Selain melayan mata dengan cherry blossom, sempat juga kami tengok tulips di bumi K-pop, dua kali di dua lokasi berbeza iaitu Everland dan Hallim Park.
Hari ke-2 selepas kecewa melihat Nami Island yang masih 'gondol', balik guesthouse, kami buat keputusan untuk ke Everland pada esoknya. Kebetulan di Everland sedang berlangsung
The Tulips Festival (21 Mac - 27 April). Jadi, peluang yang ada mana boleh dilepaskan.
Ada beberapa option untuk ke Everland iaitu :
- Gangnam St (line 2) or Sinbundang line, exit 5 @ 10 > take bus 5002 (travel time : 50 min)
- Gangbyeon St (line 2), exit 1 > take bus 5800 (travel time : 50 min)
- Sadang St (line 2,4 ), exit 2 @ 3 > take bus 1500-2 (travel time : 80 min)
NOTE : lain-lain option boleh rujuk di
SINI
Kami pilih option 1 : Dari Itaewon St (line 6), transfer line at Sindang St (line 2) and stop at Gangnam St, exit 10.
|
Direction to bus stop from Gangnam st, exit 10. Harga tambang bus lupa, tapi boleh bayar guna T-money. |
|
Gangnam - kawasan di sini penat membangun, bangunan semua tinggi-tinggi belaka. Orang lain sibuk nak pergi kerja, kami pulak sibuk mencari bus nak ke Everland. Perjalanan untuk sampai ke Everland hampir 1 jam, jadi sempatlah kami layan mata kejap. haha. Bas 5002 akan membawa kita terus ke hentian akhir iaitu di Everland. Turun bas dan ambil free shuttle bus untuk terus ke main entrance Everland. Boleh beli tiket di booth ticket khas untuk foreigner, daily pass 32,000 won/person. |
|
Bunga tulip menyambut kami di pintu masuk Everland. Sementara banyak pokok-pokok yang masih togel dan malu-malu nak keluarkan putik bunga. |
|
Sementara tunggu kawan-kawan naik T-express, sempat layan petunjukan dan naik cable car. Boleh nampak seluruh Everland dari atas! |
|
Banyak pokok yang masih tak berdaun. Masuk ke taman rosepun pokok togel. |
Jom layan bunga-bunga yang terdapat di Tulips Festival, Everland. Kami pergi seminggu selepas festival ini bermula. Kebanyakan bunga masih belum kembang dan ada setengah taman yang masih belum dibuka. Sementara tunggu rezeki nak ke Keukenhof Garden macam
John, kita layanlah tulip kat Korea dulu....
|
Lebah dan bunga memang tak dapat dipisahkan |
|
Tak pasti nama bunga apa, tapi warnanya sangat menarik! |
|
Dari jauh dah nampak bunga yang melambai-lambai. Angin sepoi-sepoi bahasa dan sejuk! Memang nyaman suasana hari tu walaupun hakikatnya panas terik! |
|
Ada warna merah |
|
Merah dan putih... |
|
dan saya paling suka yang ni, nampak classic! |
|
purple pun ada |
|
Semua warna-warna tulips ni menarik hati! |
|
Ada lagi - tak pastilah ada berapa jenis tulips kat sini |
|
Ok, ni yang terakhir... kang ada yang muntah pulak tengok bunga banyak-banyak. |
Kebetulan kami pergi pada akhir Mac dan menghampiri April. Bulan Mac ialah bulan tulip di Hallim Park dan April pula bulan untuk Cherry Blossom. Rezeki kami... dapat tengok dua-dua bunga sekaligus.
|
Tempat pertama yang kami terjah selepas sampai di Jeju-si, perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan jarak sejauh 33 km. |
|
Sekitar Water Woman Garden, Hallim Park |
|
Tulips Festival @ Water Woman Garden |
|
Merata-rata tempat bunga tulip |
|
Baru lepas kena siram ye, bukan embun |
|
Tulip putih yang dah kembang. Lawa juga tengok bunga yang kembang. Biasa tengok yang kuncup je |
|
Banyak bunga yang dah kembang. Maklumlah dah di akhir musim |
|
Kreatif, ada patung-patung comel disebalik bunga-bunga |
note : Lepas ni nak ke Chiang Mai pulak untuk tengok tulips, tak pun terus ke Eropah lah! Woha!!
Chiang mai ada tulip jugak ke. cantiknya tulipsssss
ReplyDeleteAda ajlaa.. sempat lagi kalau nak g tengok tahun ni. hihi
Deletehttp://www.chiangmaipost.net/a502-siam-tulip-festival
perghhh...cantiknya! rasa macam nak gi tengok jugak... ^_^
ReplyDeletememang cantik, lama saya duk tilik bunga tu satu2. ^_^
DeleteSubhanallah..cantik2 sungguh bunga tulip kat sini..geram rasa nak petik semua balik jual kat malaysia hehe..sy xde kesempatan lg pi korea musim bunga..
ReplyDeleteMemang sangat cantik. err... takut tak sempat sampai Malaysia dah layu bunga tu...
Deletemata mrs dah dipenuhi tulip dengan sakura....homai membuatkan semangat lebih kuat nak menerjah time spring
ReplyDeleteJangan tak terjah MS, berbaloi-baloi. hehehe
DeleteAdoyaiiiiiiiiiiii...tulip di merata tempat..klau JM tahu yg tulip ni muncul pada akhir mac - april...hai perlu rancang betul tuk trip akan datang..nk betulip jugak...CANTIk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteBoleh buat wallpaper..teknik ambik gambar pun marbeles
JM, nanti nak g Bangkok kan? Kat sana pun ada tulip tau :)
Deleteboleh tahu tak festival tulip ni setiap tahun memang tarikh dia sampai 27 hb 4 atau berubah? bila masa sakura blossom kembang mekar ye , thank you
ReplyDeleteboleh tahu tak festival tulip ni setiap tahun memang tarikh dia sampai 27 hb 4 atau berubah? bila masa sakura blossom kembang mekar ye , thank you
ReplyDelete