Followers

Thursday, July 22, 2010

M.E.N.A.N.G!

Alhamdulillah... yeay!
Saya menang 2 tiket!
Walaupun hanya 2 keping tiket...
tapi ia tetap sesuatu yang mengembirakan!
Suka2!

PM : 25 ni ada date ngan Hans isaac! heee

Wednesday, July 21, 2010

Nasi padang versi Terengganu

Hola... baru pulang dari kampung halaman asmara
angin bayu Laut China Selatan masih segar!
Biasa la... kalau balik kampung memang sangat seronok.
tambah pulak sekarang musim durian & buah buahan
kat belakang rumah tu, durian duk luruh dum dam dum dam
buah rambutan, duku, manggis plak tengah menghijau lagi.. ada dah masak sikit-sikit
Hasilnya... demam + selsema + batuk = dapat 2 hari MC! woha!

Kalau balik kampung seperti biasa sesi berdatingan dengan ketua GBS
Acara JJCM adalah W.A.J.I.B!
Kali ni kami pilih Restoran Mat Binjai, kira restoran nasi padang versi Terengganu la.
Masakan kat sini semua masakan kampung. Lauk dia bagi banyak-banyak. Pilih mane yang suka. Bayar mane yang di makan. Yang penting S.E.D.A.P!

*meg rose, kat Ganu ada nasi padang jugak tau! hee

makan berdua je, jadi portion & pilihan tak banyak. apa-ape pun... layan!!!



~ kedai mat binjai di jalan Sultan Sulaiman ~
~ hidangan kami : lauk gulai kuning patin ~

~ ikan merah bakar ~

~ cicah budu! ~

~ dengan pucuk jambu golok! perghh!! ~


~ daging bakar ; lembut ~

~ puyuh goreng pun sedap! ~


~ telur penyu ; hiasan je. aku tak makan.. cian terkenangkan penyu menangis ~

PM : demam belum kebah

Thursday, July 15, 2010

Gelang si paku gelang

gelang si paku gelang! gelang si rama rama! pulang marilah pulang, marilah pulang bersama-sama... pulang marilah pulang, marilah pulang bersama-sama!

PM : rindu nak jumpa Pn. Fatimah...

Saturday, July 10, 2010

Picnic

Lokasi : Hutan Lipur Kanching
Tarikh : 10 Julai 2010
Aktiviti : Office's picnic


Kali ni picnic dgn budak-budak opis. Dah lama diorg ni asyik merengek-rengek duk ajak g picnic, so layan je lah. Kali ni kami pilih Hutan Lipur Kanching, dekat area Rawang. Cantik tempat ni. Well prepared facilities. Seperti biasa, budak-budak ni kalau ada pape selalunya berkumpul kat rumah aku. So, malam tu kami gotong-royong buat BBQ marinade & masak sos spagetti. Paling membanggakan cubaan membuat perapan BBQ menjadi! yehaa!!! hebak2!
Sabtu, bertolak dari rumah dlm 9.30 am. Kumpul kat shell, then terus ke lokasi picnic. Dang ding dun... lepas 45 minit kami sampai! wah! Tempat ni memang best! Boleh ajak GBS datang picnic lepas ni. heee..











~ ada sungai kecil mengalir dari atas bukit ; biasa family berkelah kat bawah je ~


Air terjun kat sini ada banyak tingkat. Kalau tak silap aku sampai tingkat 10. Tapi biasanya yang jadi port berkelah di tingkat 5. Sebab kat situ ada 1 air terjun siap dengan kolam skali. So, kalau nak buat aksi terjun tiruk ke memang boleh sangat. Tambahan plak kat situ siap ada tandas & tempat salin baju. Bersih giler! *part ni aku bagi 5 bintang!
Dah pilih lokasi nak BBQ, letak barang pastu mulakan operasi ber'BBQ. Gigih la diorang menyalakan api. Akhirnya... menyala jugak api. Masing-masing dah kelaparan. Makan spagetti dulu. Kuyah muyah pun ada, tembikai, BBQ pun dah masak. Best! Ada yang dah amik port mandi manda. Kita fun la.

~ Level 5 ; port paling ramai orang berkelah ~

~ prepare our BBQ here ~

~ homemade BBQ ; resepi hentam kormo tapi tak sangka S.E.D.A.P! ~

~ spagetti prepared by miss Zai ~
Perut dah kenyang. Makan dah, minum dah, main air dah. Mandi je belum lagi. Masa tu mula la terfikir-fikir nak naik panjat ke atas lagi. Ajak Naz naik ke tingkat atas. Tangga boleh tahan jugak tinggi. Lenguh la jugak kaki mendaki. Dan hasilnya! Memang cantik! Level kat atas-atas tak ramai orang. Air terjun memang cantik! Sejuk & nyaman. Kitaorg siap memanjat tangga sampai ke level 8 @ 9. Pergh!! Memang cantik alam ciptaan Tuhan...

~ love this pic ~


~ Level 7 @ 8 ; port paling best! Sunyi + tenang + xde orang. Syok berendam ~

Puas mandi manda kat atas, kitaorg turun bawah. Perut dah lapar, jam pun dah masuk pukul 2pm. Turun, sambung makan. Makan sampai kenyang! Lepas tu baru mandi & tukar baju. Pastikan semua dah siap mandi. kemas barang. Kutip sampah. Bersihkan tempat. Kalau boleh tinggalkan tempat tu dalam keadaan bersih. Budak-budak ni bagus, mendengar kata. Aku suruh semua buat. Hahaha... Then dah siap semua. Turun. Singgah solat dulu kat surau lepas tu bertolak balik. P.E.N.A.T!!


PM : GBS, jom picnic & BBQ!

Wednesday, July 07, 2010

Lunch @ Saba' Restaurant

Setelah 2 kali hampa makan di sini bila restoran tutup, semalam cubaan ke-3 berjaya. Nasib baik kali ni buka. Kalau tak aku banned terus restoran ni. Hahaha.. Tu pun plan tanpa dirancang. Lepas baiki kereta, ringan je kaki tekan pedal minyak terus meluncur ke Cyberjaya. Sedar tak sedar, taraa.... dah sampai depan restoran! hiks.

Saba' Restaurant : sebuah restoran arab Yaman, terletak di Cyberjaya. menyediakan hidangan nasi arab yang amat menyerupai nasi beryani, cuma perbezaanya ialah nasi arab ini tersangat sedap dan dihidangmengikut resipi dan citarasa arab.
Tak dinafikan, memang sedap seperti yang di war -arkan.. nasi yang sedap dan lembut chicken roasted yg secukup rasa empuk, lembut dan enak. Hidangan nasi simple, nasi bersama ayam & sos arab sahaja. Tak ada kuah macam yang kedai mamak tuang dalam nasi kita tu, tiada kuah kurma atau dalca. Tapi.. memang membuka selera lah! S.E.D.A.P!
~ pilihan kami roasted chicken (L) ~

~ jus buah-buahan pun sedap & pekat! ~

So, sesape agak-agak nak merasa masakan Arab, silalah ke sini. Anda tak akan menyesal. heeee
PM : burp... Alhamdulillah