Followers

Thursday, January 15, 2015

Chasing flowers in Jim Thompson Farm, Korat

Perjalanan satu jam setengah tak terasa naik songtheaw beramai-ramai macamni. Macam biasa kami ber'5 lebih memilih untuk jadi pendengar. Kita bagi peluang orang lain bercerita. Kalau tak, kita layan view sepanjang perjalanan atau layan perasaan je. 

Sampai-sampai di JTF, lebih kurang pukul 10.00 am. Apa yang terhidang depan mata memang boleh buat mulut kami melopong! Ladang bunga luas terbentang! Mabuk kejap. 

Pemandangan dari luar pagar. Semua mulut melopong tengok bunga depan mata. Nasib baik tak masuk lalat.
Dah ramai pengunjung yang sampai dulu. Tengok pokok seperti rhu yang di tanam berselari tu teringat kat Nami Island. Sama tapi tak serupa, tapi mirip-mirip tu ada...

Dalam kami duk tengah mabuk bunga, Zilla awal-awal dah pergi belikan kami tiket. Hujung minggu, kaunter tiket sangat panjang. Bukan kami saja yang teringin nak masuk ke situ, boleh dikatakan pengunjung dari serata pelusuk Thailand datang ke ladang yang hanya dibuka sekali setahun sahaja ini. Semua tak nak lepaskan peluang.

Info JTF :

Alamat : Tambol Takob, Amphur Pak Thong Chai, Nakhon Ratchasima (Korat) Province.
Telefon : 08-5660 7336
Instagram : jimsthompsonfarm
Admission : 120baht (week days) / 140baht (weekend)
Open : 9.00am - 5.00pm. 

Ladang ini dibuka kepada pengunjung hanya sekali setahun lebih kurang sebulan sahaja. Untuk tahun 2014 tarikh pembukaan ialah pada 13/12/2014 - 11/1/2015. Jadi bagi yang berhasrat untuk ke sini nanti jangan lupa semak tarikh di website/ FB / IG JTF. 

Peta JTF. Tinggal mampu @ tak je nak jejak semua pelusuk tempat. Peta seperti ini juga dibekalkan bersama tiket yang dibeli

Sebelum masuk kami sepakat dulu untuk jumpa di depan pintu masuk pukul 2.00pm. Senang, takutada yang terpisah, kita boleh jumpa/tunggu saja di depan pintu masuk.  Jadi kami ada masa lebih kurang 3 jam untuk jelajah di sekitar ladang ini. 

Ladang yang mempunyai keluasan lebih kurang 97 hektar ini mula dibuka kepada pengungjung pada tahun 2001. Ianya hanya dibuka sekali setahun iaitu ketika waktu kemuncak musim sejuk di Thailand. Ladang sebesar ini dibahagikan kepada 5 bahagian utama iaitu :

1. Cosmos field & u-pick garden
2. Pumpkin patch & flower labyrinth
3. Isan village
4. Jim Thompson village
5. Jim Thompson market

JTF dibahagikan kepada 5 bahagian utama.

Bahagian-bahagian ini boleh diakses menggunakan perkhidmatan tramp yang disediakan secara percuma. Nak jalan kaki boleh. Tapi kami semua malas nak jalan kaki, terus naik tramp dan kami di bawa ke bahagian paling jauh - pumpkin patch & flower labyrinth. Sepanjang jalan tu lalu kebun-kebun bunga dan kebun buah-buahan. Luasnya memang sayup mata memandang. Tapi kebanyakan hanya ladang bunga saja yang meriah dengan bunga. Kebun buah-buahan semua tak ada hasil, mampu tengok pokok sajalah.

Layan gambar pulak ya...

Bahagian 2 : tempat ini dipenuhi dengan ladang bunga. Macam-macam bunga ada. Tapi sayang semua papan tanda dalam bahasa Thailand je. Satu patahpun kami tak faham. Apapun memang memukau pandangan layan semua bunga kat sini. 
Sekali pandang macam pokok ulam raja cuma bunganya saja yang berbeza. Mungkin spesis sama kot.
Antara bunga-bungaan/ tanaman yang ada di sini. Bunga orkidnya besar-besar belaka, sama jugak dengan labu semuanya sihat-sihat!
Majoriti yang datang ke JTF adalah penduduk tempatan. Seronok tengok macam-macam ragam. Kalau kami yang tak pernah tengok ladang bunga terbentang depan mata, merakapun tak jauh beza macam kami. Dua kali jakun jugak. Haha.
Pumpkins patch - macam-macam jenis labu disusun di sini. Besar kecik, panjang, bulat semua bentuk ada. Ada yang kami tak pernah tengok pun ada. Atas tu pulak takpasti apa, macam jerami padi yang anyam digantung untuk hiasan. Kalau di Korea gantung payung warna-warni, kat sini lain pulak hiasannya. Apapun sangat kreatif!
Ladang bunga matahari - terdapat di sepanjang jalan. Tapi bunganya tak sebesar bunga matahari di Lopburi. Masa kami sampai di sini dah tengahari, matahari dah beralih ke barat. Jadi bunga matahari pun ikut sama teleng ke barat.
Lagi bunga matahari di sini. Saya layan bunga matahari sorang-sorang. Yang lain dah kepenatan sebab panasnya sangat terik!

Lama kami habiskan masa di sini. Panas makin terik. Nak membeli tak boleh sebab kami tak ada kad khas untuk membeli. 

* Kad boleh dibeli di kaunter sebelum masuk, duit ditukar dengan kad untuk sebarang pembelian di dalam JTF. Kalau ada balance, boleh ke kaunter untuk pulangkan kad dan ambil balik baki wang dalam kad.

Jadi kami tunggu tramp, untuk ke next stop - Isan Village. Mula-mula kami tak nak turun, tapi bila tramp berhenti dan tengok semua orang turun, kamipun ikut sekali. Di sini agak berbeza dari hentian 2. Ia lebih menonjolkan keadaan rumah tradisi masyarakat Isan dan aktiviti pertanian mereka. 

Sawah padi di Jim Thompson Village
Besar tempat ni sampai tak mampu nak jejak semua tempat.

Saya sempat tengok kerbau dan jalan-jalan sekitar sawah padi saja. Snap-snap gambar lebih kurang 10 minit saya ke tempat menunggu tramp. Hanya JM yang ada. Ah sudah! Mana pulak 3 orang lagi hilang? Kami agak tak mungkin mereka ber'3 masuk ke dalam Isan Village. Beberapa kali tramp lalu, mereka tak muncul-muncul, JM ajak naik tramp. Saya ikutkan saja. Ini penangan perut lapar, nak fikir dengan waraspun dah tak mampu. hehe.

Kami turun di stop ke 4 - Jim Thompson Village. Sampai sini ingatkan kawan-kawan dah ada di sini, tapi rupa-rupanya kami yang tinggalkan mereka. Jadi saya terus SMS Zilla bagitau kami dah naik tramp dan siggah di sini. Kat sini kami mabuk bunga. Ladang bunga terbentang depan mata seluas-luasnya! Tapi tak best sebab tak cukup ahli. Saya je yang layan 'mabuk' bunga sorang-sorang. JM pulak setia menunggu kat bawah pokok.

Hasilnya penuh gambar bunga!!!



Lama kami kat sini, dah tak tahan panas kami sepakat jalan kaki saja sampai ke pintu depan. Sekali saya SMS Zilla bagitahu kami tunggu saja di pintu keluar JTF. Sambil-sambil tunggu kawan-kawan yang lain kami jalan-jalan sekitar luar JTF. 

Well preparation - antara decoration di luar JTF. 

Poskad pulak free bila kami tukar map yang diberi bersama tiket masuk ke JTF. Sebenarnya seorang dapat satu, tapi rezeki kami dapat lebih, siap boleh pilih semua poskad yang ada kat situ.

Tak lama lepas tu barulah kawan-kawan yang lain muncul. Kami hanya melepak di luar sambil menunggu kumpulan satu lagi balik. Janji jumpa di luar pukul 2.00pm, tapi mereka mintak lagi 3 jam sebab nak patah balik masuk JTF disebabkan mereka termiss untuk pergi ke bahagian 2 -  pumpkin patch & flower labyrinth. Masa diberitahu macam tu, nak marahpun ada jugak sebenarnya. Dahlah orang tengah lapar ni, disuruh pulak tunggu sampai 3 jam. Adeh.... memang sangat menguji imam kami semua.

Tengok jam, rasanya dah terlalu lewat kalau kami tunggu untuk balik ke Korat, jadi kami wudhu' dan solat saja di tempat parking Songtheaw. Saya suka konsep tandas di JTF. Sangat bersih dan wangi! Mereka gunakan buah limau purut untuk menyahbau dan mewangikan tandas.

3 jam menunggu akhirnya kumpulan mereka muncul. Masa untuk kembali ke Korat. Selepas menurunkan mereka ber5 di stesen bas sebab mereka akan teruskan perjalanan ke Udon Thani dan Kanchanaburi, kami mintak pakcik songtheaw hantar kami ke Ponlaan Apartment dengan tambahan tambang 200baht. Lokasi apartment agak jauh ke dalam, sehingga pakcik beberapa tersesat jalan dan terpaksa berhenti tanya orang beberapa kali.

Ponlaan Apartment

Lewat petang barulah kami sampai ke Ponlaan Apartment. Kami akan bermalam di sini satu malam. Check in dan kami minta izin daripada pemilik apartment untuk menggunakan rice cooker. Komunikasi memang menjadi masalah utama, terima kasih pada google translate memudahkan komunikasi kami. Jadi malam itu kami semua makan nasi panas dengan sambal tempe dan daging dendeng untuk alas perut sambil tengok bola Malaysia lawan Thailand. Hiks

Berakhir hari pertama musafir kami. Panjang dan memenatkan. Tapi sangat berbaloi dengan pengalaman yang kami perolehi!

~ bersambung hari kedua di Korat

13 comments:

  1. Replies
    1. dah tentulah di Lopburi. bunga matahari d Lopburi besar-besar dan ladangnya saujana mata memandang!

      Delete
  2. PM, cantik bunga2 tu especially yg warna pink tu...pasne kita terjah tgk bunga lain pula ya, PM? kita tgk tulip Thai pula hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zilla, cantik punya pasal, bunga pink tu je yg penuh dalam kamera. haha.

      wah! tawaran yang menarik ni zilla. hehe

      Delete
  3. Adoii,,,cantik sangat nih. Teruja nyer, tak sabar nak g. Lambatnyer ujung taun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ana, tak lari bunga di kejar. hehe. mana tahu kot akhir tahun ni bunga2 tu lagi menarik kan?

      Delete
  4. memandangkan mrs berasal dari utara mrs bole rasakan tahap kepanasan dia mcm mana
    tapi sekali sekala berpanas berpeluh takpe kot kalau dah mcm ni punya view sangat barbaloi baloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. MS, panas memang tak boleh tahan! tapi demi view secantik ini sanggup tu. haha

      Delete
  5. untunglah pernah travel dgn zilla. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jard, trip ke-3 bersama zilla memang tak pernah mengecewakan. hehe

      Delete
  6. Melopong jugak sat tadi tengok bunga-bunga tu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hazwan, kalau tengok live mesti dua kali melopong. haha

      Delete
  7. ASSALAM..DR KORAT BOLEH KE KANCHANBURI KE?

    ReplyDelete