Beberapa hari lepas, saya ada terbaca tentang ribut SONAMU yang khabarnya akan melanda di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutamanya Terengganu.
"7-9 Januari dijangka ribut taufan melanda Terengganu. (kalu betul banjir hingga mencapai tingkt 1 HSNZ) nama ribut SONAMU. Ribut dijangka 150-170km/jam. MAJLIS KESELAMATAN NEGARA telah arah pindah pesakit. Sekarang ribut di Filipina/Vietnam. Kemungkinan besar esok pagi taufan tersebut akan sampai di pantai Terengganu, Pahang dan Kelantan terutama sekali di pantai Dungun" - info dari internet
Saya sendiri tak pasti sejauh mana kebenaran berita yang digembar-gemburkan. Tadi pagi terdengar petikan berita di radio menyatakan, ketua polis Terengganu telah mengarahkan anggotanya berjaga-jaga di kawasan berhampiran pantai sekiranya berlaku ribut atau angin kencang yang tidak dijangka-jangka. Kecut juga perut bila terfikir hal begitu. Moga Allah melindungi semua keluarga dan saudara-saudara seislam saya di sana.
Baru sekejap tadi saya bertanya khabar dengan sahabat saya di sana. Katanya keadaan di Terengganu biasa saja. Khabar dari jabatan tempat dia bertugas menyatakan angin sudah bertukar haluan ke arah lain. Alhamdulillah... Sejuk sikit hati saya mendengar khabar itu.
Gambar-gambar ini saya ambil minggu lepas semasa balik ke Terengganu. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Paka akan melalui sepanjang pantai. Jom layan gambar.
|
Musim hujan.. maka semua bot-bot nelayan tersadai saja di pantai [lokasi : jeti Marang, berhampiran jeti ke Pulau Kapas] |
|
Yang ni tak pasti samada tersadai masa musim tengkujuh atau tersadai untuk selama-lamanya. huhu |
|
Kosong aje pantai, xde orang yang datang beriadah atau singgah. Masa singgah nipun hujan masih turun renyai-renyai [lokasi : Pantai Kelulut] |
|
Kelihatan Pulau Kapas dari kejauhan. Tengoklah keadaan ombak yang 'menggila' tu. |
|
Pandangan kiri : walaupun ombak kuat, tapi masih ada yang bermain-main di tepi pantai. Masa ni angin bertiup kencang, macam berkabus aje sebab kuat sangat angin. [lokasi : Pantai Dungun, berhampiran kampus UiTM, Dungun] |
|
Pandangan kanan : kosong aje sebelah sini. |
|
Kuatnya ombak! |
|
Hujan... dan ombak bertambah kuat |
|
Dalam hujan-hujan ada lagi orang dating tepi pantai. huhu |
Sayyidatuna' Aisyah r.a berkata, apabila angin bertiup kencang, RasulAllah SAW akan berdoa dengan doa :
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan angin ini, kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Aku berlindung denganMu daripada keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya. (Riwayat Muslim)
tu ler PM, aku pun dengar jugak semalam masa tengok berita. kesian pun ada, yela...yang jadi mangsa tu geng-geng nelayan, lain citer kalau yang kena tu geng dato-dato...tawakal jela...
ReplyDeleteOrga, mujur xde apa2 yang berlaku. Kadang2 ramalan tak semestinya tepat. Tapi ok la sebagai langkah berjaga-jaga kan?
Delete