Followers

Monday, January 14, 2013

Pre-GBM 1 : Broga Hill

Salah satu matlamat 2013 adalah mahu 'cabar diri' dengan melakukan aktiviti diluar kemampuan dan kebiasaan diri. Jadi untuk permulaannya kita belajar daki bukit dulu kan?

Sunday, January 13, 2013

Gunung Kidul Part Vl : Homestay Desa Wisata Pesona Purba

Hari ketiga : 23/12/2012 : Ahad ~ sambungan lagi

Gunung Api Purba : pemandangan dari beranda rumah Pak Mursidi
Sampai di homestay iaitu di rumah Pak Mursidi, kami disambut oleh isteri Pak Mursidi (lupa nama ibu). Bilik kami terletak di tingkat 2, siap ada beranda tu. Seronok betul dengan suasana kampung di sini. Suhu kat sini sejuk sangat, maklumlah rumah tepi gunung. Kami terus mandi dan bersiap. Sempat lagi isteri Pak Mursidi hidangkan kami teh panas, keropok beras dan kacang tanah. Memang makan tak ingat dunia masing-masing. Kelaparan sebab kesejukan. haha.

Selepas maghrib, kami diajak dinner. Walaupun lauk pauk yang disediakan simple, tapi sangat sedap. Siap bertambah masing-masing makan. Padahal baru kejap tadi dah makan keropok, kacang dan air teh panas. haha.

Lauk makan malam kami : tempe, ikan rebus goreng, kentang goreng dan gado-gado semuanya sedap!

Janji dengan Mas Lilek, 30 minit untuk bersiap untuk ke Bukit Bintang. Tapi sampai sejam lebih masa yang kami ambil. Sabar aje mereka menunggu kami semua. Jadinya, selepas matahari dah lama hilang, barulah kami ke Bukit Bintang. Mulanya, dalam hati saya kat Bukit Bintang ni mesti boleh tengok bintang-bintang bertaburan di langit... tapi, rupa-rupanya 'bintang; yang dimaksudkan adalah cahaya lampu-lampu dari kawasan bawah bukit. 

Bukit Bintang sebenarnya bukanlah kawasan bukit, tetapi lereng bukit (tepi jalan) yang menghadap ke kawasan kota. Jadi waktu malam adalah waktu yang paling cocok ke sini untuk melihat 'bintang-bintang tiruan' dari lampu-lampu kota di sekitar kawasan itu. Memang ramai orang kat situ, siap dengan kedai makan dan gerai di tepi jalan. Tak lama di Bukit Bintang, kamipun berangkat pulang. Penat seharian dengan macam-macam aktiviti yang kami buat pada hari itu.

Sampai di rumah, niat hati nak terus tido. Penatlah kononnya, tapi sempat lagi 'bergossipan' dulu. Masa ni baru terasa sakit kaki, lenguh pinggang dan macam-macam lagi. Tadi 'tak ingat diri' masa buat aktiviti-aktiviti tu. Mujur ada minyak panas Anne, walaupun kesannya sangat panas, tapi berkesan tu. 

Info :

Pakej Gunung Kidul kami berharga Rp541,500/person (diskaun 5%) termasuk aktiviti-aktiviti :
  • Penginapan 1 malam termasuk makan
  • Tubing Gua Pindul
  • Sunset Bukit BIntang
  • Sunrise di Gunung Api Purba (hiking dan guide)
  • Air terjun Sri Gethuk
  • Ke pantai (Pantai Krakal, Sepanjang dan Indrayanti)

Pada saya harganya sangat berbaloi-baloi dengan layanan istimewa dari tuan rumah. Highly recommended untuk sesiapa yang berminat dengan percutian suasana homestay. Mahu info lagi boleh lihat link di bawah :


~ bersambung

Friday, January 11, 2013

Gunung Kidul Part V : Tubing Goa Pindul

Hari ketiga : 23/12/2012 : Ahad ~ sambungan

Dalam keadaan basah kami mengucapkan selamat tinggal pada Gua Jomblang untuk meneruskan perjalanan ke Gua Pindul. Perjalanan hampir 45 minit untuk sampai ke sini. Dalam basahpun boleh lagi saya tertidur, penat! Apa yang ada di Gua Pidul? Kami mahu mencuba aktiviti tubing di sini. Sampai di sana, orang memang ramai gila. Musim liburlah katakan. Happening betul tempat tu. Siap ada karaoke  tu. 

Selepas memarkir mobil, Mas Lilek dan Mas Mursidi membawa kami ke kaunter. Di situ beberapa guide dah menanti. Bukan kami aje yang dinanti, kira sekali arung aje guide tu angkut siapa-siapa yang nak joint aktiviti itu masa tu. Tak silap saya bayaran untuk tubing sebanyak Rp25k/person. Disebabkan aktiviti tubing ini termasuk sekali dalam pakej penginapan yang kami ambil, kami tak payah lagi nak fikir untuk beli tiket lagi. 

Selepas letak kasut di tempat yang disediakan dengan 'berkaki ayam' ke sungai. Sakit kaki jalan atas batu kerikil/batu-batu kecil. Kata guide, dekat aje, tapi jauh rupanya bila berjalan atas jalan yang berbatu! Bukan jalan lenggang kangkung ye... pelampung kena pikul sendiri.

Pic 1 : Selamat datang ke Goa Pindul
Pic 2 : Gambar-gambar pelawat yang dirakamkan 

Pic 1 : jalan kaki untuk ke gigi air. 
Pic 2 : sawah padi, pemandangan biasa situ. Hijau aje pandangan mata!

Akhirnya selepas hampir 15 minit berjalan sampai jugak kami
Taklimat keselamatan oleh guide
Pintu masuk ke Goa Pindul
Begini caranya, duduk atas pelampung dan mesti pegang pelampung 'jiran sebelah' lepas tu bergerak secara berangkai dan ditarik oleh guide

Antara stalagmit dan stalaktik yang boleh dilihat di sini. Usia 'mereka' mencecah hingga ratusan tahun. Di sini juga menjadi tempat tinggal kelawar. Gambar ke-2 merupakan lubang kelawar. Warna hitam tu ialah tahi kelawar

Lubang cahaya dari dalam gua di muka pintu keluar gua. Mula-mula masuk, cahaya malap, lepas itu semakin gelap dan sampai satu masa tak nampak apa-apapun. Hanya lampu 'guide' yang membantu kami mendapat sedikit cahaya.
Di luar gua ; guide kami masih gigih menarik pelampung mereka. 
Mujur balik tak perlu pikul pelampung lagi.
Lebih kurang 1 jam selesai semua aktiviti. Mas lilek suruh kami mandi/salin pakaian di tandas awam yang disediakan sebelum mereka membawa kami untuk layan sunset di Bukit Bintang, tapi disebabkan orang yang ramai, kami buat keputusan untuk terus ke Bukit Bintang dalam keadaan basah!

Enggak mbak.. nanti kedinginan. Baik betul hati mereka. Takut kami semua kesejukan. 

Akhirnya mereka bawa kami ke Homestay Desa Wisata untuk membersihkan diri dahulu.

~ bersambung lagi

Tuesday, January 08, 2013

Terengganu seminggu sebelum ramalan SONAMU (entry bergambar)

Beberapa hari lepas, saya ada terbaca tentang ribut SONAMU yang khabarnya akan melanda di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutamanya Terengganu. 

"7-9 Januari dijangka ribut taufan melanda Terengganu. (kalu betul banjir hingga mencapai tingkt 1 HSNZ) nama ribut SONAMU. Ribut dijangka 150-170km/jam. MAJLIS KESELAMATAN NEGARA telah arah pindah pesakit. Sekarang ribut di Filipina/Vietnam. Kemungkinan besar esok pagi taufan tersebut akan sampai di pantai Terengganu, Pahang dan Kelantan terutama sekali di pantai Dungun" - info dari internet

Saya sendiri tak pasti sejauh mana kebenaran berita yang digembar-gemburkan. Tadi pagi terdengar petikan berita di radio menyatakan, ketua polis Terengganu telah mengarahkan anggotanya berjaga-jaga di kawasan berhampiran pantai sekiranya berlaku ribut atau angin kencang yang tidak dijangka-jangka. Kecut juga perut bila terfikir hal begitu. Moga Allah melindungi semua keluarga dan saudara-saudara seislam saya di sana.

Baru sekejap tadi saya bertanya khabar dengan sahabat saya di sana. Katanya keadaan di Terengganu biasa saja. Khabar dari jabatan tempat dia bertugas menyatakan angin sudah bertukar haluan ke arah lain. Alhamdulillah... Sejuk sikit hati saya mendengar khabar itu. 

Gambar-gambar ini saya ambil minggu lepas semasa balik ke Terengganu. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Paka akan melalui sepanjang pantai. Jom layan gambar.

Musim hujan.. maka semua bot-bot nelayan tersadai saja di pantai [lokasi : jeti Marang, berhampiran jeti ke Pulau Kapas]
Yang ni tak pasti samada tersadai masa musim tengkujuh atau tersadai untuk selama-lamanya. huhu
Kosong aje pantai, xde orang yang datang beriadah atau singgah. Masa singgah nipun hujan masih turun renyai-renyai [lokasi : Pantai Kelulut]
Kelihatan Pulau Kapas dari kejauhan. Tengoklah keadaan ombak yang 'menggila' tu.
Pandangan kiri : walaupun ombak kuat, tapi masih ada yang bermain-main di tepi pantai. Masa ni angin bertiup kencang, macam berkabus aje sebab kuat sangat angin. [lokasi : Pantai Dungun, berhampiran kampus UiTM, Dungun]
Pandangan kanan : kosong aje sebelah sini. 
Kuatnya ombak!
Hujan... dan ombak bertambah kuat
Dalam hujan-hujan ada lagi orang dating tepi pantai. huhu

Sayyidatuna' Aisyah r.a berkata, apabila angin bertiup kencang, RasulAllah SAW akan berdoa dengan doa : 

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan angin ini, kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Aku berlindung denganMu daripada keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya. (Riwayat Muslim)

Monday, January 07, 2013

Gunung Kidul Part lV : Caving in Goa Jomlang

Hari ketiga : 23/12/2012 : Ahad


Pagi yang cerah di kota Jogjakarta. Seawal 4.00 pg kami ber'3 sudah terjaga gara-gara alarm dari h/p yang saya dah set malam tadi. Serentak pulak kami bangun. Ada perkara yang mengganggu tidur masing-masing, risaukan Zilla yang khabarnya dijangka sampai pagi itu, Izza dengan kisah charger yang tak menjadi, Anne pulak dengan camera yang tak sempat charge. Sampaikan 'kekecohan' kami menimbulkan rasa tidak puas hati roommate baru kami tu. Alahai... bukan bising sangatpun, sampai nak sound orang. Dah buat bising masing-masing sambung tidur balik. 

Bangun pagi, bersiap solat dan mandi, bila turun di bawah, tengok Zilla dah selamat sampai. Alhamdulillah. 

Selamat pagi Jogja!
Setelah bersiap dan check out, sementara menunggu supir untuk bergerak ke Gua Jomblang, sempatlah kami bertukar cerita masing-masing walaupun sekejap aje. Trip kali ini, saya memang 100% menjadi pengikut, semua perancangan diuruskan oleh Zilla. *Thanks Zilla for an awesome trip!

Pukul 7.15 pg pak supir sampai untuk mengambil kami untuk ke Gua Jomblang. Tambang yang dikenakan ialah Rp250k/trip (pergi sahaja). Perjalanan ke Gua Jomblang mengambil masa hampir 2 jam. Perjalanan smooth je, traffic ok, keadaan jalanpun ok. Sepanjang jalan, pak supir ramah bercerita itu dan ini. Cuaca yang baik pada hari itu membolehkan kami melihat puncak Merapi dengan jelas sekali! Wah, melambai-lambai Merapi, apakan daya masa tak cukup nak ke sana. Kena repeat lagi la jawabnya ni. InsyaAllah, tahun ni panjang umur sampailah saya ke Jogja lagi....

Menaiki/melalui Bukit Bintang, jalan melalui lereng bukit yang agak bersimpang siur. Tapi mujur keadaan jalan sangat OK. Rasanya perjalanan ke Lake Toba, Medan lagi mencabar.
Kelihatan Gunung Merapi dari jauh. 
Sampai di simpang untuk ke Gua Jomblang, perjalanan menjadi sedikit sukar. Mobil pak supir terpaksa melalui jalan tak berturap dan berbatu. Maklumlah keadaan di sini masih alami dan terjaga. Macam kena vibrate kami dalam kereta. Haha. Di kiri kanan jalan, kelihatan kebun-kebun sayur menghijau. Menurut pak supir, Kawasan di sini antara kawasan yang kontang dan kering dan tiada hujan hampir sepanjang tahun. Sekarang sudah sampai musim hujan. Hujan telah menyuburkan kembali tanah-tanah di sini. Sebab itulah petani sudah mula sibuk membajak tanah dan ada yang sudah mula bercucuk tanam. 

Hampir 30 minit bermassage dalam mobil, kamipun sampai di Jomblang Resort. Memang lawa tempat ni. Udarapun nyaman. Selepas meletakkan beg, kami di bawa pak supir ke pintu gua. Melihat pintu gua yang seolah-olah 'ternganga' di depan mata, barulah terasa berdebar-debar. Bak kata Zilla, rama-rama dalam perut sudah menari-nari! 

Pintu masuk ke Gua Jomlang. 1'st time saya tengok pintu masuk gua ternganga macam ni.

Kelihatan peralatan untuk turun ke bawah sudah sedia menunggu kami. Beberapa pekerjapun dilihat sibuk memeriksa tali dan alatan lain. Kami dimaklumkan,'rombongan' kami akan disertai oleh 10 orang termasuk kami ber'4. Sementara menunggu 6 orang peserta yang belum sampai kami semua dijamu dengan teh jasmin. Uniknya teh ini diminum dengan gula batu. Tapi warnanya kuning, bukan putih. 

Sudah, meh layan gambar.

Teh jasmine dan gula batu ; minuman penenang hati sebelum masuk ke dalam gua.

Antara peralatan WAJIB yang diperlukan untuk turun ke ke dalam gua

Anne dan saya jadi orang pertama yang turun ke bawah. Mas Tawar menanti kami di bawah. Saya masih ingat, di saat hendak memulakan 'penurunan' memang berdebar-debar. Risau aje tali tak kuat! Haha. Tapi, bila menuruni ke bawah, perasaannya WOW!!! Cantik gila pemandangan! Kami berdua tak puas-puas berkata wow, sebab kagum sangat dengan pemandangan ciptaan Allah! Erm.. kalau gayat jangan pandang bawah ye.
[picture credit to Zilla]
Zilla dan Izza pula menyusul. Inilah cara kami di bawa turun setinggi hampir 60m ke bawah . Perasaannya BEST GILER! 
Bergerak menuruni bukit menuju ke pintu gua. Kami diiringi 2 orang guide yang mahir iaitu Mas Tawar dan Mas 'ayam' serta diikuti oleh 4 orang cowok dari Bandung
Turun lagi. Keadaan di dalam gua sangat gelap. Hanya lampu bercahaya malap yang dipasang di sekitar gua membantu kami berjalan.
Setelah berjalan 'dalam kegelapan' hampir 250meter, akhirnya baru nampak cahaya! Cahaya matahari yang menembusi lubang gua di Gua Grubug.
Pic 1 : cahaya malu-malu muncul
Pic 2 :  Tu dia ray of light yang baru muncul dari lubang di gua Grubug

BEEN THERE! [pic credit to Zilla]
Stalaktik dan stalagmite yang terbentuk dari tetesan air, usianya mencapai ratusan tahun untuk membentuk hingga ke saiz begini
Zoom dekat ; sekali tengok ada rupa batu karang, Brain coral yang terdapat di dasar laut. Dulu kawasan ini pernah ditenggelami air laut. Mungkin sebab itulah sekali tengok ada rupa batu karang.
Lama jugak kami di dalam gua sampaikan tak sedar masa bergerak pantas. Sebelum balik, kita berkelah dulu. Makan tengahari termasuk sekali dalam pakej disediakan oleh pihak penganjur. Nasi putih berlauk ayam dan kuah lemak memang sedap. Makan masa lapar memang sedap kan? Tapi serius, ayam goreng tu memang sedap! Selesai makan, kamipun bergerak untuk balik.

Pintu gua ; sekali lagi kami perlu panjat curam di pintu gua untuk naik semula ke atas 

Kalau turun 'tergantung', nak naik balikpun 'tergantung' la jawabnya cuma bezanya turun berdua, bila naik kena seorang diri. Mas 'ayam' minta peserta yang berat dahulu naik dan akhirnya sekali yang paling ringan. Makanya saya jadi orang terakhir yang ditarik naik ke atas. Saya rasa lagi enjoy turun berbanding naik, sebabnya bila ditarik naik, tali akan berpusing-pusing.. pening dowh!

Selamat sampai di atas, sebelum pulang sekali lagi kami dijamu teh jasmine. Di atas Mas Lilek dan Mas Mursidi sudah menunggu untuk membawa kami untuk aktiviti lain pula. Dengan pakaian yang basah selamba aje naik mobil.

Note :

  • Waktu terbaik melihat Ray of Light antara pukul 10.00 -12.00pm. 
  • Jumlah max untuk menerokai gua Jomblang adalah seramai 25 orang. Ia bertujuan menjaga kondisi gua, terutamanya Stalaktik dan stalagmite supaya tidak rosak.
  • Setakat ini, aktiviti ini diuruskan oleh Jomblang Resort sahaja. Berminat? Hubungi, Cahyo Alkantana di talian +62 811 117 010.
  • Harga yang dikenakan untuk caving di Gua Jomblang ialah sebanyak Rp450k/person

Info, ketik link di bawah :

~ bersambung untuk Tubing di Gua Pindul