Ramai orang tahu Putrajaya terkenal dengan taman-taman yang berbagai variasi dan pattern. Saya yang bertahun-tahun bermastautin di Putrajayapun tak mampu nak terjah semua tempat-tempat ni. Bila berjinak-jinak dengan basikal, baru tahu rupa-rupanya banyak sisi lain Putrajaya yang belum tengok lagi.
Di Putrajaya, terdapat sebuah trek yang dibina khas untuk berbasikal atau berjoging. Trek bermula dari Masjid Putra (di bawah jambatan) mengelilingi tasik Putrajaya hingga ke Monumen Alaf Baru berpanjang 15km menyediakan pemandangan yang memukau pandangan.
Menyusuri sepanjang tasik, melalui Taman Warisan hingga ke Kementerian Luar Negeri dan kemudian memasuki perumahan elit memang wow! Susunan rumah dengan "design English style" sangat lawa - (nak beli tak mampu, dapat tengok sambil beranganpun jadi la kan?). Trek basikal ini dibina hingga ke PICC dan melalui tepi tasik hingga ke Masjid Besi. Saya boleh katakan ia trek yang selamat sebab ramai orang beriadah.
Laluan berakhir di Monumen Alaf Baru dan kami berpatah balik ke parcel C untuk menyimpan basikal di Kementerian. Total kilometer yang berjaya kami lalui lebih kurang 15 kilometer dan berjaya membakar kalori sebanyak 437 kcal. Yeah!!!
Dah lama tak berbasikal..time zaman sekolah dulu..kalau berbasikal sekarang mesti sakit celah kelangkang ahahah
ReplyDeletememang sakit montot pun JM. hahaha. tapi best sebab sambil kayuh basikal sambil layan view. hihihi
DeleteWow... anda di parcel C?
ReplyDeletejbtn mn?
Jpa? Peguam? Mosti?
Saya d C6...
Nk travel... sila lh ajak saya bersama... hihihi...