Sebelum ke Korea, masa tengah merangka iti dengan
Cha Eung Sang, dia tanya nak cuba tak makanan-makanan di Korea? Saya kata, asalkan halal bolehlah kita cuba! Maklumlah masa 1'st trip memang kami bawak makanan sendiri. Selain cherry blossom, JJCM juga antara highlights dalam trip kami. Laju je masing-masing telan. Haha.
Hasilnya....
* Misi singgah di JHolic Cafe tercapai - part ni Cha Eung Sang 'curang' dengan Kim Tan
* Ada orang dah jatuh hati dengan Daboki - pantang jumpa gerai/kedai jual daboki mesti singgah beli.
* Misi nak rasa semua kopi yang dijual di mini mart tercapai! - mereka memang betul-betul penggemar kopi tegar! Saya kagum!
Tapi.... entah kenapa susu pisang memang tak boleh 'berkawan' dengan tekak saya. Rasa pisang dalam susu tu macam tak boleh masuk je dengan tekak saya. Sepanjang trip, saya hanya beli sebotol susu pisang, itupun berperisa strawberry.
Kalau ditanya, memang makanan / minum di Korea mahal. Kalau nilai diconvert ke RM boleh termenung jugak bila terkenang makan nasi gorengpun harga sampai dekat RM20. Tapi inilah kelebihan jalan beramai-ramai, bila kami ada 'tabung makan' dan boleh dikongsi bersama-sama. Dan paling BEST, trip kali ni saya tak payah jadi bendahari! Hehe.
Apapun layan gambar-gambar makan kami sepanjang trip.
|
Daboki and coffee @ Gangshon Rail Bike
Note : Kedua-duanya terdapat di hentian sementara rail bike. Hanya ada sebuah gerai kecil menjual daboki, kopi, aiskrim etc di situ. Kata mereka yang makan, sedap! Sebab pedas gila daboki tu. Saya rasa hujung lidahpun dah meleleh air mata. How? |
|
Yoogane Restaurant, Myeongdong
Price : Marinated Seafood fried rice 5,500 won/set & seafood pancake 15,000 won/set
Note : Ni restoran biasa korea. Memang ada dijual daging etc. Since, ramai orang Malaya (muslim) yang dah singgah makan di sini, jadi yakin untuk singgah ke sini juga. Dengan syarat hanya order nasi goreng seafood dan pancake seafood. Uniknya restoran ini ialah nasi goreng di masak di depan kita. Rasa memang sedap, ala-ala nasi goreng 'bodoh' je, tapi entah apa bahan yang diaorang guna sampai jadi sedap! Dan side-dish seperti kimchi dan salad disediakan percuma, boleh tambah-tambah lagi. |
|
Nasi goncang @ Nami Island
Price : Marinated Seafood fried rice 5,500 won/set & seafood/ kimchi pancake 10,000 won/set
Note : Antara restoran halal di Nami. Menu utama ialah nasi goncang. Nasi dicampur kimchi dan telur dimasak dan lepas tu kita kena goncang sendiri. Kami order satu bekas sorang nasi goncang dan makan bersama kimchi & seafood pancake. Kenyang gila! |
|
Strawberry @ Seoul & Jeju-si
Price : 5,000 won/ box
Note : Kalau ke Korea, jangan lupa beli strawberry. Saiznya besar dan sangat manis! |
|
Ice cream @ Everland, Busan & Nami Island
Price : 2,000 won / cone
Note : Jangan kata budak-budak saja yang suka makan aiskrim, kami yang tua ni pun terliur kalau tengok aiskrim yang sedap dan menggoda macam ni. Makan waktu sejuk-sejuk lagi best sebab aiskrim lambat cair. |
|
Churos @ Everland & Namsan Tower
Price : 3,500 - 5,500 won / pieces
Note : Kami cuba di dua lokasi berbeza. Tapi yang djual di Namsan Tower lagi sedap dan lembut. Tambah pulak yang diletak perisa/ serbuk cinnamon. Yang ada aiskrim tu harganya berbeza. |
|
Ikan bakar Dongdaemun
Price : 7,000/ person, 7 orang makan untuk 3 set ikan bakar
Note : Ramai betul orang Malaya yang singgah makan di sini, sampaikan taukeh dah tahu menu apa yang nak diorder untuk kami. Rasa ikannya lembut dan rasa secukupnya. Walaupun banyak tulang, tapi semuanya lembut. Harga 1 set biasa 11,000won boleh makan untuk 2 orang. Kami ber'7 order 3 set dapat sekali dengan side-dish total semua dalam 49,000won.
|
|
Street foods near Namdaemun
Price : 2,000 won / box
Note : Banyak jual di tepi jalan di sekitar Namdaemun dan Dongdaemun. Saya cuba kuih ikan tu. Rasanya macam waffle. Ada 2 perisa - kacang merah dan kaya. Dua-dua sedap. Lagi sedap bila makan panas-panas! |
|
16000 string @ Namdaemun market
Price : 5,000 - 7,000 won / box
Note : Kuih yang dibuat daripada madu dan di dalamnya ada inti kacang / hazel / coklat / green tea. Rasanya bolehlah. Tapi sebenarnya seronok tukang jual buat demo. Siap cakap melayu! Kalau kat Ganu, ada satu kuih tradisional dipanggil 'Semang' - warna pink dan ada tepung di dalamnya. Kalau masuk dalam mulut satu ketul, tak boleh buka mulut sampai kuih tu cair sepenuhnya dalam mulut. Kalau tak, confirm mulut tersembur keluar tepung. :) |
|
Fruities ice blended
Price : 3,000 - 4,000 won Note : bersepah kedai jual ice blended kat Korea. Semua sedap sebab rasa buah-buahan |
|
Variety of coffee
Price : 2,000 - 3,000 won
Note : Banyak jual kat 7 eleven dan mini market. Memang heaven untuk penggemar kopi. Orang Korea memang kreatif, jual kopi pun packaging comel. GBS semuanya peminat kopi, kecuali saya. Jadi setiap kali singgah kedai wajib beli kopi ni. Cuba semua flavor. |
|
Mango Six Cafe, The Heirs drama location @ Gangnam
Note : Kata mereka yang pergi ke sini, rasa kopi dan airnya biasa-biasa saja. Cumanya puas hati sebab dapat tengok gambar Kim Tan kat cafe ni. Hiks (kami berpisah, sebab saya pergi Namsan Tower) |
|
Hello Kitty Cafe' @ Hongdae
Price : Caramel waffle 3,000 won, Choco Banana waffle 3,500 won, coffee/ tea 4,000 - 5,000 won, jus @ yogurt drinks 4,500 - 5,500 won
Note : Cafe yang sangat comel. Kopinya juga sedap. Dan saya suka Manggo Yogurtnya. |
|
Paris Baguette
Note : Varieties of breads, cakes and water. Harga bergantung pada apa yang dibeli. |
|
Jeju's oranges and chocolates
Price : Oren ikut harga semasa 2,000 - 3,000 won / biji Coklat jeju 10,000 won / 6 kotak (boleh campur pelbagai perisa)
Note : Orang kata kalau ke Jeju mesti rasa limau Jeju. Kami beli, tapi limau yang gabak tu masam! Tapi bila beli limau yang kecik-kecik - boleh makan kulit sekali, rasanya sangat manis dan sangat baik untuk sapa yang ada masalah penghadaman sebab lepas makan terus carik tiolet! Hihi. |
|
Sotong Bakar gergasi @ Busan & Seopjikoji, Jeju Island Price : Kiri - Busan 5,000 won/ ekor Kanan - Seopjikoji, Jeju Island 8,000 won/ ekor
Note : Saiz sotongnya memang besar. Macam sotong kurita, tapi walaupun besar, isinya sangat lembut dan manis. Yang paling sedap, sotong yang dijual di Busan tu. |
|
Grilled mackerel @ seafood restaurant in Ilchulbong, Jeju
Price : 50,000 - 55,000 won / set
Note : Ikan bakar yang kami makan di salah sebuah restoran sekitar Ilchulbong. Sekitar kawasan ni memang banyak restoran tempatan, samada berani atau tak saja nak cuba. Since kami pernah baca ada orang Malaya yang pernah singgah di sini, jadi kami berani nak mencuba. Itupun selepas diajukan dengan pelbagai soalan dan kami yakin restoran ini menjual makanan seafood saja. |
|
Vegetarian restaurant @ The Loving Hut, Jeju-si
Price : 50,000 - 55,000 won / set
Note : Satu lagi option untuk mencari makanan ialah mencuba makanan vege. Semua makanan di sini berunsurkan sayur dan kebanyakannya menggunakan sayur dan bahan ornagik. Wah! Sangat baik untuk kesihatan. Boleh baca info di SINI |
|
Shrimp Burger @ The Lotteria fast food reataurant
Price : 3,200 won / burger
Note : Lotteria bersepah-sepah di Korea. Yang kami makan ialah di sekitar Ilchulbong. Kami beli burger sebijik saja tak ambil set pun. |
|
Coklat ketuk @ Seoul & Busan
Price : 2900 - 3000 won / biji
Note : Coklat inipun banyak di jual di mana-mana. Coklatnya bulat dan keras sebab kalau nak makan kena ketuk dulu dengan penukul. Kalau dah nama coklat mestilah sedap kan? |
|
Nasi korea ni kira antara menu wajib kami kalau tak jumpa mana-mana kedai yang sesuai untuk singgah makan. Nasi panas, balut dengan seaweed, letak sambal bilis dan ngap! Memang terbaiklah! |
untunglah dapat geng yang boleh telan apa sahaja...saya sampai la ne tringin sgt nk try daboki tu tapi hajat tak kesmpaian huhuhu
ReplyDeletenasib baik zilla dapat geng yang semua telan je. bolehlah cuba macam2. :)
Deletexpe Zilla, kat Malaya pun ada restoran korea jual daboki. nak try? meh kita g sama2 ;)
aduhai makanan...antara semua2 tu dalam 50-60% jer saya pun makan time kat korea..hehe..
ReplyDeletelepas ni kalau Zila ke korea lagi boleh la cuba makanan yang tak sempat nak cuba tu :)
Deletewah sedapnya!terus rasa nakpi korea!hehehe sedapnya makanan kat sana....terignat2 grilled mackerel tuh....ni lg dgr dah ada lamb bbq halal pula di sini...mmg wajib terjah kalo ke sana...hehehe
ReplyDeletegrilled mackerel tu memang terbaik kan?
Deletelamb bbq? kat area Itaewon eh? byk muslim restaurant kat situ
sedp makanan depa terutama ice cream dan strawberry...
ReplyDeletemacam terasa lagi kemanisan strawberry tu!
DeleteSaya memang susah nak telan makanan Korea... yang lain2 tu ok...
ReplyDeletetolak kimchi yang masam2 tu yang lain... nasi & lauk semua saya telan. hehe
Deleteade try tak kuih yg ade inti custard kat stesen myeongdong? ape ntah nama dia. sedappppp~!
ReplyDeleteada! tapi lupa nak ambik gambo. memang sedap kuih tu. hana mojoo. entah. macam kaya ball rasanya
Deletenani...rasa nak pi korea sekali lagi dan nak cuba makanan2 tu semua... how?
ReplyDeletesis, jom! sila ajak cha eung sang. Beliau adalah duta makan GBS. hihi
Deletelapar lak tgk entry ni. nyum2. xsmpt nk cuba grilled mackerel
ReplyDeleteAjlaa, samalah, hehehe. grilled mackerel sangat sedap. isi lembut dan cair di dalam mulut. hehe
Deleteterliur mrs! rindu dengan kuih ikan tu...makan time panas-panas lagi dengan cuaca sejuk-sejuk oh sangat ohsem!
ReplyDeleteMS, kuih ikan tu ada 2 jenis inti - kacang merah dan kaya. wlpun saya suka kacang merah, tapi bila makan kuih ni, tersuka yang kaya pulak :)
ReplyDeleteHoyeee...kalau ke korea tak perlu risau lagi tentang makanan HALAL yang boleh di makan itu belum termasuk restoran halal di sekitar ITAEWON lagi..mmg takkan kebulur sediakan duit je kan..byk duit leh la mkn..kalau tak bawak tapau je heee
ReplyDeletebetul tu JM, sedia duit je. hehehe
ReplyDeletenak tanya yang busan tu boleh tahu exact location tak nak p nanti leh try ^_^
ReplyDeletefasham, maaf busan tak sempat makan2 beria. huhu
Deleteawak2 total averange habis brape
ReplyDeleteBoleh bgtau,berapa hari korang stay sana...1st kemana dulu...sebab de jeju,de nami island...
ReplyDeletesusu pisang, strawberry, coffee, bulgogi, nasi putih ...mmg suka...kimchi - out , x masuk
ReplyDelete