Sabtu, 20 Dec 2014.
Seawal pukul 2.00 am saya dah terjaga. Tidur tak berapa nak lena sebab teringat kawan-kawan yang sampai malam tadi. Apalah keadaan mereka sebab tak dengar khabar dari diorang kecuali JM. Nik pun hairan kenapa saya bangun awal sangat padahal kalau ikut plan awal kami akan bergerak ke Mo Chit Bus Station paling lewatpun jam 4.00 - 5.00 am. Tapi dah alang-alang mata tak boleh lelap, saya terus bangun, mandi dan bersiap.
Pukul 2.30 am dikala orang lain tengah sedap bermimpi kami dah menapak di lobi hotel. Nasib baik Nice Palace Hotel menyediakan perkhidmatan taxi hotel 24jam. Jadi masalah untuk ke stesen bus selesai. Tapi caj pun boleh tahan jugak 200 baht untuk ke bus station. Ok lah, kongsi berdua kurang sikit bebannya.
Pakcik taxi hotel hantar kami terus ke tingkat 3 sebab awal-awal dah bagitau kami nak ke Korat. Nasib baik, sebab bus station ni tersangat besar. Bila masuk, letak beg, saya cari dulu kawan-kawan yang lain. Mana tahu mereka dah sampai. Apapun saya SMS Zilla terus bagitau kami dah sampai di stesen bus. Lebih kurang 4.30am barulah kawan-kawan yang lain sampai. Bila tengok diorang barulah boleh bernafas macam biasa. Kalau tak, dalam hati berdoa macam-macam. Haha.
Bila semua orang dah ada barulah kami ke kaunter untuk membeli tiket bus ke Korat atau Nakhon Ratchasima. Disebabkan kami berdua dah survey kaunter, harga dan masa bas bergerak semalam, tak adalah kalut nak beli tiket bas. Kalau ditanya pada kaunter katanya bas beroperasi 24 jam dan setiap jam ada bas ke Korat.
Tiket boleh dibeli di kaunter 40, 49, 50, 52 atau 53 (sederet saja kaunternya) di tingkat paling atas (tingkat 3) dengan harga 220 baht.
Bas paling awal hari itu bergerak pada jam 5.15am, naik bus di platform 97. Gambar di atas, untuk tiket, kaunter tiket, platform dan bus yang kami naiki untuk ke Korat. |
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Korat. Keadaan bas sangat selesa. Seat boleh pilih masa nak beli tiket tadi bersama air mineral dan roti untuk bekalan dalam perjalanan. Naik atas bas, lepas je solat subuh masing-masing membuta. Sedar-sedar tengok matahari dah naik. Lawa... tapi malas nak keluarkan kamera. Layan dengan mata hati je buat kenangan. hiks.
Lebih kurang jam 8.00am bas sampai di stesen bas Korat. Letak beg, Zilla dan saya cari public phone. Ikut perancangan kami selama 2 hari di sini kami akan sewa kereta dengan bayaran 1500baht/day - toyota altis. Bila call, dia jawab kereta tak ada. Kalau setakat bagitau kereta tak apa, ini siap salahkan kita pulak sebab tak call dia untuk reconfirm.
"Sorry, we don't have a car today, since you didn't call me when you arrive in Bangkok"
"But one day before we come, we already sent you an email. Did you receive our email?"
"Yes"
"Then, why don't you reply our email?"
"This is not the time to argue!" - masa ni nada suara Jimmy dah tinggi.
Hampeh punya Jimmy, berderau darah saya cakap dengan dia! Nak tutup kesalahan dia, kita pulak yang disalahkan. Itupun sabar lagi, sempat lagi saya tanya dia kalau dia ada suggestion untuk kereta sewa yang lain. Tapi jawapan yang Jimmy bagi tak membantu langsung. Tambah sakit hati adalah.
Jadi kepada sesiapa yang berniat nak sewa kereta di Korat, harap-harap janganlah korang terdeal dengan Jimmy. Cukuplah kami saja yang terkena. Apa nama sewa kereta Jimmy tu korang tanya saja pakcik google. Taip saja budget car rental in Korat - Jimmy, i'm sure you will find him because he's one of familiar person with car rental services!
Bila dah jadi macam tu termenung panjang jugak saya dengan Zilla kat public phone. Clueless tak tahu nak buat apa bila plan utama tak menjadi. Dahlah bukan senang nak cari public phone yang elok. Itupun lepas dapat pertolongan dari pekerja di stesen bus untuk dail no. telefon Jimmy. Kalau tak duk terkial-kial la kami kat depan public phone tu.
Bila dah jadi macam tu kami berdua jumpa kawan-kawan yang lain. Bagitau kereta sewa tak ada. Dalam keadaan begini apa lagi yang mampu dibuat selain daripada mencari solusi lain. Bas memang banyak, tapi daripada info yang saya baca di internet tak ada pengangkutan awam untuk ke Jim Thompson Farm kecuali kenderaan persendirian, kereta sewa atau songthaew. Kebetulan memang ada deretan songthaew di situ. Jadi kami cuba tanya pakcik songthaew. Tapi masalahnya pakcik ni tak faham apa yang kami cakap dan kamipun tak faham apa yang dia cakap. Main duk angguk geleng je. Tapi bagusnya pakciknya baik hati, walaupun dia tak faham, dia layan kami dengan baik. Dia tunjuk peta korat, dan kami pulak tunjuk buku kami yang ada tulisan Thai. Lepas pong pang pong pang akhirnya pakcik songthaew faham. Mula-mula dia minta 1,800 baht semua untuk sehari. Lepas kami minta diskaun dapatlah 1,500 baht. Oklah bahagi 5 orang masih mampu bayar untuk kami semua.
Tengah duk bincang dengan pakcik songthaew, tiba-tiba dengar suara orang cakap melayu. Mereka berlima datang ke arah kami. Rupanya inilah kawan forum Zilla yang pernah Zilla cakap nak ke Korat jugak. Rupa-rupanya merekapun senasib dengan kami terkena dengan Jimmy. Janji nak sewa kereta, alih-alih Jimmy kata tak ada kereta. Kira 2x5 nasib kami. Kebetulan destinasi yang kami hedak tuju sama. Jadi kamipun naik songthaew untuk ke JTF. Hikmah di sebalik kena 'kencing' dengan Jimmy, jumpa orang Malaya, dapat songthaew dan kami kongsi bayar sama-sama. Sekejap je Allah ganti balik.... Berkat doa orang bermusafir kan? hiks
Bila semua dah sepakat, naik songthaew kami terus ke JTF yang mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah dari bandat Korat.
Since, entry di JTF panjang sebab banyak gambar kita sambung ke next entry.
Apapun belanja dulu satu gambar di JTF.
Bunga yang meliuk lintuk yang menyambut kedatangan kami ke Jim Thomphon Farm |
~ bersambung
Kene boikot jimmy cenggini. Saya rasa grup Melayu satu lagi tuh mcm senior saya je. hehehe. Ada nampak insta dia g Jim Thomson Farm. tarikh pun hjg thn lbh kurang
ReplyDeleteAjla, zai kah?
Deletehamizah rasanya. tp sy xigt exact tarikh die pergi JTF ble
Deletememang kena boikot pun ajlaa.
Deleteadakah zai itu kawannya ajlaa?
Cantik sungguh bunga meliuk lintuk tu
ReplyDeletememang cantik en khai :)
Delete