Followers

Tuesday, November 26, 2013

Menentukan arah kiblat menggunakan kompas

Ini adalah entry Community at Heart project

Entry ini khas untuk seorang kawan yang saya jumpa semasa ke Surabaya tempoh hari. Beliau minta saya tunjukkan cara untuk menentukan arah kiblat menggunakan kompas. Walaupun beliau 'belum islam' tapi kenginan beliau untuk tahu arah kiblat sudah cukup buat saya tersenyum. 

Sebelum ke sana, saya pernah berjanji untuk tunjukkan pada beliau cara menentukan arah kiblat dengan menggunakan kompas. Tapi sayangnya ketika di sana, saya tak berkesempatan disebabkan kebanyakan sepanjang perjalanan di Surabaya kami singgah sembahyang di masjid. Dah tentulah kompas tak diperlukan untuk tahu arah kiblat. Kalau guna kompaspun ketika berada di bilik hotel, tapi beliau lelaki mestilah tak boleh masuk bilik perempuan kan? Kesudahannya sampai balik Malaya, barulah saya teringat saya lupa nak ajar cara untuk tengok kiblat. Itupun selepas beliau menyuarakan perkara tersebut.

Jadi walaupun agak terlambat, janji tetap perlu ditunaikan. Betul tak?

Rasanya untuk menentukan di mana arah kiblat bukanlah satu masalah besar sekarang. Sekarang banyak h/p canggih ada apps untuk kiblat - jadi guna h/p je untuk tahu arah kiblat. Tapi bagi orang yang tak ada telefon canggih macam saya ni, kompas memang sangat penting dan menjadi barang wajib untuk dibawa bila travel terutamanya bila ke tempat / negara bukan Islam. 


* Kompas ini biasanya dijual dalam 2 set iaitu kompas dan buku panduan.

* Buku panduan tu penting, jangan tertinggal/ hilangkan ye sebab di dalamnya terdapat panduan arah kiblat mengikut negara-negara /zon di serata dunia. 

* Arah kiblat ialah arah matahari terbit (timur) boleh ditentukan dengan pelbagai cara. Panduan boleh rujuk di SINI. 

* Pada kompas terdapat 2 anak panah/ jarum iaitu anak panah statik (arah kiblat - 0) dan jarum yang bergerak mengikut kod lokasi pilihan. 

* Buku panduan kiblat terdapat dwibahasa - English dan Arabic. Sesiapa yang tahu dua-dua bahasa ia adalah bonus!

* Saya ambil contoh THAILAND sebagai panduan : arah kiblat adalah di no. 8.


Cara - cara :

1. Letakkan kompas di kawasan rata. Kalau boleh elakkan berdekatan dengan objek seperti besi, sebab ia akan mengganggu accuracy (ketepatan) bacaan jarum.

2. Biarkan jarum bergerak dan kemudian pusing kompas hingga jarum kompas berhenti di no. 8 (THAILAND)

3. Tengok anak panah yang statik (di no. 0) - arah tersebut ialah arah kiblat.







Panduan ini sangat simple dan mudah. Harap-harap dapat membantu sesiapa yang ingin gunakan kompas samada semasa travel atau kat mana-mana juga. 

28 comments:

  1. Yer betul...kalau pergi mana2 negara bukan Islam dan susah nak cari surau..KOMPAS sentiasa di bawa bersama...Entry ni penuh indformasi. Itulah kan..di masa sahaja kita berada SOLAT jgn di tinggalkan tapi sayang zaman sekarang ramai org tinggalkan solat tanpa rasa bersalah dan ketika azan boleh berborak tanpa rasa hormat..allah hu akhbar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, zaman skrg mungkin dah tak ramai guna kompas sebab masing2 dah ada hp canggih yang ada kompas di dalamnya. hehe. tapi saja je nak berkongsi, moga2 jadi manfaat untuk semua.

      betul tu, skrg ramai benor yang x solat. moga Allah bukakan hati mereka untuk bersolat dan tetapkan hati kita untuk terus berada di jalan yang sebenarnya :)

      Delete
  2. Post anda " * Arah kiblat ialah arah matahari terbit (timur)" Mohon rujuk semula.
    Berdasarkan https://zakatsel.com.my/baru/ibadah/musafir_kiblat.asp , " Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat."

    ReplyDelete
  3. Salam, sahabat... Boleh tak saya dapatkan no2 utk arah kiblat....saya ada beli kompaa ni...tapi bukunya x ada...sila wassap ke no ni +60139266601

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mohon tinggalkan email add, nanti saya emailkan no2 untuk arah kiblat.

      Delete
  4. Harap dpt emailkn buku panduan kepada sy.. ahazman24@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Tambahan maklumat ye saudari PM...untuk kompas biasa i.e kompas bidik (prisma),orieentering dan kompas biasa...arah kiblat bg Malaysia (semenanjung) adalah pada bearing 285º atau 290º

    ReplyDelete
  6. salam awak. maafkan saya. saya ambil gambar blog awak sebab nak share pasal penggunaan kompas ni. sebab baca blog awak baru saya paham nak guna kompas yg sama macam awk ni. terima kasih sangat share pasal benda ni. jadi sy nk share pada orang lain di blog sy pulak. boleh kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..tumpang tanye kat mane nak beli kompas yang same cam dalam blog ni..cantiklah kompas nye..nak beli sebuah..

      Delete
    2. Electronic workshops,

      Beli di maidin saja. Rm 4.50

      Delete
  7. Mohon satu salinan buku panduan arah bagi kompas tersebut. Saya mempunyai kompas yang sama tetapi telah hilang buku panduan arah kiblat. Terima kasih atas jasa baik tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salsm anon, mohon sertakan email address barulah saya blh emailksn salinan buku panduannya

      Delete
  8. Salam. Boleh tak saya dapatkan kod2 utk arah kiblat. Saya ada kompas mcm ni tapi takde buku panduannya. ni email sy: zatiamri91@gmail.com

    thanks :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih share.. compas saya bukan compas Islamik tapi compas biasa... hehe

    ReplyDelete
  10. Sy pun nk kod2 tu. Mohon email. shahidah.apsbmur@gmail.com. syukran

    ReplyDelete
  11. salam...bole emelkan ke sy juga? huda7593@gmail.com
    mekasih~

    ReplyDelete
  12. salam sahabat semua....saya dari malaysia... boleh saya tahu...kod untuk jarum bagi malaysia... saya ada kompas yang serupa...tapi tiada buku...dah hilang

    ni email saya : dramanti@hotmail.com

    ReplyDelete
  13. Salam.. mohon jasa baik email buku panduan ke mazlan_mh@yahoo.com
    Dengan harapan sama2 kt peroleh pahala drpd Allah.

    ReplyDelete
  14. Boleh emel pada saya buku panduan kiblat tu? anwarirazali@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Salam..mtk tolong emelkan buku panduan boleh tak?dh hilang..zulmedia@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Boleh email kn ke sy buku banduan tu x?

    Email sy
    faliqazamuddin@gmail.com

    ReplyDelete