Followers

Tuesday, April 13, 2010

Bali

Denpasar moon, terang bulan di bali
Terasa sungguh memikat hati
Denpasar moon, terang bulan di bali
Disana kita memadu janji

[ Denpasar Moon : Maribeth ]
Here we come! Kali ini ke Bali. 4D3N kat sana. Kali ni bercuti secara berjemaah. No bees among flowers. hiks. Bila ditanya Pak Isme.. mereka menjawab...

"semuanya sudah kawin pak..."
"suaminya di Kuala Lumpur"
"ini reunion, haruslah semuanya ibu-ibu"
"ibu wardah sudah ada 5 orang anak, pak..."

hahaha... propa semata-mata! Sorangpun tak nak usha Pak Isme yang kaya-raya tu. motip? Padahal Pak Isme tu punyalah hensem aku tengok. Ganteng!!

Hari pertama

Semuanya berkisar tentang perjalanan. Kami menginap di The Yulia Inn. Terletak di tengah Bandar Kuta. Bandar yang tak pernah tidur. Happening! Juga berdekatan dengan Pantai Kuta. Deretan kedai-kedai banyak, Hard Rock Hotel, Hard Rock Cafe, kedai-kedai barang-barang branded, semua ada kat situ. Mc D, KFC, babi guling, yang halal, non-halal semua ada. Dah namapun kawasan bukan Islam, nak makan secara berleluasa pun kena fikir banyak kali. Sangat diragui kehalalan makanannya.

Hari kedua

Mula-mula singgah di Bali Bidadari Batik. Tempat pembuatan dan jualan hasil-hasil batik dan tenunan Bali. Kalau kat Malaysia macam kat Nor Arfa Batik la. Masing-masing teknik canting & tenun tersendiri. Kelihatan sama, tapi tak serupa. Erm... papepun barangan buatan Malaysia adalah yang terbaik!

Selain batik, Bali juga terkenal dengan penghasilan perak dan lukisan. Jadi, dah alang-alang dah ada di sini, kami singgah kejap kat tempat membuat & menjual barang-barang perak dan singgah juga di galeri gambar Iwayana Nardiana Painter. Cantik-cantik jugak koleksi lukisan kat sini, yang pasti semuanya LUMAYAN buk!

Owh.. ya. Kat Balipun terkenal dengan kopi Bali. "Kopi Musang", kopi termahal kat duniapun dihasilkan di sini.

Psst.. masa ronda-ronda dalam kedai souvenir tu... aku jumpa souvenir yg MH bagi kat Superman. hahaha! Bantai gelak dengan cik Wardah. Acik Oren, budak kecik Princess, Meg Rose, sila jangan speku aku belikan souvenir tu untuk korang okeh!

Teruskan perjalanan ke Kintamani. Ni kawasan tanah tinggi yang ada bekas ledakan gunung berapi. Agak sejuk. Dari atas kawasan tu boleh nampak pemandangan perkampungan & sayup-sayup kelihatan Gunung Batur, Bali. View memang tip-top! Cantik. Tapi awas! Penjual-penjual jalanan sangat ramai. Nasib baik aku ni muka ketat, xde orang berani nak jual pape ngan aku... Tapi yang selalu jadik mangsa, cik Ummi yang eksotik tu la. Mana-mana je pegi mesti penuh peminat kerumun mintak simpati. huhu..Dah tengahari, lunch kat Restoran Suling Bali. Walaupun Pak Isme dah cakap makanan kat situ semuanya halalan toyyiban, tapi aku tau masing-masing tetap rasa was-was. Tengok muka sorang-sorang pun dah boleh agak. hiks. Makan untuk alas perut & amik makanan yang dirasakan bersesuaian je la. Dop?

Perjalanan turun, singgah kat Tegallalang. Ni, kawasan penanaman padi bukit. View memang cantik. Selain padi bukit, padi sawah pun ada jugak. Terbentang depan mata sawah padinya! Pada pandangan mata aku, bali ni memang unik dengan budaya, cara hidup masyarakatnya & tempat-tempat yang menarik. Cuma tu la... takde la orang kata best giler pegi Bali tu. Tapi, kalau nak ajak honeymoon ke Bali, aku tak mau! hahaha... Kecuali kalau ada org nak sponsor semuanya, mungkin aku pegi kot. Tu pun kena la duk hotel 5 bintang & duit poket skali. Baru aku pegi. Demand tak? Lokasi terakhir, Tanah Lot. Tempat ni menarik jugak. Tanah Lot ni kat tepi pantai. So, sepanjang berjalan ke pantai tu, sempat la cuci mata tengok barang-barang yang dijual kat situ. Ada gerai & lot-lot kedai. Mostly menjual cederamata. Agak murah. Kebetulan petang tu, ada upacara agama kat pantai. Bila ditanya, kata mereka, diorg tengah buat upacara untuk dewa laut & matahari. Siap ada tarian ape ntah. So, sempat tengok matahari terbenam kat situ. Pantai kat sini mostly berpasir hitam, ombak tinggi & memang sesuai untuk aktiviti meluncur air. Itu je la kelainan nak dibandingkan dengan pantai-pantai di Malaysia.
Kata orang, kalau ke Bali mesti pegi SPA. Orang kata urutan Bali best! Masing-masing memang dah penat tahap dewa semuanya, memang sesuai ke SPA. Singgah kat Arum Spa & Aromic. Amik pakej, urutan satu badan & mandi susu & mandi bunga untuk Rp250,000. Lumayan tak? Verdict? Erm... aku rasa biasa je. Huhu.. Best lagi urutan Makcik Fatimah! hahaha. Tapi rileks la. Ringan je rasa badan lepas berSPA.
Dah berSPA, perut pun lapar, jadi malam tu makan nasi ayam penyet kat Restoran Wong Solo. Merasa la semua menangis dalam tawa masing-masing makan cili. Pedas gile! Tapi ayamnya sedap. Cuma nasi aje macam nasi pulut. Kira ok la. Dah penat, balik hotel, tido!
will be continue...
PM : sakit hati intenet mcm siput!

Monday, April 12, 2010

M.A.L.A.S

aku rasa malas ah nak update blog... boleh?

Tuesday, March 30, 2010

Hidup ; Perjalanan, Percaturan dan Pilihan

Semalam, seketika di bumi Darul Iman. Bercanda di Pantai Batu Buruk, menikmati bayu Laut China Selatan. Nyama & mendamaikan. Rutin jika pulang ke kampung halaman. Perjumpaan biasa dengan seorang sahabat yang setia menetap di tanah kelahiran. Tidak seperti sahabat-sahabat yang lain, berhijrah demi mencari rezeki. Itu rezeki dia. Juga percaturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Perbualan kami berkisar tentang kehidupan masing-masing. Tentang rencana percutian kami yang hanya tinggal satu minggu lagi. Sejujurnya, kami TERUJA! Juga, tentang kisah bertemuduga. Persaingan? Sangat sengit! Dan rasanya peluang juga sangat tipis. Namun, sudah berpuas hati. Sekurang-kurangnya antara puluhan orang yang datang pada hari itu, aku antara 3 orang yang terpilih untuk menduduki ujian seterusnya ditemuduga untuk tapisan pertama. Itu juga satu pencapaian yang boleh dibanggakan buat diri sendiri. hiks

Lagi berkisar tentang kisah berkecil hati dengan seorang kawan dan telah memohon maaf di blognya. Pengakhirannya? Aku mengambil jalan untuk hanya mendiamkan diri. Biarlah, perkara yang lepas usah dikenang-kenang. Dan cerita paling hangat tentang keceluparan seorang kawan yang kata-katanya seolah-olah bermaksud 'kami-kami ini sudah terlewat usia untuk berkahwin'. Padahal dia juga boleh dikatakan 'terlewat' juga. Cuma terawal sikit daripada kami-kami ini saja. Masih ada hati hendak mengata kami. Berani sungguh! hahaha... Argh... tak mengapa. Itu kisah mereka.

Pada aku, perjalanan setiap anak-anak Adam semuanya sudah ditentukan oleh-Nya. Ajal, maut, rezeki dan jodoh semuanya sudah ditentukan. Sebagai manusia kita harus terus berusaha untuk mengatur hidup kita sebaiknya. Selepas berusaha, disertai dengan doa moga-moga apa yang diusahakan mendatangkan hasil yang lumayan. InsyaAllah...

Bercerita tentang calon? Wah... ini isu hangat! Kalau Cik Wardah ada bersama pasti isu ini lebih hangat dari biasa! hahaha. Aku? Aku tak memiliki mimpi yang melangit tentang calon. Kerana sentiasa mengukur diri. Yakin ia telah disiapkan oleh Yang Maha Esa. Maka tak perlu risau. Ia juga sebahagian daripada rezeki. Rezeki seseorang sudah ada bahagiannya. Dan sebahagian rezeki seseorang itu tidak akan diambil oleh orang lain. Itu yang tertulis di fikiran. Supaya sentiasa merasa tenang dan tenteram.

Kemudian, cerita kami berlarutan tentang pilihan. Antara yang disukai dan yang menyukai. Mana satu paling tepat pilihannya? Entah? Aku? Ruang fikiran masih kosong. Mengambil jalan untuk tidak membuat apa-apa pilihan dan meletak semuanya pada takdir Tuhan. Jika itu yang terbaik, maka itulah pilihannya. Jika tidak, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Itu juga percaturan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Hidup ini juga satu rahsia. Sampai masa, detiknya pastu semua rahsia akan terbongkar. Kan? Bukankah hidup itu anugerah terindah dari Tuhan yang harus disyukuri? Terlalu indah, maka jangan mudah menyerah kalah.

PM : Alhamdulillah... syukur...

Monday, March 29, 2010

Bila bunga-bunga berguguran

Bau semerbak harum di serata kawasan
itu tandanya

MUSIM DURIAN SUDAH TIBA!

yeah...

PM : bau bunga durian di waktu pagi adalah sangat nyaman...

Tuesday, March 23, 2010

Di mana Encik I?

Akhir-akhir ini saya terasa kehilangan sesuatu
Tercari-cari tapi tak tau apa yang dicari
Toleh kiri encik I tiada
Toleh kanan pun encik I menghilang
Lesap entah ke mana

Jadi...
saya tak tau ape mau dicoretkan
kerana saya masih mencari-cari di mana perginya encik I saya
owh...
kenapa mesti I itu encik?
bukan cik atau puan
suka hati saya laa... kan?

nanti-nanti la...
bila saya dah jumpa encik I
saya akan update lagi
buat masa sekarang encik I saya masih kekeringan
sebab itulah saya tulis pun merapu-rapu je
korang mesti tak faham kan?

owh... encik I... kembalilah...

PM : encik I....