Followers

Wednesday, December 26, 2012

Highlight Gunung Kidul, Jogjakarta

Apa ada di Gunung Kidul, Jogjakarta?

Mulanya saya sendiri tak tahu apa yang menariknya di Gunung Kidul ini. Sangka saya Jogjakarta biasanya terkenal dengan candi dan keraton serta Merapi. Tapi siapa sangka nun di Selatan Jogjakarta tersembunyi banyak tempat menarik yang harus dikunjungi oleh semua. Ada gunung hingga mencapai 1000 gunung, ada sawah padi bukit yang menghijau dan juga di kelilingi pantai-pantai yang memutih. Memang cantik!

Dengan masa yang terhad, dapatlah kami cover beberapa tempat yang menarik di sekitar Gunung Kidul ini :

Caving Gua Jomblang

Aktiviti berani mati saya kira! Untuk sampai ke pintu gua, kami terpaksa 'tergantung' dari ketinggian 60 meter dan kemudian menyusuri trek sejauh hampir 250 meter ke dalam gua sebelum bertemu 'cahaya dari syurga'. Hasilnya memang awesome!

Menunggu 'cahaya dari syurga' yang belum muncul-muncul

Tubing di Gua Pindul

Selepas berbasah keringat di Gua Jomblang, kami langsung ke Gua Pindul. Tubing menyusuri Gua Pindul selama hampir 45 minit. Tak susahpun, naik tube duduk elok-elok, lepas tu pegang tube orang sebelah dan bergerak secara berangkai dan kemudian ada guide yang akan tarik kami. Siap ada penerangan lagi dari guide yang bawak kami semua. * itupun ada jugak penerangan yang kami tak faham.

Menyusuri sungai melalui Gua Pindul

Tracking Gunung Api Purba Nglanggeran

Kami bangun seawal jam 3.30 pagi. Itupun puaslah paksa diri nak bangkit dari tilam. Bersiap, basuh muka, gosok gigi, err... tak mandi pun.. Gila air kat sini sejuk sampai ke tulang tu! Tunggu azan dan solat subuh lebih kurang pukul 4.00 pagi, kami bersiap untuk memulakan tracking. Ditemani 2 orang guide dan lamu suluh kami meredah trek. Katanya trek tu simple aje, ambil masa 40-60 minit untuk sampai ke puncak. Tapi... berpeluh sampai ke betis jugak kami semua nak sampai ke puncak! Ditambah pulak dengan keadaan trek yang agak berselut dan licin kerana hujan malam tadi menambah kelambatan kami. * saje salahkan trek pulak, padahal kurang stamina!

Nah inilah hasil yang kami dapat!

Sunrise di puncak Gunung Api Purba
Kabus yang menutupi seluruh kawasan sekitar Gunung Api Purba
Pemandangan dari atas, petak-petak padi yang menghijau
Been there!!!
Lambaian Merapi 

Air Terjun Sri Gethuk

Menyusuri Sungai Oya dengan bot buatan sendiri oleh penduduk tempatan untuk ke air terjun Sri Gethuk juga menarik. Sayangnya kami datang di waktu libur, jadinya orang sangat ramai dan saya yang amatur tak mampu mengambil gambar air terjun yang cantik. 


Cerita di sebalik nama Sri Gethuk dari Mas Lilik sangat menarik

Menyusuri pantai-pantai di sekitar Gunung Kidul

Sesungguhnya terdapat banyak pantai di Gunung Kidul, dengarnya hampir 48 buah pantai! (terima kasih Zilla tolong betulkan informasi ini :D ) Pantai di sini berpasir putih, tetapi kebanyakannya tak boleh mandi sebab keadaannya curam dan berbatu karang.

Pantai Sepanjang
Anak-anak ini sedang menunggu 'ombak besar' 
Pantai Krakal
Pantai Indrayanti

Saya kira ini antara trip paling mencabar setakat ini. Cabaran yang bukan dari ketinggian menuruni cerun gua sedalam 60 meter atau bukan dari track ke Gunung Api Purba yang berliku. Tapi cabarannya untuk sampai ke Jogja itu yang betul-betul menguji kami semua. Untuk sampai, kami terpaksa mengharung banjir di kota Jakarta, menempuh perjalanan Jakarta-Jogjakarta selama hampir 17 jam perjalanan di dalam bas yang rasanya sangat menguji, dan perjalanan train kembali ke Jakarta juga di rasakan mencabar bagi saya. Alhamdulillah, berjaya juga ditempuh. Tapi hasil di sebalik sangat manis!

Apapun terima kasih pada teman-teman, ZillaAnne dan Izza kerana sudi terima saya jadi travelmate untuk trip kali ni. Kalau ada rezeki, panjang umur, sihat tubuh badan saya mahu ikut serta lagi untuk trip akan datang. Tak serik lagi ni walaupun kaki masih sakit. Haha!

PM : senyum sorang-sorang bila teringatkan trip ini. 

12 comments:

  1. wah...bestnya...tumpang seronok je la akak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe k.intan, nanti saya tumpang seronok pulak tengok akak berwinter sonata. hoho!

      Delete
  2. naik bas 17 jam? fuh~...memang betul mencabar psychology nih, kalau aku mesti tak senang duduk dalam bas tu. betullah, tengok citer orang lain mostly pasal candi, kalini citer pasal gunung and pantai pulak, best best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orga, memang betul2 menguji psychology kami. betul2 dramatik nak sampai jogja tu. haha.

      Delete
  3. PM, nak buat pembetulan sikit..tkpekan? pantai tu bukan 30 tetapi 48 buah :)

    Plan utk tahun depan, Insyallah on..nanti saya cari date yang sesuai dan kalau boleh saya nak turun waktu derang buat upacara di pantai selatan tu..nak lihat sendiri bgmna keadaannya..lepas dari itu baru kita start buat rock climbing di pantai siung (*verangan :D)

    *terima ksih byk utk semuanya..hopefully, kalian berpuas hati dgn trip ini ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks zilla atas pembetulan tu. Inilah padahnya tidak mencatat bila mas titik bercerita. hahaha. pemalas kan?

      uhuhu.. rock climbing di pantai siung tu betul2 menarik dan menakutkan! haha.

      sama2 dan terima kasih daun keladi juga. trip yg best! :)

      Delete
  4. Huwooo...
    kalian kemana sajaaa..
    seru sekali laaah..
    saya aja dulu hanya goa jomblang dan goa X..

    Selamat sudah berpetualang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, selamat sudah berpetualang.

      ada rezeki kami mau ke sana lagi!

      terima kasih ya, atas info yang diberikan tempoh hari :)

      Delete
  5. wow! sgt cntik gmbrnya.. err jeles tak sudah sebab x sampai atas.. hehe
    err.. PM... Mas Lilik la..hehe
    izza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. err... mas lilik daa... dalam kepala fikir mas lilik, tapi jari menekan huruf 'T' pulak.

      jom panjat broga, tapi mesti sampai puncak tau. hehe

      Delete
  6. wah, semangatnya meng'update.. anne nak transfer gambar pun malas lagi.. pengalaman perjalanan tu yang mahal sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah anne, pengalaman perjalanan tu memang mahal. tapi masih tak serik untuk ke sana lagi. hihi

      Delete