Followers

Wednesday, May 27, 2009

Rentetan di sebalik kisah nasi dagang [pre entry] nillness

Ya.. ini rentetan kisah GBS dan JN seperti yang diwar-warkan oleh cik nilly dlm blognya. Kisah disebalik kenduri nasi dagang dan kemudian merebak ke kisah-kisah lama JN plak. Macam wabak influenza plak jadiknya. Berjangkit2. Jangan GBS diserang virus infuenza dah. erm.. sebetulnya rancangan kenduri nasi dagang tu memang tiada apa2 maksud di sebalik mee, tersirat limau maupun tersurat khabar. Ia dibuat secara tidak dirancang dengan menjemput sahabat, teman2, kawan2 masing2. Dan bila ditanya pasal jemputan, aku serahkan pada masing2 menjemput kawan masing2.
Bonda jemput kawan2 seopis, mantan GBS dan kawan2 rapatnya, nilly plak ajak kawan2 opis jugak w/lpun ramai x datang, dan ita dengan kawan2nya. Tapi bila part kawan2 kami termasuk GBS kami serahkan pada bonda kecuali JN... tup2 xde orang yang sanggup tanggung risiko! giler ngelat diorg ni. Akulah yang jadi mangsa. Krisis jemputan bermula 1 mggu sblm kenduri dan berlarutan hingga ke malam kenduri. Sampai sudah2 xde orang sanggup jemput JN. Diskriminasi la sangat! Lastly aku kata, tgk hari kejadianlah, kalu aku tergerak hati nak jemput, jemput la... tapi nan ado! Sorangpun x jemput JN. Cian JN. Aku plak yang rasa bersalah sampai hari ni. uhuhuhu..
Dengan JN ni aku dah kenal lama, hampir belasan tahun rasanya. Satu sekolah dari form 1 - 5. Tapi x bleh lawan ketua GBS, dari form 1 - abis degree x penah berpisah. hahaha... Tapi masa sekolah dulu JN baik, aku ni nakal2 ayam sket, memang x geng w/lpun satu kelas. Dia dengan hal dia, aku dengan hal aku. Cuma kami mula rapat bila JN dapat kerja di Cyberjaya dan berpindah ke Putrajaya. Akulah yang dikerahnya mengangkut barang2 masa berpindah dan aku jugak orang yang tolong dia bawak keta baru berclash manual masa keta dia mula2 keluar dulu. Dan JN jugak penah jadi housemate aku. Nitemare! JN ni jenis moody, kalu tiba2 hari tu tgk muka dia muncung bleh tangjul tu jgn la ramah2 nak tegur dia, x pepasal kena fire ko! Sib baik aku ni jenis malas nak amik kesah. Dia tegur aku jawab, dia diam akupun diam jugaklah. Owh... tiba2 terkupas byk kenangan pulak dgn JN ni. Apakah??
Seperti kata cik nilly, JN ni ada angin kus2 dia sendiri. Aku sendiripun x pasti apa sebabnya. Dan bila GBS mula menjauhkan diri dari JN dengan alasan JN sudah ada life sendiri dan berbahagia dengan hidupnya, aku cuba mengambil inisiatif merapatkan kembali tali silaturahim JN dan GBS. *baik x aku?? ahaha! Tapi sayang seribu kali sayang, lagi parah ada la sbb peristiwa berhari raya GBS ke rumah JN berakhir dengan satu tragedi di mana jam kesayangan cik nilly lesap! Itu bukan satu masalah besar, cuma kadang2 kata2 JN ni kadang menyakitkan hati, tajam mengalahkan pedang. Mungkin sbb tu masing2 malas nak berbicara dengan dia.
Secara ikhlasnya coretan aku ni bukan berniat pape. Sekadar mengimbas kenangan antara GBS, JN, dan teman2 seangkatan. Pada aku ikatan persahabatan amat tinggi nilainya. Dan aku sebagai kawan, teman dan sahabat kepada mereka yang berkawan, berteman dan bersabahat dengan aku amat menghargai ikatan itu. Jangan hanya mencari kawan bila ditimpa kesusahan, dan jangan hanya berkawan dengan seseorang atas sebab tertentu. Berkawanlah kerana Allah dan hargailah nilai persahatan. Rasanya tidak salah jika berbuat baik terhadap kawan, teman @ sahabat. Dan jika aku sudah tiada, aku mahu diingati sebagai seorang kawan yang baik dan bukannya sebagai seorang kawan yang hanya menyusahkan dan menyakiti hati kawan semata2.
Kepada JN aku doakan dia bahagia dengan hidupnya bersama suami dan anaknya Adang... eh Adam. Begitu juga dengan mantan2 GBS, harap kalian bahagia dengan kehidupan masing. Dan teristimewa untuk GBS *yong, nilly, bonda... aku harap masing2 bahagia dengan jalan hidup masing2. Kita kawan sampai mati okey!!

~ GBS dan mantan GBS.. which one is JN?? *jeng3 ~

~ saki baki GBS yang tinggal. sape la yang nak pecah ruyung dulu ek? *wondering *wink2 ~

3 comments:

  1. cih jahat ngat gambo..haha..dakpe2..gambo ke-2 aku masukkan bile aku xdok topik..papepun..kisah JN..makin disebut makin berdarah luka lama..so jangan disebut lah..jadi nightmare kang..haha

    ReplyDelete
  2. GBS tu geng bas sekolah ek??hekhek...JN tu ape plak?huhuhu...mysterious tol..

    ReplyDelete
  3. aha!!! GBS = geng bas sekolah, Dlm maksud GBS ni. JN plak gelaran salah seorang mantan GBS. Hanya GBS yang tau. hahahaha

    ReplyDelete