Followers

Wednesday, June 24, 2009

Percutianku musnah

Ini entry sedih...
percutianku musnah gara-gara H1N1
minggu lepas, flight KL-Kuching, MH2504, 19 Jun 2009 disahkan ada pembawa H1N1
setelah mendapat panggilan kami bertiga ke PK Putrajaya, check up
serta merta dikuarantin 1 minggu... 20-26 Jun 2009
seterusnya memusnahkan rancangan percutian ke Sipadan
kerana tempoh penerbangan saya masih dalam tempoh kuarantin
kami tak dibenarkan ke mana-mana, hanya duduk di rumah
nama-nama kami juga telah disenarai antara orang yang dikuarantin

petang, mendapat panggilan dari PK Putrajaya menyatakan maklumat sebelumnya tidak sahih dan mereka masih dalam siasatan
jadi perintah kuarantin ditarik semula...
owh! saya masih berpeluang meneruskan percutian!!!

malam, sekali lagi mendapat panggilan dari PK Putrajaya menyatakan memang sah pesawat yang kami naiki ada pembawa H1N1 dan saya serta merta tidak dibenarkan meneruskan penerbangan ke mana-mana destinasi!
sekali lagi kesedihan dan mematikan impian percutian saya!!!
sudah tidak ada mood meneruskan percutian
seperti terlalu banyak halangan

hati saya sudah berbelah bagi samada meneruskan percutian @ tidak
mujur ada ibu, penguat semangat
Kata ibu, pasti ada hikmah disebaliknya. Kita hanya merangcang, Dia yang menentukan segala-galanya
saya redha... walaupun sedikit kecewa!

Sungguh!! ini antara impian saya!
sudah lama berimpian menyelam di dasar laut Sipadan
dan pastinya tidak setanding menyelam di Redang, Perhentian, Kapas, Tioman dan Payar seperti yang telah saya lakukan sebelum ini!
Pasti Sipadan lebih menarik!
Itu saya akui kerana kunjungan saya ke Sipadan sebelum ini amat menarik!
Pulau itu sangat cantik terutamanya hidupan di dasarnya!
Dan rasanya... impian tu hanya tinggal impian saja kot..
ermm... entahlah...
sudah hilang mood untuk diving lagi...

Tapi... kuasa tuhan, tiada siapa yang mampu menghalang
saya anggap ada hikmah disebalik semua ini
Dalam sujud, saya berdoa... " jika ada hikmah disebaliknya, tunjukkan saya kekuasaan-Nya"
walaupun doa itu seakan-akan saya tidak redha dengan takdirnya, tetapi saya mahukan petunjuk-Nya bagi memujuk dan menenangkan hati saya!

Jadi, teman-teman meneruskan percutian tanpa saya
dan saya hanya mampu menghantar mereka di muka pintu
pagi penerbangan.. saya mendapat khabar menyatakan teman-teman terlepas penerbangan ke Tawau!
owh... rupa-rupanya itu hikmahnya!
Doa saya didengari oleh-Nya
bermakna, jika saya melawan takdir-Nya, pasti saya senasib dengan teman-teman.
dan mungkin juga di tahan oleh pihak berkuasa kerana saya masih dalam tempoh kuarantin
saya bersimpati dengan nasib teman-teman, terpaksa membeli tiket baru bagi meneruskan percutian
yang pasti paling bersimpati dengan nasib diri sendiri! hahahaha!!!

jadi, saya masih di sini
meneruskan percutian sendirian di rumah
melayan perasaan dan bermalas-malas
terfikir-fikir bagaimana Mr. Superman mampu menghabiskan masa tanpa berbuat apa-apa??
owh... sangat tidak sihat!!!
sangat tidak suka situasi begini!
walaupun menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti pakej rangsangan minda pertama, tapi ia tidak mampu memujuk hati...
Sangat SEDIH!!!

psst... selamat berbuka puasa!
saya berbuka dengan cik nilly & teman sekuarantin a.k.a cik jiran sebelah yang sangat pandai memasak di BASER!
nasi berianinya sangat sedap!!!

No comments:

Post a Comment