Followers

Thursday, December 27, 2012

Gunung Kidul Part l : Perjalanan yang panjang!

Hari pertama : 21/12/2012 : Jumaat

Bangun seawal pagi dan bersiap. Tetamu saya dari Terengganu yang baru sampai malam tadi terpaksa saya amanahkan kepada housemate untuk menjadi tourist guide sepanjang 2H2M mereka di sini. *Maaf cik mie, tak boleh entertain mu sepanjang mu di sini. Kita jumpa di Ganu la pulok deh. 

Pagi itu saya ke office dulu sebelum bergerak ke st. ERL Putrajaya - LCCT. Janjinya kami akan bertemu di LCCT, menaiki tiger airways. 1'st time 'curang' dengan Pak Tony naik Pak Rimau. haha. Selesai urusan check in, kami mengisi perut dulu. Untuk penerbangan ini kami hanya ber'3 saja. Master-plan trip ni, Zilla pergi lewat sehari dari kami sebab dia ada urusan kerja yang belum selesai. Penerbangan kami KL-Jakarta yang dijadualkan pada jam 11.15 am on-time dan sampai di Soekarno-Hatta Airport tepat pada waktunya. 


Keluar dari airport, kami perlu bergegas ke terminal bas Rawamangun untuk menaiki bas ke Jogjakarta. Nak naik train, tiket train dah abis. Jadi solusi terakhir adalah menaiki bas untuk ke Jogjakarta.

Mulanya kami plan nak ambil shuttle bus untuk ke terminal 1b dan mengambil bas damri untuk ke Rawamangun. Tapi, setelah terlepas 2 shuttle bus (semua orang berebut-rebut nak naik bas, kami yang tengah beratur ni telah di tolak sampai tak berjaya meloloskan diri dan akhirnya 2 buah bas tadi penuh!), jadi saya beri cadangan bertanya di kaunter bluebird taxi, mana tahu kot-kot ada bas damri dari terminal 3 terus kan?

Rupa-rupanya, memang ada kaunter damri bas. Hanya di sebelah je. Kebetulan tengah-tengah duk bertanya, bas damri ke Rawamangun sampai. Apa lagi... rezeki kami la tu, terus beli tiket dan naik bas. Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan kami sebelum menguji dengan perjalanan yang lebih panjang! Aduhai... Lebih kurang begini routenya.

Terminal 3 - Damri bus (Rp25,000) - Jurusan Rawamangun (30-40 minit perjalanan).

* Kaunter bus damri terletak berhampiran parking untuk bluebird taxi.

Perjalanan airport ke Rawamangun clear, tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali! Masing-masing muka dah cuak!

Turun di Rawamangun, kami berteduh dulu sebelum berjalan ke Rahayu Travel. Tak berani nak tanggung risiko kehabisan tiket memandangkan sekarang musim libur (cuti) di Indonesia, tiket bas ke Jogja dah ditempah beberapa hari sebelum kami ke sini. Alhamdulillah, kami sampai awal, tapi hujan yang lebat menyukarkan perjalanan kami. Mujur ada rain coat. Redah hujan walaupun kebasahan. Sampai di Giant, call Pak Adi dari Rahayu Travel untuk ambil tiket. Dan di sinilah bermulanya perjalanan kami yang panjang....

An : Korang tiket kita Pak Adi dah jual. Katanya dia call takde orang angkat. Jadi dia dah jual kat orang lain

* Zapp!! Macam kena hempap batu kepala masing-masing

Iz : Cuba mintak no. telefon kaunter bas lain, kot ada tiket lagi

* beberapa kaunter tiket dihubungi, hasilnya semua tiket SOLD OUT!

An    : Semua tiket habis , camne sekarang?
Saya : Train? Kalau takde jugak, tido sini la jawabnya. Esok baru gerak.
An    : Kita gi terminal bas dulu, cari kaunter tiket lain.

* disebabkan hujan lebat dan ribut petir kami terperangkap di giant hampir 30 minit.

Walaupun hujan masih turun, kami redah juga menuju ke terminal bas.

An : Banjir!!!

Tak toleh kiri kanan, kami redah air banjir sedalam mencecah betis. Sambil harung air, kami ketawa terkekeh-kekeh. Orang pandang ke, orang senyum ke kami dah tak peduli. Kasut basah kuyup! Nasib baik kat tempat orang, kalau kat tempat sendiri... haish... jatuh saham!

An : Mahal pengalaman ni. Simpan sampai mati!

Saya : Kat Malaysia pun tak pernah harung banjir camni. Sampai Jakarta tu.

Sampai di terminal bas, kami terus ke kaunter tiket. Mulanya ketika di tanya, perempuan yang berada di kaunter tiket mengelengkan kepala. Tapi mujur ada seorang lagi bertanya dulu, berapa orang dan banyak atau tidak beg yang kami bawa. Bila berpuas hati dengan jawapan yang diberikan barulah dia angguk.  Tapi tiket bas yang ada hanya pukul 5.00pm. Dijangka sampai jam 7.00am. Tak apalah, janji sampai jogja... Alhamdulillah!!! Allah sentiasa menolong kami. Kan doa musafir tu makbul. Inilah buktinya!

Lepas bayar, dapat tiket, kakak tadi suruh kami naik kijang untuk ke tempat bas. Ingatkan bas ada kat terminal, rupanya kat tempat lain mereka park bas. Hujan masih lebat, air sudah memenuhi jalan. Jakarta sudah banjir! Dalam perjalanan kami boleh tengok ada kereta/kenderaan di tepi jalan dah ditenggelami air.

Bandaraya Jakarta banjir!!!
Tak sampai 1 jam hujan, banyak kereta tenggelam dan tersedai di tepi jalan
Sampai di tempat bas, sudah ada sebuah bas menunggu. Pemandu kijang terus suruh kami naik bas. Katanya kalau ada tempat kosong duduk aje. Sungguh saya terkejut tengok keadaan dalam bas. Ini pengalaman pertama saya menaiki bas 'ekspress' di Indonesia. Memanglah saya terkejut. Keadaan sangat sesak, dengan beg, dengan anak-anak yang menangis, dengan bau asap rokok yang menyesakkan, semualah terasa asing pada pandangan mata saya. Dalam diam terasa bersyukur dengan keadaan di negara sendiri. 

Dalam bersesak-sesak, kami disuruh masuk terus ke dalam. Padahal tempat sudah penuh dengan penumpang. Masing-masing bingung. Dalam hati terdetik, 'sekarang baru pukul 2.00, bas kami pukul 5.00, kenapa kami disuruh naik bas?' Tanpa buang masa saya ambil keputusan untuk turun. 2 teman mengikut dari belakang. Haha. Kami ke kantor bas, untuk sahkan bas kami. Rupa-rupanya itu bukan bas kami. Bas kami belum sampai. Pelik jugak saya kenapa pakcik tadi beria-ia suruh kami naik. Macam bas tu dah nak jalan aje gayanya. 

Jadi kami duduklah kami di kantor bas San tu hampir 3 jam jugak menunggu bas. Nasib baik ada kerusi. Bolehlah duduk, keringkan baju, tukar kasut dan rest kejap. Bila diingat balik, tragis jugak perjalanan kami ni... Hampir pukul 5.30pm barulah bas muncul. 

Perjalanan menaiki bas dari kota Jakarta ke Jogjakarta yang hampir mencecah 17 jam perjalanan betul-betul menguji kesabaran kami bertiga! Jakarta maceeetttt!! Hampir 2 jam bas bergerak 'macam siput' nak keluar dari kota. 

Bas San : mujur ada bas ni, sampai jugak kami ke Jogja
1 barisan ada 5 seat, comel sungguh seatnya : agak-agak kematu tak bontot korang hampir 17 jam duduk dalam bas camni?
Dalam 17 jam perjalanan tu, saya sampai dah puas tido. Tido bangun, tido bangun, tak sampai-sampai jugak. Jam terasa sangat lambat berdetik. Tapi masing-masing diam, tak banyak merungut. Itu yang buat saya selesa dengan perjalanan ini w/lpun sebenarnya sangat tidak selesa.

Perkara-perkara di bawah adalah biasa dalam bas :

  1. Merokok di dalam bas adalah perkara biasa bagi mereka w/lpun bas beraircond. 
  2. Setiap kali berhenti, pemandu bas akan menyapu sampah keluar dari bas. Bukan sikit, bertimbun jugak sampah yang disapu. Saya rasa sikap 'pembersih' sangat kurang dalam diri mereka. 
  3. Lagu dangdut di pasang sangat kuat di sepanjang perjalanan. Rasa macam duduk dalam kelab dangdut.
  4. Setiap kali bas berhenti mesti ada 'penyanyi jalanan' yang naik ke atas bas. Bukan sorang, tapi sampai 3-4 orang!
  5. Dan setiap kali bas berhenti juga pasti ada penjual yang naik ke atas bas.
Ini bukanlah rungutan... tapi pada saya ini pengalaman yang mahal untuk diperolehi. Merasai pengalaman sebegini menyebabkan saya mengucap syukur berkali-kali. Kita di Malaysia tidak merasa sesulit begini. Bas ekspress di negara kita 100 kali lebih baik dan selesa. Itupun kita di sini masih lagi ada yang rasa tidak bersyukur. 

Akhirnya jam 10.00am selamat juga kami tiba di terminal bas jogja. Kami amik bas mini (no. 15 kalau tak silap) untuk ke penginapan kami iaitu Casa Raffless (Yogjakarta Backpacker) yang trletak tak jauh dari jalan Malioboro. 

Jam 11.00 selamat sampai di Casa Raffless. Perjalanan yang panjang berjaya kami tempuhi... Alhamdulillah!

~ bersambung


No comments:

Post a Comment