Panic kejap dengan situasi yang kami hadapi. Terus masing-masing jadi blur-blur ayam. Sudahnya kamipun berpatah balik dengan hampanya... Jalan keki ke jeti, naik feri dan sampai di jeti seberang sana kami cuba cari solusi untuk ke Maeklong. Alang-alang dah sampai separuh jalan kan, tak kan nak give up macam tu saja! Ye dok?
Akhirnya lepas berpusing-pusing, kami jumpa taxi. Pakcik taxi rupanya tak faham dan tak tahu berbahasa Inggeris. Kebetulan pagi tadi semasa bertanya pada staff di hostel, staff tu tolong tulis perkataan 'Maeklong Railway Market' dalam bahasa Thai, tapi saya boleh terlupa sehinggalah Izza bertanya balik tadi. Jadinya kami tunjuk saja kertas tersebut barulah pakcik taxi faham. Tapi ada masalah lagi, dia tak tahu nak bagitahu berapa tambang yang dikenakan untuk ke sana. How?
Mujur jugak pakcik taxi ni panjang akal. Tak pasti siapa yang ditelefonnya dan kemudian h/p bertukar tangan dan tup-tup Anne dah bercakap di telefon. Akhirnya tahulah kami bayaran yang dikenakan ialah sebanyak THB500/taxi. Apa nak buat itu saja pilihan yang ada, jadi kami pun naik saja taxi. Perjalanan memakan masa selama hampir 1 jam.
Mujur jugak pakcik taxi ni panjang akal. Tak pasti siapa yang ditelefonnya dan kemudian h/p bertukar tangan dan tup-tup Anne dah bercakap di telefon. Akhirnya tahulah kami bayaran yang dikenakan ialah sebanyak THB500/taxi. Apa nak buat itu saja pilihan yang ada, jadi kami pun naik saja taxi. Perjalanan memakan masa selama hampir 1 jam.
Maeklong Railway Market
Lepas satu jam akhirnya sampai jugak kami di sini. Kami diturunkan di tepi jalan dan pakcik taxi tunjuk lokasi pasar yang disebut-sebut itu.
Gila panjang perjalanan, mencabar jiwa dan raga semua ada!
Pasar ini tidaklah terlalu besar, dibina di sepanjang landasan keretapi berhampiran dengan Maeklong Stesen. Sebelum apa-apa, kami pergi beli tiket dulu. Trip terakhir bertolak ke Banlaem ialah pada pukul 2.30pm.
Keretapi yang kami terlepas tadi tak sampai lagi, jadi kami ada peluang untuk tengok sendiri bagaimana keretapi melalui kawasan pasar dan bagaimana cara penjual-penjual memunggah barang-barang yang dijual dan kemudian kemas balik barang-barang seperti biasa.
Suasana di sini agak sesak dengan pelancong asing dan tempatan. Semua nak tengok keunikan pasar ini terutamanya suasana ketika keretapi lalu nanti.
Maeklong Railway Market - penuh dengan pelancong. Di kiri kanan landasan banyak kedai. |
Laluan memasuki pasar |
Gerai terletak betul-betul di tepi landasan |
Hampir tak ada ruang yang kosong di sini kecuali landasan keretapi. |
Rebung pun ada jual kat sini. 3 ringgit je! |
Tak pasti kuih apa, mungkin kuih tradisi masyarakat di sini. Yang pasti kuih-kuih ni comel yang berwarna-warni. Terliur jugak tengok, tapi tak berani nak beli. |
Suasana di pasar ini sama macam pasar-pasar lain. Peniaga dan pembeli menjalankan urusniaga seperti biasa. |
Katak panggang!! |
Ikan pekasam |
Tak lama lepas tu kedengaran siren berbunyi dari stesen keretapi menandakan keretapi akan sampai tak lama lagi. Masa tu kelihatan peniaga dah siap-siap mengemas barang-barang yang dijual. Masa duk cari port kekonon nak ambil video, boleh pulak saya tersalah ambil tempat. Sempit dan tak sempat nak rakam video. Jadi video yang ada yang ada biarlah saya kongsi dengan diri sendiri je. hehe.
Apapun melihat sendiri suasana di sekitar pasar yang unik ini satu pengalaman buat saya. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh-Nya untuk lihat sendiri suasana ini dengan mata sendiri.
Keretapi dah sampai, kami berjalan ke stesen balik. Kalau nak dibandingkan dengan masa perjalanan yang panjang untuk sampai di sini dan masa yang singkat saja di sini macam tak puas hati. Tapi saya kira itu dah mencukup untuk lihat sendiri suasana di sekitar pasar ini.
Tepat jam 2.30pm, sekali lagi siren berbunyi dan keretapi yang kami naiki bergerak melalui pasar Maeklong.
Penjaga bendera bersiap mengibar bendera tanda masa untuk keretapi bergerak |
Selamat bergerak dan meninggalkan Maeklong menuju ke Banlaem |
Pemandangan sepanjang perjalanan |
Balik, sekali lagi keretapi berhenti di hentian terakhir di Banlaem dan dari stesen keretapi kami berjalan menuju ke pelabuhan feri. Hari dah hampir petang, dengan perjalanan yang panjang dan memenatkan. Mujur dalam keadaan itu, di stesen keretapi terdapat tandas. Jadi bolehlah berwuduk dan solat di dalam keretapi.
Bangau-bangau di tengah sungai semasa menyeberangi sungai |
Lewat petang tapi perjalanan baru separuh perjalanan menuju ke Bangkok |
Hari gelap barulah kami sampai di stesen keretapi Wongwiang Yai. Tapi kali ni kami dah tak naik tuk-tuk dan kemudian seberang sungai dengan feri, sebaliknya kami bertanya orang arah untuk ke stesen BTS Wongwian Yai. Mujur BTS dah beroperasi seperti biasa. Tak sampai 15 minit naik BTS dan sampai ke St. Surasak dan kami berjalan balik ke hostel.
Macam biasa kami singgah lagi di Restoran Cili Padi untuk makan malam merangkap makan sehari.
Tom yam siam tak se'kow' rupanya. Tapi licin je kami makan. Laparkan!! |
~ bersambung
Laparnya bila tengok tom yam tu...sedap ke ?
ReplyDeleteBila lapar semua yang ada depan mata nampak sedap :)
Delete