Followers

Monday, June 09, 2014

Pantai Seberang Takir, Terengganu

Ada yang pernah ke Pantai Seberang Takir?

Kawasan Seberang Takir antara perkampungan nelayan di sekitar Kuala Terengganu. Walaupun namanya tak seglamour Pantai Batu Buruk bagi pelancong, tapi bagi penduduk tempatan tempat sangat dikenali. Sebut saja Seberang Takir mesti semua orang kenal! Terletak lebih kurang 15km dari bandar Kuala Terengganu, sesiapa nak ke sini boleh gunakan 2 cara iaitu jalan darat dan juga jalan air dengan menaiki bot penambang di Jeti Shah Bandar yang terletak berhampiran Pasar Kedai Payang terus ke Hulu Takir.

Antara tempat-tempat menarik di sini ialah :
  • Ikan celop tepung (ICT) di sepanjang pantai Teluk Ketapang
  • Air buah gelas besar
  • Lapangan terbang Sultan Mahmud
  • Keropok lekor Seberang Takir
  • dan... tak ketinggalan stadium yang runtuh tu. huhu

Bagi kaki pancing pulak, kawasan sekitar pantai Seberang Takir antara port sesuai untuk memancing - sepanjang pantai Seberang Takir dan Hulu Takir. Hulu Takir - kawasan pantai yang ditambak untuk mengelakkan hakisan. Ia merupakan penghujung kawasan Seberang Takir, terletak berhadapan dengan Taman Shah bandar. Kiranya tempat ini adalah muara sungai - tempat pertembungan antara sungai dan laut. 

Jom layan gambar sekitar Hulu Takir. 

Boleh mandi pantai kat sini sebab ombak tenang di sini. 
Kawasan teluk di tambak untuk mengelakkan hakisan ombak
Boleh nampak bandar Kuala Terengganu dari jauh.
Pantai yang ditambak membentuk teluk. Waktu petang air surut, jadi terbentuk permatang antara pantai dan teluk. Kawasan ni sesuai untuk budak-budak mandi manda sebab air cetek
Kaki pancing duk memancing. Katanya kat sini kalau bernasib baik boleh dapat ikan laut dan ikan sungai sebab dekat dengan muara
Perkampungan nelayan yang hanya terletak di belakang pantai. Ia hanya dipisahkan oleh jalan kecik dari kawasan rumah ke pantai. Kata anak angkat mak yang tinggal tak jauh dari sini, kalau musim tengkujuh, boleh terasa air laut terpercik masuk dalam rumah. Macam gerimis gitu.
Budak kecik ni berani tengok je dari jauh, tapi tak berani nak jejak kaki atas pasir. huhu

Jadi, kalau sesiapa yang berpeluang ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah Seberang Takir. Boleh pekena ICT dan ABC di pantai Teluk Ketapang atau merasa air buah gelas besar yang pior tu. Sangat sedap. Keropok lekor di sinipun tak kurang sedapnya jugak tau. Kalau tanya saya, mana sedap keropok lekor Seberang Takir @ Losong? Saya pilih keropok lekor Seberang Takir sebab keropoknya banyak ikan.


12 comments:

  1. dan tidak ketinggalan stadium yg runtuh tu...hehee ini kelakar
    belum pernah sampai..hanya dengar nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kenyataan yang disembunyikan MS. hehe
      nanti kalau ke KT, silalah singgah seberang takir :)

      Delete
  2. Replies
    1. pantai sini landai, agak bersih (di setengah tempat) dan boleh mandi

      Delete
  3. pernah la sampai sini... pekena sotong celup tepung perghhhh.. dok ingat nak gi minggu lepas tapi timing lari daaaa.... PM mmg orang sini ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq Sue, saya bukan org Seberang Takir, tapi org Ganu. hehe. Kalau dari rumah nak ke ST tu tak jauh mana, dalam 15-20 minit je. Kalau nak g minggu lepas, sure org sgt ramai sbb cuti sekolah

      Delete
  4. Aku first & last gi KT ni tahun 2009. Tempat bermalam pun aku xsure kat ner tapi depan hotel tu ada pantai. Ada macam dataran bagai. Memang lawa time malam. Ada plan nak repeat jalan2 belah Semenanjung tapi xtau lah bila nak jadi realiti. Haha.

    ReplyDelete
  5. hi..mintak address boleh? nk kirim sesuatu.. =)

    ReplyDelete
  6. Seberang takir? Mcm pernah lalu, PM pernah bwk Jm and the geng lalu kawasan tu kan opssd klau salah pastu mkn ikan celup tepung d salah satu gerai yg ade ke salah tempat :-)

    ReplyDelete
  7. nak cari homestay di seberang takir? call sms wassap 0139093663

    ReplyDelete