Followers

Tuesday, June 09, 2009

Melaka ; World Heritage City

Melaka
sememangnya satu negeri yang unik
itu di mata sayalah
saya kagum dengan struktur bangunan2 lama di situ
tapi....
masih tidak setanding Terengganu!
negeri cantik, rakyatpun comey! *matilah riak













Monday, June 08, 2009

2D1N @ Melaka

Hujung minggu. Sudah merancang kembara bersama GBS. Kembara kali ni ber-4, cik nilly, bonda, Ita a.k.a GBS Jr. dan seperti kebiasaan tanpa kemunculan ketua GBS . Biasalah, kalu merangcang percutian budget dengan GBS mesti seronok! Motip? Bercuti tanpa dirangcang dengan hanya menelan budget lbh kurang RM100/seorang sahaja! Menarik bukan? Kali ni kami memilih... Melaka ; World Heritage City! Sesuai dengan peruntukan masa 2 hari 1 malam saja. Tp ia satu percutian yang menarik!


Jadi malam tu semua dah berkumpul kat rumah aku. Konon2 nak bertolak sebelum subuh! Nak menikmati sarapan di Bandaraya Melaka! heh!! Nan ado. Kul 6am baru bangun, bersiap. Tupun kalu tak kerana inisiatif aku membangunkan diri xde diorg sume bangun. Diorg punye plan bukan bleh pakai pun! Lepas mandi bersiap2 & berkemas2, sempat jugak goreng keropok a.k.a makanan ringan rakyat Roma & Jerman! hiks. Siap 2 tabung! Aku xnak bg driver ngantuk! Jadi umpan dengan keropok! hahaha..

Dalam pukul 7.30am bertolak. Singgah petronas isi minyak. Dan mulakan perjalanan. Masing2 teruja lagi. Borak2, nyanyi2 test suara sambil kunyah keropok. Tak sampai separuh perjalanan 1 tabung keropok dah licin! Kan?? Diorg ni memang kaki makan! Motto percutian kali ni adalah JJCM! Kami mau nikmati semua makanan2 tradisi negeri Melaka sambil berjimba2 di Bandaraya Melaka. Dan sebenarnya... tiada lokasi percutian spesifik dirangcang, hanya ikut kata hati semata2. Tapi yang pasti, awal2 aku dah riki2 tempat2 yang akan kami singgah makan nanti! Kami kalau bab makan memang x bleh lawan! Nak cuba tempat2 makan dalam rancangan warung kita! Sampai Melaka hampir jam 10am. Masuk Bandar Hilir. Perut sudah menyanyi2 dangdut. Parking kereta di tempat letak kereta Dataran Tamingsari. Kami mula jalan2 cari makan. Niat hati nak makan Nasi Lemak Kak Ena, tp dek kerana kesengalan, x jumpa cari jalan. Hujan, perut pun dah lapar jadi kami makan di McD je! Datang jauh2 makan McD! huhuhu

Perut dah kenyang w/lpun hanya makan McD. Mula2 ke pusat penerangan pelancongan. Minta peta Bandar Melaka. Lepas ni senang nak rujuk kalau sesat! Lepas tu, masa utk berjimba. Dah namapun lawatan ke Melaka negeri bersejarah, jadi alang2 kami tawaf semua tempat2 bersejarah kat Bandar Hilir. Menara Tamingsari, Muzium Samudera, Muzium TLDM, A Farmosa, Rumah Merah.. menarik juga! Struktur bangunan di situ masih terpelihara. Kagum kejap!
Tengahari, masing2 dah lapar. So kali ni kami nak makan di Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Tempat ni terletak tgh2 Bandar Hilir. Kalau dah ada kat depan Menara Tamingsari, lintas jalan, cari je jalan P.M.3, mesti jumpa restoran asam pedas tu kat situ. Kelakarnya kami, kekonon nak rujuk peta, ye2 hafal jalan itu dan ini, pusing2 Bandar Hilir dengan kereta beberapa kali last2 restorannya hanya depan tempat kami parking kereta td je!! Adeh!! kelakar betul! Tapi dengan bangganya, lokasi itu berjaya kami jejak w/lpun beberapa kali tawaf Bandar Hilir! hahaha... Restoran ini antara lokasi makan warung kita! So, dah alang2 sampai Melaka rugilah kalau x cuba kan?? Erm.. asam pedas kat sini sangat sedap! Itu komen Cik Nilly. Ikan bakar juga fresh. Kami makan asam pedas tenggiri, daging salai masak lemak dengan pucuk ubi, ikan cencaru bakar, kerabu mangga, sambal belacan dan ulaman. Harga utk 4 orang = RM35.00 sahaja! Sangat murah bukan?? Lagi mahal makan McD! huhuhu... sesal dahulu pendapatan.... * sila sambung sendiri

Lepas makan, cari hotel utk bermalam mlm ni. Owh.. di sbbkan ini adalah percutian gamble, kami tidak bertindak utk menempah hotel terlebih dahulu. Redah je! Padahal, skrg musim cuti sekolah. Hotel semua penuh. Carik budget hotel je memandangkan budget kami hanya RM100/person. Pusing2, jumpa Hotel Mansur. Bernasib baik lagi sbb itu adalah bilik terakhir! Caj bilik RM60.00/nite. Bilik agak kecil, tp muat lah utk kami ber-4 yang comel2 ni! hahaha! Boleh bayangkan x 1 katil kongsi 4! Macam sardin! Syukurlah, sekurang2nya mlm tu kami ada tempat berteduh kan? Check in hotel. Rest, tido 1 lap, solat petang skit baru kami kuar balik. * peristiwa penyeludupan 2 GBS ke bilik hotel paling melucukan! Walau apepun terima kasih kepada pakcik Mansor atas penajaan berbayar penginapan GBS malam itu!

Petang, kuar lagi. Layan ais cendol jam besar! Juga sangat sedap! Jalan2 lagi. Petang, Bandar Hilir agak ramai orang. Masing2 ada agenda masing2. Sonok juga sekali sekala jamu mata camni. hiks. Misi utama petang ni nak makan rojak buah kat jeti bot. Pueh kami melilau2 carik mane makcik jual rojak. Siap tanya kakak yang jual tiket bot lagi. Tapi kali ni nasib x menyebelahi kami. Petang tu makcik rojak bercuti. Agaknya makcik rojakpun mcm kami, pergi bercuti2 kot? *speku* Jadi jalan2 sambil makan ais cendol je la. Tapi aku x makan cendol, aku pilih ABC. hehehe! Juga sangat sedap dan manis!!


Petang ni kami plan nak naik bot keliling Sg. Melaka. Sg. Melaka antara satu kebanggaan rakyat Melaka selepas kerajaan Melaka membuat program pemuliharaan Sg. Melaka yang menelan hampir berbillion2! Aku kira itu satu inisiatif yang baik dari kerajaan negeri. Dan sekarang sg. tu dah dikomersilkan jadi salah satu tempat tarikan menarik negeri Melaka. Ada cruise. Ala2 kat venice gitu, w/lpun x setanding venice.. tp dah cukup cantik!




Petang itu, menikmati matahari terbenam di tepi Sg. Melaka! Cantik!

Malam, Bandar Hilir lagi happening! Syurga cahaya. Sepanjang Sg. Melaka di simbahi cahaya. Memang sgt cantik. Kat sinipun ada pasar malam di panggil Jonker Walk. Rata2 peniaga di situ dimonopili oleh orang Cina. Ada jualan, gerai2 kecil di tepi jalan. Macam2 hiasan, souvenir ada jual. Kami sekadar cuci mata je. Minggu lepas dah ke Nite Market di Batu Feringgi. Sama jugak. Kalu di KL, lebih kurang Petaling Street la.


8pm. Perut sudah lapar. Kami musafir, jadi jamak ta'khir je mlm ni. Malam ini tempat JJCM kami adalah Ikan Bakar Parameswara Umbai di Pengkalan Pernu, Umbai. Boleh tahan jugak 'makan langsat' kami nak cari jalan. Tapi makan punya pasal, kena usaha carik jugak hingga jumpa! Beberapa kali jugak berhenti tanya orang. * Terima kasih pada rakyat Melaka yang sangat ramah tamah!*

Hampir jam 9pm sampai Umbai. Sesak! Orang sangat ramai. Biasalah cuti sekolah. Nak dpt mejapun terpaksa beratur tunggu pelanggan lain siap makan. Sebagai ketua rombongan, aku pilih menu. Pilihan menu malam ni ; Ikan siakap 3 rasa, Udang butter, Ketam goreng bercili, Sotong celup tepung, Kailan ikan masin, sambal belacan dan otak-otak! Makan untuk 4 orang! Total = RM95.00. Puas hati makan!


Jam 12am, balik ke hotel. Rest! Tiada lagi nite after dark hokey! Kami sudah kepenatan.

************************************************************************************
7.30am. Check out. Masing2 kelaparan. Sarapan di mana? Kami mau makan Nasi Lemak Kak Ena Sebelah Penjara. Lokasinya di mana? Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Melaka. Warung Kak Ena betul2 terletak di sebelah penjara Melaka. Senang aje mencari lokasinya. Kami order nasi lemak. Sedap! Tapi x bleh lawan nasi lemak negeri kelahiran kami, Roma & Jerman. Tiada aroma. Bak kata cik nilly, sedap citarasa orang Melaka. Kalau nasi lemak di Roma & Jerman, pastinya dari jauh sudah terhidu aromanya nasi lemaknya. Mungkin xde daun pandan & halia dlm nasi lemak tu kot. Memang xdepun. hahaha! Sbb tu xde bau aroma. Apa2pun sangat puas hati sbb berjaya jugak kami makan nasi lemak Kak Ena.
Lepas sarapan bertolak balik. Bukan balik terus. Singgah di Bandar Hilir dulu. Ucapan selamat tinggal sebelum balik Putrajaya.


Kami sudah plan mau singgah minum cendol di Senawang dulu. Singgah di Gerai Ais Cendol Leman Dawi. Cendol yang beli sekali, tapi boleh tambah2 banyak kali. Sangat sedap. Aku order cendol jagung, nilly & ita pilih cendol campur, Bonda cendol biasa. Lepas tu boleh tambah2 berapa kali nak tambah. Menariknya Pakcik Leman Dawi ni x penat2 bercerita tentang sejarah Malaysia. Ralit dengar citer dia.


Lepas tu ke Kuala Pilah. Nak melawat muzium di Raja Seri Menanti. Jauh jugak. Tapi alang2 hari masih muda, kami jalan2 lah dulu.

Tengahari di Kuala Pilah. Niat hati nak lunch @ Restoran Seri Pepatih, Kuala Pilah. Pusing punya pusing satu Bandar Kuala Pilah, dah jumpa restoran tu... tapi sayang 1000 kali sayang... restoran tutup! Keciwa betul! So, berpatah balik, terus ke Nilai 1, lunch & solat kat sana je. Lepas tu tawaf kedai2 kain kat situ. Tak beli apepun. Riki2 je dulu nak kain baju raya utk satu family nanti. Erm... tema ape ye raya tahun ni?? Petang, terus bergerak balik ke Putrajaya.

Thursday, June 04, 2009

erm...

bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
................
................
................
................
................
................
................
begitu juga CINTA

Wednesday, June 03, 2009

Hidup dan percaturan

"Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)" - Lukisan alam

Semalam, seperti kebiasaan saya menelefon ibu. Sekadar bertanya khabar dan berbual2 kosong dgn ibu. Ini juga satu terapi yang mampu buat hati saya gembira. Mendengar suara dan tawa ibu sudah cukup buat hati saya sejuk. Nyaman meresap ke dalam hati. Seperti biasa, ibulah pencerita dan saya adalah pendengarnya. Owh... bab2 bercerita pasti saya kalah dengan ibu! hahaha..

Sebenarnya hujung minggu ini, ada kenduri kahwin di kampung. Buat pertama kalinya ibu saudara akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya. Sudah pasti ia satu majlis yang besar dan meriah. Maklum sajalah sepupu saya itu cucu pertama nenek sebelah ayah yang akan melangsungkan perkahwinan. Pasti meriah! Biasalah, kalau kenduri dan cuti sekolah, pasti sanak-saudara akan berkumpul di rumah nenek. Jadi, selain daripada topik berkisar majlis kahwin selebihnya terlampias kepada saya. Itulah.. susah kalau ramai peminat! Pasti ada bualan tidak sedap telinga mendengar akan keluar dari mulut ibu2 saudara saya yang majoritinya bermulut kepo! Jadi, awal2 lagi saya sudah putuskan untuk tidak turut serta dalam majlis itu! Bosan hendak bersoal jawab dengan wartawan x bergaji. Rasanya saya tidak sekuat cik nilly dan Unni Jer untuk menepis kata2 mereka. Mujur saya dapat sokongan padu ibu yang sudi sama2 berkomplot menjayakan misi ini! hahaha... Itu cerita ibu...

Owh... itu bukan cerita utama. Cerita ibu, kawan lama saya datang berkunjung ke rumah. Ya, dia kawan lama, semasa di universiti dulu. Masih hingusan ketika itu. Dia kawan yang baik. Sama-sama tinggal di kolej, dan menuntut di fakulti yang sama w/lpun berbeza bidang. Ketika tamat pengajian, kami juga sama-sama mengejar cita-cita. Cuma rezeki kurang bersamanya kerana sehingga hari ini belum beroleh kerja yang memberi jaminan kepadanya. Jadi, kami terpisah. Dia pulang ke negeri kelahiran kami, sehingga hari ini masih tanam anggur. Cerita ibu, kawan saya ini datang, bercerita dan meluahkan kesedihannya pada ibu. Belas hati ibu mendengar perihal kesukaran hidupnya. Saya hanya mampu diam 1000 bahasa. Saya tahu kesulitan kawan saya itu. W/lpun kami berjauhan, tapi antara kami tidak pernah terputus khabar. Dia kawan yang cukup baik, mana mungkin saya mahu melupakan dia sebagai sahabat. Kan??

Ketika itu.... saya seperti tersedar. Mungkin selama ini saya selalu mengadu pada ibu, betapa sukarnya hidup ini. Betapa saya kurang bernasib baik berbanding orang lain yang sudah berjaya. Tapi, semalam cerita tentang kawan saya itu cukup menyedarkan saya.

Kata ibu,
"Jika kita rasa kita susah... pandang ke bawah, lihat ramai lagi orang yang lebih susah dari kita, bukan pandang ke atas dan memandang orang yang lebih berjaya kerana ia akan buat kita rasa tidak bersyukur!"
owh.. terpana saya. Itulah ibu... selalu menjadi penasihat terbaik!

"Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya" - Lukisan alam

Sebenarnya hidup adalah sebagaimana yang kita corakkan. Hidup saya sudah boleh dikatakan mudah berbanding orang lain. Sekurang-kurangnya di usia sebegini, saya sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri. Tidak lagi hidup di atas belas ihsan ibu dan ayah atau orang lain. W/lpun masih tiada 'pelengkap hidup'. Kelebihan itu juga dikira satu kredit untuk diri sendiri. Jadi, sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan kurniaan itu.

Monday, June 01, 2009

Penang

Jumaat lepas, OS lagi, di Seberang Prai, Penang. Amik 1'st flight ke Penang dan seperti biasa dijemput oleh Pakcik Ishak ke tapak pemantauan. Pakcik Ishak adalah tourist guide kami sepanjang kami di Penang. Sangat ramah & baik hati. Mengikut saja kami ke mana2. Dan dia tidak lokek bercerita tentang itu dan ini kepada kami.

Cam cerita kembara tikar terbang Mr. Superman dgn GBSnya ke Penang, kali ni aku dah berpakat2 dengan teman sepejabat utk kembara jugak! ahaha.. sbb tu kami pilih hari Jumaat. Motip?? Bolehlah berjimba2 dulu barang sehari dua sebelum balik. * mati la... kalu pengarah baca blog ni.

Jam 10.30 am sampai. Pakcik Ishak dah sedia tunggu. So, terus ke tapak projek kat Seberang Prai menyeberang jambatan Pulau Pinang. Mcm2 cerita pasal jambatan ni. Sejarah pembinaan la, sejarah kemalangan la. Macam2... kami layan je.

Projek pemantau kali ni berkenaan dengan projek komuniti. Tentang tanaman sayur-sayuran dan bajanya dihasilkan secara semulajadi dari ikan2 yang diternak di dalam tangki. Menarik bukan? Walaupun ketika lawatan pokok sayur yang tumbuh kurus2 belaka. Padanlah dengan ikan2 yang diternak, masih kecik2 lagi. Ia seperti green house. Boleh dikatakan projek ini berjalan dengan baik w/lpun tempoh projeknya agak lewat. Tapi saya boleh puji ketua projek ini kerana hasilkan gabungkan teknik2 lama menjadi satu cara baru yang dinamakan Bioponik.


Tengahari, selepas sudah kerja, kami amik feri dari Seberang Prai ke Gorgetown. Pengalaman pertama! hahaha. Menarik jugak! Dapat lihat permandangan bandar Gorgetown dari bot. Kelihatan jambatan PP agak kabur dek kerana jerebu.

Balik ke Gorgetown, check in di Cititel. Ini hotel kegemaran bos, w/lpun dia x ikut kami skali. But since nama dah ada dlm record hotel & kemalasan nak mencari hotel lain, kami pilih je hotel ni. Lagipun lokasi Cititel strategik. Betul2 tengah bandar. Senang utk JJCM dan menjamu mata. Tengahari lunch di Tanjung Bunga. Sedap jugak masakan di situ. Kari kepala ikannya sangat sedap! Tp x boleh makan byk2. Nanti perut saya meragam. Sbb perut saya sangat sensitif dengan masakan pedas dan berempah! Kesian bukan??

Petang, ke taman bunga a.k.a taman botani. Alahai.. taman botani lagi. Tapi menarik juga di sini. Udara nyaman. Sonok jugak melepak2, layan mata sambil makan aiskrim! sangat nyaman perasaan tu! Lepas tu kami melencong ke Bukit Bendera pulak. Nasib kami sentiasa baik sbb sampai2 je, beli tiket terus ada kereta kabel sedia tunggu kami utk naik ke Penang Hill. Nasib baik lagi sbb orang x ramai, jadi x perlu bersesak2 berebut naik kereta kabel. Cumanya cuaca sedikit mendung dan berjerebu. View kureng cantik!

Turun dari Penang Hill, dah gelap. Hampir masuk maghrib. Nasib baik musafir. Kami malas nak susahkan Pakcik Ishak jemput kami, jadi naik bas balik hotel. 1'st time naik Rapid Penang. hikhikhik. Kat sinipun x penah naik bas, tetiba g penang bleh plak naik bas. Sonok jugak! Bleh keliling bandar sambil jamu mata tgk pemandangan bandar Penang di kala malam hari. Seronok bukan? Paling kelakar, dek kerana takut terlepas, awal2 dah pesan dengan pakcik bas, berhentikan kami di depan Hotel Cititel. * kredit utk pakcik rapid Penang yang sgt ramah!

Malam, lepas mandi & solat, rest kejap acara mengisi perut pulak. Tapi sblm tu Pakcik Ishak bawa kami ke Pantai Bati Feringgi dulu. Ada nite market di situ. Just jamu2 mata saja. X minat nak beli papepun. Just buy some souvenirs for opismates and GBS. Sbb mostly barang2 kat situ bkn barangan tempatan, kecuali souvenirs.

Dan acara mengisi perut adalah di Restoran Nasi Kandar Beratur. Unik nama restoran ni, seunik cara tempahan makan di restoran ni jugak. Kena beratur kalau nak order makan. Dah dapat makanan baru cari tempat duduk. Restoran ni buka 10pm - 3am. Lama jugaklah beratur, almost 45 minute! Jenuh menunggu! Nasib baik sedap! Rasanya masakan nasi kandar kat situ lebih sedap berbanding Line Clear Nasi Kandar! Saya tidak berminat ke sana lagi w/lpun org kata, kalau ke Penang, WAJIB makan di Line Clear Nasi Kandar. Kurang bersih. uhuk! Saya masih ingat dulu, penah singgah di sini makan nasi kandar. Tgh2 sedap duk melayan nasi kandar, melintas beberapa ekor tikus sebesar anak kucing! Aduhai.. terus termati selera makan saya. Dan saya juga bukan penggemar nasi kandar. Sekadar merasa, alas perut bolehlah. Jadi kali ini atas cadangan Pakcik Ishak, kami ke Restoran Nasi Beratur. Berbaloi w/lpun terpaksa beratur lama.

Hampir jam 2 am baru sampai hotel! Penat! Niat nak ajak diorg merasa Sup Daging di Restoran Hameed, tp sudah kenyang & penat! Lagipun restoran ini dekat je dgn hotel. Juga sangat sedap! Wajib merasa jika ke Penang!

Esok, awal2 sudah janji dgn teman2 mahu bawa mereka cuba roti canai banjir. Pueh menapak, akhirnya jumpa jugak. Mujur ada uncle jual kacang, tanya dia baru jumpa gerai roti canai tu. Memang sedap roti canai kat situ. W/lpun saya bukan penggemar roti canai, tp pada selera saya, ia sedap! Harga juga berpatutan. Nasi lemak kat situpun harganya hanya RM1 saja. Lokasinya betul2 depan balai polis PP di sebelah Pasar Chowrasta.

Lepas tu, ronggeng2 di sekitar bandar Penang sambil jamu2 mata dan tunggu Pakcik Ishak jemput kami. Kali ni Pakcik Ishak bawa kami ke Queensbay salah satu pasaraya terbesar di Penang. Ala2 times squre! Tapi saya x minat nak ronda2. Sama jugak mcm KLCC, mid valley, bosan! Cumanya, yang menarik tempat ni terletak di tepi laut, mengadap Pulau Jerjak! Kalu dulu Pulau Jerjak adalah tempat 'buangan' banduan @ pesakit kusta, tp kini tempat tu dah dibangunkan. Dah ada resort dan chalet.

Selepas itu terus ke airport. Flight kami jam 5.30pm. erm... agak menarik kerja & jalan2 kali ini. Balik kena siapkan report. wawawa... ini yg maleh ni. Tggu buddy balik bengkel, bleh siapkan report sama2. I need her view to complete our report! hiks