Ini adalah entry Community at Heart project.
Entry ini khas untuk seorang kawan yang saya jumpa semasa ke Surabaya tempoh hari. Beliau minta saya tunjukkan cara untuk menentukan arah kiblat menggunakan kompas. Walaupun beliau 'belum islam' tapi kenginan beliau untuk tahu arah kiblat sudah cukup buat saya tersenyum.
Sebelum ke sana, saya pernah berjanji untuk tunjukkan pada beliau cara menentukan arah kiblat dengan menggunakan kompas. Tapi sayangnya ketika di sana, saya tak berkesempatan disebabkan kebanyakan sepanjang perjalanan di Surabaya kami singgah sembahyang di masjid. Dah tentulah kompas tak diperlukan untuk tahu arah kiblat. Kalau guna kompaspun ketika berada di bilik hotel, tapi beliau lelaki mestilah tak boleh masuk bilik perempuan kan? Kesudahannya sampai balik Malaya, barulah saya teringat saya lupa nak ajar cara untuk tengok kiblat. Itupun selepas beliau menyuarakan perkara tersebut.
Jadi walaupun agak terlambat, janji tetap perlu ditunaikan. Betul tak?
Rasanya untuk menentukan di mana arah kiblat bukanlah satu masalah besar sekarang. Sekarang banyak h/p canggih ada apps untuk kiblat - jadi guna h/p je untuk tahu arah kiblat. Tapi bagi orang yang tak ada telefon canggih macam saya ni, kompas memang sangat penting dan menjadi barang wajib untuk dibawa bila travel terutamanya bila ke tempat / negara bukan Islam.
* Kompas ini biasanya dijual dalam 2 set iaitu kompas dan buku panduan.
* Buku panduan tu penting, jangan tertinggal/ hilangkan ye sebab di dalamnya terdapat panduan arah kiblat mengikut negara-negara /zon di serata dunia.
* Arah kiblat ialah arah matahari terbit (timur) boleh ditentukan dengan pelbagai cara. Panduan boleh rujuk di SINI.
* Pada kompas terdapat 2 anak panah/ jarum iaitu anak panah statik (arah kiblat - 0) dan jarum yang bergerak mengikut kod lokasi pilihan.
* Pada kompas terdapat 2 anak panah/ jarum iaitu anak panah statik (arah kiblat - 0) dan jarum yang bergerak mengikut kod lokasi pilihan.
* Buku panduan kiblat terdapat dwibahasa - English dan Arabic. Sesiapa yang tahu dua-dua bahasa ia adalah bonus!
* Saya ambil contoh THAILAND sebagai panduan : arah kiblat adalah di no. 8.
Cara - cara :
1. Letakkan kompas di kawasan rata. Kalau boleh elakkan berdekatan dengan objek seperti besi, sebab ia akan mengganggu accuracy (ketepatan) bacaan jarum.
2. Biarkan jarum bergerak dan kemudian pusing kompas hingga jarum kompas berhenti di no. 8 (THAILAND)
3. Tengok anak panah yang statik (di no. 0) - arah tersebut ialah arah kiblat.
Panduan ini sangat simple dan mudah. Harap-harap dapat membantu sesiapa yang ingin gunakan kompas samada semasa travel atau kat mana-mana juga.










































