Followers

Friday, December 02, 2011

Traverlog umrah : Kota Madinah

Saya sampai di Kota Madinah malam. Dah melepasi waktu isyak. Sepatutnya hari ni adalah hari kedua pada jemaah umrah kumpulan saya, tapi pada saya merupakan hari pertama dia Kota Madinah. Perjalanan yang panjang bagi kami ber'5 dan pastinya ia merupakan perjalanan yang sangat memenatkan! Hampir 2 hari perjalanan. Alhamdulillah sampai juga.

Sampai di lobi hotel, mak dan ayah dah sedia menanti. Masa dapat jumpa mak semula memang gembira sangat-sangat. Masuk bilik, berkemas dan mandi. Alhamdulillah.. saya dah boleh mandi wajib. Rahsia Allah, Dia berikan tempoh perjalanan yang lama kepada saya.. Rupa-rupanya dia mahu saya bertenang dan berehat sepuasnya supaya nanti saya mampu melakukan lebih banyak ibadah. Malam tu berehat di bilik dan bertukar-tukar cerita dengan mak saja.

Hadis Abdullah bin Zaid bin Aasim r.a:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya Nabi Ibrahim a.s telah memuliakan iaitu mengharamkan Kota Mekah dan mendoakan keberkatan terhadap penduduknya. Maka sesungguhnya aku pun memuliakan iaitu mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah memuliakan iaitu mengharamkan Kota Mekah. Dan sesungguhnya aku juga telah mendoakan keberkatan makanan di Kota Madinah, sebagaimana yang pernah didoakan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada penduduk Mekah.

Seawal jam 3 pagi kami bangun. Bersiap dan mandi. Kata mak, kalau nak ke masjid Nabawi kena cepat, kalau dalam masjid penuh terpaksa bersolat di luar masjid. Fadhilatnya pasti kurang. Seawal 4.30 pagi, kami sekeluarga menyusuri jalan untuk ke masjid Nabawi. Jarak hotel ke masjid sangat dekat, lbh kurang 50 meter dari hotel. Suhu sangat sejuk. Sekarang adalah perubahan musim, dari musim sejuk ke musim panas.

Hati saya berdebar-debar! Tiba di pintu masuk... MasyaAllah.. Maha suci Allah!!! Indah sungguh ciptaan Allah! Masjid Nabawi betul-betul di hadapan saya. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Terasa seperti RasulAllah sedang melambai-lambai kedatangan saya ke masjidnya. Air mata mula mencurah-curah. Selawat dan salam saya ucapkan kepada Baginda.

Masuk dalam masjid, sepeti biasa iktikaf di dalam masjid dan solat tahyatul masjid. Sementara menunggu waktu subuh, kami buat solat-solat sunat seperti yang dilakukan oleh jemaah lain. Dalam hati rasa syukur sangat sebab Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menjejak kaki ke sini. Alhamdulillah!


Suasana pagi di luar Masjid Nabawi : payung tertutup dari waktu malam - pagi

dan dibuka pada waktu siang

kelihatan menara masjid di sebalik payung


Sedikit sejarah tentang Masjid Nabawi yang boleh saya kongsi hasil maklumat dari pakchik google menceritakan masjid ini merupakan masjid kedua yang dibina oleh RasulAllah dan merupakan masjid kedua paling sicu mengikut kepercayaan umat Islam selepas Masjidil Haram. Di sini juga terdapat Makam RasulAllah S.A.W.

Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh RasulAllah bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijarah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh RasulAllah semasa peristiwa hijrah ialah Masjid Quba. RasulAllah S.A.W membangunkan masjidnya atas asa taqwa. Kedudukan di tengha-tengah badar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar, sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam. Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua anak yatim (Suahail dan Sahl).

RasulAllah S.A.W kemudiannya membeli tanah tersebut. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamar dan runtuhan lama yang kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid. Kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik. Setelah RasulAllah S.A.W keluar dari Quba' menuju ke Kota Madinah, orang ramai berebut-rebut mengeheret tali unta RasulAllah S.A.W untuk membawa baginda sebagai tetamu di rumah masing-masing. Namun demikian RasulAllah telah menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan. Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan kiri seolah-olah mencari sesuatu. Akhirnya ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini. Selepas ia berhenti, RasulAllah S.A.W bersabda yang bermaksud "InsyaAllah, di sinilah tempatnya".

* source : google

Di Madinah jemaah wanita dan lelaki diasingkan. Pintu masuk untuk jemaah lelaki dan wanita juga berbeza. Dan bagi jemaah wanita, anda dilarang membawa CAMERA ke dalam masjid. Setiap pintu masuk jemaah wanita akan ada 2 orang mak guard yang akan buat spot check. Jaga-jaga, semuanya diraba! Silap-silap haribulan kalau ada jemaah yang bawak camera, dan dan tu jugak kena halau. Ruang solat untuk jemaah wanita juga agak kecil dan terbatas. Saya rasa semua kelebihan berpihak kepada jemaah lelaki, termasuk melawat Raudhah. Jemaah lelaki boleh melawat Raudhah bila-bila masa termasuk melawat makam RasulAllah. Manakala, bagi jemaah wanita, ada 2 kali waktu lawatan sahaja iaitu selepas isyak dan selepas subuh. Untuk melawat makam RasulAllah, memadai hanya lalu di kawasan berkubah hijau sahaja. Masa ni terfikir, ruginya kalau orang lelaki tak gunakan peluang ni sebaik mungkin. Diorg boleh ke Raudhah bila-bila masa dan boleh masuk terus melawat makan RasulAllah... sedangkan kami jemaah perempuan terpaksa bersesak-sesak untuk sampai ke Raudhah... owh... dunia... dunia...

Selepas solat subuh, kami semua balik ke bilik untuk bersarapan dan berehat. Suasana pagi di kota Madinah amat menarik. Seawal pagi dah kelihatan peniaga berpusu-pusu membuka perniagaan masing-masing. Perkarangan luar masjid yang tadi lengang sekarang dipenuhi dengan penjual. Macam-macam diorang jual. Penuh, sampai tak boleh nak berjalan. Diorang akan longgok bentang kain dan longgokkan barang-barang jualan untuk dijual. Macam-macam ada. Semua amik kesempatan untuk menjual. Hargapun jauh lebih murah berbanding di kedai. Dan saya tengok orang Malaysia adalah antara membeli utama!! hoho! Memang tak kalah la...

Pada pandangan saya, tak perlu berebut-rebut untuk shopping sebab di mana-mana ada orang menjual. Ada 2 waktu wajib orang menjual adalah selepas subuh dan selepas waktu asar. Tiap-tiap hari! Maknanya sepanjang berada di Madinah, kalau nak beli hari-hari ada jualan. Kami tak membeli apa pun, kecuali al-quran. Kata mutawif kami, di Madinah ada kilang Al-Quran dan kalau nak beli al-quran untuk hadiah atau sedekah belilah di Madinah. Di kota Mekah nanti mungkin harganya berbeza. Jadi saya ambil peluang ni untuk beli al-quran pada kawan-kawan. Ada juga saya beli untuk disedekahkan di majsid Nabawi dan Masjidil Haram. Ada pesanan seorang sahabat saya di tanah Malaya, saya belikan 2 naskah Al-Quran, satu naskah diletakkan di Masjid Nabawi dan satu naskah lagi saya bawa ke Masjidil Haram. Semoga hajat sahabat saya itu sampai kepada-Nya dan saya doakan semoga hajatnya untuk mengunjungi bumi suci ini juga kesampaian... amin...

- continue - kisah ziarah luar Masjid Quba, Jabal Uhud, Kilang Al-Quran, Bukit magnet dll akan menyusul

No comments:

Post a Comment