Followers

Saturday, December 28, 2013

From The Land of Smiles

Alhamdulillah, selamat sampai di Tanah Malaya. Trip penutup 2013, mungkin juga trip terakhir. Berjalan dengan kawan-kawan lama dan baru, yang pasti bukan bersama GBS. Di saat bumi Siam bergolak kami jejak kaki ke sini. Mujur semuanya selamat. Dengan masa terhad sempat juga singgah di beberapa tempat sekitar Thailand - Lop Buri, Kanchana Buri, Sangkhla Buri dan Bangkok. Semua tempat-tempat ini istimewa dan menarik mengikut indentiti masing-masing.

Sunflower farm @ Lop Buri - salah satu tarikan yang ada di Lopburi. Perjalanan menaiki keretapi mengambil masa lebih kurang 3 jam. Walaupun jauh, tapi berbaloi-baloi. 
Masa terbaik untuk menikmati pemandangan dari ladang bunga matahari ialah antara Dec-Jan. Jadi kalau sesiapa yang datang ke Thailand pada bulan-bulan ini, jangan lupa singgah ke Lop Buri
Erawan Waterfall @ Erawan National Park, kanchana Buri - ada 7 tingkat air terjun di sini. semuanya lawa. 
Death Railway train - sempat menaiki keretapi dan menikmati pemandangan yang lawa sepanjang perjalanan. Walaupun hanya 30 minit perjalanan, tapi sangat best! Yang pasti ada peristiwa sedih disebalik pembinaan landasan keretapi ini..
River Kwai Bridge - landasan keretapi ini juga melalui sungai ini. 
Hellfire Pass - menjejak kesan peninggalan tentera Jepun terhadap mangsa perang (termasuk tahanan tentera Australia dan British serta buruh binaan) yang dikerah membina landasan keretapi dari Burma, Thailand dan melintasi Tanah Melayu hingga ke Singapura. 
Mon Bridge @ Sangkhla Buri - walaupun jambatan untuk ke perkampungan Mon runtuh, tapi jambatan buluh dibina untuk ke seberang sana. Suhu di sini jatuh sehingga 13 darjah. Sejuk sampai ke tulang!
Elephant ride - pertama kali mencuba, memang berbaloi-baloi! Kami ambil pakej dengan P Guesthouse, naik bot, naik gajah dan berakit buluh termasuk penginapan. Highly recommended!
Bamboo raft - ini rakit buluh yang kami naik. Berakit sejauh hampir 2 km, memang satu pengalaman yang menarik
Maeklong Railway Market @ Sumut - jauh sungguh perjalanan dari Bangkok untuk sampai ke sini. Tapi sangat berbaloi bila dapat tengok sendiri dengan mata kasar bagaimana suasana pasar di sini beroperasi di saat keretapi melalui landasan.
Sekitar pasar di Maeklong - beberapa minit sebelum keretapi melalui landasan ini.
Chao Praya ferry @ Bangkok - Selain bus, tut-tut, MRT dan keretapi, feri juga adalah antara pengangkutan utama di bandaraya Bangkok
Kota Bangkok - kota yang sibuk! Traffic jammed di sana sini, tapi teratur dan tersusun.

Beberapa hari di sini memang satu pengalaman yang menarik. Jatuh hati dengan keramahan dan kebaikan penduduknya. Walaupun bahasa adalah masalah utama untuk berkomunikasi tapi penduduk di sini sangat murah dengan senyuman. Sekitar bandarnya sangat bersih! Kalau dibandingkan dengan Malaya, memang kalah! Apapun jika diberi peluang, dipanjangkan umur, InsyaAllah akan ke sini lagi.

13 comments:

  1. wahh, ne mmg plan ke apa buat entry berjemaah??? hahaha

    ReplyDelete
  2. wahh bestnya..maybe my next trip nak ke tempat2 awk pegi nih..hmmm..(sambil mendongakkan kepala dan angguk2 pelahan..kemudian tersenyum) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila, boleh try memang best dan berbaloi2 :)

      Delete
  3. Salam kenal...mengapakah entry thai ni mcm sama je ngan seseorg tu? Hihihihi..
    Kite pun teringin nak jejak lopburi & pasar maeklong tu..kena masukkan dlm wish list taun depan ni..turunkan tips k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal syieda. sama dgn siapa eh? hehe. Mungkin kebetulan @ mungkin juga kami pergi bersama. hihi

      Lopburi memang best, dan route to pasar maeklong from Bangkok City memang sangat mencabar dan panjang. InsyaAllah akan dikongsikan nanti :)

      Delete
  4. Bunga bunga matahari ehhh PM pegi trip ni ngan zila ehhhh sama je lokasinya mesti enjoy coz ada misi repeat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lawo bunga matahari tu JM. Pergi sama dgn Zilla sekerat jalan je. Zilla balik Malaya, saya teruskan perjalanan sampai sempadan Myanmar, tinggal tak cross boarder je. hihi

      Delete
  5. kita dah mula rindukan sangklaburi lah... macam mana erk? eh, jom repeat! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai anne, lain macam je bunyi... rindu kat Sanklaburi ke rindu kat sape ni? hahahaha

      repeat? kalau repeat kita terus masuk boarder Myanmar! best jugak!

      Delete
  6. Replies
    1. Boleh, roughly iti : Bangkok - Lop Buri - Kanchanaburi (2 days) - Sangkhlaburi (2 days) - Kanchanaburi - Bangkok (2 days) = total lost >< RM800.

      Iti penuh tunggu entry keluar ye :)

      Delete
  7. Disebabkan entri ni, wife aku sibuk ajak gi sana untuk lihat sunflower...mmg menarik.. ada nak wat trip lagi kesana tak? mana la tau leh kitaorg berdua join... sudi2 ler terjah www.eshamzhalim.com ...:D

    ReplyDelete