Followers

Wednesday, March 17, 2010

i-City

Lokasi : i-City, Shah Alam
Tarikh : 16 Mac 2010, Selasa
Aktiviti : Pre-Yulia project

Semalam, gigih lepas office hour balik rumah bersiram & solat dan lepas tu terus memecut ke USJ. Petang semalam baru plan, malam tadi terus ON! Plan tak dirangcang sebenarnya. Lepas maghrib kat rumah cik nilly terus ke Shah Alam. Kali ni ke i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Kekononnya, pre-Yulia project la. Yulia project? Tunggu....

Camne nak ke sana? Dari Federal highway exit kat Padang Jawa. Traffic light masuk kanan. 2nd traffic light masuk kiri. Then terus jer ikut signboard i-City. Mesti korang akan nampak lampu bergemerlapan kat sebelah kiri. Sangat cantik!

Sampai kat sana, K.ayu dah menanti. Wati pun dah sampai. Tinggal Dayah je OTW. Kali ni berlima. Jakun kejap tengok lampu-lampu yang bercahaya. Macam-macam replika ada. Jadi, sesape yang nak ke sana sila pergi, sementara masih dibuka. FOC je.


[nota kaki : thanks k.ayu. Saya suka pic ni!]

PM : teruja!

Monday, March 15, 2010

Edisi menawan Bukit Tabur

Lokasi : Bukit Tabur, Melawati. KL

Tarikh : 13 Mac 2010, Sabtu
Aktiviti : Daki bukit

Lagi aktiviti bersama GBS (kali ni terkurang lagi 2 org GBS dan seperti biasa tanpa ketua GBS yang berada nun jauh di Tanah Mat Said. Manakala, juga tanpa kehadiran cik Nilly yang dikhabarkan masih mandom tanpa batasan), opismate & kawan-kawan yang lain. Thanks to Ira, Ita, Zaidi, Farid, Azan, khairul, Anip, Naz, Din, Chen, Fairuz & Lily yang menjayakan pendakian ke Bukit Tabur. Seperti biasa, pukul 5 a.m bertolak dari rumah, terus ke Taman Melawati. Subuh di sana & seawal jam 7 a.m mula mendaki. Wah.... penat dowh! Separuh jalan tak lepas lagi tapi rasa cam nak semput pun ada.

Mendaki lebih kurang 30 minit, sampai ke puncak pertama yang agak berbatu. Cabaran bermula! Start mendaki bukit yang berbatu. Memang agak mencabar la. Kena hati-hati sebab tersilap langkah, masuk gaung la jawabnya. Masa tu matahari dah muncul. Malu-malu kucing. Cuaca pun baik. Cerah tapi tak terlalu terik. Masa tu kagum kejap tengok ciptaan Tuhan. Memaang cantik. Syukur sebab masih berpeluang menikmati keindahan secantik ni walaupun bukan senang nak sampai ke situ.
Overall, Bukit Tabur ada lebih kurang 10 puncak yang kena lalui. Jadi, merasalah panjat-turun, panjat-turun dari satu puncak ke puncak yang lain. Semuanya berbatu! Agak penat! Tapi yang penting mental kena kuat. Team work jugak penting. Tapi, masing-masing sangat membantu & saling menolong antara satu sama lain. Salute dengan Fairuz... antara kami semua dia paling terkebelakang & agak lemah. Mula-mula dah give up. Tapi, atas galakan & bantuan semua dia pun berjaya sampai! Congratulation Fairuz, kamu memang hebat!
Dari puncak, boleh nampak pemandangan satu bandar Kuala Lumpur. Nampak Empangan Klang Gate dari kejauhan. Memang cantik! So, sesape yang suka tracking @ hiking boleh lah cuba daki Bukit Tabur. Korang tak akan rasa menyesal! Percayalah! hahaha...



Puncak terakhir, keadaan masih berbatu, tapi ditumbuhi pokok-pokok renek seperti bonsai dan hamparan lumut yang menghijau. Cantik sangat! Udara pun sedikit sejuk. Nyaman. Masih terbayang di mata, satu kawasan ditumbuhi pokok-pokok renek, berbunga kecil kemerahan dan rama-rama berterbangan. Macam kat taman rama-rama. Cantik giler!



Arrived at last peak about 11.30am. Berlama-lama di puncak lebih kurang 30 minit dan turun semula ke kaki bukit. Perjalanan turun mengambil masa lebih kurang 1 jam, menuruni denai berbukit, tapi agak landai melalui kebun buah-buahan. Exhausted but excited!

PM : hampir terjatuh gaung.. mujurlah umur masih panjang. Alhamdulillah.

p/s : terima kasih sebab tolong selamatkan saya. Pertolongan tuan tak mampu saya balas.

Tuesday, March 09, 2010

Malam Graduan

Diaraikan!
dalam satu majlis, sederhana tapi sangat seronok
berjumpa teman-teman lama seperjuangan
berkongsi cerita, bertukar berita
Tahniah buat semua teman-teman yang telah bergraduasi!

PM : teringin naik upih pinang lagi.

Tuesday, March 02, 2010

Bila mereka belajar....

mereke kelihatan tekun juga..
walaupun suka mencapap situ dan sini
dan menjerit "cikgu, saya terumbang ambing"
hahahaha... terumbang ambing laa...
macam la mereka tu dayung perahu sampai nak terumbang ambing

tapi...
mereka bagus
cepat belajar walaupun sebatang pen & sehelai kertas pun tak bawak
"ape punye anak murid daa..."

tapi tak apa,
bagi can laaa
semangat mereka tengah berkobar-kobar nak belajar tu
jangan hangat-hangat tahi ayam sudah
"cikgu tak restu!"

owh ya,
hujung minggu sambung kelas,
jangan lupa bawak spagetti
bersama aiskrem malaya kedai makcik 'tupai kuat' juga
sebagai pengeras!
hahahaha...

persoalannya, siapakah mereka???

hint kepada soalan : agak-agak korang nampak 2 perempuan pakai baju kurung sedondon.. itu lah mereka! hiks

PM : sangat kagum dengan kesungguhan mereka!

Friday, February 05, 2010

Roti canai Teh tarik

Kepenatan...
rasa sangat tak berdaya saing
penat badan, penat otak, penat jiwa, semua ada!
Bila timbul perasaan camni, alangkah seronoknya kalau ada masa terluang..


PM : suatu pagi, di gerai tepi jalan, pekena roti canai & teh tarik sambil menikmati pagi yang indah... nyaman sungguh perasaan itu....