddah dan kemudian menaiki bas ke selama 45 minit ke airport dan seterusnya menempuh penerbangan dari Jeddah ke KT selama 8 jam bukan satu perjalanan yang pendek. Walaupun begitu ia satu perjalanan yang meninggalkan 1001 kenangan dalam hidup saya dan jika diberi peluang oleh-Nya saya mahu lagi mengulanginya!

Pengalaman di bumi suci, Makkah, operasi Mas'syeir (wukuf di Arafah, Mabit di Muzdalifah, bermalam di Mina), melakukan kerja-kerja haji dan umrah bukan perkara mudah, saya kira memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat. Alhamdullillah saya berjaya tempuhi seadanya walaupun hanya sendirian di sana (tanpa keluarga dan sahabat) tetapi Allah telah meminjamkan insan-insan yang istimewa menjadi teman saya ketika di sana. InsyaAllah, akan saya kongsikan semua pengalaman itu nanti.

Cerita dan pengalaman yang akan saya kongsikan mungkin tidak sama dengan pengalaman yang dialami oleh  jemaah haji yang lain. Bak kata pepatah 'lain padang, lain belalangnya'. Jika diberi izin oleh-Nya akan saya ceritakan satu persatu perjalanan 'kerja haji' ini bermula dari menerima surat panggilan haji oleh TH, menghadiri kursus-kursus haji, persiapan sebelum haji dan seterusnya pengalaman mengerjakan haji/ umrah di Makkah dan akhirnya melawat ke bumi bertuah, Madinah al-Mukarramah tempat bersemadinya jasad kekasih Allah Muhammad SAW. Catatan perjalanan Haji yang akan saya kongsikan ini sekadar untuk berkongsi pengalaman, perasaan dan rasa saya tentang tempat suci ini. Tidak ada sedikitpun niat di hati saya untuk menunjuk-nunjuk atau riak. Jika baik jadikanlah ia sebagai panduan/pedoman, dan jika tidak ia adalah dari kekhilafan saya sendiri. 


"Sesiapa yang hendak mengerjakan haji, dia perlu menyegerakannya 
kerana dia mungkin akan ditimpa sakit, kehilangan harta benda ataupun
dirintangi sesuatu keperluan yang lainnya" - riwayat Ibnu Majah

4 comments:

  1. Alhamdulillah dan selamat kembali PM..dinantikan rentetan pengalamannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Pengalaman manis, pahut, masam, masin semua ada zilla :)

      Delete
  2. welcome home hajah..tak sabar nak dengar dan baca cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. Tq k.intan.. Bila nk dtg dengar cerita? Hihihi.

      Delete