Followers

Tuesday, November 15, 2011

Traverlog umrah : KL - Jeddah - Madinah

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّ يكَ
إِنَّ الحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالمُلْكُ لاَشَرِيْكَ لَ ك

Ya Allah... terimalah aku sebagai tetamuMu, tetamu yang istimewa, tetamu yang paling istimewa, tetamu yang mendapat perlindungan dan kerahmatanMu. Ya Allah hilangkanlah perasaan sombong, riak dan angkuh. Aku mahu jadi manusia yang paling istimewa di sisiMu.

Setelah sekian lama diperam-peram akhirnya baru tergerak hati nak berkongsi pengalaman sepanjang menunaikan umrah pada Mac lepas. Mungkin sebab musim haji kot sekarang, mulalah hati semacam rindu dan sebak bila terkenang balik kenangan umrah lepas. Perasaan, sangat seronok!

Umrah ni bersama-sama keluarga. Pakej umrah ni semua saya serahkan pada mak dan ayah yang menguruskan. Umrah kami selama 15 hari (4 hari di Madinah, 11 hari di Mekah) : 11-25 Mac 2011. Ahli keluarga kami semua 6 orang, tapi adik lelaki saya je yang tak pergi. Sebab masa tu dia baru dapat kerja, jadi dia tak dapat cuti. Memandangkan mak ayah amik pakej umrah di Trg, jadi rombongan umrah kali ni dengan semua orang Trg, lbh krg 36 orang.

Hari 1 : 11 Mac 2011

Semua keluarga saya bertolak dari Trg seawal pagi dan saya tunggu diorg di KLIA. Memandangkan saya bermastautin di Putrajaya, jadi sayatunggu famili di KLIA je. Sampai kat KLIA, keluarga dah menunggu. Berkumpul dan ada sessi taklimat oleh Hj. Ibrahim (mutawif a.k.a pembimbing). Kebetulan masa saya pegi ni musim cuti sekolah, jadi KLIA tu memang penuh dengan jemaah yang ke mekah. Boleh dikatakan semua penerbangan hari tu penuh. Flight kami direct ke Jeddah adalah pada pukul 3.20 petang menaiki Saudi Airline. Perasaan masa tu bercampur baur.

Diduga

Lepas taklimat, mutawif mintak beg masing-masing untuk check in luggage. Saya yang dah terbiasa buat semua sendiri kalau nak travel, mula-mula siap ikut skali. haha! Siap ikut mutawif ke mana saja dia pergi. Nasib baik la Hj. Ibrahim ni jenis tak kisah sbb saya duk mengekor dia je. hiks. Sampai masa mutawif beri tiket masing-masing, saya pelik kenapa saya dan adik kedua je yg tak dapat tiket. Jemaah lain dari group saya termasuk mak, ayah dan adik bongsu semua dah dapat tiket dan passport masing-masing. Masa tu saya rilek lagi. Bila kira-kira balik rupa-rupanya ada 5 org yang tak dapat tiket (termasuk saya, adik). Saya dah tak senang duduk, cari mutawif tanya ape yg tak kena. Masa tu nak marah pun ada, tapi sedih tu tak payah cakap la. Mula terbayang yang bukan-bukan.

Saya tak puas hati, terus mintak mutawir jelaskan hal sebenar. Rupa-rupanya tiket kami ber'5 termasuk dlm waiting list! Ya Allah!!! Masa tu macam kena sambar petir rasa! Dah la masa tu, dah siap announce flight pukul 3.00 ke atas dah kena ada kat ruang perlepasan. Tapi saya satu family kat kaunter tiket lagi. Mahunya tak cuak! Masa last call tu, mutawif terpaksa jugak tgglkan kitaorg. Dan yang paling menyedihkan saya & adik terpaksa berpisah dgn mak, ayah dan adik bongsu. Masa tu Allah je yg tahu perasaan... memang betul-betul Allah nak duga kami sekeluarga. Masa salam dengan mak, sempat mak berbisik "K.Nur, jaga adik. Apa-apa jadi jangan tinggalkan adik..." Sedih... sepatutnya ia satu perjalanan yang mengembirakan, tapi sebalik pada keluarga kami.

Mutawif call kawan dia mintak datang sini dan kami berlima ditinggalkan terkontang kanting. Aduhai... Memang xde sape-sape pun kat sana. Saya tak boleh duk diam, saya ajak kakak yang sama-sama tak dapat pergi, pergi ke semua pejabat airlines yang ada penerbangan ke jeddah, Emirates, Saudi, MAS... semua kata hari tu punya flight FULL!!! Dalam kepala terbayang dah terpaksa bermalam kat KLIA.

Jam 3.00 petang penerbangan mak, ayah dan adik selamat berlepas ke Jeddah. Maka tinggal lah kami ber'5 terkontang-kanting. Saya tgk ada jugak jemaah lain dari travell agency lain yang senasib dgn kitaorg. Tak lama lepas tu kawan mutawif, Hj. Hashim datang. Dia cuba tolong apa yang termampu. Alhamdulillah, tak lama lepas tu selepas hampir 3 jam menunggu kami dpt tiket. Naik Emirates, tapi ke Dubai dulu. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya Allah masih mahu kami menjadi tetamu-Nya. Dalam 6.30 petang bertolak.

Penerbangan ke Dubai lebih kurang 8 jam. Sampai sana waktu tempatan lebih kurang pukul 2 pagi. Maka, tersadai lagi saya bersama jemaah lain di airport Dubai sementara tunggu jam 6.00 pagi, kaunter tiket bukak. Masa tu saya ber'5 memang xde sapa-sape. Kitaorg ikut je sorang mutawif dari agensi travell lain. Nasib baik mutawif tu baik hati uruskan tiket ktrorg walau hakikatnya ktorg ni xde kaitan langsung dengan dia. Alhamdulillah. Dalam 7.00 pagi penerbangan ke Jeddah diteruskan. Alhamdulillah lagi. Syukur...



Tak lama lepas tu sampai airport Jeddah. Tapi timbul plak masalah baru, saya dan adik xde muhrim. Muhrim saya dah selamat sampai di Madinah. Masa tu memang berdebar sangat-sangat. Takut tak lepas kat imigresen. Tapi Tuhan punya Kuasa. Kebetulan pulak, pakcik yang sama jemaah dengan saya tu sama nama dengan ayah saya. Jadi masa di lalu kat imigresen, dia cakap dia muhrim kami semua, dan org imigresen tu tak banyak soalan terus lepaskan kami. Alhamdulillah!


Tapi urusan utk dapatkan beg agak lama jugak. Sampai ke petang baru semua settle. Sekali lagi kami ber'5 ikut rombongan jemaah lain untuk ke Kota Madinah. Perjalanan memang lama. Malam baru sampai Madinah. Betul-betul Allah mahu menguji kami semua. Orang lain amik masa satu hari untuk sampai... tapi aku dan jemaah lain amik masa hampir 2 hari.

Sampai di Kota Madinah, mutawif sementara yang bawak kitaorg semua tu call mutawif aku. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Selamat jumpa dengan mutawif. Selamat jumpa dengan mak, selamat jumpa dengan ayah dan adik. Tapi.... badan sangat penat. Pinggang aku sakit macam nak tercabut... aduhai...

-continue

1 comment:

  1. cepat nani..sambung cerita...air mata akak dah bergenang..hahahaha

    ReplyDelete