Followers

Monday, June 29, 2009

Bersabarlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Kata seorang teman, usah sesali sesuatu perkara lepas yang penah terjadi dalam hidup kita. Usah tangisi kesilapan atau perkara yang menyedihkan yang berlaku pada kita kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Semuanya telah ditentukan oleh yang Maha Esa. Dan segala yang berlaku telah disusun sebaiknya oleh-Nya.

Kadang-kadang, bila ditimpa musibah pasti saya akan mengeluh. Menyesal dan bersedih. Mulalah berfikir yang bukan-bukan dan menyesal.

"kenapa begini?"
"Kenapa kesudahannya harus begini?"
"Kenapa aku?"
"Kalaulah aku tak jumpa dia, mesti aku tak kecewa..."

owh... itu lumrah manusia. Sudah terkena baru menyesal. Sudah terhantuk baru terngadah. Tapi bukankah itu sudah tersurat dan ditakdirkan oleh-Nya? Dan sebagai umat-Nya kita haruslah sentiasa redha dengan dugaan yang telah diuji kepada kita.
Bila berbicara dengan teman tentang kisah-kisah lama yang menyedihkan, pastinya akan terbit rasa sesal. Kata teman lagi,

"Jangan begitu, kalau kamu bersamanya pasti tak akan ada pertemuan dengan dia. Sepatutnya kamu berterima kasih dengannya kerana di sebalik perpisahan berlaku pula satu pertemuan yang lain. Mungkin juga lebih manis! Itukan satu hikmah juga...."

Ada betulnya kata-kata teman itu. Sepatutnya saya bersyukur kerana di sebalik perpisahan dulu berlaku satu pertemuan baru. Walaupun masih kabur jalannya, tapi ia tetap satu pertemuan yang manis. Jadi, jika diuji dengan kesedihan, bersabarlah.... kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itu pasti!!!

"KADANG-KADANG KITA MENYESAL DENGAN TAKDIR YANG TELAH TERSURAT PADA KITA.... TAPI HAKIKATNYA ITULAH SURATAN YANG TERBAIK UNTUK KITA"

Wednesday, June 24, 2009

Percutianku musnah

Ini entry sedih...
percutianku musnah gara-gara H1N1
minggu lepas, flight KL-Kuching, MH2504, 19 Jun 2009 disahkan ada pembawa H1N1
setelah mendapat panggilan kami bertiga ke PK Putrajaya, check up
serta merta dikuarantin 1 minggu... 20-26 Jun 2009
seterusnya memusnahkan rancangan percutian ke Sipadan
kerana tempoh penerbangan saya masih dalam tempoh kuarantin
kami tak dibenarkan ke mana-mana, hanya duduk di rumah
nama-nama kami juga telah disenarai antara orang yang dikuarantin

petang, mendapat panggilan dari PK Putrajaya menyatakan maklumat sebelumnya tidak sahih dan mereka masih dalam siasatan
jadi perintah kuarantin ditarik semula...
owh! saya masih berpeluang meneruskan percutian!!!

malam, sekali lagi mendapat panggilan dari PK Putrajaya menyatakan memang sah pesawat yang kami naiki ada pembawa H1N1 dan saya serta merta tidak dibenarkan meneruskan penerbangan ke mana-mana destinasi!
sekali lagi kesedihan dan mematikan impian percutian saya!!!
sudah tidak ada mood meneruskan percutian
seperti terlalu banyak halangan

hati saya sudah berbelah bagi samada meneruskan percutian @ tidak
mujur ada ibu, penguat semangat
Kata ibu, pasti ada hikmah disebaliknya. Kita hanya merangcang, Dia yang menentukan segala-galanya
saya redha... walaupun sedikit kecewa!

Sungguh!! ini antara impian saya!
sudah lama berimpian menyelam di dasar laut Sipadan
dan pastinya tidak setanding menyelam di Redang, Perhentian, Kapas, Tioman dan Payar seperti yang telah saya lakukan sebelum ini!
Pasti Sipadan lebih menarik!
Itu saya akui kerana kunjungan saya ke Sipadan sebelum ini amat menarik!
Pulau itu sangat cantik terutamanya hidupan di dasarnya!
Dan rasanya... impian tu hanya tinggal impian saja kot..
ermm... entahlah...
sudah hilang mood untuk diving lagi...

Tapi... kuasa tuhan, tiada siapa yang mampu menghalang
saya anggap ada hikmah disebalik semua ini
Dalam sujud, saya berdoa... " jika ada hikmah disebaliknya, tunjukkan saya kekuasaan-Nya"
walaupun doa itu seakan-akan saya tidak redha dengan takdirnya, tetapi saya mahukan petunjuk-Nya bagi memujuk dan menenangkan hati saya!

Jadi, teman-teman meneruskan percutian tanpa saya
dan saya hanya mampu menghantar mereka di muka pintu
pagi penerbangan.. saya mendapat khabar menyatakan teman-teman terlepas penerbangan ke Tawau!
owh... rupa-rupanya itu hikmahnya!
Doa saya didengari oleh-Nya
bermakna, jika saya melawan takdir-Nya, pasti saya senasib dengan teman-teman.
dan mungkin juga di tahan oleh pihak berkuasa kerana saya masih dalam tempoh kuarantin
saya bersimpati dengan nasib teman-teman, terpaksa membeli tiket baru bagi meneruskan percutian
yang pasti paling bersimpati dengan nasib diri sendiri! hahahaha!!!

jadi, saya masih di sini
meneruskan percutian sendirian di rumah
melayan perasaan dan bermalas-malas
terfikir-fikir bagaimana Mr. Superman mampu menghabiskan masa tanpa berbuat apa-apa??
owh... sangat tidak sihat!!!
sangat tidak suka situasi begini!
walaupun menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti pakej rangsangan minda pertama, tapi ia tidak mampu memujuk hati...
Sangat SEDIH!!!

psst... selamat berbuka puasa!
saya berbuka dengan cik nilly & teman sekuarantin a.k.a cik jiran sebelah yang sangat pandai memasak di BASER!
nasi berianinya sangat sedap!!!

Tuesday, June 23, 2009

Penangan H1N1

Rentetan dari kisah kembara di Bumi Kenyalang
Semalam dapat call dari Airport MAS di Kuching
katanya flight kami KL-Kuching, MH2504, 19 Jun 2009, ada pembawa H1N1
sangat terkejut!!!
jadi hari ini kami ke Hospital Putrajaya, check up
kes pertama dari penerbangan kami
Alhamdulillah, -ve H1N1
dan...
dapat MC 1 minggu, kuarantin dan duduk di rumah saja
tapi...
esok saya hendak terbang lagi! ke Tawau!
camne ni???
sangat buntu dan susah hati
di persimpangan antara meneruskan percutian @ tidak
buntu membuat keputusan! 50/50!
kata ibu, ikut kata hati dlm membuat keputusan
kata ayah, jangan pergi
kata seorang teman, jgn pergi jugak. Duduk di rumah saja!
kata GBS, kalau duk rumah tu SUNAT je, pergi la
kata boss, don't worry... just go!
kata kawan-kawan yang lain, pergi @ tak??? ikut kata hati....
owh... susahnya!!!!

~ di Sarawak~

~ kena kuarantin di Hospital Putrajaya ~


Jadi sebagai memujuk hati masing-masing kami MAKAN!
bantai Big apple & aiskrim magnum!
sangat sedap!
ini juga perangsang okey!

~ muka-muka orang yang dikuarantin ~


Jadi,
kepada sesiapa yang ingin terbang ke mana-mana berhati-hatilah
virus ini boleh menyerang sesiapa saja
Informasi tentang H1N1 juga ada di sini

Monday, June 22, 2009

Sarawak, Bumi Kenyalang

Antara gambar-gambar semasa di Bumi Kenyalang
banyak...
tapi... saya hanya mau kongsikan gambar ini saja. hiks

Thursday, June 18, 2009

Aimar Char kuay teow

Ehem... ehem...
dah malas la cerita pasal cinta dah
macam2 spekuan pulak muncul
kata aku bercinta la
aku mengejar cinta la
nan ado...
hakak bebas dari mane2 bahana percintaan hokey!

jadi hari ni, sebelum tinggalkan blog ni sementara waktu
nak bercerita pasal makan lah
mestilah dengan dengan GBS
walaupun tanpa kehadiran ketua GBS yang berada di kg halaman dan Bonda yang balik kg

hanya ber-3 saja
bab-bab makan ni kite serahkan pada cik nilly selaku biro makanan
kali ni cik nilly bawak kitaorg ke AIMAR CHAR KUAY TEOW, di TTDI Shah Alam
katanya char kuay teow kat sana sedap
walaupun hakikatnye aku tak makan char kuay teow
tapi dek kerana hasutan hebat cik nilly... terpengaruh jugak akhirnya

erm... memang sedap!
so, suggesi kepada siapa yang suka char kuay teow
silalah berkunjung ke sini
sangat sedap! keropok lekornya juga sedap..