Awal Nov hari tu kebetulan MPH adakan jualan gudang di PJ. Gigih la saya meredah jammed dari Putrajaya ke PJ di hari Jumaat semata-mata nak rembat LP yang semuanya berharga RM18.00 sebiji. Dah tak ada masa sebab malam tu nak ke Hatyai. Mulanya saya ambil semua, Paris, Spain, Jerman, dan yang seangkatan dengannya. Tapi bila fikir balik dengan akal waras, 'tak kan aku nak angkut semua LP ni nanti?' Akhirnya saya hanya ambil beberapa tempat yang betul-betul berkenan di hati. Yang lain-lain, kalau panjang umur, sampai di sana, dimudahkan semua urusan oleh-Nya kita beli di sana saja nanti. Tak gitu? Lagipun kalau diizinkan-Nya untuk jejak kaki ke sana... lama dan panjang masa yang saya akan habiskan di sana nanti. Err... ada sesiapa sempat terjah ke jualan gudang MPH?
* Buku a backpack and a bit of luck - baru separuh dibaca dan secara keseluruhan buku ini menarik!
doa untuk akak dan family dapat ziarah nani bila nani dah sampai sana nanti ok... :)
ReplyDeleteAmin... moga kita sama-sama sampai sana nanti ye sis!
ReplyDeletep/s : miss u la sis! Lama tak jumpa
insyaALLAH one day. *tadah tangan*
ReplyDeleteAmin... InsyaAllah...
DeleteMurah tu RM18..mmg berbaloi kalau tempoh jammed tu..Lama dan panjang masa di sana nanti?..kalau ada peluang boleh JM ziarah..itupun kalau ada duit lebih :-)
ReplyDeleteJM, memang murah sampai berpinau mata nak pilih yang mana satu. hahaha
DeleteInsyaAllah, mesti ada duit lebih tu JM. mesti punya!!! hahaha
saya kalau ada pesta buku kat PWTC baru terjah.... seronok tengok2 buku walaupun tak banyak yg beli
ReplyDeletepesta buku kat PWTC tu dah jadi acara wajib terjah tiap2 tahun. hihi
Deletedulu ada jugak beli LP, tapi tiap kali travel mesti lupa nak bukak LP tu.. lepas tu dah malas beli sebab tau tak rajin nak bukak..
ReplyDelete*jgn tamak nani, info kt dlm tu kdg2 outdated dah... hihihi
anne, dalam 4 biji LP kat atas tu ada sebiji duk study. maklumlah bakal terjah ke situ tak lama lagi kan? hehehe
Delete* itu dah kawal nafsu tu anne, kalau tamak mahunya sebakul borong. haha
ms memang gila kalo ada sale buku2 macam nie..tak kira lah buku ape pun :)
ReplyDeletetak kesampaian nak berjumpa kita...harap2 ada rezeki lepas ni :)
sama la kia MS, bab buku ni beg, baju dan kasut baru boleh tolak tepi. haha
DeleteInsyaAllah ms, ada masa lagi, panjang umur adalah lah rezeki kita jumpa nanti :)