Followers

Thursday, November 29, 2012

CATATAN HAJI (1) : Persediaan Diri Sebelum Berangkat

Saya akui ilmu agama dan ilmu tentang haji baik tentang rukun dan wajib haji saya sangat cetek. Seingat saya kali terakhir saya belajar tentang ilmu haji semasa di tingkatan 4 dulu. Itupun sekadar belajar untuk melengkapkan silibus matapelajaran Agama Islam tingkatan 4. Dan terkini setahun lepas semasa ziarah umrah. Tapi semuanya secara ekspress! Mak tiba-tiba buat kejutan ajak kami sekeluarga mengerjakan umrah dan ajakan itu saya sahut dengan dengan ilmu yang kosong di dada.

Tapi kali ini, saya bersyukur kerana Allah memberi saya masa untuk melengkapkan diri dengan ilmu haji ini. Dia tahu, hambanya yang seorang ini selalu berangan-angan nak kerjakan haji, tapi niatnya selalu tak seiring dengan tindakannya. Mungkin sebab itu Dia telah memberi saya 'ingatan awal' dengan menjemput saya seawal tahun walaupun musim hajinya masih beberapa bulan lagi. Terima kasih Allah...

Banyak urusan yang perlu dilakukan selain daripada melengkapkan diri kita dengan ilmu sebelum haji. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan oleh-Nya. 
  1. Surat panggilan haji - selepas menerima surat panggilan, kita akan diberi tempoh sehingga tarikh yang ditetapkan untuk memberi maklumbalas samada menerima atau menolak panggilan tersebut. Sekiranya kita menerima, kita diberi pilihan samada memilih Makkah @ Madinah dahulu sebagai destinasi yang hendak kita tujui. Pada saya, memilih untuk pergi ke Makkah @ Madinah  sangat PENTING kerana ia akan menentukan penerbangan mana yang akan kita naiki dan jenis haji apa yang akan kita lakukan. Jika kita memilih ke Madinah dulu, kita mungkin akan mendapat penerbangan awal dan akan mengerjakan Haji Tamattu'. Manakala jika kita memilih untuk terus ke Makkah, kita mungkin akan mendapat penerbangan akhir dan mengerjakan Haji Tamattu'/Ifrad. Oleh itu, bagi bakal jemaah haji, secara tidak langsung kita boleh merangcang tempoh untuk kita berada di sana nanti. Manakala, kalau kita menolak @ tak berniat untuk menunaikan haji pada tahun tersebut, jangan pulak diabaikan surat tu... Kena jawab dan hantar pada TH dan bagitahu bila tahun yang dipilih. Sebab kalau abaikan surat ini, kesannya ialah nama kita terus ditendang ke senarai memohon sama macam orang baru apply nak pergi haji? Sanggup ke nak tunggu lagi???
  2. Kos penerbangan -  Selepas menjawab surat tawaran haji, pihak TH akan memberi tempoh (hampir 2 bulan) untuk kita memenuhkan akaun TH sekiranya akaun TH kita masih belum mencukupi untuk menampung kos tambang dan lain-lain kos yang berkaitan. Bagi jemaah haji yang pertama kali menerima jemputan, insentif sebanyak RM4,900 akan diberikan yang saya kira 'hadiah' untuk setiap tetamu Allah yang menjadi rakyat Malaysia! ^_^
  3. Mengikuti kursus-kursus haji yang disediakan oleh TH - terdapat 3 jenis kursus yang perlu diikuti bermula dari Kursus Asas Haji (19 siri, hampir 6 bulan), diikuti Kursus Intensif Haji (2 hari) dan terakhir ialah Kursus Perdana Haji (2 hari 1 malam).
  4. Menjalani pemeriksaan kesihatan
  5. Menyerahkan passport antarabangsa 
  6. Menerima 'gelang' pengenalan diri semasa di tanah haram.
  7. Menerima beg dan barang keperluan haji dari TH
  8. Menyediakan barang-barang keperluan semasa di sana.
  9. Menerima surat tarikh penerbangan haji dari TH
Saya masih ingat kata-kata ustaz semasa kursus haji, kita ke sana bukan saja sediakan pesiapan untuk diri kita semasa di sana, tapi kita kena fikirkan jugak keperluan tanggungan kita bila kita tinggalkan mereka dan yang penting hati kita mesti sentiasa bersih dan redha untuk ke sana.

Petikan daripada buku Manasik Haji dan Umrah Mengikut Ahlus Sunnah Wal Jama'ah oleh Ustaz Tengku Mohd Fouzy Jumat tentang persediaan diri sebelum ke tanah suci adalah seperti : 
  1. Melakukan solat taubat nasuha iaitu dengan bertaubat dengan memenuhi 3 syarat iaitu menyesal atas perbuatan-perbuatannya, segera meninggalkan perbuatan dosa itu dan berazam tidak akan kembali lagi pada dosa tersebut.
  2. Perlu menunaikan amanah dengan mengembalikan hutang yang sudah sampai waktunya. Jika belum dapat berbuat demikian, perlu wakilkan kepada seseorang untuk menjelaskan hutang dan memohon dihalalkan hutang sekiranya ada sepanjang tempoh berurusan.
  3. Nafkah yang ditinggalkan perlu mencukupi untuk keluarga dan tanggungannya.
  4. Memohon keredhaan ibu bapa sekiranya mereka masih hidup dan minta dihalalkan air susu ibu dan redha dari suami.
  5. Memastikan bekalan untuk ke tanah suci adalah daripada sumber yang halal.
  6. Mempelajari ilmu ibadat haji supaya ibadat haji tidak rosak dan cacat.
  7. Berdoa semoga Allah memberi teman perjalanan yang soleh dan dapat membantu ketika susah serta menasihati sekiranya berbuat salah.
  8. Amalkan sikap bermurah hati dengan memperbanyakan sedekah dan membantu orang susah yang ditemui dalam perjalanan ke tanah suci Makkah.
  9. Mempunyai bekalan taqwa dan niat yang ikhlas.
Antara kesemua panduan persediaan yang disarankan, panduan yang terakhir paling merisaukan saya sebab taqwa dan ikhlas itu tidak dapat diukur dan ia adalah rahsia Allah. Saya hanya mampu berdoa semoga termasuk di dalam golongan tersebut... Amin...

Tidak ada kesusahan yang menimpa melainkan dengan izin Allah. Sesiapa yang beriman 
kepada Allah, akan dipimpin hatinya bagi menerima apa yang berlaku dengan tenang 
dan sabar - surah at-Taghabun ayat 11.

~ bersambung : kursus-kursus yang disediakan oleh TH

Wednesday, November 28, 2012

Selamat kembali ke Tanahair

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, saya selamat sampai di bumi bertuah, Terengganu pada Jumaat lepas, 23 November 2012 menaiki penerbangan MAS dari Jeddah terus ke Terengganu. Satu perjalanan yang panjang dan memenatkan, 8 jam menaiki bas dari Madinah - Jeddah, bermalam satu malam di Madinatul Hujjah, Jeddah dan kemudian menaiki bas ke selama 45 minit ke airport dan seterusnya menempuh penerbangan dari Jeddah ke KT selama 8 jam bukan satu perjalanan yang pendek. Walaupun begitu ia satu perjalanan yang meninggalkan 1001 kenangan dalam hidup saya dan jika diberi peluang oleh-Nya saya mahu lagi mengulanginya!

Pengalaman di bumi suci, Makkah, operasi Mas'syeir (wukuf di Arafah, Mabit di Muzdalifah, bermalam di Mina), melakukan kerja-kerja haji dan umrah bukan perkara mudah, saya kira memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat. Alhamdullillah saya berjaya tempuhi seadanya walaupun hanya sendirian di sana (tanpa keluarga dan sahabat) tetapi Allah telah meminjamkan insan-insan yang istimewa menjadi teman saya ketika di sana. InsyaAllah, akan saya kongsikan semua pengalaman itu nanti.

Cerita dan pengalaman yang akan saya kongsikan mungkin tidak sama dengan pengalaman yang dialami oleh  jemaah haji yang lain. Bak kata pepatah 'lain padang, lain belalangnya'. Jika diberi izin oleh-Nya akan saya ceritakan satu persatu perjalanan 'kerja haji' ini bermula dari menerima surat panggilan haji oleh TH, menghadiri kursus-kursus haji, persiapan sebelum haji dan seterusnya pengalaman mengerjakan haji/ umrah di Makkah dan akhirnya melawat ke bumi bertuah, Madinah al-Mukarramah tempat bersemadinya jasad kekasih Allah Muhammad SAW. Catatan perjalanan Haji yang akan saya kongsikan ini sekadar untuk berkongsi pengalaman, perasaan dan rasa saya tentang tempat suci ini. Tidak ada sedikitpun niat di hati saya untuk menunjuk-nunjuk atau riak. Jika baik jadikanlah ia sebagai panduan/pedoman, dan jika tidak ia adalah dari kekhilafan saya sendiri. 


"Sesiapa yang hendak mengerjakan haji, dia perlu menyegerakannya 
kerana dia mungkin akan ditimpa sakit, kehilangan harta benda ataupun
dirintangi sesuatu keperluan yang lainnya" - riwayat Ibnu Majah

Tuesday, October 09, 2012

Lambaian Kaabah

Inilah surat yang ditunggu-tunggu, akhirnya sampai juga... Takde surat ni, tak boleh apply cuti tau!

Alamdulillah... Masa saya dipanggil sebagai tetamu Allah telah tiba. Melengkapkan rukun islam ke-5. InsyaAllah jika diizinkan saya akan berangkat menunaikan haji pada 9 Oct 2012 (Selasa) dan akan berada di bumi suci itu selama 45 hari. Saya memilih penerbangan terus ke Makkah dan akan berada di sana dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah. Jadi dapat flight last-last, KT80.

Oleh itu pada semua sahabat/kawan-kawan/sesiapa sahaja yang membaca blog ini samada yang saya kenal atau x kenal, saya mohon maaf atas semua kesalahan saya jika ada tersalah dan silap selama ini. Mohon dihalalkan semuanya. Doakan semua urusan ibadat saya berjalan lancar dan mendapat keredhaan dari-Nya...

PM : Ya Allah... Kau tunjukkanlah jalanku dengan iman dan peliharalah keimanan itu semasa hidupku, semasa matiku dan selepas matiku... 

Wednesday, September 26, 2012

If I Die Young

Tadi pagi masa dalam kereta ke opis, terdengar di corong radio lagu If I Die Young. Dengar tajuk rasa kecut ulu hati... bukan takut mati muda, tapi bila terkenang amalan untuk di bawa 'ke sana' nanti haruslah rasa tak bersediakan? Tapi bila diamati liriknya... lain macam pulak! hehe. Part nak kebumikan dengan kain satin tu.. memang tak la kan? Dengan bunga rose bagai... bukan amalan orang islam tu. Silap-silap haribulan RasulAllah tak mengaku umat kang... Nauzubillah..

If I die young, bury me in satin 
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song

Cuma yang buat saya terfikir, bila terkenangkan ramai betul teman/kawan/sahabat/keluarga disekeliling  yang meninggal awal membuatkan hati ni sedikit tercuit. Betapa sekarang ini umur yang muda bukan ukuran untuk seseorang itu hidup lama...

PM : Kalaulah ditakdirkan Allah saya mati muda... biarlah Allah memudahkan semua urusan.

Thursday, September 06, 2012

CH : 2D1N with GBS family

wow... mesranya abang Hadif dengan Unni dia!
Gambar kat atas tu buat saya gelak besar! X tau kenapa tapi saya sukalah! 

1'st time keluarga GBS pergi bercuti sama-sama siap angkut Abang Hadif dan Raisa. Masa tu baby K pun diangkut sekali. Kami bercuti dekat-dekat je. Tapi yang penting semua happy. Bila terkenang hotel budget yang kami ber'4 bermalam malam tu, saya ketawa sorang-sorang! Bayangkan 1 katil queen kongsi 4 orang siap kaki berjuntai masa tido. Sengsara okeh! Dahlah bangun pagi, salah seorang daripada kami mandi air batu sebab tak jumpa cari suis heather. Aduhai.... ketawa lagi bila ingat balik moment tu. Maklumlah, percutian last minute, tu aje bilik yang ada. Bersyukur dah tu ada jugak tempat berteduh malam tu kan? 

Err... agak-agak bila keluarga GBS nak bercuti sama-sama lagi eh??? 

Eh... gambar tu macam xde kena mengena je dengan cerita saya tu kan? 

PM : tak sabar nak g beraya rumah 'ayoh'....