Followers

Monday, April 14, 2014

Tulips Festival @ Everland and Hallim Park, Jeju

Selain melayan mata dengan cherry blossom, sempat juga kami tengok tulips di bumi K-pop, dua kali di dua lokasi berbeza iaitu Everland dan Hallim Park.

Hari ke-2 selepas kecewa melihat Nami Island yang masih 'gondol', balik guesthouse, kami buat keputusan untuk ke Everland pada esoknya. Kebetulan di Everland sedang berlangsung The Tulips Festival (21 Mac - 27 April). Jadi, peluang yang ada mana boleh dilepaskan.


Ada beberapa option untuk ke Everland iaitu :
  1. Gangnam St (line 2) or Sinbundang line, exit 5 @ 10 > take bus 5002 (travel time : 50 min)
  2. Gangbyeon St (line 2), exit 1 > take bus 5800 (travel time : 50 min)
  3. Sadang St (line 2,4 ), exit 2 @ 3 > take bus 1500-2 (travel time : 80 min)
NOTE : lain-lain option boleh rujuk di SINI

Kami pilih option 1 : Dari Itaewon St (line 6), transfer line at Sindang St (line 2) and stop at Gangnam St, exit 10.

Direction to bus stop from Gangnam st, exit 10. Harga tambang bus lupa, tapi boleh bayar guna T-money.
Gangnam - kawasan di sini penat membangun, bangunan semua tinggi-tinggi belaka. Orang lain sibuk nak pergi kerja, kami pulak sibuk mencari bus nak ke Everland. Perjalanan untuk sampai ke Everland hampir 1 jam, jadi sempatlah kami layan mata kejap. haha. Bas 5002 akan membawa kita terus ke hentian akhir iaitu di Everland. Turun bas dan ambil free shuttle bus untuk terus ke main entrance Everland. Boleh beli tiket di booth ticket khas untuk foreigner, daily pass 32,000 won/person.
Bunga tulip menyambut kami di pintu masuk Everland. Sementara banyak pokok-pokok yang masih togel dan malu-malu nak keluarkan putik bunga.
Sementara tunggu kawan-kawan naik T-express, sempat layan petunjukan dan naik cable car. Boleh nampak seluruh Everland dari atas!
Banyak pokok yang masih tak berdaun. Masuk ke taman rosepun pokok togel.

Jom layan bunga-bunga yang terdapat di Tulips Festival, Everland. Kami pergi seminggu selepas festival ini bermula. Kebanyakan bunga masih belum kembang dan ada setengah taman yang masih belum dibuka. Sementara tunggu rezeki nak ke Keukenhof Garden macam John, kita layanlah tulip kat Korea dulu....

Lebah dan bunga memang tak dapat dipisahkan
Tak pasti nama bunga apa, tapi warnanya sangat menarik!
Dari jauh dah nampak bunga yang melambai-lambai. Angin sepoi-sepoi bahasa dan sejuk! Memang nyaman suasana hari tu walaupun hakikatnya panas terik!
Ada warna merah
Merah dan putih...
dan saya paling suka yang ni, nampak classic!  
purple pun ada
Semua warna-warna tulips ni menarik hati!
Ada lagi - tak pastilah ada berapa jenis tulips kat sini
Ok, ni yang terakhir... kang ada yang muntah pulak tengok bunga banyak-banyak.


Kebetulan kami pergi pada akhir Mac dan menghampiri April. Bulan Mac ialah bulan tulip di Hallim Park dan April pula bulan untuk Cherry Blossom. Rezeki kami... dapat tengok dua-dua bunga sekaligus. 

Tempat pertama yang kami terjah selepas sampai di Jeju-si, perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan jarak sejauh 33 km.
Sekitar Water Woman Garden, Hallim Park
Tulips Festival @ Water Woman Garden
Merata-rata tempat bunga tulip
Baru lepas kena siram ye, bukan embun
Tulip putih yang dah kembang. Lawa juga tengok bunga yang kembang. Biasa tengok yang kuncup je
Banyak bunga yang dah kembang. Maklumlah dah di akhir musim
Kreatif, ada patung-patung comel disebalik bunga-bunga

note : Lepas ni nak ke Chiang Mai pulak untuk tengok tulips, tak pun terus ke Eropah lah! Woha!!

Thursday, April 10, 2014

Seoul - Jeju - Busan : All about foods

Sebelum ke Korea, masa tengah merangka iti dengan Cha Eung Sang, dia tanya nak cuba tak makanan-makanan di Korea? Saya kata, asalkan halal bolehlah kita cuba! Maklumlah masa 1'st trip memang kami bawak makanan sendiri. Selain cherry blossom, JJCM juga antara highlights dalam trip kami. Laju je masing-masing telan. Haha. 

Hasilnya....

* Misi singgah di JHolic Cafe tercapai - part ni Cha Eung Sang 'curang' dengan Kim Tan
* Ada orang dah jatuh hati dengan Daboki - pantang jumpa gerai/kedai jual daboki mesti singgah beli.
* Misi nak rasa semua kopi yang dijual di mini mart tercapai! - mereka memang betul-betul penggemar kopi tegar! Saya kagum!

Tapi.... entah kenapa susu pisang memang tak boleh 'berkawan' dengan tekak saya. Rasa pisang dalam susu tu macam tak boleh masuk je dengan tekak saya. Sepanjang trip, saya hanya beli sebotol susu pisang, itupun berperisa strawberry.

Kalau ditanya, memang makanan / minum di Korea mahal. Kalau nilai diconvert ke RM boleh termenung jugak bila terkenang makan nasi gorengpun harga sampai dekat RM20. Tapi inilah kelebihan jalan beramai-ramai, bila kami ada 'tabung makan' dan boleh dikongsi bersama-sama. Dan paling BEST, trip kali ni saya tak payah jadi bendahari! Hehe.

Apapun layan gambar-gambar makan kami sepanjang trip.

Daboki and coffee @ Gangshon Rail Bike

Note : Kedua-duanya terdapat di hentian sementara rail bike. Hanya ada sebuah gerai kecil menjual daboki, kopi, aiskrim etc di situ. Kata mereka yang makan, sedap! Sebab pedas gila daboki tu. Saya rasa hujung lidahpun dah meleleh air mata. How?
 Yoogane Restaurant, Myeongdong

Price : Marinated Seafood fried rice 5,500 won/set & seafood pancake 15,000 won/set 
Note : Ni restoran biasa korea. Memang ada dijual daging etc. Since, ramai orang Malaya (muslim) yang dah singgah makan di sini, jadi yakin untuk singgah ke sini juga. Dengan syarat hanya order nasi goreng seafood dan pancake seafood. Uniknya restoran ini ialah nasi goreng di masak di depan kita. Rasa memang sedap, ala-ala nasi goreng 'bodoh' je, tapi entah apa bahan yang diaorang guna sampai jadi sedap! Dan side-dish  seperti kimchi dan salad disediakan percuma, boleh tambah-tambah lagi.
Nasi goncang @ Nami Island 

Price : Marinated Seafood fried rice 5,500 won/set & seafood/ kimchi pancake 10,000 won/set
Note : Antara restoran halal di Nami. Menu utama ialah nasi goncang. Nasi dicampur kimchi dan telur dimasak dan lepas tu kita kena goncang sendiri. Kami order satu bekas sorang nasi goncang dan makan bersama kimchi & seafood pancake. Kenyang gila!
Strawberry @ Seoul & Jeju-si
Price : 5,000 won/ box
Note : Kalau ke Korea, jangan lupa beli strawberry. Saiznya besar dan sangat manis!
Ice cream @ Everland, Busan & Nami Island

Price : 2,000 won / cone
Note : Jangan kata budak-budak saja yang suka makan aiskrim, kami yang tua ni pun terliur kalau tengok aiskrim yang sedap dan menggoda macam ni. Makan waktu sejuk-sejuk lagi best sebab aiskrim lambat cair.
Churos @ Everland & Namsan Tower

Price : 3,500 - 5,500 won / pieces
Note : Kami cuba di dua lokasi berbeza. Tapi yang djual di Namsan Tower lagi sedap dan lembut. Tambah pulak yang diletak perisa/ serbuk cinnamon. Yang ada aiskrim tu harganya berbeza.
Ikan bakar Dongdaemun

Price : 7,000/ person, 7 orang makan untuk 3 set ikan bakar
Note : Ramai betul orang Malaya yang singgah makan di sini, sampaikan taukeh dah tahu menu apa yang nak diorder untuk kami. Rasa ikannya lembut dan rasa secukupnya. Walaupun banyak tulang, tapi semuanya lembut. Harga 1 set biasa 11,000won boleh makan untuk 2 orang. Kami ber'7 order 3 set dapat sekali dengan side-dish total semua dalam 49,000won.
Street foods near Namdaemun

Price : 2,000 won / box
Note : Banyak jual di tepi jalan di sekitar Namdaemun dan Dongdaemun. Saya cuba kuih ikan tu. Rasanya macam waffle. Ada 2 perisa - kacang merah dan kaya. Dua-dua sedap. Lagi sedap bila makan panas-panas!
16000 string @ Namdaemun market

Price : 5,000 - 7,000 won / box
Note : Kuih yang dibuat daripada madu dan di dalamnya ada inti kacang / hazel / coklat / green tea. Rasanya bolehlah. Tapi sebenarnya seronok tukang jual buat demo. Siap cakap melayu! Kalau kat Ganu, ada satu kuih tradisional dipanggil 'Semang' - warna pink dan ada tepung di dalamnya. Kalau masuk dalam mulut satu ketul, tak boleh buka mulut sampai kuih tu cair sepenuhnya dalam mulut. Kalau tak, confirm mulut tersembur keluar tepung. :)
Fruities ice blended 


Price : 3,000 - 4,000 won
Note : bersepah kedai jual ice blended kat Korea. Semua sedap sebab rasa buah-buahan
Variety of coffee


Price : 2,000 - 3,000 won 
Note : Banyak jual kat 7 eleven dan mini market. Memang heaven untuk penggemar kopi. Orang Korea memang kreatif, jual kopi pun packaging comel. GBS semuanya peminat kopi, kecuali saya. Jadi setiap kali singgah kedai wajib beli kopi ni. Cuba semua flavor.
Mango Six Cafe, The Heirs drama location @ Gangnam

Note : Kata mereka yang pergi ke sini, rasa kopi dan airnya biasa-biasa saja. Cumanya puas hati sebab  dapat tengok gambar Kim Tan kat cafe ni. Hiks (kami berpisah, sebab saya pergi Namsan Tower)
Hello Kitty Cafe' @ Hongdae

Price :
Caramel waffle 3,000 won, Choco Banana waffle 3,500 won, coffee/ tea 4,000 - 5,000 won, jus @ yogurt drinks 
4,500 - 5,500 won
Note : Cafe yang sangat comel. Kopinya juga sedap. Dan saya suka Manggo Yogurtnya. 
Paris Baguette

Note : Varieties of breads, cakes and water. Harga bergantung pada apa yang dibeli. 
Jeju's oranges and chocolates 

Price :
Oren ikut harga semasa 2,000 - 
3,000 won / biji
Coklat jeju 10,000 won / 6 kotak (boleh campur pelbagai perisa)

Note : Orang kata kalau ke Jeju mesti rasa limau Jeju. Kami beli, tapi limau yang gabak tu masam! Tapi bila beli limau yang kecik-kecik - boleh makan kulit sekali, rasanya sangat manis dan sangat baik untuk sapa yang ada masalah penghadaman sebab lepas makan terus carik tiolet! Hihi. 
Sotong Bakar gergasi @ Busan & Seopjikoji, Jeju Island
Price :  Kiri - Busan 5
,000 won/ ekor
Kanan - 
Seopjikoji, Jeju Island 8,000 won/ ekor
Note : Saiz sotongnya memang besar. Macam sotong kurita, tapi walaupun besar, isinya sangat lembut dan manis. Yang paling sedap, sotong yang dijual di Busan tu.
Grilled mackerel @ seafood restaurant in Ilchulbong, Jeju


Price : 50,000 - 55,000 won / set
Note : Ikan bakar yang kami makan di salah sebuah restoran sekitar Ilchulbong. Sekitar kawasan ni memang banyak restoran tempatan, samada berani atau tak saja nak cuba. Since kami pernah baca ada orang Malaya yang pernah singgah di sini, jadi kami berani nak mencuba. Itupun selepas diajukan dengan pelbagai soalan dan kami yakin restoran ini menjual makanan seafood saja. 
Vegetarian restaurant @ The Loving Hut, Jeju-si

Price : 50,000 - 55,000 won / set
Note : Satu lagi option untuk mencari makanan ialah mencuba makanan vege. Semua makanan di sini berunsurkan sayur dan kebanyakannya menggunakan sayur dan bahan ornagik. Wah! Sangat baik untuk kesihatan. Boleh baca info di SINI
Shrimp Burger @ The Lotteria fast food reataurant

Price : 3,200 won / burger

Note : Lotteria bersepah-sepah di Korea. Yang kami makan ialah di sekitar Ilchulbong. Kami beli burger sebijik saja tak ambil set pun. 
Coklat ketuk @ Seoul & Busan

Price : 2900 - 3000 won / biji
Note : Coklat inipun banyak di jual di mana-mana. Coklatnya bulat dan keras sebab kalau nak makan kena ketuk dulu dengan penukul. Kalau dah nama coklat mestilah sedap kan?
Nasi korea ni kira antara menu wajib kami kalau tak jumpa mana-mana kedai yang sesuai untuk singgah makan. Nasi panas, balut dengan seaweed, letak sambal bilis dan ngap! Memang terbaiklah!

Wednesday, April 09, 2014

Seoul - Jeju - Busan : selfoot CHECKED!

Niat hati nak tayang gambar selfie berjemaah, tapi bila tengok muka tak segebu dan semulus orang Korea, lebih baik simpan je gambar-gambar tu kemas-kemas. Haha. Jadi sebagai penganti gambar selfie, meh saya kongsikan selfoot pictures kat tempat-tempat yang sempat disinggahi sepanjang trip kali ni. Walaupun tak semua tempat sempat ambil gambar 'kaki' (kadang-kadang terlupa).

Seoul subway, tempat yang bisa buat 'skru' lulut kami longgar! - CHECKED!
Gangshon Rail  Bike, Running Man variety show location in ep. 144 - CHECKED!
Group picture - CHECKED!
Nami Island - CHECKED!
Everland, Tulips Festival - CHECKED!
Seoul City - CHECKED!
Namsan Tower, Seoul - CHECKED!
Hallim Park - CHECKED!
Windmill in Jeju Island - CHECKED!
Cheonjiyeon Waterfall, Seogwipo-si - CHECKED!
Oedolgae, Jewel in the Palace film shot - CHECKED!
Jeju cherry blossom park somewhere in Seogwipo - CHECKED!
Group picture before hiking Mt. Hallasan using Eorimok Trail - CHECKED!
Snow in Mt. Hallasan - CHECKED!
Mt. Hallasan, after three hours hiking - CHECKED!
Mt. Hallasan, trio picture, everybody with their own style! - CHECKED! 
Seongsan Illchulbong peak, early morning hiking to the top of the peak - CHECKED!
Seopjikoji, All In film shot - CHECKED!
Wild cherry blossom along the road in Jeju - CHECKED!
The 52'nd Jinhae Cherry Blossom Festival - CHECKED!
Cherry blossom, my 3'rd last pictures out of 2189 pictures of this trip! - CHECKED!

Tuesday, April 08, 2014

Misi memburu cherry blossom di bumi K-Pop

* Lama blog ini terabai, hampir sebulan kot. Sejak kehilangan MH370, mood untuk menulis juga 'hilang' bersama MH370. Apapun doakan yang terbaik. Jauh di sudut hati saya masih menyimpan harapan untuk keselamatan mereka walaupun PM Malaysia sudah mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. Selagi semua misteri belum terjawab, harapan masih ada dan doa adalah perkara terbaik selain dari usaha yang tak putus-putus dari semua pihak.


Berbalik pada realiti.... Alhamdulillah, dah selamat berada di Tanah Malaya. Kali ini dalam tempoh yang terhad dapat juga cover beberapa tempat sekaligus : KL - Seoul - Jeju - Busan - KL. Peww!! Penat yang amat! 3 minggu tak menjenguk opis (berkursus BTN + berjalan) apalah agaknya keadaan meja saya nanti. Adeh... tak sabar nak menghabiskan baki sebulan lagi ni!

Trip terakhir dengan GBS dan untuk tahun ini. Lepas ni kena duk diam-diam. Highlight untuk trip kali ni adalah memburu cherry blossom di bumi K-Pop tercapai. Walaupun kecewa di Seoul sebab bunga belum kembang. Nangis tengok pokok-pokok yang masih togel! Dan kecewa berganda-ganda bila kali kedua menjejak Nami Island tengok pokoknya masih togel. Haishh! Tapi semuanya terubat bila kami menjejak Jeju dan Busan. Di mana-mana cherry blossom berkembang mekar! Sangat cantik! Kami sampai di Busan semasa kemuncak festival cherry blossom : Jinhae Cherry Blossom Festival (1-10 April 2014) - The biggest cherry blossom festival in Korea. Rezeki kami, walaupun sekejap saja di Busan kiranya ia betul-betul mengubat kecewa kami.

Lepas ni Seoul bukan lagi termasuk dalam list tempat yang ingin dikunjungi - serik dah nak mengejar subway terutamanya stesen transfer yang jauh nak menapak tu. Kalau singgah di Seoul pun mungkin singgah untuk ke Sokcho saja, sebab tak puas lagi nak jelajah seluruh tempat di Sokcho dan Sorak San. Yang pasti mahu repeat ke Busan sebab banyak tempat-tempat di sekitar Busan yang tak sempat di singgahi. Jadi kalau ada rezeki (bila tu Wallahualam), InsyaAllah akan ke Busan lagi.

Kagum berada di negara maju seperti Korea. Semuanya moden dan yang pasti ia sebuah negara yang bersih! Kagum melihat bagaimana sikap menjaga kebersihan dipupuk dalam setiap diri rakyat mereka. Ini antara nilai yang patut menjadi contoh rakyat Malaysia. Tambahan kita adalah negara Islam yang sememangnya menitik beratkan isu kebersihan. Negara bukan Islam mampu memupuk sifat menjaga kebersihan, negara kita juga patut jadi begitu. Cuma, kena 'tune' sikit mentaliti pembersih dalam setiap diri rakyat Malaysia. Bukankah semua agama juga menitikberatkan kebersihan?

Satu perkara lagi yang buat saya kagum dengan Korea ialah keramahan dan kesopanan rakyatnya. Nampaknya nilai menghormati orang yang lebih tua sangat tinggi dalam diri mereka. Menaiki subway, dalam keadaan yang sesak, tempat duduk yang dikhaskan untuk warga tua tetap kosong walaupun tiada warga tua di dalamnya. Agak-agak kalau di Malaya macamana ye?? Warga tua khasnya memang terkenal dengan sifat ramah. Ke mana kami pergi, mesti ada yang menyapa dan menolong. Jumpa orang Malaya sendiri di bumi Koreapun belum tentu kami disapa, tapi orang asing boleh berbuat begitu.

Melihat tempat orang, melihat pemandangan ciptaan Allah dan kebesaranNya, buat saya bersyukur beribu kali - diberi kesempatan waktu untuk melihat bumi Allah yang luas ini. Walaupun ada sedikit kesukaran untuk bersolat, tapi ia buat saya bersyukur dilahirkan di Malaysia dan syukur dipilih sebagai seorang Muslim. Pernah kami disapa oleh beberapa orang asing yang berniat ingin mengajak kami mendekati agama mereka. Syukur juga ada ilmu walaupun masih cetek, jadi bolehlah kami menjawab secara berhemah. Sebab Islam menuntut kami menghormati semua agama, jadi itulah yang kami praktikkan.

Apapun walau semaju dan semoden mana tempat orang, sememangnya tak dapat dibandingkan dengan negara sendiri walaupun semuanya biasa-biasa saja. Meningalkan Tanah Malaya buat saya rindukan banyak perkara.... rindu berbual dengan mak setiap malam - terima kasih pada WhatsApp dapat juga melepaskan rindu di situ, rindukan alunan azan saban waktu - alunan azan Isyak di masjid Seoul, Itaewon mengubat kerinduan. Alunan azannya sangat lunak dan sayu! Dan sudah pasti rindu pada masakan Malaya, dan banyak lagi perkara yang saya rindukan berada di Malaya. Sungguh ia tak dapat menandingi berada di negara sendiri!

Untuk trip kali saya tak berniat nak menulis travelogue atau travel notes. Saya yakin dah terlalu ramai orang kita sudah menjejak kaki ke bumi Korea dan ia bukanlah 'cerita' baru lagi. Apapun layan beberapa gambar kami bercherry blossom di bumi K-Pop! Kali ni bukan main GBS berselfie bagai! Buang tebiat sungguh, but it was fun when you do something 'crazy' with your good friends!

Yoshino Cherry Blossom Garden @ Hallim Park, Jeju
Di sekitar taman berhampiran Oedolgae
Cherry blossom kembang mekar di sepanjang jalan di Jeju
Jinhae Cherry Blossom Festival, Busan
Lagi di sekitar Jinhae - masa kami datang boleh dikatakan seluruh bandar Jinhae dilitupi oleh cherry blossom. Pemandangan memang wow! Tapi saya tak mampu nak tunjukkan kecantikan bunga ini dalam gambar. Maklumlah amatur. huhu.

Nak tau siapa sambut kami di Incheon airport?


Kim Tan uols!!!

Tergolek-golek masing-masing dapat tengok Kim Tan live!

Nak tahu cerita lanjut boleh rujuk entry peminat tegar Kim Tan dari makwe Kim Tan, Cha Eung Sang!!